Kisah seram di Uitm Tapah Perak

Assalamualaikum, nama aku Adilah. Budak course perakaunan dkt uitm tapah, skrg ni dah sem kedua. Yang aku nak cerita ni time aku kena time sem 1. Yang aku kena ni tkde la teruk sgt so aku sekadar nak share je apa yg aku alami.

Uitm tapah ni mmg tengah2 ladang kelapa sawit. Kiri kanan memang kelapa sawit je boleh nampak. Lepas balik cuti seminggu lepas mds, aku pun balik la uitm. Aku taktahu apa sangat pasal benda2 yg jadi dkt uitm ni. So aku mmg rajin stay up and tk kisah kalau nk berjalan dkt kolej ni tgh malam pun kalau nk menghafal sbb tknk ganggu roommate tido. Aku ni duduk dkt kolej alpha aras 4 ( tingkat paling atas) and bilik aku mmg hujung sikit so mmg kalau keluar bilik tu sblh tu nampak ladang kelapa sawit je.

Malam tu aku tengah layan movie. Then pukul 3 pagi tu aku tak tahan nak pergi tandas. Nasib baik tandas tu sblh bilik aku je. Lepas keluar tandas tu aku nk cuci tangan. Kalau aku pandang cermin dpn sinki tu mmg nampak reflection ladang kelapa sawit dkt blkg. Bila aku angkat kepala nk pandang cermin tu, time tu lah aku nampak ada benda warna hitam, dia mcm dengan asap rasanya sbb tkde bentuk pun and tkde muka. Just aku boleh nampak dia bergerak tapi dkt tempat yg sama. Bila aku toleh dia dh tkde. Aku pun ingat aku mimpi je. Aku masuk bilik mcm biasa.

Aku still tk tido time tu sbb sambung tengok movie. After a while, aku dengar bunyi ada org ketuk pintu. Dia ketuk quite kuat sbb aku yg tgh pakai earphone ni pun boleh dengar. Aku tk gerakkan rommate aku sbb tgh tido. And aku tk berani nak buka. Dia ketuk tiga kali and berhenti sekejap. Lepas tu aku dengar bunyi org heret kaki dkt depan pintu aku and mmg nampak bayang2 org jalan dpn pintu aku. Dia jalan ke kiri ke kanan then stop balik dpn pintu aku and mula ketuk balik tiga kali. Dia ulang benda yg sama berkali2. Aku cuba remind diri aku sendiri yg mayb aku ni tgh berkhayal je kot so aku baca doa mana2 yg aku igt and terus tido lepas tu. Dia pun dh tk ketuk lepas tu.

Then lepas seminggu incident tu berlaku, aku pun dah lupa benda tu. Time tu students part 1 ni kena paksa kawad mcm org gila. Siang malam berlatih. Then satu mlm ni koko aku ni je yg berkawad tgh malam. Then aku sampai bilik aku tu dlm pukul 12 stengah mlm mcm tu. Dkt kolej tu tkde org yg berjaga time tu rasanya sbb tkde org dkt corridor. Plus time intake aku ni students tk ramai sbb second intake.

Aku sampai bilik tu mmg roommate aku ni dh tido sbb dia mmg kaki tido and suka tido atas lantai. Bilik aku ni ada kami dua org je.
Aku mmg sumpah penat dah malam tu. Aku tk mandi tk cuci muka. Aku tukar baju then tutup lampu and tido. Aku tk sure aku terjaga pukul brp sbb tk check phone tp cahaya lampu jalan raya luar tingkat bilik aku tu still penetrate cahaya dlm bilik. Bila aku bukak mata tu, aku nampak bayang2 aku sendiri tgh duduk atas kerusi meja belajar aku. Mmg badan tu mcm badan aku sbb aku ni mmg keding nak mati. Aku ingat mayb roommate aku tapi roommate aku still terbaring atas lantai. Aku pun still tengok lagi la benda tu sbb tk percaya apa yg aku nampak. Then dia tk gerakkan badan dia tapi dia alihkan kepala dia ke tepi seolah2 dia tgh pandang aku. Aku pun terus buat tktahu and pandang sblh dinding sbb nak elak dia drpd tahu yg aku tgh tengok dia. Disebabkan aku mmg penat, aku tertido lepas tu walaupun tgh takut.

Lepas incident ni berlaku aku tk kena apa sgt sampailah seminggu sblm finals. Aku pun dah abaikan apa yg berlaku sblm2 ni. Aku bangun pukul 3.30 am sbb nk menghafal. Aku pun keluar luar bilik aku sbb tknk bukak lampu ganggu roommate aku. Aku pun studylah dkt tangga blok aku tu. Plus tempat tu cerah je. After a while aku duk menghafal tu, aku dengar lagi bunyi kaki org heret mcm yg aku dengar dkt dpn bilik aku haritu. Tapi kali ni suara tu dkt tingkat bawah aku. Aku dengar lagi dia mengheret kaki dia. Aku try ignore awal2 tu sbb aku igt mayb bunyi tu mai drpd ladang kelapa sawit blkg aku. But ttba aku mula dengar dia naik tangga drpd tingkat bawah aku tu. And aku pulak mmgtgh duduk atas tangga. Aku pun cabut masuk bilik ah sbb takut gila.

Alhamdulillah dia dah tk kacau aku lepas tu. Lepas incident tu aku tk kena dah la lagi dengan mana2 benda. Eventho aku still suka menghafal tgh pagi dkt tangga and sem ni pun aku duduk dkt blok and aras yg sama cuma bilik aku skrg ni menghadap blok2 yg lain, bukan ladang kelapa sawit.
Sblm ni aku tk berani sgt nk cerita dkt sapa2 pasal benda kecuali kawan2 yg aku rapat dkt sini tapi a few days ago lect aku cakap dia suka baca cerita2 dkt blog ni so aku pun terasa nak post dkt sini. Sekian.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Heyazam786
Kisah seram di Uitm Tapah Perak
10 (100%) 1 vote

23 comments

    1. aku pun kurang suka org guna shortforms, tp shortform dia ni ok je. agak standard dan boleh difahami. elok je smooth aku baca. tak sampai tahap perlu sound pun. bkn nya shortform style bdk wechat mengeja.

  1. Tau yg pasal nenek tua tu je..sbb kat beta 10 dulu pun ada member ternampak nenek tua kat tingkap beta 4 ke 5. .huuuuu. Btw sapa lecturer tu.hahaha..ramai je yg suka menghafal kat tangga pagi2 buta. Including me.

  2. aku pernah tinggal kat kolej alpha dan ada satu blok ni sumpah seram. btw aku still kat uitm tapah tapi dah final year. so, good luck yaa my junior huhu.

  3. Haha aku yg pernah duduk Beta pun pernah kena jugak. Aku duduk aras 3. Tgh2 malam dlm pukul 3 rasanya pegi toilet kat depan bilik je pastu ttiba nampak prmpuan rmbut pnjang dari aras 4 tengok pintu bilik aku.apalagi teruslah masuk bilik pastu tiba2 dengar ada yg ketuk pintu berulang kali. Lol punya hantu.😌 Sekian

  4. Alhamdulillah masa batch saya alpha tak pernah kena kacau. Batch saya paling ramai masatu course dip science 15′ – 16′. So kolej alpha pagi pagi pun bising sebab diaorang menjerit tak tidur lagi. Tapi after batch saya keluar baru la ada kes alpha kena kacau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.