kisah seram Late night drive

hai admin, saya pernah publish cerita tapi tak diapprove pun jadi kalini saya ingin amik kesempatan untuk menulis lagi semoga admin terima kisah seram saya. Kisah seram ni ialah kisah yang saya alami. Harap korang suka dengan cerita saya.

untuk cerita pertama, ini berlaku pada tahun 2017, waktu tu saya masih menuntut di sebuah universiti. pada satu masa tu saya dengan kawan plan untuk late night drive, jadi kami sewa la sebuah kereta viva dekat area rumah sewa kami.

Then around pukul 10/11 macam tu kami mulakan perjalanan kami, waktu tu saya yang drive sebab kawan saya memang tak nak drive malam dia cuma nak jadi peneman sahaja. So masa kami late night drive tu tak ada apa-apa berlaku lagi sebab saya lalu jalan-jalan yang biasa lalu.

Tiba-tiba masa saya tengah drive saya ternampak jalan ke kuala pilah karak, saya ni jenis main jalan sahaja yela sebab tak ada hala tuju kan, so bantai jela. waktu tu seingat saya dah pukul 2 pagi masa lalu situ. Masa saya masuk je jalan tu kawan saya terbangun dari tidur. Dia terus tanya saya, kenapa kau masuk jalan ni? saya time tu buntu la memangnya kenapa kan dengan jalan ni ( sebab time tu saya rasa tak ada apa-apa masalah dengan jalan tu) then kawan saya tiba-tiba pergi tegur, dia kata la yang dia nampak banyak benda kat sini.

(untuk pengetahuan pembaca kawan saya ni ada deria keenam dia boleh nampak apa yang kita tak nampak) so lepas je dia tegur, nahhh dengan tiba-tiba saya nampak dengan ekor mata saya yang ada benda putih terbang betul-betul sebelah tingkap kereta. Waktu tu jantung saya hampir tercabut ( waktu ni kami drive area jalan berbukit) saya sumpah masa tu saya tak berani nak pandang. Cukup la tengok dengan ekor mata sahaja. Yang saya ingat benda tu berkain putih rambut dia sangat panjang ye mengerbang.

Walaupun pandang dengan ekor mata sahaja tapi aku still boleh nampak. Badan aku mengeletar masa tu tangan ni hampir hampir nak terlepas stereng, kaki ni jangan cakap la memang ketar habis, time tu jugak aku menangis sebab ni kali pertama ya aku drive terkena macam ni selalu duk dengar orang je cerita tapi kalini jadi dekat diri sendiri.

Berbalik pada cerita, member aku dah cuak sebab tengok aku nangis dia tanya kenapa, masa tu mulut aku macam terkunci ya sebab takut sangat-sangat. Then aku cuma cakap “dia ada dekat sebelah ni” time tu nasib baik member aku faham then dia terus pegang tangan aku dia cuba tenangkan aku sebaik mungkin. Kau rileks fokus je memandu jangan pandang tepi kalau boleh, aku ada kat sebelah kau ni.

Lepastu yang saya hairan nya member saya ni dia pegi bukak lagu korea, Allahu saya tergamam kita ni dah la takut memang tak de nye la nak dengar lagu korea-korea. Kalau bukak surah-surah tu okey la lagi kan. Berbalik pada cerita, lepas je lalu kawasan berbukit tu, benda tu dah tak ada. Jadi saya dengan berani menoleh ke tepi sebelah kanan saya. Alhamdulillah benda tu dah tak ikut.

Masa tu jugak saya marahkan kawan saya, tak kisahlah kau nampak ke tak nampak jangan lah tegur, kalau tegur tu kena tempias dekat kau tak apa jugak kan ni kita yang kena. Sekarang baru aku faham perasaan driver-driver yang kena kacau, memang selalunya driver yang akan kene kacau.

Jadi pesanan saya korang jangan la lalu jalan yang sunyi malam-malam dan elakkan tegur benda-benda tak sepatutnya.
sekian kisah saya pada kali ini kalau cerita ni di approve admin saya akan pos lagi kisah-kisah seram dan saya juga ingin berkongsi berkaitan kawan saya yang sixth sense. . terima kasih semua

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 20 Average: 3.8]
syfira

3 thoughts on “kisah seram Late night drive”

  1. Ko tu pompuan, dah pukul 11 malam boleh lagi pegi lalu jalan kuala pilah karak? Jalan tu dah la berbukit, banyak selekoh, sunyi pulak. Kalau rosak atau terbabas, masuk gaung ke hapa takde sapa tolong beb. Signal hp belum tntu ada. Fikir panjang sikit.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.