Kisah restoran fastfood-(last)

Assalamulaikum kepada admin dah pembaca setia FS.Sebelum tu bagi yang tak pernah baca kisah saya, saya intro sikit. Nama saya Rin. Perempuan. Tapi macam boyish sikit la. So untuk kisah restoran, ini kisah terakhir yang akan saya tulis. Kat part 3 tu ada yang komen2 pasal tomboy la pasal rokok la..Tak mau gado-gado. Ya saya memang kasar sket perwatakan sebab adik beradik semua lelaki tapi kalau solat still pakai telekung lagi jgn risau ea? Dalam part 3 tu yang isap rokok tu Harry.Bukan saya.

Ok clear tak?(peace!)Saya just nak share pengalaman saya je. Tapi kalau ada yang nak kecam pasal benda lain, nak buat camne kan? Semua manusia dilahirkan tak sempurna. Dalam mencari kesempurnaan tu lah kadang-kadang kita dalam tak sedar dah mencerca dan mempertikaikan kelemahan orang lain.For the last entry ni saya selitkan jugak tentang sahabat baik saya;Liza…Ok,jom start..!

Restoran ni restoran kedua terakhir yang saya kerja sebelum saya berhenti. Dalam tahun 2011-2013 masa tu. Restoran ni kat cheras  ,bersebelahan dengan shopping mall tapi restoran ni shop lot.Ada 2 tingkat je. Masa mula-mula masuk restoran ni,agak mencabar bagi saya sebab sebelum masuk dah di beri gambaran staff semua kurang ajar, tak reti hormat orang and geng berpuak-puak. So saya anggap je ni semua cabaran kat tempat baru. Saya prepare nak buat muka sehabis garang,sebab nak tengok camne flow and environment kat situ dulu.(macam sakai kan perangai?)

Seminggu saya dekat sana, saya tengok budak-budak dia ok je. Takda pulak yang kurang ajar. Elok je budi bahasa, speed cantik, hospitality cun, cuma ada la sorang dua yang grooming tak berkenan kat hati. Lepas buat meeting dan berbincang lepas Q&A session, semuanya macam takda masalah Punctuality pun tak teruk sangat. Saya pun dah boleh usik-usik dah gurau-gurau dengan dia orang. Lama-lama saya jadi selesa dengan bantuan 2 assistant manager lelaki.

Kisah 1.
Hari tu saya kerja Night shift. Hari tak busy, so pukul 10 saya dah tak on floor sebab nak settle kira stok and bagi report semua. Dah bagi job allocation kat semua staff closing,saya pun start nak kira stok.So flow dia mula dari freezer,chiller dan dry stor.  Elok saya bukak je pintu freezer, saya tengok stok frozen semua bersepah kat lantai. Bukan sikit sepahnya. Sapa yang pernah jadi manager kat fastfood tau la camne perasaan bila tengok benda-benda mcam ni.Saya mula la nak marah.Saya tutup pintu,saya pegi dekat staff kitchen. Masa tu ada 3 staff ;Rayyan dan 2 foreigners; Sunil & Redza.” Siapa orang terakhir ambil barang kat freezer?” Soal saya .Muka taknak kalah,serious habis! “Saya” Rayyan menjawab.

“Meh ikut saya jap” seraya jalan menuju ke freezer.Rayyan ikut je tak banyak bunyi.Tapi nampak la muka dia tak puas hati sikit.

“Awak ambik barang ke,awak sepahkan barang?” Soal saya sambil tunjuk semua barang yang dah bersepah kat lantai. Rayyan terus terkejut.”ishhh apesal pulak jadi macam ni?Tadi saya takda ambik barang kat dalam kotak pun. Ambik dalam bakul ni je. Tu pun satu barang je.” Rayyan jenguk kepala lepas tu cepat-cepat dia pergi belakang saya.”dah kenapa?”soal saya. “takut plak saya. Ni tengok ni dah naik bulu roma kat tangan. Sumpah miss, saya tak buat sepah macam ni. Ni macam orang mengamuk je ni. Jangan macam-macam laaa” Rayyan terus panggil kawan-kawan dia yang lain. Yang lain pun sama, terkejut dan mengiyakan bahawa memang Rayyan orang terakhir yang masuk dalam freezer.

Tapi masa ni saya tak fikir ape-ape pun. Seram pun tak,takut pun tak.”dah-dah, cepat tolong saya angkat n kemas balik semua ni Rayyan..!”saya malas nak panjang cerita.”taknak la miss,miss ajak Sunil. Tak berani saya..”Rayyan tolak Sunil. Saya ketawa mengekek. Apasal la penakut sangat.”penakuttt!! Nama je lelaki lah.Kalau ‘dia’ ada kat sini pun boleh buat ape je?Kita makhluk lagi kuat dari dia tau?”balas saya. Tanpa saya sedari, kebaculan mulut saya tu memberi sedikit kesedaran dalam hidup saya malam tu.

Lepas siap closing,saya pun dah siap kunci pintu semua,saya nak balik dah la. Kereta saya park belakang restoran, dekat rumah sampah sebab nak mengelak dari park kat parking berbayar. Belakang tu walaupun ada cahaya lampu,tapi keadaan dia suram sikit.Liza (senior staff) pun penah pesan,s elain takut ada tikus nanti masuk dalam enjin gigit wayar kereta,tempat tu keras sikit. Elok saya bukak pintu kereta,rasa macam ada angin kat pipi and bahu saya. Saya pandang kiri kanan;ahhh nak hujan agaknya. Positif kan saya?

Saya masuk kereta,nak jalan tah kenapa tiba-tiba hati saya jadi sayu.Sayu yang macam nak nangis.Macam rasa masa kecik-kecik kena marah ngan mak time makan sebab tumpahkan air atas meja.macam sebak je.Saya masa tu nak menuju ke Taman Connought, saya lalu downtown lama,sampai depan HUKM tu berderai airmata. Teresak-esak saya nangis tanpa saya sendiri tak tahu apa puncanya. Se ‘gagah-gagah’ saya ni saya boleh menangis sambil drive. Saya ni bukan senang nak nangis punya orang tapi masa tu saya sendiri tak faham.

Puas saya tarik nafas dalam-dalam, nak cool kan diri pun tak boleh jugak. Last saya berhenti tepi jalan. Saya nangis puas-puas dan time nangis tu baru saya ingat saya kena submit form kat officer dan saya dah janji nak hantar kat dia malam tu. Rumah dia kat jalan klang lama. Saya pun call dia.Dalam sedu-sedu tu tak jelas apa saya cakap,yang saya dengar dia suruh datang rumah dia. Saya sampai depan rumah dia dah lewat,dalam pukul 12.45 malam. Dia masuk kereta duduk kat sebelah saya dan tanya kenapa. Last tu dia ajak saya pegi minum.Saya pun ok.

Tapi entah kenapa hati saya macam di paksa-paksa pergi ke restoran balik.Saya dah rasa tak sedap masa ni. Walaupun tangisan saya dah reda, (sebab saya dah mula baca ayat qursi dan 3 qul) tapi hati saya tak tenang dan saya terus drive pergi restoran balik. Saya rasa ada benda yang mengikut dan saya nak hantar dia balik tempat dia. Sehinggalah sekarang saya masih tak boleh dapat jawapan kenapa saya boleh acah-acah macam bomoh nak halau momok malam tu. Sampai di restoran, bagai ada yang memimpin saya tuk pergi kat mana tempat saya park kereta saya tadi.Malam tu memang lain sebab saya rasa dingin sangat. Saya pun pelik kenapa saya berani datang kat sini dan macam seolah-olah saya nak hantar ‘benda’ tu balik. Saya pesan dengan officer saya,jangan turun,tunggu je dalam kereta.

Masa saya sampai kat rumah sampah tu bulu roma saya memang kejung tegak tak nak turun.Saya baca ayat qursi,3qul dan alfatihah. Sepatutnya rumah sampah tu dikunci tapi entah mungkin saya lupa check ke camana masa saya sampai tu pintu dia terbuka dua-dua. Saya berani kan diri untuk bercakap,”Aku dah hantar kau balik tempat kau. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku. Aku dah ramai kawan, aku tak minat nak berkawan dengan kau Aku bukan dari keturunan kau, jangan kau cuba-cuba berani kacau keturunan Adam dan Hawa.

” Panggggg,sebelah pintu rumah sampah tu tertutup. Nak luruh jantung saya masa tu. Saya pun tak sure apa yang saya cakap n buat ni betul ke tak, saya takda ilmu apa-apa pun tapi mungkin melalui pembacaan kot saya jadi seberani ni.Sebelum saya beredar saya terpandang kat pintu rumah sampah yang sebelah lagi. Macam ada bayang hitam berbentuk lembaga berdiri dengan rambut panjang berjurai kat belakang pintu tu. Terus laju langkah saya menuju ke kereta.Saya duduk sekejap dan lepaskan nafas panjang. Baru saya rasa lega dan emosi saya agak stabil masa tu.

Saya senyum tengok officer saya dan saya cakap jom saya belanja miss minum kejap.Dia pun ok je.Sampai kat mamak dekat-dekat dengan rumah officer saya tu saya basuh muka dan tengok muka kat cermin.Ok masih lagi muka saya!!(ok-ok tak kelakar..)

Saya:”Miss minta maaf ea? Saya tak tau la kenapa tadi saya jadi sedih.Pelik-pelik je.”saya tarik kerusi berhadapan dia.
Officer:”takpa lah saya pun belum nak tidur lagi.Kenapa tadi awak pegi restoran balik?Awak cari apa kat belakang kat rumah sampah tu?”

Saya pun bercerita lah dari A sampai Z kat dia.Dia cakap menyesal dia teman saya.Kuang ajar betol!!Saya minta dia rahsiakan semua ni dari pengetahuan orang lain.Saya taknak nanti orang lain jadi takut nak datang situ. Esoknya,saya jumpa Liza.  Dia staff paling lama kerja situ.Dan dia staff paling rapat dengan saya. Kata dia banyak sebenarnya yang dia dah alami tapi dia malas nak share dengan kawan-kawan lain sebab nanti dah tak seronok nak kerja.  Sempat dia padan kan muka saya.Sabar je laa.!!Ermmm rindu Liza..!

Kisah 2
Lepas dari peristiwa tu, saya semacam diberi kesedaran sikit untuk tak lagi membaculkan mulut saya sewaktu berada kat restoran. Hari tu saya kerja pagi. Masa tengah buat prep dengan staff opening kitchen,saya sumbat telinga dengan earphone. Selalunya staff opening service akan masuk pukul 9 manakala kitchen akan masuk pukul 8.00. Tengah-tengah buat kerja nampak Liza masuk. Saya tengok jam baru 8.30 awalnya makcik ni masuk keje.

Selalunya dia memang akan sampai ngam-ngam pukul 9 sebab boyfriend dia yang hantar n dia pun kerja dekat-dekat sini je. Saya pun jerit,”ada orang masuk awal, so pagi ni kita suruh dia belanja breakfast!!”. Tiba-tiba Sunil datang “apa cakap miss?Tak dengar..” Dia pun dok sumbat telinga dengan earphone.”Taklah,i saje usik Liza sebab dia datang awal” balas saya.

Sunil kerut dahi.”mana ada staff service masuk lagi miss. Depan pintu pun kunci. Kalau ada mesti dia ketuk dulu kan?” sambungnya. Saya pun eh ye jugak kan? Saya pergi pintu depan, memang takda sapa. Nak naik atas saya seram pulak sorang-sorang. So saya jerit je nama Liza dari bawah tapi takda yang menyahut. Saya masuk office tengok punch card liza memang masih kosong lagi. Kuang hajar, pagi-pagi lagi dah mengusik orang!!Getus saya dalam hati.

Tu baru sekali.Lepas Liza dah masuk ,dia buat kerja dia kat atas. Yang ni memang orang la sebab saya nampak dia punch kad n dia ni kalau dah masuk kerja memang riuh sikit. Suka nyanyi-nyanyi.Nasib baik suara dia sedap. So lepas settle kerja saya kat kitchen,saya naik atas nak check bahagian service pulak. Dari jauh saya nampak Liza kat dalam bar tengah tertonggeng-tonggeng membelakangkan saya.Lap-lap semua benda dalam bar. Saya dapat idea nak sergah dia, bagi dia terkejut sikit. So dia kat dalam bar, saya kat luar. Elok saya dah menghampiri bar tu, dia masih tak perasan saya lagi sebab membelakang kan saya,baru nak sergah dia tiba-tiba, “haaaaa misssss!!!!! buattt apee tuuuu!!!!!”

Suara Liza dari belakang saya buat jantung saya macam nak tertanggal keluar.Automatic saya toleh belakang,saya tengok Liza dari tangga tu menuju kat saya. Ahhhh,ketiak betol! Sapa pulak kat depan saya ni!!Saya masa tu dah tak toleh depan balik dah!Saya jerit “lizaaa” pastu saya lari dan terus peluk dia. Dia ketawa sebab pada dia,s  aya ni peluk dia sebab terkejut dia sergah saya.Nasib baik yang saya peluk ni Liza original.

Dia tak tau yang saya peluk dia sebab terkejut benda lain.”dah kenapa peluk saya ni? Haaa terkejut kannn! Apa tah dia buat kat atas ni sorang-sorang” kata liza.”Awak pergi mana tadi?” Soal saya sambil melepaskan pelukan tu.”Saya pergi toilet kejap. Terkucil.”kata Liza.” awak tau tak saya nampak awak kat dalam bar. Tengah kemas,tertonggeng-tonggeng..! Saya baru nak sergah awak, sekali awak sergah saya balik tapi arah lain!  Mampus saya tak toleh depan dah!!” Time ni Liza pulak yang peluk saya.”Betul-betul la miss,” tanya Liza lagi.”betul lah..!saya pernah ke tipu awak sebelum ni..??”sambung saya.
Sudahnya sampai siap kerja dia baru dia lepaskan saya turun bawah. Tak tau lah camna nak describe perasaan saya masa tu tapi memang hampir m**i sakit jantung saya dibuatnya. Jangan ingat siang-siang takda ‘benda’ tu ye?Mohon berhati-hatilah semua ya?

Kat restoran ni,tu je la pengalaman yang agak scary yang saya hadapi selain gangguan kecik-kecik selama hampir 2 tahun saya kat sini. Banyak yang saya share dengan Liza je tak berani nak share dengan staff lain sebab tak nak dia orang takut. Sehingga entri ni tertulis; Liza @ arwah Liza dah setahun mengadap yang Maha Pencipta akibat penyakit kanser. Sungguh,saya percaya orang-orang yang baik, yang sangat tak pandai menyakitkan hati orang,yang banyak buat orang ketawa itulah yang selalunya akan pergi meninggalkan kita. Allah lebih sayangkan dia; sahabat paling baik eh silap, terbaik yang pernah saya ada selama saya hidup dalam dunia ni.

Pernah satu hari dibulan ramadhan yang lalu, rasa rindu saya pada arwah meluap-luap. Saban malam saya menangis sambil sedekahkan al fatihah pada arwah sebelum saya melelapkan mata. Sampai saya mimpi arwah saya jumpa betul-betul depan pintu restoran. Dalam mimpi tu saya peluk dia kuat-kuat, saya cakap “demi Allah Liza, Dia je yang tau betapa rindunya saya dengan awak.”

Arwah senyum sambil jawab,” Ya. Liza tahu miss rindu Liza. Liza pun rindu n sayang miss jugak. Miss,miss jangan risau. Liza tak pergi mana-mana pun. Liza ada dalam hati miss.”Dia peluk saya lagi sekali lepas tu saya terjaga dari tidur. Saya tengok jam pukul 2.30 pagi. Allah terkesan sungguh saya dengan mimpi tu,saya lap airmata saya.Sungguh, lepas rindu saya kat arwah rasanya.Tak kisahlah mimpi tu mainan tidur ke apa ke tapi saya bersyukur sangat dapat jumpa arwah even dalam mimpi sahaja. Semoga awak tenang disana sahabat.. Al-fatihah..

.

Rin
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

15 comments

  1. cerita best..part last sedih yg amat..innalillahiwainnailaihirajiun..life is indeed a journey from Allah to Allah..semoga liza ditempatkan dlm kalangan org yg beriman aaminn..

    Dear penulis..cerita anda tak pernah menghampakan..terbaik!

  2. Payah btol hat patern menjelma2 org yg kita kenal ni…
    Mulelah nnt dok curigaaaa jer yg depan mata ni org ke bukan…
    Huhuhuhuuu…

    Hmmm…
    Dr mule bace dok pikir cmne leh lost contact ngan kawan baik sbb skrg kan zaman IT, jauh di mata dekat di jari…
    Rupenye Liza dah pergi…
    Innalillahiwainnailaihirajiun…
    Sedihnye…

    Psl boyish tu dik, zaman skrg ni mmg sometimes kita org pompuan ni kena ade sikit unsur boyish tu…
    Zaman serba mencabar+bahaya…
    Org sllu slh anggap boyish/tomboy as pengkid…
    Akk ni dr sek dlu boyish wpon hakikatnye bertudung berlengan panjang bersuami, hehehehehe…
    Tp terer jer masak ngemas jge anak bagai…

    1. Huhu.. setuju dgn akk.. xsemestinya boyish tu pengkid ke apa.. bnyk je kenalan sya y boyish sbb environmnt besar kelilig beradik lelaki… tp normal je dorg, ada kwn sya y smpi kawen pn mmg boyish lg, anak pn ada da..

      Anyway citer rin dari awal smpi last ni mmg best..

    2. sy sbnrnya ad minat jgak kt girl sdkit boyish ni tp still ttup aurat la…..btw kak yulie nk tnye sal cerita sorang kakak yg tajuk pindah2 rumah tu ad latest posting x

      1. Ambooiii…
        Ehem eheeemmm…
        Heheheheheh…
        X kesahler yg boyish atau feminin, asalkan menutup aurat…
        Kaannn…

        Kakak tu mmg xde latest posting…
        Dh berbulan gak senyapnye tu…
        Harapnye semuanya sehat dan selamat…
        Aamiin…

  3. Innalillahiwainaillahirojiun….semoga arwah tergolong di kalangan org beriman….sedihh lak part last ni…??…berani betoi awak ni rin…

  4. TQ Rin! Banyak iktibar yang boleh diambil dari kisah ni. Kemudian ada unsur keinsafan diakhir2 perenggan tu. Sikit lagi nak nangis tadi. Hargailah orang tersayang…

  5. Alfatihah tuk Liza
    Takziah

    Pada aku ok jer citer ko
    Teruskan menulis pengalaman2 ko
    Ada bakat ko nie
    Bahasa, ayat suma dah tersusun elok
    Senang nak faham
    Biasala kecaman, andaian manusia tu akan sentiasa ada
    Tak kenal, tapi kadang nilai seseorang tu macam kenal berpuluh tahun
    Sila abaikan
    Sebab ko lagi kenal diri ko sendiri kan

    Good luck 🙂

  6. hai rin….
    saya seronok baca tulisan awak…
    harap ada lagi cerita dari pengalamna awak…
    n
    saya rasa cam tahu jer kat mana restoran nie…
    dan pasal nama watak arwah liza nie…
    Mudah2an arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.