Kisah Seram Ketika di Singapura

KISAH SERAM KETIKA DI SINGAPURA

Aslmualaikum dan selamat sejatera kepada para pembaca setia FS.

Kali ini aku ingin berkongsi dengan semua sebuah kisah seram yang aku alami ketika aku di Singapura.
Setiap kali musim cuti sekolah, aku sering mengunjungi rumah saudaraku di Singapura. Rumah pangsa di aras tiga merupakan rumah saudaraku di Singapura.

Pada suatu hari ketika aku di rumahnya dalam pukul 6 petang, aku sedang menyikat rambutku di bilik hujung dalam rumah saudaraku. Biliknya terdapat sebuah tingkap dan tingkapnya bertentangan dengan perhentian bus. Jaraknya lebih kurang (200sehingga 300 meter) aku sendiri tidak pasti jarak sebenar. Itu hanyalah anggaranku sahaja.

Ketika aku sedang menyikat rambut, pandangan mataku melabuh kea rah perhentian bus tersebut. Aku melihat beberapa susuk tubuh manusia yang berlegar di kawasan perhentian bus, mungkin sedang menunggu bus ataupun teksi. Sesudah aku menyikat rambut, ketika aku ingin mengalihkan pandanganku dari perhentian bus tersebut untuk keluar dari bilik, pandangan ku sekali lagi terhenti saat melihat seorang pak cik cina (dari wajah dan gayanya seperti seorang apek tua) yang berkerusi roda dan duduk menghadap ke arah aku dan kerusi rodanya berada di tengah-tengah laluan pejalan kaki untuk ke perhentian bus tersebut. Di dalam hatiku berkata “kesiannya pak cik tu, mungkin sedang menunggu kepulangan seseorang atau mungkin juga menunggu bas ataupun teksi”. Lalu aku terus menuju keluar dari bilik untuk ke ruang tamu dan aku telah terlupa tentang pak cik tadi.

Selang beberapa hari kemudian, aku terlihat pak cik cina itu lagi dari arah bilik yang sama. Aku bermonolog, “eh, itu pak cik haritu!!! ,” pak cik tu memakai pakaian yang sama, kedudukan yang sama dan semuanya sama… aku bermonolog lagi “eh, macam pelik je… hmm mungkin dia kerja dan mungkin juga itu merupakan “port” dia untuk menunggu di perhentian bus tersebut. Aku mula positifkan diri dan tidak menghiraukan apa yang berlaku dan apa yang membuatku berasa pelik, aku telah lupakan kerana padaku tidak penting.

Aku pulang ke Malaysia setelah seminggu berada di Singapura.

Selang beberapa bulan, aku dan keluargaku sekali lagi berangkat ke Singapura kerana saudaraku mengadakan kenduri.
Saat aku berada di sana, ketika aku sedang melalui bilik hujung tersebut, aku tiba-tiba teringat tentang pak cik tua itu, dan aku terus bergegas ke kawasan tingkap untuk melihat jika pak cik cina itu ada di tempatnya… Ya!!! Ternyata anggapanku benar belaka.. pak cik cina itu berada di tempat yang sama dan semuanya masih sama..

Mataku teralih tumpu kepada sepasang kekasih yang berpegangan tangan sedang berjalan menuju ke arah perhentian bus melalui laluan pejalan kaki di mana adanya pak cik cina itu ditengah-tengah laluan pejalan kaki tersebut. Jika mengikut kewarasan akal, jika kita berjalan berpimpin tangan dan semakin hampir dengan sesuatu, pastinya kita akan melalui di tepinya atau melepaskan tangan untuk memberi laluan kepada orang di tengah-tengah tersebut.. tetapi apa yang peliknya ialah saat pasangan itu semakin hampir dengan pak cik cina itu, pasangan tersebut tetap tidak beranjak atau pun menukar haluan mereka untuk mengelak pak cik itu, bahkan mereka semakin dekat dengan pak cik tersebut seakan mereka tidak perasan kehadiran pak cik tu. Aku semakin pelik dan otakku ligat memikirkan kenapa…kenapa.. kenapa? Kenapa mereka x elak ini???… dah nak dekat dengan pak cik tu uihhh!!! Tiba-tiba….. mataku bagai nak terjojol keluar bila pasangan tadi berjalan menembusi pak cik cina tuu!!! Adoiiiii apakah ini???? Pak cik tu hantu?!!!!!! Aku terus jerit memanggil sepupuku , “angah !!!!!!!!”
Aku terus bertanya “ada nampak tak pak cik cina berkerusi roda di perhentian bus tu??” , sambil aku menunjukkan jariku ke arah pak cik berkerusi roda itu.. lalu sepupuku berkata “mana ada sesiapa yang berkerusi roda di situ, apa yang kau merepek ini ?” lalu dia berlalu pergi dan aku pula terduduk di situ dan kepala ku masih ligat berfikir apa sebenarnya yang aku nampak tadi?kenapa hanya aku yang nampak? Jantung aku bagai nak meletup dan lutut rasa begitu lemah untuk berdiri..

Sejak dari hari itu, aku tidak lagi melihat kehadiran pak cik cina itu di kawasan perhentian bus tersebut.

#bendahalusinisememangnyawujud,tapihanyaorangyangterpilihsahajadapatmelihatnya

Sekian, harap para pembaca semua suka dengan kisah seram yang saya kongsikan .
Terima kasih.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Julia
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

35 comments

  1. #akupantangbetulorangbuatayatdalamhashtag
    #hashtaguntukkeywordbukankaubuatayat
    #nobodywilleversearchforhashtagslikethisyoudumbass

    #sarcasm

  2. 2/10.

    * perenggan tebal sangat..boleh dipecahkan lagi.
    * dialog campur sekali dalam ayat penyata didalam perenggan..boleh asingkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.