Kisah Manager Hotel

KISAH MANAGER HOTEL

Assalamualaikum semua warga Fiksyen Shasha. Ini adalah kisah yang ke-3 dari penulisan aku. Kali ini aku akan ceritakan pengalaman seram seorang bekas Manager di salah sebuah hotel terkemuka di Pulau Langkawi. Nama Hotel di rahsiakan di atas faktor-faktor keselamatan.

Menurut cerita beliau, sepanjang bertugas sebagai Manager, beliau telah bertugas di dua bahagian yang berlainan dalam Hotel berkenaan. Pertama, sebagai Manager Pub. Keduanya sebagai Manager Cafe.

Kisah Pub

Sebagai seorang Manager Pub, sudah pastinya akan terlibat dengar minuman keras. Boleh di katakan setiap malam ada sahaja yang akan belanja beliau untuk minum. Jangan risau, beliau bukanlah beragama Islam. Menurut beliau, ada seorang DJ perempuan Mat Saleh dari Australia bekerja di dalam Pub berkenaan.

Satu hari, DJ berkenaan telah datang ke pejabat Manager Pub untuk mengambil cek gajinya. Di dalam bilik Manager tersebut mempunya sebuah batu yang agak besar, di katakan batu itu tidak dapat dialihkan walaupun sedikit. Jadi, batu tersebut di biarkan menjadi ‘tanda’ tengah ruang bilik Manager itu.

Ketika DJ berkenaan masuk ke dalam bilik Manager Pub, dia bersuara;

“What is this?! Why this big rock in the middle of your office?! Weird!” kata DJ perempuan sambil berseloroh.

Tak sampai berapa saat, tak semena-mena DJ perempuan itu rebah dan mengelupur di dalam bilik Manager tadi. Mata naik putih, tangan kaki kejung. Panik si Manager terus ‘call’ pengawal keselamatan naik ke pejabat beliau. Selepas beberapa ketika, semangat DJ perempuam tadi di pulihkan, sedar dalam keadaan kebingungan seperti tidak tahu apa yang yang telah terjadi kepada dirinya.

Selepas dari kejadian tersebut, DJ perempuan itu tidak pernah lagi jejakkan kaki ke dalam pejabat Manager. Jika ada urusan, dia hanya akan berjumpa di luar bilik sahaja. Menurut Manager itu lagi, sepanjang beliau bertugas, beliau tidak pernah langsung menegur atau bercakap apa-apa berkenaan kewujudan batu tersebut di atas nasihat orang lama di Hotel tersebut.

Kisah Chalet Manager

Kisah lainnya, seperti sedia maklum, sebagai Manager Pub, beliau akan pulang ke rumah sekitar jam 2 hingga 3 pagi. Bagi seorang Manager, mereka di sediakan sebuah rumah kecil atau sebuah Chalet. Bila sudah sampai, lepas bersihkan diri, beliau sedia untuk tidur di atas katil. Chalet yang selalunya di bina dengan menggunakan kayu, kedengaran di luarnya seperti ada yang mencakar-cakar dinding chalet.

“Kreeett!… Kreeett!… Kreeett!…. Kreeett!…” panjang bunyinya tak berhenti.

Sekeliling rumah, berpusing-pusing mengelilingi sambil mencakar dinding. Seperti ada ‘sesuatu’ yang berkuku tajam mengheret kukunya di dinding chalet. Chalet beliau ‘di payungi’ sebuah pohon besar yang sudah tua. Di katakan ada ‘penghuni si baju putih’ yang tinggal di atas pokok tersebut. Selepas seketika, letih badan membuatkan Manager tertidur nyenyak di buai mimpi hingga ke pagi.

Bila si Manager terjaga, beliau dapati ada ranting kayu, dauh kering penuh di atas badan dan katil beliau!. Hairan dan pelik, nak kata bumbung bocor jauh sekali. Katil beliau juga jauh dari kedudukan tingkap!. Jika betul dari tingkap, tak ada ribut yang berlaku semalam, tambahan pula tingkap jenis Nako (keping kaca bertingkat), mustahil boleh masuk dengan banyak begitu sekali.

Kisah Bilik ‘Butcher’

Pada satu malam yang sunyi, beliau seperti biasa pulang dari Pub. Malam ini yang pasti beliau tidak mabuk seperti biasa setelah menolak tawaran untuk minum bersama. Beliau berkata, boleh rosak badannya jika setiap malam minum minuman keras. Dalam perjalanan menyelusuri hotel, di keheningan lewat malam, beliau akan melalui satu kawasan dapur hotel di mana terletak sebuah bilik ‘butcher’ (bilik pemotong daging). Ketika menghampiri pintu bilik berkenaan, beliau terdengar sesuatu.

“Sluurrrppp…. Sluurrrppp…. Sluurrppp…. Sluurrrppp….”. Bunyi seperti sesuatu yang basah, di sapu atau sedang di jilat.

Beliau sangkakan pekerja ‘butcher’ belum lagi pulang. Tapi yang peliknya, bilik dalam keadaan gelap, lampu dah di padamkan. Pintu bilik dalam keadaan terbuka sedikit. Beliau beranikan diri menolak pintu bilik ‘butcher’ itu.
Bila pintu terbuka, beliau amati betul-betul dalam kesamaran bilik ‘butcher’ bunyi yang tadinya kedengaran semakin kuat bila pintu di tolak.

“Huh! Arghhh….”. Menjerit beliau sambil terus bergegas lari dari tempat kejadian sekuat hati.

Belia berkata, semasa beliau menolak pintu bilik ‘butcher’, beliau ternampak dalam kesamaran ada ‘seorang’ wanita sedang meniarap di atas tempat pemotong daging sambil mengeluarkan lidahnya yang panjang menjilat-jilat di atas permukaan yang berbekas hirisan daging yang berdarah.

Ketika tersentak, wanita itu sempat menoleh ke arah pintu di mana Manager tadi tercegat terkejut. Beliau terus lari pecut balik ke Chalet Manager. Keesokannya beliau pergi ke bilik ‘butcher’ dan menceritakan kepada pekerja di situ. Mereka hanya tertawa dan mengatakan ianya kerap berlaku. Sebab itu mereka jarang pulang lewat malam dari bilik berkenaan. Sejak kejadian berkenaan, si Manager tidak lagi pulang ke Chalet melalui jalan yang pintas melalui bilik ‘butcher’ tersebut.

Kisah Cafe

Selepas beberapa tahun menjadi Manager Pub, beliau telah di tukarkan ke sebuah Cafe Hotel berkenaan. Untuk jawatan ini lebih normal waktu kerja, di mana masuk kerja waktu pagi dan pulang waktu petang. Nak di jadikan satu cerita dan pengalaman seram beliau, ada sebuah majalah antarabangsa ingin membuat ‘photo shoot sunrise’ untuk majalah bulanan mereka. Pemandangan cafe hotel berkenaan mengadap laut di mana matahari terbit di awal paginya yang pastinya menyajikan pemandangan yang sangat indah di waktu awal pagi.

Jadinya, untuk ‘setup’ cafe awal, perancangan untuk menyediakan lilin romantik di atas setiap meja di dalam cafe untuk ‘photo shoot’ di jalankan seawal mungkin bagi memgelakkan kelewatan atau terlepas ‘moment’ matahari terbit dan terpaksa menunggu hari lain pula. Manager Cafe telah memberi info awal kepada seorang pekerja cafe untuk datang awal sekitar jam 3 pagi untuk penyediaan lebih kurang 60 ke 70 buah meja di dalam cafe berkenaan.

Tiba di hari yang di nantikan, sudah pastinya Manager Cafe yang sampai dulu di cafe memandangkan beliau tinggal di Chalet Manager di kawasan hotel. Pekerja cafe hanyalah budak kampung langkawi berdekatan. Setelah setengah jam menunggu, pekerja berkenaan masih tidak muncul. Risau jika terlambat dan terlepas ‘moment’ penting, beliau telah masuk ke dalam cafe berseorangan dan melakukan kerja seperti yang di rancang.

Cuaca ketika itu tenang, masih gelap gelita, sunyi sepi, kedengaran bunyi pemetik api sahaja apabila beliau ingin nyalakan lilin di atas meja cafe.

Sampai di meja terakhir, setelah 5 lilin di nyalakan bagi setiap meja, beliau berasa lega, seawal jam 5 pagi telah siap semua meja di nyalakan lilin berseorangan tanpa di temani pekerja cafe beliau. Beliau menarik nafas lega kerana cuaca yang baik tiada angin sedikit pun mengganggu api lilin yang telah di nyalakan.

Alangkah terperanjatnya!, bila dia toleh ke belakang, hampir 70 buah meja yang telah siap di nyalakan lilin di atas meja, telah padam entah bila!. Nak di katakan angin, sedikit pun beliau tidak berasa. Jika betul angin, takkan sampai semua meja terpadam serentak!. Tanpa berlengah, beliau berlari keluar dari cafe, terus menuju ke arah jalan besar hadapan hotel berdekatan dengan pondok pengawal. Tercungap-cungap di buatnya. Sehinggakan di tegur pengawal keselamatan apa yang telah terjadi.

Dari jauh kelihatan cahaya lampu motor menuju ke arah pondok pengawal. Rupanya pekerja cafe baru tiba, dan beliau pelik melihat Manager Cafe berada di situ sambil terduduk di kaki lima.

“Kau punya pasal lambat datang, aku dah kena ‘kacau’ kau tau tak?!”. Marah Manager Cafe.

“Apa yang dah jadi Encik?!”. Soal pekerjanya.

“Aku dah setup semua meja guna lilin, aku pusing belakang, semua meja dah terpadam, semua tau tak?!”. marahnya lagi.

“Allah, Encik kena kacau dengan hantu cafe dah la tu”. bersahaja jawabnya kepada Manager Cafe.

“Kami sepanjang bekerja, tak berani datang sorang-sorang masuk ke dalam cafe kalau sampai awal, ini pulak jam 3-4 pagi, memang tak lah nak masuk sorang!”. Katanya menambah cerita.

Manager Cafe yang baru sahaja mulakan tugas barunya tergamam dengan cerita pekerja cafe itu.

“Kalau macam tu, jom kita masuk sama-sama, nyalakan balik semua lilin atas meja”. Ujar Manager Cafe.

Lalu mereka pun terus ke Cafe dan nayalakan semula semua lilin di atas meja dan menunggu ketibaan jurufoto majalah yang terlibat.

Inilah sebahagian kisah misteri di sebuah hotel besar di Langkawi oleh seorang bekas Manager Hotel. Beliau tidak lagi bekerja di hotel berkenaan. Cerita ini juga di sampaikan pada sekitar tahun 2011. Semoga beliau masih sihat dan terbaca kisah yang pernah beliau sampaikan pada aku dulu.

Sekian. Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Oleh: Mohd NurSalim

#KisahManagerHotel
#AkuBudakPenang
#FiksyenShasha

Mohd NurSalim

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 26 Average: 4.2]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.