KISAH ATOK

Kita nak tau sangat. Cerita dia macam ni.
Anak kita ni premature masa lahir. Orang cakap anak premature senang jatuh sakit.

Dalam hal ni anak kita ni, tiap-tiap bulan mesti dia demam sampai umur dia setahun kalau tak silap. Bagi saya normal la budak2 nak build antibodi.

Jadi kita pun tak fikir lain pun . Orang tua-tua kata kalau kerap demam ni sebaliknya.. Wallahualam. Memang letih lah anak demam tiap-tiap bulan ni. Sebab anak-anak yang ada ni umur setahun dah tak demam tiap-tiap bulan.

Tapi yang bongsu ni kerap demam. Jadi bermula kisah nya kat sini. Babysitter (BS) saya ni, bila tengok anak saya ni kerap demam, dia ada jugak lah cakap anak saya ni kena tegur bla bla. Saya pun bukan tak percaya. Saya percaya jin, syaitan ada. Tapi kalau dah tiap-tiap bulan, mesti perkara normal untuk baby ?

Kisahnya disebabkan demam, BS pun cakaplah nak bawa anak pegi jumpa tukang urut . Tukang urut (kak mek) tu pun saya kenal dah. Sebab memang di kawasan rumah ni dia je tukang urut perempuan dan dekat. Pergi kat tukang urut tu pun sama, anak saya still demam untuk bulan seterusnya.

Dan bulan seterusnya anak saya demam dia nak jumpa tukang urut jugak. Tapi entah macam mana, masa pergi tu, anak tukang urut (kak mek) tu tengah meracau-racau. Ni yang di ceritakan BS ke saya lah. Dan last jugak dia bawa anak saya ke Kak mek tu. Esoknya dia cakap kat saya nak mandi kan anak saya ni dengan air yassin. Saya pun kata ok lah. Buatlah apa yang patut. Tapi bukan dengan tkak mek. Lepas dia kata nak mandikan dengan air yassin, Alhamdullilah anak pun dah 2 bulan tak demam.

Lepas tengok anak saya tak demam 2 bulan BS pun buka cerita , anak saya ni ‘atok’ mandikan bukan kak mek mandikan. Ni yang BS cakap lah. Lepas tu ‘atok’ ada buat permintaan suruh beli jajan kasi kat budak-budak mengaji makan. Kiranya upah dia lepas mandikan anak saya ni. Macam mana ‘atok’ mandikan, sebab dah meninggal kan.. wallahualam.

Bila ditanya atok tu siapa? Dia kata atok ni dah meninggal. Atok ni org warak/alim. Jadi dia sorang je boleh nampak. Atok ni kira sedara belah suami dia. Lelaki atau perempuan atok ni Wallahualam. Cuma BS bagi tau atok je. Dia kata tak payah risau, akak mandi kan anak kau ni pakai ayat Al-quran, tak ada buat benda syirik.

Soalan nya sekarang ni. Nak tanya uoollss lah. Sebab saya pun keliru yang amat. Nak percaya atau tidak. Anda rasa macam mana.

.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

10 comments

  1. Atok dlu meninggal jenazah die pon kena org lain yg mandikan…
    Cemane gaye plak nk.mandikan org…
    Heeheheheh…

    Tapi akk paham situasi ni…
    Kepercayaan org dedulu…

    Bab jajan tu sllu org tua ckp klu anak asyik demam atau sakit pape, nnt dh sembuh beli jajan…
    Panggil bebudak pastu mintak diorg doakan reramai, sbb doa bebudak kan makbul…
    Pastu jajan tu mkn sama2 atau tapau bwk blk…
    Kirenye mcm buat majlis kesyukuran tp ala kadar semampu seringkasnya…

    Niatlah bersedekah jer…
    Niat tanda kesyukuran…
    Buat seronok2 bebudak…
    Anggaplah anak tu sembuh asbab mandi air yassin atas keizinan Allah…

  2. Niat sedekah kak.. Selagi tak melampau batas2 agama boleh je kita buat semampu kita.. yg penting berbalik pada niat kita

  3. salam. saya bukan expert bab agama ni, tapi ada beberapa kemungkinan siapa atok tu.
    1. qarin (pedamping arwah atok)- setiap kita ada qarin dari kalangan jin, yang selalu berdamping dengan kita. Jarang beragama islam, tapi qarin Nabi Muhammad saw adalah islam.

    2. Jin Islam. Ini pun mungkin, kadang-kadang dia hanya nak bantu. tapi kalau dah selalu, mungkin jatuh ke kategori 3.

    3. Jin Islam/Kafir- tipu daya mereka nak bagi anak adam sesat. Cara mereka sangat halus. Contohnya, seperti orang yang bermimpi dapat cara untuk mengubat orang. ada bacaan-bacaan bahasa arab. Bunyi macam al quran (ada yang lari maksud sikit). Modus operandi mereka, orang yang diganggu itu pun anak buah mereka, sebab baby ini biasa memang ada syaitan yang akan ganggu dia. Bila berubat dah menjadi, jadi perawat (terutamanya) dan yang dirawat yakin dan faham.

    Bila ilmu pertama diturunkan jadi, jadi perawat jadi yakin. Mulalah mereka turunkan ilmu kedua, dan seterusnya. Tapi kebiasaannya akan ada perkara yang salah sikit untuk ilmu ilmu yang kemudian. Tapi disebabkan kita dah yakin dulu ilmu itu ikut islam, dan menjadi, jadi tak banyak soal. Nampak tak permainan dia.

    — konlusi: Apa pun harap boleh rujuk pada ustaz atau ustazah terdekat, mereka itu lebih alim dan maklum. Kalau dah tahu jawapannya, harap kongskikan bersama kami.

    Terima kasih.

  4. Kan dia cakap lepas dua bulan anak dia xdemam baru dia tanya BS pasal atok. So maybe atok meninggal dalam tempoh tu la. Dia nak tahu cara atok tu mandikan tapi dah xsempat nak tanya. Sebab atok dah meninggal. Betul ke mcm ni? Ke saya je rasa mcm tu. Btw adik saya pun mcm ni. Mmg byk dh ust sruh mandi air yassin.

    1. “Bila ditanya atok tu siapa? Dia kata atok ni dah meninggal. Atok ni org warak/alim. Jadi dia sorang je boleh nampak. Atok ni kira sedara belah suami dia. Lelaki atau perempuan atok ni Wallahualam. Cuma BS bagi tau atok je. Dia kata tak payah risau, akak mandi kan anak kau ni pakai ayat Al-quran, tak ada buat benda syirik”

  5. cara terbaik, niat sedekah kat bs tu. dia nak buat apa, itu hal dia… satu lg pandangan aku, selagi benda tu tak mintak bukan2 utk diri dia, tak ada masalah. bukan stakat jin jer mintak pengeras, nenek aku ubatkan anak cucu pun mintak pengeras jg walau pun 25 sen sbb dah itu syarat ilmu tu diturunkan supaya yg mengubat tu, mendapat sedikit imbuhan/upah. itu jer…

  6. adik cikpeah dulu macam tue lah asek tak sehat deman jer last2 arwah tokwan tuko pangilan nama dy Alhamdulillah sehat..yang kelakar Nye org baca doa sebut amin dy sahut ingt org pangil die..hhahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.