Kisah Diana

Assalamualaikum

Orang kata zaman moden zaman serba canggih macam ni mana ada orang percaya pasal santau santau ni. Tapi aku percaya sebab benda ni berlaku depan mata aku. Awek abang aku yang jadi mangsa. Sebelum aku start cerita, aku nak minta korang semua sedekahkan Al Fatihah untuk arwah. Ya. Arwah awek abang aku.

Dan, cerita bermula…………

Kejadian ni berlaku pada tahun 2014. Nama arwah adalah Diana. Aku selalu panggil D sahaja. Untuk pengetahuan korang umur D sebaya dengan aku, dan kami sekepala, di mana aku merupakan anak perempuan tunggal dalam family, so aku happy lah dapat kawan a.k.a bakal kakak ipar sekepala dengan aku. Kisah perkenalan abang aku dengan D ni aku tak payah cerita la macam mana kan sebab aku pun kurang tahu menahu juga pasal tu. Yang aku tahu family masing-masing bagi restu dah untuk diorang melangkah ke alam bahagia alam rumah tangga. Tapi apakan daya kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan semua.

Entah kenapa satu hari tu, D jatuh sakit. Mula mula tu dia cuma demam biasa. Dia pun ingat dia sakit biasa je. Demam mungkin sebab ulang alik naik motor dari tempat kerja dia. Oh sebelum terlupa, D ni merupakan seorang jururawat di salah sebuah hospital yang terkenal di Malaysia. Tak perlu la aku bagitahu nama hospital tu.

Makin hari demam D makin teruk. Bila buat pemeriksaan kat hospital, doktor yang check tu kata D tak ada sakit apa apa. Mungkin sebab penat. Itu je jawapan dari doktor. Atas cadangan mak ayah D, dia pulang ke kampung halaman untuk berubat secara kampung pula. Bukan percaya benda benda macam ni tapi sebagai manusia kita kena ikhtiar selagi tak bercanggah dengan ajaran Islam.

Maka, bermulalah kisah penuh tragis, sedih, emosi, geram dan sebagai nya. Pertama kali D berubat dengan seorang ustaz kat kampung dia, Ustaz tu dah tahu, ada benda buruk yang bakal menimpa D. Banyak benda aneh dan peristiwa pelik terjadi. D ambil keputusan cuti kerja tanpa gaji buat sementara waktu untuk berubat. dan sekaligus berehat di kampung. Semasa tempoh perubatan secara tradisional tu, mak D terjumpa sebijik botol kaca depan rumah dia. Dalam botol tu ada kain dan paku berkarat. Masa tu memang dah tahu ada orang yang hantar benda benda tu semua. Tapi SIAPA ???

Memang banyak peristiwa aneh berlaku. Pernah D nangis tiba tiba lepastu gelak sorang sorang. Memang dah lain dah D masa tu. Dan pernah jugak tapak kaki D keluar seakan serbuk kaca secara tiba tiba. Bukan sekali tapi berkali kali. Bila ayah D azan je, kaca tu luruh secara tiba-tiba ke lantai dan hilang perlahan-lahan. Selepas rawatan dengan ustaz tu selama 3 kali berturut, nampak perubahan positif pada D. D kembali pulih seperti biasa, dan dah boleh kembali bekerja semula.

Tapi bab kata pepatah, kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari, dua bulan kemudian kesihatan D merosot lagi. Kali ni makin teruk dari sebelumnya. Dan kali ni ibu aku pula buat keputusan nak bawa D berubat di salah satu pusat perubatan Islam di tempat aku. Memang ibu aku dah sayang gila kat D. Sebab D seorang yang rajin dan lemah lembut, mesra, ramah dengan orang tua.

Mungkin sebab status dia sebagai seorang jururawat buatkan dia terbiasa melayan kerenah dan ragam orang tua. Pertama kali ibu aku bawa D ke pusat perubatan Islam tu, kali ni ustazah yang berubat. D muntah darah.

Dan kata ustazah tu, D sebenarnya disantau seseorang. Orang hantar ‘benda’ tu melalui angin. Sebab dan munasabab semua orang tak tahu masa tu. Memang ada orang tak percaya akan benda benda macam tu, tapi tak mustahil benda tu tak berlaku. Sebelum berubat, D dah refer ke doktor kat tempat dia kerja. Doktor pun tak boleh nak kesan apa penyakit D. Darah normal, jantung pun normal. Memang keputusan darah D pun menunjukkan yang D tak ada apa apa penyakit berbahaya. Sebab tu lah D ambil keputusan balik kampung, berubat.

Semasa hari pertama rawatan berlangsung, keadaan D stabil. Dan ustazah suruh jumpa dia lagi selang sehari selepas tu. Untuk pengetahuan, kampung D dengan tempat aku kira jauh juga. makan masa 3 jam perjalanan juga.

Jadi, untuk memudahkan, ibu aku suruh D stay kat rumah kitorang je. Lagipun D ditemani mak dia sepanjang berubat. Jadi tak ada lah nampak tak sopan sangat perempuan tidur rumah lelaki yang belum ada apa apa ikatan lagi. Lagipun dalam keadaan darurat kan. Macam yang aku kata D memang seorang yang baik. Sepanjang malam D stay rumah aku, mulut D sentiasa berzikir. Zikir dalam kesakitan. Korang boleh bayang kan macam mana. Dan tangan D tak lekang dari pegang tasbih. Kadang-kadang nangis, mungkin sebab tahan kesakitan. Memang sedih tengok keadaan D masa tu tapi D tetap senyum.

Selepas rawatan kali kedua dan kali ketiga (dua hari berturut), kondisi D semakin menunjukkan perubahan positif. Dan seminggu selepas tu, dia kembali lagi bekerja. Ye lah. Kerja macam D mana boleh cuti lama-lama. Dah banyak cuti ihsan yang ketua D bagi.

Dan selepas 3 minggu, mak D call ibu aku beritahu D pengsan kat tempat kerja. Dan ditahan di ward first class situ. Sebab dia staff situ maka semua ketua D yang uruskan. Dan semasa D ditahan di ward, banyak benda aneh berlaku dekat rumah mak ayah D kat kampung. Mak D beritahu ibu aku pasal tu dan ibu aku call ustazah haritu untuk tanya akan hal tu.

Ustazah suruh bawak D jumpa dia lagi sekali. Sebab kata ustazah, orang yang hantar ‘benda’ tu dah tahu yang D tahu siapa yang buat dia merana macam tu. Ya. Memang D dah tahu dari awal lagi tapi dia rahsiakan dari semua orang, termasuk abang aku, kekasih dia sendiri. Tujuan D sembunyikan akan hal tu, aku tak tahu sampai lah hari D menghembuskan nafas terakhir. Dan ibu aku pula bertekad, kali ni selepas D sembuh, ibu aku nak abang aku kahwin terus dengan D tanpa perlu bertunang.

Dua hari sebelum D meninggal, D call ibu aku bagitahu yang lagi dua hari dia nak balik kampung. Suara D masa tu ceria. Ceria seolah olah tiada kesakitan yang D tanggung. Padahal dua hari yang dimaksudkan tu memang hari dia pergi meninggalkan dunia yang penuh dugaan dan penuh cabaran bagi dia, dunia yang menyeksakan dia. Allahu

Masih aku ingat, panggilan phone di subuh hari haritu membawa perkhabaran bahawa D telah tiada lagi di dunia ini. D menghembuskan nafas terakhir di wad, selepas solat Subuh. D pergi selepas mencium tangan mak dia dan memohon ampun dari mak dia, mohon dihalalkan setiap titis susu yang dia minum dulu.

Dan sebelum ‘pergi’, D sempat memberitahu mak dia siapakah gerangan manusia bertopengkan iblis yang tergamak ‘hantar’ benda tu ke dia, dengan syarat, mak dia maafkan orang tu. Ya Allah sungguh mulia hati seorang D. Masih sudi memaafkan orang yang dah musnahkan hidup dia. Seorang lelaki yang cintakan dia tapi D tak sambut cinta lelaki tu. Dalam erti kata lain D menolak cinta lelaki tu sebelum D terima cinta abang aku. D mengenali lelaki itu ketika masih belajar di ipt.

Begitulah pengakhiran hayat seorang insan bernama D. Dan sepanjang perjalanan jasad D pulang ke kampung halaman dengan van jenazah, keadaan dan suasana sangat tenang. Seakan dilindungi. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa selama 6 jam menjadi cuma 3 jam. Aku cuma menunggu ketibaan D di rumah nenek dia. Masih aku ingat airmuka D yang tenang seolah olah sedang tidur. Dan aku sempat mengucup dahi D sebelum dikafankan. Pergilah, D. Pergilah dengan tenang. Aku akan sentiasa merinduimu.

Jasad D dikebumikan pagi tu. Dan sepanjang upacara pengkebumian, awan seolah melindungi dan juga menangisi pemergian D.

Sekian.

p/s: Ini kisah benar. Ini bukan cerita seram tapi cerita ni boleh dijadikan ikhtibar untuk semua orang. Jangan kita anggap semua yang kita buat tak ada akibatnya. Jadi berhati hati lah semua. Sebarang pertanyaan boleh la diajukan.

Sha
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

38 comments

    1. Part seram dia, ada orang yang tak boleh nak terima, bukan cerita seram je yang diterima di FS. Kalau nak seram je ko pergi masuk hutan sorang-sorang dik.

      1. Mak setuju sangat. I wish that all of us have common sense which is not so common nowadays. Tahu nak condemn cerita orang je. spread the positive vibes around not the negative one. Please la malays.

    2. Hello. Ni page fiksyen shasha.. tak specific pun utk cerita seram sahaja. Kalau nak cerita seram sahaja, bacala page arkib angker negara.

  1. Kesian Diana dan abang kamu, Sha. Semoga rohnya di tempatkan bersama roh orang-orang yang beriman dan abang kamu pula tabah menerima ketentuan.
    Terima kasih atas perkongsian yang menginsafkan ini.

    1. InsyaALLAH, amin. Abang saya pun dah kahwin sekarang. Tapi kenangan manis dengan D sentiasa diingati. Tiap kali genap tahun dari tarikh D meninggal, kitorang akan baca Yasin beramai ramai. Sedekahkan untuk arwah D.

      1. Alhamdulillah…bertuah D ada yang selalu hantar ‘hadiah’ untuk dia. Semoga rumahtangga abang Sha bahagia hingga ke syurga.

  2. Mesti D ni cantik orgnya.. Tu yg berdendam si Jantan hanat tu.. Sampai x nak tgk D kawin dgn org lain.. Biar mati di sihir.. Eee.. Sedih kisah ni.. Berubat pun x sembuh2..al fatimah.. Utk Dino ko nak cita seram kan.. Kul 12 mlm karang ko dgr radio Singapore Channel Ria.. Dj KC dlm rancangan Misteri Jam 12..ko tutup lampu.. Buka tingkap luas2.. Tak pun buka you tube search Misteri Jam 12..ko akn seram sampai pagi.. Dj KC cita siap soundtrack seram lagi..

  3. Mmg binatang saper yg dok aniaya org sampai mcm tu…bacul nyer jantan…dah org taknak…terimalah kenyataan…yg ko pi buat org sampai mcm tu seksa psl aper…mmg teman x puas hati betul…jgn igt ko dh bt nayer org camtu hidup ko akan senang …sial lah hidup ko sampai mampos…perangai mcm binatang…elok jd binatang jer dr jd manusia ….xder akal…semoga arwah dicucuri rahmat ….sedih tul teman dgr kisah ni…

  4. oi epong yg hang melebih watpa? yess mmg laki tu bersalah yg perangai dia sama mcm setan but awat hang melebih sedangkn D pun suruh makayah dia maafkan laki tu.. al fatihah

  5. innalillah hiainnailai hirojiun..semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. doakan juga buat di ”si penghantar” supaya sempat bertaubat dan kembali ke jalan Allah

  6. sedihnya…
    semoga arwah Diana tenang di sana..allahumma aamiin..
    Tak faham macamana manusia boleh berlaku kejam sesama manusia..

  7. bila dah namanya ‘manusia’,itu sebab la nafsu mnusia paling keji bila tak dpt kawal snggup buat apa sahaja untuk kepuasan..alfatihah buat Arwah :,)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.