Kisah Island Hopping

Hai semua. Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan kisah ini. Sedikit latar belakang mengenai diriku. Namaku Mus, berusia 30 tahun berasal dari utara tanah air. Kisah ini terjadi beberapa bulan lepas. Kerana kita masih lagi tidak dibenarkan untuk merentas negeri, aku dan wife aku bercadang untuk bercuti di sebuah pulau yang terkenal di negeri Kami menetap bersama dengan adik lelaki wife aku./…

Aktiviti kami pada hari kejadian adalah island hopping. Kami telah menyewa sebuah boat berserta pemandunya. Boatnya agak kecil memandangkan hanya kami berempat termasuk pemandunya sahaja. Package yang kami ambil adalah package Island hopping dari 9am ke 6pm. Selepas bersarapan dihotel kami menginap, kami pun menaiki boat yang disewa untuk mengelilingi pulau2 yang terdapat diarea tersebut. Pemandangannya mmg cantik berserta air yang begitu jernih. Kelihatan juga ikan yang sedang berenang-renang sewaktu kami diatas boat.

Semua berjalan dengan lancar sehingga la tiba waktu kami ingin pulang. Kejadian berlaku selepas kami berhenti untuk kencing didalam perjalanan. Lebih kurang jam 530pm. Sewaktu dalam perjalanan pulang, pemandu boat telah memberhentikan boatnya untuk kencing ditengah2 laut tersebut. Beliau hanya berdiri di belakang boat, berhampiran dengan engine dan memancutkan air kencingnya. Melihat adegan tersebut, aku dan adik lelaki wife aku yang juga telah lama ingin membuang air kencing juga membuat perkara sama. Tetapi kami berdiri dia hadapan boat. Sambil diperhatikan oleh wife aku. Kemudian wife aku juga menyatakan hasratnya untuk kencing. Yela dari pagi kami semua berada diatas boat. Semestinya pundi kencing kami semua sudah full. Cuma, wife aku tak boleh la memancut seperti kami semua. Selesai kami yang lelaki ni kencing. Pemandu boat kami ke bahagian depan boat kerana ingin memberi privacy kepada wife aku. Tp aku tak izinkan la wife aku untuk buka seluar. Aku menyuruhnya duduk sahaja dibucu boat berhampiran engine dan kencing sahaja didalam seluar. Aku cakap, balik nanti baru basuh. Selepas selesai kencing, wife aku bangun dan kembali ke tempat duduknya.

Long story short, selepas kami semua selesai, tiba2 pemandu boat memberitahu bahawa engine boatnya rosak. Engine dalam keadaan hidup, tetapi apabila ingin menggerakkan boat, engine itu seakan-akan berada didalam gear neutral. Hanya mengaum tetapi tidak bergerak. Pemandu boat cuba beberapa kali cuba untuk menggerakkan boat tersebut tetapi gagal. Apa yang lebih menakutkan, laut tiba2 bergelora. Wife aku dah mula menangis ketakutan. Kami risau boat kami akan hanyut dibawa arus. Kami berdoa semoga ada orang yang datang menyelamatkan kami pada ketika itu.

Kejadian tersebut berlaku dalam tempoh masa 15-20 minit. Laut yang bergelora tadi seakan kembali tenang, dan pemandu boat tadi sekali lagi mencuba untuk menggerakkan boat kami. Dengan izin Allah, boat tersebut kembali beroperasi seperti biasa dan kami pun terus meneruskan perjalanan pulang ke hotel kami. Kami tiba di jetty lebih kurang jam 7pm. Kami semua bersyukur kerana tidak ada apa2 yang teruk berlaku sewaktu kejadian tersebut. Pada sebelah malam ketika selesai menikmati dinner, barulah kami membuka mulut untuk bercerita mengenai apa yang berlaku.

Kami berpendapat apa yang terjadi disebabkan oleh tindakan kami yang dengan selamba memancutkan kencing kedalam laut. Mungkin penghuninya marah kami berkelakuan begitu dan ingin memberi pengajaran kepada kami. Dan sememangnya itulah kali pertama aku memancut kedalam laut. Selalunya, aku akan kencing sewaktu berada didalam laut sambil2 mandi laut. Tetapi mungkin kerana pada waktu kejadian aku sudah tidak tahan dan aku bukan tengah mandi laut, jadi aku terus sahaja memancutkan kencing tanpa meminta izin ataupun membaca doa.

Kami menjadikan kejadian ini sebagai pengajaran kepada kami semua untuk lebih berhati-hati ketika melepaskan hajat ditengah lautan.

Sekian

Mus

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Mus

1 thought on “Kisah Island Hopping”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.