Kisah Kakcik: Proses Mengubat

Hi! Assalamualaikum. Pertama sekali aku nak ucapkan thank you sangat-sangat pada admin Website Fiksyen Shasha yang dah publishkan Kisah Kakcik tempoh hari. Bila aku skrol komen daripada pembaca ramai pulak yang menantikan sambungan daripada Kisah Kakcik..

(baca sini kisah sebelum ini)

Macam yang dah aku mention pada cerita kakcik yang sebelumnya, aku akan sambung cerita berkaitan persoalan-persoalan dan pemikiran aneh yang timbul daripada kalangan pembaca dan orang terdekat aku sendiri. “Macam mana kakcik boleh terkena?” “Betul ke sikap aneh kakcik ni berkait rapat dengan gangguan jin dan juga iblis?” “Macam mana keadaan kakcik sekarang?” dan “ Boleh ke penyakit aneh kakcik tu dirawat?” Dengan timbulnya persoalan yang macam ni. Aku akan sambung kisah ni dalam posting kalini…. Macam yang aku ulang guys. Kisah aku ni benar dan realiti berlaku. 100% sahih dan bukan rekaan mahupun diadaptasi daripada filem seram. Ini kisah benar sejarah keluarga aku. Nak percaya atau tidak itu terpulang. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Aku akan share lebih detail dalam posting kali ni.

Kisah kakcik yang dah aku ceritakan sebelum ni, kakcik mula kena penyakit aneh bermula pada tahun 2001. Kiranya sepanjang tahun 2001 hingga 2008 mak dan abah cuba berusaha macam-macam nak sembuhkan kakcik. Sehinggalah, kami satu family dah mula tak tahan sangat dengan perubahan sikap kakcik dan kejadian-kejadian aneh yang menimpa kami sejak tu. Macam yang aku ceritakan sebelum ni, mak dan abah takkan memilih hospital sebagai ikhtiar lain. Sebab mak dan abah takut orang sekeliling cakap kakcik gila. Orang sekeliling mak dan abah pulak banyak yang menghasut, kalau hantar kakcik ke hospital rawatan yang diberi kat sana sangat teruk. Ada yang kata pesakit mental ni akan kena renjatan elektrik pada otak (karenkan otak) ,kena ikat pada katil , tak diberi makan dan sebagainya. Bila dimomokkan macam tu mak dan abah tak sampai hati nak hantar kakcik ke hospital. Mak dan abah pulak anggap, penyakit kakcik takkan boleh dirawat dengan perubatan moden. Sebab, peristiwa aneh yang berlaku dalam keluarga kami , semuanya tidak masuk dek akal!

Antara pengalaman merawat kakcik yang aku penah lalui ,bila suatu haritu ,Mak Long aku jemput seorang pakcik ni daripada Baling, Kedah dating ke rumah kami. Kata Mak Long aku ,pakcik ni arif bab pembuangan saka, tangkap jin dan sebagainya. Kiranya dekat kampung dia sana, dia agak terkenal pasal kepakaran dia mengendali gangguan makhluk halus ni. Mak abah pun bersetuju nak dapatkan rawatan daripada dia.

Tiba satu malam tu, kiranya lepas maghrib macam tu,pakcik tu sampai rumah kami dengan ditemani sorang lelaki. Aku perhati dari segi riak wajah, cara bercakap dan berpakaian dia macam orang biasa-biasa je. Aku pulak yang ragu-ragu. Boleh ke pakcik ni nak rawat kakcik.

Masa dia langkah kaki masuk ke dalam rumah, mata dia meliar tengok sekeliling dalam rumah. “ Rumah ni ada sesuatu ni. Tu belakang dia.” Sambil jari dia menghala pada kakcik. Kakcik masa tu macam biasa. Tertunduk sambil membelek ibu jari kaki dia. Tu belakang dia ? Siapa? Meremang bulu roma bila aku ingatkan kata-kata dia. Sambil pakcik tu terkumat kumit baca sesuatu, dia capai beg sandang dia, dan keluarkan kain kuning. Bila dia bukak kain tu, adalah beberapa paku panjang-panjang tajam dalam kain tu. Bila dipikirkan balik, kami satu family dah anggap pakcik tadi dah macam menimba ajaran sesat, dan macam khurafat pulak, sampai berkain kuning dan paku bagai. Dia mintak abah sediakan tangga. Kata pakcik tu, dia nak “pagar” setiap penjuru rumah yang kami tinggal tu.

Sebelum kami pindah, adalah jiran sekeliling cakap,rumah yang kami nak tinggal tu keras dan ada penghuni “asing”. Macam yang aku katakan mak dan abah tak hiraukan cakap-cakap orang. Bagi mak dan abah benda-benda macam tu dekat mana-mana pun ada dan tak perlu nak difikirkan sangat. Sebelum kami satu family berpindah kiranya ada seorang uncle india tinggal dekat rumah tu. Kisah sebelum ni aku dah cerita berkaitan, kakcik muntah-muntah masa kami baru sampai daripada kampung. Kata kakcik dia nampak macam ada darah yang banyak dan busuk depan garaj rumah jiran kami. Kata jiran sekeliling, uncle india ni kadang-kadang setiap malam jumaat, dia akan buat satu ritual pemujaan yang pelik sikit. Selalunya dia akan jirus sekeliling rumah dengan darah kambing .Berasap kemenyan sekeliling rumah dan akan bunyikan loceng. Masa tu pulak orang beranggapan yelah, berlainan agama ni fahaman lain-lain dan tu mungkin cara dia beribadat. So, disebabkan rasa hormat takda ,pulak orang berani bertanya apa motif uncle india tu jirus darah kambing sekeliling rumah.

Bila kakcik dah terkena penyakit aneh dan terdengar pulak kisah yang macam ni,abah ambik keputusan untuk jumpa dengan uncle india tadi. Yelah, takut apa yang disampaikan jiran cuma tipu semata-mata. Bila dah jumpa, uncle tu mengaku ! Kata uncle tu, darah yang dijirus tu sebagai ritual pemujaan dalam agama Hindu. Cara dia sembahyang begitu. Abah dan kami satu family terdiam kaku. Dah pindah dan baru dapat tahu pasal hal ni, buatkan kami rasa lain. Mungkin ritual pemujaan sebelum ni jugak adalah punca penyakit aneh yang menimpa kakcik. Kata ustaz, darah dan asap ni antara makanan jin. Wallahua’lam. Jadi kami mula syak, tapak rumah kami dah memang jadi tapak jin dan iblis bertandang.

Masa kami satu family pindah masuk ke rumah tu, abah tak bercadang dan tak buat lansung apa-apa kenduri doa selamat dan kenduri “masuk rumah”. Masa tu kata abah, abah tak cukup duit nak jemput jiran tetangga dan orang-orang surau untuk buat makan-makan. Aku dan adik beradik yang lain masa tu masih bersekolah perlukan banyak duit. Jadi bagi abah kenduri macam tu tak begitu penting. Dan sekarang barulah aku terasa macam”relevan” sangat kenduri masuk rumah dan bacaan ayat al-quran dialunkan masa mula-mula masuk ke rumah yang tak berpenghuni. Penting weh, bacaan ayat al-quran dalam rumah. Sebagai pendinding dan pelindung daripada makhluk jahat.

Aku sambung pasal pakcik yang nak pagar rumah kami malam tu. Dia mula membaca sesuatu, sambil-sambil tu dia panjat tangga dan kat tangan dia ada paku dan penukul. Kata pakcik tu dia nak paku setiap penjuru rumah pada bahagian setiap siling bumbung. Disebabkan malam tu sunyi sangat. Abah pasang beberapa surah dan bacaan ruqyah. Aku perhati gelagat kakcik, dia cuma terdiam sambil mata dia memerhati siling bumbung rumah. Macam ada sesuatu. Aku masih ingat, masa tu bila sampai dekat beberapa bacaan ayat ruqyah, kami satu family terkejut sangat. “Dum..dum..dum..dumm. Dummm!!! “ Bunyi macam ada tapak kaki sedang berlari dari atas bumbung rumah. Kuat ! sangat kuat bunyi tu. Meremang rasa segala bulu pada tubuh waktu tu. Siapa pulak tengah malam buta berlari dari atas bumbung. Rumah kami dan jiran sebelah pulak jenis yang rapat-rapat. Kiranya bunyi orang yang berlari daripada atas rumah tu berulang alik dan berulang kali untuk beberapa minit. “ Dia marah” kata pakcik yang tengah dok paku rumah tadi. Mungkin “dia” marah abah pasang kuat bacaan ruqyah malam tu. Selesai pakcik tu memaku,dia pesan jangan sesekali cabut paku yang dah siap dipaku. Kononya, rumah kami dah siap dipagar dan takkan ada gangguan daripada “benda” tu lagi. Kalau paku tu dicabut atau tercabut. “Dia akan datang balik”……

Selang beberapa minggu, kakcik masih sama dengan penyakit aneh dia.Tetap terkena histeria. Jadi, abah dan mak rasa rawatan daripada pakcik Baling tadi macam tak berkesan lansung. Mak dan abah terasa macam mula nak give up. Penat dan letih. Duit banyak berhabis pi sana dan sini sebab nak merawat kakcik. Tiba satu haritu , kawan abah ada mencadangkan seorang pakcik tua yang tinggal dekat Selama, Perak. Kata kawan abah perawatan pakcik tu lebih kepada perubatan islam. Kiranya cara dia berubat banyak menggunakan bacaan ayat al-quran dan air penawar. Aku ingat lagi, tahun tu pulak kecoh pasal kes santau angin di Selama,Perak.

Sepanjang perjalanan ke sana,ada beberapa orang kampung berpesan jangan sesuka hati berhenti makan di warung tepi jalan. Katanya santau angin boleh terkena pada sesiapa saja yang berhenti makan. Dan ada santau yang dimasukkan di dalam makanan pelanggan. Ada jugak yang bercerita ternampak beberapa lembaga hitam berlegar-legar di kawasan warung, yang nampak makhluk aneh yang kencing ke dalam periuk masakan pun ada. Kiranya ada peniaga yang dengki antara satu sama lain, jadi nak buatkan warung pesaing tak laku, puak-puak jahat ni gunakan sihir.Ada pulak yang terkena santau, tersiksa bertahun-tahun sebelum mati. Yelah, bahan kotor yang dimasukkan macam-macam. Darah haid, paku, kaca,duri,serbuk buluh. Kejam sangat!!

Aku sambung.Malam tu tepat pukul 10 malam kami sampai dekat perkarangan rumah pakcik tua tu. Aku masih ingat perkarangan rumah dia sangat bersih, ada susunan pasu bunga dan ada beberapa reban ayam kecik. Bila dah sampai perkarangan rumah, kakcik meronta taknak turun daripada kereta. Puas abah dan mak pujuk. “Takmau turun. Aku nak balik.Aku nak balik. Aku nak balik lah!! “ berulang-ulang kakcik cakap macamtu. Sampailah abah turun dan jemput pakcik tadi ke kereta. Aku pandang muka pakcik tu, dia berkopiah putih. Muka dia bersih sangat. Ada janggut. Dah tua dah, aku nak panggil atuk macam tak sampai hati.

“Bismillahhirohmanirohim. Assalamualaikum..” tu ayat pertama yang keluar daripada bibir dia. Dia macam baca sesuatu dan hembus pada muka kakcik, dan terus kakcik macam sukarela turun dari kereta. Pergh! Aneh gila. Dah masuk dalam rumah, kami satu family disambut baik. Ada kuih, biskut kering dan teh. Kakcik terus dibaringkan di tengah rumah. Pintu depan rumah dibuka seluas-luasnya. Aku macam tak faham motif dia buka luas-luas pintu malam tu. Nak mengundang nyamuk kah? “ Takpe pakcik buka dulu pintu ni, biar “dia” tunggu luar”. Sudah! Siapa pulak dia tu? Aku meremang tak sudah. Kakcik dibaringkan atas sejadah dan diselimutkan jugak dengan sejadah. Terus pakcik tu suruh beberapa orang anak dia azan seluruh penjuru rumah.

Bila berkumandang azan tu, kakcik mula mengelupur. Ada beberapa lada hitam , air dan jugak kain putih. Terkumat-kamit bacaan ayat suci al-quran daripada mulut pakcik tu. “Aku nak balikk. Aku nak balik. Aku nak balik. Aku sakit la bodoh!” Meronta-ronta dengan jeritan kakcik. Part jerit pekik kakcik aku paling menyampah ! Bingit weh telinga. Sebab bukan macam suara dalaman kakcik macam suara orang lain. Bingit sakit telinga dan dalam masa yang sama menakutkan gila. “Aku mintak elok-elok tinggalkan tubuh perempuan ni. Dia tak bersalah. Meh tinggal dengan aku. Aku jaga kau. Aku bela kau ! Aku bagi kau makan sedap-sedap” pakcik tua tu berulang kali jugak sebut macam tu. Setiap kali lada hitam ditekan di ibu jari kakcik setiap kali tu jugak kakcik akan meronta. Abah, abang aku, mak dan seorang lagi anak dia kena pegang kakcik betul-betul. Masing-masing risau kakcik lari keluar daripada rumah. Tu pun kakcik sangat kuat berapa kali kakcik terlepas daripada pegangan semua. Kuat! Sangat kuat! Aku tak tahu lah spesis iblis apa yang ada dalam tubuh kakcik. “ Aku nak dia. Dari dia aku dapat makan. Aku ada kawan. Aku sunyi. Hihihihihi” Tu ucapan daripada bibir kakcik sambil dia sengih, gelak lepas tu nangis. “Aku taknak keluar la bodoh!” Ayat ni terngiang-ngiang sampai saat ni. Masa aku menaip ni terasa jugak macam ada yang memerhati. Allah. Allah.

Lepas pelbagai bacaan, komunikasi antara pakcik tua tadi dan kakcik, ada perhitungan dan perjanjian yang aku tak boleh sebut dekat sini. Kalau aku cerita ibarat aku dah melanggar pantang. Lepas tu kakcik macam dah mula lemah. “ Pappmm!!!!” Pintu yang terbuka luas mula-mula tadi terus tutup dengan sendirinya. Terkejut beruk semua dekat situ. Kakcik terbaring kaku. “Takpa semua dah selesai.” Yang aku perasan masa tu pakcik tua tadi macam bungkus sesuatu masuk dalam satu kain putih. Dia ajak mak aku ke belakang rumah untuk tanam kain tu.

Apa isi dalam kain putih tu aku tak berapa ingat dan pasti. Aku ikut sekali dengan mak kebelakang rumah. Gelap gelita, dan daripada beberapa meter rumah tu boleh nampak samar-samar hutan tebal. Tepat jam 1 pagi jugak, selesai semuanya. Berpeluh-peluh la jugak aku tolong suluhkan torchlight masa proses nak tanam kain tu. Kata pakcik tu rumah yang kami huni memang ada “Dia”. Kakcik antara insan yang terpilih. Pakcik tu kata ,penghuni asing tadi dah takda pada tubuh kakcik. “Dia akan tinggal dekat sini dengan pakcik. Sepanjang proses menanam kain tu, hidung aku memang tak tahan dengan bau busuk. Busuk yang teramat busuk weh. Pakcik tua tu berpesan, apa saja yang dibau, yang ternampak, simpan dalam hati. Jangan tegur..

“ Tak perlu risau lagi” Kata pakcik tu.” Benda ni lapar. Bertahun-tahun tuan dia tak bagi makan. “Dan dia pulak menganggap kami satu family dah ganggu tempat tinggal dia dan memilih kakcik sebagai tuan baru. Allahuakhbar. Patutlah…. Kiranya bertahun lamanya, benda tu mengekor ja mana kakcik pi. Allah. Pakcik tua tu pesan, kakcik dah selesai satu fasa berubat dengan dia. Dan dia kena lalui dua lagi fasa.

Lepas balik berubat daripada Selama, Perak. Alhamdulillah. Kakcik dah tak histeria lagi.Dah boleh bercakap. Dan abah terus ambik keputusan keluar daripada rumah tu. Selang beberapa minggu, abah bawak kami satu keluarga ke sana,Selama Perak untuk berubat fasa kedua. Tapi. Sampai ja rumah pakcik tu, Anak dia beritahu “Ayah dah takda. Baru meninggal minggu lepas”. Kiranya kami tak sempat habiskan fasa berubat kakcik. Kata anak dia, “Ayah sakit-sakit badan, demam beberapa hari sebelum dia meninggal”. Cakap orang-orang kampung sana, terlalu ramai yang berubat dengan dia. Macam-macam jenis iblis,setan dan saka yang dia handle, jadi dia terpaksa menanggung kesan. Bukan mudah.Mungkin punca kematian dia berkait rapat dengan makhluk yang dia selalu “jaga”. Wallahua’lam.

Cuma… hm. Walapun kakcik dah ok sikit, Aku sedih sangat. Kakcik dah tak normal macam dulu sebelum dia sakit. Perangai dia jadi macam budak-budak. Macam tak betul. Bayangkan weh bertahun lama benda tu dalam tubuh kakcik, kawal dia. Dia sakit secara mental dan fizikal. Tersiksa. Jadi mak dan abah barulah ambik keputusan nak bawak kakcik ke hospital.

Lepas lalui macam-macam prosuder rawatan, x-ray bahagian otak dan berjumpa pakar psikiatri, kakcik disahkan menghidapi skizofrenia dan tekanan perasaan yang teruk (severe depression). Punca? Sebenarnya family aku boleh dikatakan mudah sensitif. Cuma kakcik ni dia tersangat sensitif daripada kami adik-beradik lain. Kalau dia sedih, dia akan sedih sangat-sangat. Kiranya, benda yang kecik-kecik dia tak boleh handle dengan perasaan dia. Lepas apa yang dah berlaku barulah abang aku buka mulut.

Rupanya sebelum kakcik jadi teruk, dia pernah kena tampar di muka dengan ustaz yang mengajar mengaji dekat taman rumah kami jugak. Kata abang aku, ustaz tu marah bila kakcik main-main masa mengaji. Lepas kakcik ditampar,doktor terus suspek kakcik mungkin terasa malu, sedih dan takut yang terlampau sangat depan kawan-kawan. Kakcik balik rumah dia tak buka lansung mulut bercerita pasal ustaz tu.Dia pendam. Cuma setiap kali nak ke kelas mengaji dia akan mengelat. Setiap kali tu jugak mak akan rotan, memaksa kakcik pi. Mak tak tahu cerita sebenarnya. Jadi kakcik mungkin tertekan jugak disebabkan mak.

Kakcik dekat sekolah pula dia selalu kena buli. Tekanan perasaan yang melampau jugak menjadi faktor badan kakcik dan semangat dia lemah. Dulu aku selalu jugak tengok kakcik nangis sorang-sorang. Tak sangka kakcik ada masalah yang dipendam. Kata orang yang berubat kakcik, bila badan kita lemah, dan kita dalam keadaan yang terlalu sedih. Syaitan akan mudah menguasai. Mak abah yang dengar cerita ni mula panas hati dan tak senang duduk.Yelah, kalau nak mendidik jangan sampai sentuh muka. Rotan saja tapak tangan. Abah ambik keputusan jumpa ustaz tu. Bila dah jumpa, ustaz tu taknak mengaku! Sedangkan budak-budak yang mengaji dekat situ semuanya bagitahu benda yang sama. Masing-masing nampak apa yang ustaz tu buat pada kakcik. Munafiq!!

Sebab tu Nabi sentiasa berpesan, nak pukul anak jangan pukul bahagian muka. Pukul hanya pada tapak tangan. Sebab bahagian muka kita ni ada urat yang bersambung dengan otak. Kiranya tamparan yang kuat jugak boleh menjejaskan bahagian otak yang kita tak tahu. Lepas perisitiwa tu aku ada jugak terdengar orang bercerita yang ustaz tu sebenarnya ada menimba ilmu ghaib. Maksudnya ilmu-ilmu yang kita tak nampak. Bila dia tampar kakcik ibarat dia dah melanggar pantang larang ilmu tu. Kesannya akan terkena kakcik. Kiranya lepas kejadian abah jumpa dengan ustaz tu, kami terus lost contact. Ustaz tu terus berhenti mengajar mengaji dekat situ. Dan berpindah tiba-tiba. Tak jumpa dah dia sampai ke saat ni.

Sekarang peristiwa aneh tu dah berlalu. Dah nak dekat 17 tahun. Kakcik sekarang masih dengan perangai kebudak-budakan dia.Dah takda histeria dan peristiwa aneh yang macam dulu. Cuma dia perlu bergantung harap dengan ubat hospital seumur hidup. Kata doktor ubat tu salah satu cara untuk menenangkan kakcik. Kami satu keluarga bersyukur kakcik masih boleh membaca,mengira,mengaji dan masih kenal kami semua. Cumanya sikap dia saja macam terhenti pada usia 10 tahun.

Ujian kita berbeza. Bagi kami kakcik dah ibarat permata dan dia anak syurga. Jadi, itulah kesan sentuhan iblis dan syaitan yang aku sendiri nampak. Mereka antara makhluk yang hidup untuk menyesatkan kita semua anak cucu Adam dan merosakkan muka bumi ni. Kalau ada mana-mana ahli keluarga dan kenalan rapat yang dah ‘terkena’ cepat-cepatlah berubat. Sebab tu orang tua sentiasa berpesan, kalau pernah dirasuk syaitan/jin/iblis untuk tempoh yang terlalu lama. Ada 2 kemungkinan. Samada gila atau mati. Wallahua’lam. Tapi itulah kebenaran yang menimpa kakcik.

Arwah Tok Minah aku pun banyak share pasal kisah dia bertahun-tahun menjadi bidan kampung. Ada kejadian yang aku rasa berkait rapat dengan kejadian yang menimpa kakcik. Ada masa nanti aku boleh la berkongsi sikit pengalaman arwah. Hehehe

Kekal berjaga-jaga. “Makhluk” itu ada dimana-mana.

Ika.

Ika
Kisah Kakcik: Proses Mengubat
10 (100%) 2 votes

16 comments

  1. Ila saya harap keluarga awak akan jumpa perawat yg sesuai utk mengubat kak chik 1 hari nnti. Prose rwtn kak chikntu belum selesai. Ade yg msh tertggal. Ada 1 ksh pengalaman org2 yg pernah disihir dlm fiksyen shasha 1 ketika dlu yg sy bce, die pnh disihir dlm 1 tempoh yg sgt lme… Separuh dirinya keluar dn msk ke alam lain yg menyebabkan dirinya di dunia sbnr spt keanak2anakan….

  2. Semoga dapat merawat seperti sediakala
    Saya juga ada saudara seperti ini, sudah berusia tapi masih sikap kanak-kanak

    Semua sebab kena sampuk masa dia kecik, ibu bapa jenis tak percaya benda2 ghaib ni
    Anak dia dapat kesan
    Ujian tiap manusia lain-lain
    Wallahualam

  3. Best. Macam novel ‘Bonda’. Kisah anak die Yang ditumpangi 9 ekor Jin. Serammm giler. Lagi2 Tu kisah benar. Bila anak die da baik, die jadi cam budak kecik2. Die struggle utk Jaga n didik anak die. Now anak die da Besar n da kahwin. Lepas 10 tahun baca novel die, dpt jugak Aku tengok wjah anak die Tu kat fb. Serius best novel Tu.. ulang2 baca

      1. Itu novel ‘Diari Bonda’ karya Rohani Din. Kisah benar dan ada 4 edisi. Saya rasa kebanyakan perpustakaan negara/negeri ada novel ni. Saya pun pinjam dekat sana. Berpuluh kali baca keempat-empat edisi, tak pernah jemu.

  4. Moga roh pakcik yg mengubat tu ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman :'(
    Banyak pakcik tu tolong orang.
    Dan moga keluarga ika sentiasa dalam lindungan Allah, moga kakcik sembuh sepenuhnya one fine day.. aamiin

  5. I feel sad for you and you family
    Maybe ada hikmah disebalik kejadian
    And banyak² berdoa if can play verses of the qur’an every single day for day and night

    Btw about that ritual
    I was a hindu before converting to Islam
    But as far as I know of is
    Kebiasaan ada some yang suka renjis kencing lembu sebab percaya syaitan tak suka benda ni dan sebagai pagar

    But there is one(actually many ahh some hindus will eat skull ashes, these people are weird because you just need to give your name and they will say your family name and their history etc)

    But when hindu buat ‘korban’ or renjis darah itu luar biasa

    Hindu(actually they are very weird and different) their korban is waktu tengah malam tau
    Waktu jin²/syaitan² suka ‘main²’
    And the korban might be done by the priests

    They warn awal²
    ‘jangan dekat sangat, kalau percitan darah kena orang lain boleh kena'(which is either killed or disturbed)

    This type of korban is for pagar

    As a muslim we know that hinduism and some other religions menyembah berhala were actually made from tipu helah iblis

    And sometimes it goes to far to the extend that they actually worship syaitan

    So in this case actually kira ‘pakcik india’ tu bela dia untuk jaga rumah dia and maybe for income and other such deals which people make with syaitan for a living in Dunia

    So this guy just left his ‘pet’ mungkin lupa or tak nak jaga
    So his pet grown hungry for blood
    Thats why it targetted your family

    Btw dont get me wrong not every hindu do this but only the weird ones that literally associate with Syaitan

    So bila nampak orang guna darah je maknanya tak betul ritual dah lain macam

    Apapun ini sedikit pengkongsian dari saya

    I was a hindu and playing with blood is not normal

    Cuma pesanan saya
    Banyakan berdoa
    Jangan bergaduh(benda tu suka)
    Buka Ayat Quran terutamanya Surah Al-Baqarah everyday every second
    Buat pagar with ayaq yasin, 3 qul dan sebagainya
    Make sure rumah bersih(if period make sure clean and dispose pad properly)
    Pergi mana2 dalam rumah biar berpasang2 atau bertiga
    Baca ayat pedinding selalu like surah Yasin ayat 9
    Jangan biar rumah malap
    And please change homes

    Moga Allah SWT takdirkan kamu sekeluarga untuk dapat rumah yang dekat dengan masjid atau surau

    Moga Allah SWT memberi kesembuhan dan membuka jalan pada kamu sekeluarga
    I hope nothing bad happens to kakcik

    And sorry if my comment is too lengthy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.