Kisah perkhemahan

Hai semua. Namaku Fiza. Wanita berusia 26 tahun. Kisah yang ingin aku ceritakan ini berlaku beberapa tahun yang lepas sewaktu aku bersama adik lelaki, ibu dan ayah mengikuti satu program perkhemahan disebuah gunung diutara tanah air selama 3 hari 2 malam. Segala pergerakan program berjalan dengan lancar sehinggalah hari ketiga program tersebut apabila ayah dan adik lelakiku hilang di awal pagi dan dijumpai beberapa jam kemudian lebih kurang 5km dari tapak perkhemahan kami. Aku akan cuba menceritakan kisah ini walaupun aku tak pandai sangat menulis cerita….

Pada pagi hari kejadian, jam lebih kurang 8am. Kami semua masih lagi menyelubungi diri dengan selimut kerana suhu di dalam hutan agak sejuk. Aku yang terjaga pada waktu itu cuba untuk melelapkan mata kembali. Beberapa minit selepas itu adik lelakiku juga terjaga kerana ingin membuang air kecil. Memandangkan pagi masih sunyi, aku berkata, kejutlah ayah untuk pergi teman. Sebenarnya, khemah kami dengan tandas agak jauh jaraknya. Kebiasaanya, kalau adik lelaki atau ayahku ingin membuang air kecil waktu malam atau awal pagi, mereka akan kencing berdiri dikawasan semak berhampiran khemah kami sahaja. Sebab itu aku menyuruh adikku untuk kejut ayah aku. Takkan aku pulak nak teman dia….

Selepas mengejut ayahku, mereka pun keluar ke khemah dan berjalan ke kawasan semak berhampiran. Jarak mereka agak dekat. Sebab semasa mereka sedang kencing. Aku masih boleh nampak kelibat mereka walaupun aku berada di dalam khemah (aku baring menghadap pintu khemah). Selepas beberapa ketika, aku pun terlelap kembali.

Pada jam lebih kurang 10am, ibu mengejut ku dan berkata adik dengan ayahku tiada dikawasan perkhemahan. Kami pun meminta tolong rakan-rakan kami disitu untuk mencari ayah dan adikku. Proses pencarian berlalu dengan agak lama. Lebih kurang pukul 3pm, kami mendapat tahu, adik dan ayahku berada dikawasan orang asli, lebih kurang 5km dari tempat kami berkhemah. Kami pun terus bergegas kesana dengan menaiki 4×4.

Setibanya kami disana, kami melihat ayah dan adik dalam keadaan kelaparan. Long story short kami pun kembali ke kawasan perkhemahan, dan mengemas barang2 kami utk pulang ke rumah. Kami sepatutnya meninggalkan kawasan perkhemahan pada jam 12pm. Tetapi terpaksa delay sikit kerana proses pencarian ini.

Setelah beberapa hari berlalu, baru lah adik dan ayahku menceritakan apa yang berlaku pada hari kejadian. Kata mereka, sewaktu mereka keluar untuk kencing, tiada apa yang berlaku. Tetapi sewaktu mereka kencing tu, tiba2 suasana hutan menjadi sangat sunyi. Apa yang mereka dengar hanyalah bunyi pancutan air kencing yang jatuh ke daun2 (susah nk describe, tapi korang tahu kan bunyi macam mana).

Tetapi mereka anggap itu hanyalah situasi biasa didalam hutan. Setelah selesai, apabila mereka menoleh kebelakang, tiada lagi khemah-khemah yang didirikan. Sebaliknya, hanyalah pokok-pokok besar sahaja. Katanya, mereka menjerit memanggil nama aku. Tetapi aku tak dengar. Kalau ikutkan mestilah aku dengar, sebab jarang mereka dengan khemah kami begitu hampir sekali. Ayah dan adikku pun berjalan sambil meminta tolong. Mereka berjalan sehinggalah mereka menjumpai satu perkampungan orang asli. Dan disitu la dimana, ayah dan adikku ditemui. Sepanjang mereka berada didalam hutan, tiada apa-apa perkara pelik yang berlaku dan syukur mereka semua dijumpai dalam keadaan selamat.

Aku yakin, perkara ini disebabkan oleh tindakan adik dengan ayahku yang kencing berdiri dihari kejadian. Tetapi yang aku pelik, selama ni pun, kalau berkhemah, mereka akan buat perkara yang sama untuk buang air kecil (lelaki, normal lah untuk buat macam tu kan). Kenapa pada hari kejadian baru berlaku situasi hilang macam ni. Ibuku cakap mungkin sebab mereka tak cuci b***** dan tak jirus tanah tempat mereka kencing. Tetapi, sepanjang aku tahu, lelaki kalau kencing tepi semak memang tak cuci b***** dan tak jirus pun tanah tu. Jawapan yang aku sendiri masih tercari sehingga kini.

Walaupun kejadian tersebut sudah lama berlaku, tetapi kami masih lagi ingat situasi pada hari kejadian. Dan semenjak dari hari itu, kami tidak lagi berani untuk melakukan aktiviti-aktiviti perkhemahan seperti ini. Kami seakan fobia dengan apa yang berlaku. Semoga cerita ini menjadi iktibar dan pengajaran.

Sekian…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fiza
Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 3.5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.