Kisah-kisah Angker di Pejabat Tempat Aku Berkerja

Hi semua. Kat sini aku nak mencerita kan kejadian di pejabat aku. Aku dah kerja sini 5 tahun lebih, baru lagi la memandangkan staff sini semuanya dah kerja hampir 10 tahun dan ke atas. Ni bukan cerita aku tapi ni aku menceritakan balik apa yg kawan aku cerita dekat aku kejadian-kejadian yang terjadi dekat office kami.

Office aku ni takde la besar pun. Dia macam rumah banglo 3 tingkat berwarna putih. Lobby macam hotel, mostly guest datang akan puji kemewahan lobby office ni sebab sebiji mcm lobby hotel padahal ni company construction je. Okay jom mulakan.

Kisah 1

Kejadian ni berlaku dekat lobby time maghrib. Waktu ni staff pun dah ramai yg balik sbb waktu kerja sampai pukul 6 sahaja tapi yg balik lambat tu mungkin buat ot. Mangsa kejadian ni adalah seorang manager. Dia memang selalu balik lambat sebab biasalah kalau dah kerja accountant, confirm2 balik lambat settlekan kerja yg tak pernah habis. Office dia dekat lobby jugak. And masa tu dia tengah pakai kasut tiba-tiba dia terpandang dekat lobby area ada seorang perempuan tengah duduk dekat sofa sambil memandang dia. Perempuan tu rambut panjang dan berbaju putih mcm biasa yg kita tgk dekat tv. Ya. Pada mulanya dia agak terkejut sehingga nak lari, tapi dia tenangkan diri dia sendiri dan perlahan-lahan keluar daripada situ. Kenapa dia tak lari? Sebab dia dah tua berumur, tak larat nak lari. Tapi dia bernasib baik, sbb perempuan misteri tu tak ganggu dia langsung. Hanya lihat dia memakai kasut sehingga dia keluar daripada office. Sebenarnya kejadian mcm ni terjadi sebanyak 3 kali Cuma mangsa yg berlainan dan perempuan tu bukan di sofa sahaja, malahan sedang berdiri di tepi dinding dan duduk di gazebo. Walaupun gazebo tu dibelah luar, tetapi dinding lobby lebih banyak menggunakan tingkap kaca.

Kisah 2

Kejadian ni berlaku dekat lobby jugak. Mostly kejadian banyak berlaku dekat lobby sebab apa aku pun taktahu. Dengar daripada mulut staff sini,lobby lagi angker daripada floor lain. Waktu ni dah malam. Lobby ni waktu malam mmg dibiarkan lampu terbukak tapi tak semua. Hanya depan pintu masuk dan depan pintu lift sahaja. So waktu malam, guard di depan pagar boleh Nampak keadaan di lobby mcm mana. Time tu pulak pakcik guard ni terdetik hati nak pandang lobby lama-lama, tiba-tiba dia ternampak pintu lift bukak sendiri. Omg! Bukan sekali tapi 2 kali. Semua orang cuak kot bila dgr dia cerita, yela bukan apa. First sebab time tu takde sesapa dah kt office, malam kot pukul 10 ke atas. Second, sesiapa yg nak naik lift kena ada access card and touch dekat lift. Baru pintu lift boleh bukak. Kalau takde card, takleh naik. Actually benda ni bukan guard je pernah kena, aku pun pernah kena sampai aku dah lali. Aku anggap, lift rosak. Tu je so takde la aku takut sangat.

Kisah 3

Ni terjadi dekat pak guard sebab dorang kena ronda kawasan setiap berapa jam aku pun taktahu. Waktu ni malam dah. So, salah sorang pak guard ni pergilah ronda kawasan, dari depan sampai belakang. Belakang office kitorang ni angker sikit. Sunyi je. Lepastu banyak cabin kosong! Masa tu dia round mcm biasa, tiba-tiba dia ternampak satu makhluk yg mengerikan tengah mencangkung atas cabin sambil memerhatikan dia. Taktahu la makhluk yg sama ke apa tapi memang sebijik mcm makhluk yg dekat lobby tu. Dia pun apa lagi, mencicit la lari. Lepas beberapa minggu tu, dia berhenti kerja. Bukan dia sorang je, dia kerja as security dengan kembar dia. So, dengan kembar dia sekali berhenti kerja. Actually bukan dia sorang je berhenti kerja sebab diganggu, dah ramai dah. Sejak aku kerja sini, dah 8 orang berhenti jadi guard. Mungkin dorang pun kena gangguan yg sama kot, cuma sorang pakcik guard ni je stay sampai sekarang.

Kisah 4

Benda ni jadi dekat pekebun, aku namakan dia Wak je kat sini. Wak ni memang rajin, kerja siang malam. Satu hari tu, dia masuk dalam office malam-malam. Memang dah jadi kebiasaan dia buang sampah dan vacuum meeting room waktu malam. Dia kata senang tak mengganggu sesiapa, kalau siang dia vacuum staff semua marah sebab bising. So malam tu, masa dia nak masuk pintu office, dia ternampak dua kelibat ni. Tapi dia macam bayang-bayang yang tebal berwarna putih. Lebih kurang mcm asap kot entah la aku pun taktahu mcm mana yg dia Nampak. Yg penting warna putih. Dia Nampak dua ekor depan pintu lift mcm sedang menunggu lift. Tapi makhluk tu, Wak tu kata macam adik beradik sebab dorang tengah bergaduh manja, macam tengah geletek satu sama lain. Benda tu tak perasan Wak sebab dorang membelakangkan Wak tu. Wak ni pulak terlebih berani, dia pergi sergah benda tu. Dia cakap “Woi” sambil kejar benda tu. Terus dua ekor tu lari ke arah toilet and then hilang. Bila wak tu carik dalam toilet takde. Sebenarnya Wak ni dah biasa sangat Nampak benda-benda ni. Sebab dia memang selalu masuk office malam-malam buta. Kira dia memang berani la.

Kisah 5

Kejadian ni berlaku dalam pukul 9 malam di tingkat 1. Seorang akak ni datang office dia malam tu sebab tertinggal document urgent nak kena pass ke boss esok pagi. So malam tu dia pun datang office balik dengan anak perempuan dia. Kecik lagi dalam 5 tahun. Tingkat 1 ni pulak, keluar lift terus office. Cuma tinggal nak masuk pintu kaca je, tu pun guna access card jugak. Kira keseluruhannya kaca la. So time tu dia dah ambik document atas meja dia, on the way nak keluar pintu office tu, tiba-tiba anak dia tanya “mama siapa kakak tu?” akak ni pun cuak la bila anak dia tanya macam tu. Mana ada sesiapa kat office time tu. Cepat-cepat dia tarik tangan anak dia masuk lift. Scary bakhang!

Kisah 6

Part ni aku sendiri kena. Tak seram pun. Memang tak seram Cuma sampai sekarang aku tertanya-tanya bunyi apa tu. Selalunya lunch time aku akan berehat kat tempat aku, lepas makan. Lunch time kan ramai yg keluar makan, yg tinggal dalam office pun berapa kerat je. Tu pun semua nak rehatkan mata, nak tido. So aku yg tak tido ni, duk main handphone. Sunyi je masa tu tak dengar apa-apa. Tiba-tiba aku tengak dok belek phone, aku terdengar ada orang berjalan atas bumbung bangunan office aku. Kuat gila. Mcm gergasi tengah jalan atas bumbung. Yg aku peliknya, takde sorang pun yg terdengar. Aku sorang je.Dan benda ni takde la jadi hari hari, Cuma kerap. Aku tanya mak aku, mak aku kata hantu raya la kot. Aku taknak la fikir bukan-bukan, sebab boss company ni melayu. So tu jela cerita yg aku nak sampaikan. Sekian.

Hantar Kisah Anda: Fiksyenshasha.com/submit

Gigi Besi
Kisah-kisah Angker di Pejabat Tempat Aku Berkerja
8.4 (84.44%) 45 vote[s]

Dah baca?Jom tonton video terbaru dari FS.

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.