kisah seram security

Tempat = tempat terpaksa dirahsiakan dengan tujuan keselamatan….
Masa = lebih kurang jam 3 pagi waktu tu hujan..
Ahli = sorang je
Suspek = kalau anda anggap apa yang ustaz jumpa ini cik pontianak anda silap sila ikuti kisah ini dari awal hingga akhir…
Pemilik Cerita = Nazim5123

kisah yang akan saya paparkan kelak adalah antara kisah berat pengalaman saya yang pernah bekerja sebagai security. namun kisah ini terpaksa saya paparkan secara bersiri. ini kerana terlalu banyak pengalaman misteri dan seram yang terpaksa saya lalui sebagai security.

menjelang kejatuhan ekonomi selepas krisis matawang serantau kehidupan rakyat malaysia menjadi semakin sukar. jika kita perasan akibat kejatuhan matawang yang lalu itu kesukarannya kita rasa sehingga sekarang. ketika itu masih saya ingat lagi harga barangan pertanian jatuh menjunam. pisang yang kami tanam sudah tak laku di jual. ini akibat kurang nya kuasa beli rakyat diwaktu itu.

untuk membaiki taraf hidup saya telah bercadang untuk bekerja diluar dari kampung..

dalam situasi ekonomi yang sukar adalah sangat sukar untuk mendapatkan pekerjaan diwaktu itu. satu satunya kerja yang agak mudah untuk dapat ialah security guard atau bahasa saintifiknya “jaga”….

saya masih ingat lagi ketika membuat medical check up doktor yang memeriksa saya telah bertanya kepada saya.

“apa kelayakan persekolahan awak…”

saya menjawab…

“sijil penuh stpm…..”

doktor tersebut bertanya lagi…

“awak muda muda kerja jaga.  tiada kerja lain ke awak nak buat….?”

saya menjawab…

“sekarang ni ekonomi tengah sukar doc. kerja susah nak cari.  jangan pilih kerja ada kerja apa pun sapu jer. jangan meminta jangan merompak jangan mencuri sudah.  nanti kalau ada kerja lagi bagus kita buat kerja lain..”

doktor tersebut tidak menjawab hanya mengangguk kepala sahaja.  saya rasa dia pasti bersetuju dengna pendapat saya ini.

begitulah hari pertama saya melalui hidup seorang jaga.  Heheheheh.

dalam cerita ini tempat lokasi dan banyak lagi perkara terpaksa saya rahsiakan sama sekali ini kerana perkara tersebut sangat berkait rapat dengan keselamatan syarikat lama tempat saya bekerja.

seperti kerja kerja lain juga. minggu pertama kerja kami terpaksa mengikuti minggu orientasi atau minggu suai kenal. kerja nya nak kata susah susah juga nak kata mudah mudah juga. tapi betul betul membosankan. yelah mau taknya kena duduk kat satu tempat dalam jarak masa yang sangat lama. boleh biol kepala otak dibuatny. lagi lagi awak orang baru memang sah kena ragging. tapi yelah adat jadi orang baru kat mana mana tempat mesti kena ragging dulu. tapi nanti kot dah confirm hehehehhe. siap lah korang semua….

saya masih ingat lagi sorang pakcik yang sama sama bekerja dengan saya pernah mengingatkan saya kerja jaga ni senang je tak susah tapi jangan sampai kena kerja memang kita dikerjakan betul. kalau takde apa apa memang mudah tapi kot ada apa apa sebelah kaki dalam penjara. sebelum polis tangkap penjenayah kita dulu masuk balai silap cakap kedalam kita duduk…

begilah ingatan beliau kepada saya. disini saya tak bercadang untuk bercerita kisah kerja jaga cuma saya nak cerita kisah misteri saya sebagai security dimana kisah kisah misteri ini sering dilalui oleh ramai security yang lain. dan kalau sesapa je pernah jadi security macam tak sah kalau tak alami kisah misteri ini…

bersama saya ketika minggu orientasi ini terdapat seorang pelajar yang baru balik dari Jordan.  oleh kerana beliau tidak mempunyai pekerjaan beliau juga telah memilih kerja sebagai security. biarlah saya gelar kawan saya ini sebagia ustaz…

secara peribadi saya sangat suka berkawan dengan beliau ini. ini kerana beliau sangat menjaga waktu solat beliau. saya masih ingat lagi ketika bos besar kilang nak masuk kilang bos besar terpaksa membuka pintu pagar sendiri. hal ini menaikkan kemarahan bos kilang tersebut. dia telah menelefon kepada bilik kawalan dan menyatakan ketiadaan pengawal dipintu pagar utama.

jenuh penyelia kami berkejar kesitu. bos besar dan penyelia telah masuk kepost kawalan. apabila melihat ustaz tengah sujud kepada tuhan penyelia yang berbangsa melayu itu mukanya menjadi merah padam…

sebaik selesai ustaz memalingkan muka ke kiri sambil mengucap salam tanda solat telah usai penyelia itu terus menjerkah ustaz …

“kau kalau nak sembahyang balik rumah jangan kerja kat sini….!”

ustaz terpingga pingga…

bos kilang tersebut yang berbangsa cina yang hanya mendiamkan diri mula berkata dengan loghat cina yang amat pekat…

“eh dia cuma sembahyang jangan marah marah sama dia…”

penyelia kami itu terpingga pingga. ustaz pula tersenyum sahaja apabila bos besar kilang tersebut menyokong perbuatannya.

begitulah sikap sebahagian orang melayu walau beragama islam walau dilahirkan islam namun adakalanya orang cina yang bukan beragama islam dan tidak dilahirkan sebagai orang islam lebih memahami agama kita.

malah saya sendiri pernah melontarkan cota saya kekepala penyelia saya akibat sikap dia yang terlalu anti dengan agama islam. nasib baik tak kena kalau kena sah kalau tak pengsan gerenti pecah kepala…

………………………………………….. …………………….

untuk minggu pertama kami hanya bekerja diantara jam 0800-1600. namun demikian pada minggu kedua kami mula bekerja ikut syif dan secara kebetulan saya dan ustaz terkena syif malam….

waktu kerja kami adalah antara jam 2000-0800. amat mencabar untuk bersengkang mata diwaktu dinihari. berseorangan tanpa teman untuk diajak berbual. dalam kilang yang sunyi dan sangat menyeramkan. seolah olah kita di kawasan tanah kubur rasanya.. dan apa yang lebih malang apabila sejam sekali kami terpaksa pergi membuat rondaan kuncian jam. tempat rondaan pula gelap gelita.

lebih menyeramkan apabila diwaktu minggu pertama dalam minggu orientasi senior kami seringkali menceritakan kisah kisah seram.

terus terang saya katakan setiap kali saya melalui kawasan gelap yang menyeramkan ketika meronda saya akan azan berkali kali. sedap gak suara azan saya dalam takut. yelah dah takde orang nak memuji biarlah saya puji diri saya. kadang kadang heran gak patut saya ni patut jadi bilal kat masjid bukan jadi security. tapi yelah al maklumlah bakat terpendam saya ni tak dapat dicungkil… hehehehehehe…..

dan terus terang juga saya katakan setiap kali saya meronda terbayang bayang di benak saya dibelakang saya ada sesuatu yang sedang mengikut. hal ini membuatkan saya seringkali menoleh kebelakang sewaktu meronda.

walaupun saya ni selalu berlagak berani. tapi hakikatnya setiap kali saya meronda dikawasan gelap memang sah perasaan takut menguasai diri.

sebenarnya kami diarahkan untuk menjaga kawasan perindustrian. kawasan kilang lah tu. operasi kawasan kilang kami itu adalah kawasan pemprosesan timah. mungkin para forumer dapat mengagak dimanakah tempat kawasan tersebut ini lebih lebih lagi bukan banyak kilang timah kat selayang.

sebelum kami kerja malam para senior kami telah mengingatkan kami supaya kalau kerja malam tu baca bacalah. bagi saya pula kita nak cari rezeki bukan nak kacau depa kalau depa kacau kita kacau balik. walau sebenarnya saya pun tak pasti macam ner nak kacau depa balik. namun demikian apabila saya menyatakan prinsip saya ini seringkali para senior kami menganggap saya ini suka cakap besar sedangkan bagi saya perkara perkara seperti ini hanya ingin membuatkan kita kurang taat kepada allah…

seperti mana yang telah saya huraikan berkenaan hal ini dalam kisah saya sebelum ini. sebagai contoh saya, ingin mencari rezeki yang halal dengan jadi seorang jaga. kemudian syaitan telah menunjukkan rupa yang hodoh untuk menakutkan saya, dengan tujuan supaya saya kurang taat. ini kerana dengan menakutkan saya maka akhirnya saya akan berhenti dari mencari nafkah secara halal. sedangkan mencari nafkah adalah kewajiban kepada diri kita supaya tidak mencari sesuatu yang haram dan menjauhkan diri dari meminta minta…

begitulah halusnya tipu daya syaitan ….

kisah ini bermula ketika jam 0300. memang membosankan. kena bersengkang mata dan tiada apa yang boleh dilakukan. nak tidur takut pula kena tangkap. kalau kena tangkap sahih kena buang kerja punyalah. mungkin sebosan anda membaca kisah saya kali ini…
menjelang jam 0300 hujan mula turun renyai renyai. memandangkan hujan telah turun maka rondaan kuncian jam tidak dilakukan. mata saya yang sudah sedia ada mengantuk semakin mengantuk. rasanya amat berat untuk membuka mata. dengan keadaan sekeliling yang basah lagi lembab semakin membuatkan saya semakin mengantuk. alangkah baiknya sekiranya diwaktu itu ada bantal….

tiba tiba walkie talkie yang senyap berbunyi…

“bilik kawalan dari bahagian bravo. bilik kawalan dari bahagian bravo. bilik kawalan dari bahagian bravo….”

senyap seketika. jelas kalau ikut jadual dimalam itu ustaz yang diarahkan berada dibahagian bravo. heran juga saya apahal pula dia memanggil bilik kawalan.

“… tolong …. tolong … tolong….”

jelas suara ustaz meminta tolong. apa yang terjadi . lebih heran saya. tidak lama kemudian suara ustaz kedengaran lagi.

“hantu … hantu … hantu….”

saya lebih hairan lagi. apa yang lebih menghairankan bilik kawalan tidak menjawab sebarang laporan ustaz dari bahagian bravo.

ustaz terus menjerit dalam walkie talkie . jelas suaranya amat terdesak ketika itu…

“tolonglah… bagilah bantuan ada hantu kat sini….”

suara ustaz berulang kali meminta tolong. namun bilik kawalan tidak memberikan sebarang respon kepada permintaan ustaz itu. saya masih ingat lagi sehingga hampir subuh dia membuat laporan namun tiada siapa pun yang memberikan sebarang jawapan malah bantuan.

hanya apabila waktu subuh barulah suara ustaz berhenti meminta tolong dalam walkie talkie. terus terang saya katakan saya amat risau namun demikian oleh kerana tiada arahan dari pihak bilik kawalan saya tidak meninggalkan kawasan jagaan saya. almaklumlah baru mula kerja tapi kalau sekarang ni mati hidup balik saya akan pergi memberikan bantuan pedulik dengan prosedur yang penting semangat setia kawan lebih penting…

apabila pengawal syif siang telah sampai saya terus pergi ke bilik kawalan. saya berjumpa dengan pegawai bertugas dibilik kawalan. saya masih ingat lagi ketika itu encik zaman yang bertugas. kelihatan beliau sedang menuju kekeretanya untuk pulang kerumah. melihatkan beliau hendak masuk kedalam perut keretanya saya berlari kearahnya…

saya melaung kearahnya…

“encik zaman…!”

beliau yang hampir menutup pintu keretanya membuka semula seluas luasnya pintu keretanya. kepalanya ditoleh kepada saya dan beliau duduk dikerusi empuk didalam keretanya…

apabila melihat saya sampai ditepinya dia bertanya…

“ada apa zim…?”

saya membalas…

“apa sebenarnya berlaku kat ustaz malam tadi…

encik zaman kelihatan acuh tak acuh kepada soalan saya itu lantas menjawab…

“macamnilah zim. aku bukan tak dengar apa yang ia laporkan tapi malas aku nak layan….”

saya benar benar terkejut dengan jawapan encik zaman. ternganga mulut saya ketika itu. encik zaman menyambung lagi…

“sebenarnya kawasan bravo tu memang keras zim. sebenarnya bukan dia sorang yang jumpa ramai dah yang jumpa. aku ketika bertugas kat situ pun pernah terserempak. aku rasa dia dah terserempak dengan sorang awek kat situlah…”

saya lebih ternganga lagi mendengar perkataan “awek” dari mulut encik zaman…

melihatkan saya ternganga lebar encik zaman berkata kepada saya…

“macamnilah zim petang ni kita jumpa kita cerita aku nak balik sekarang ada hal kat rumah. kau kerja kan malam ni…?”

saya menjawab pendek…

“ye…”

terus terang saya katakan perbincangan saya dnegna en zaman tidak memberikan sebarang jawapan yang saya kehendaki. berbagai persoalan bermain dibenak saya. namun saya tak tau soalan apakah yang saya ingin tanyakan. perkataan “awek” dari mulut encik zaman benar benar mematikan fikiran saya. sehinggakan semua soalan yang telah siap saya rangka di kepala saya telah hilang.

apa yang saya mampu hanyalah melihat pintu kereta encik zaman ditutup dan keretanya meninggalkan saya. kereta encik zaman hilang didalam kesesakan menuju lampu isyarat. saya pun pergi kebilik kawalan untuk punch card…

ketika hendak pergi ke bilik kawalan untuk punch card saya terserempak dengan ustaz yang sedang dikelingi rakan setugas lain. sudah pasti kejadian malam tadi menjadi topik perbualan mereka. seperti saya juga berbagai persoalan bermain di kepala saya begitulah rakan setugas yang lain.

saya terus masuk kedalam bilik kawalan untuk punch card keluar kerja. ketika saya punch card tiba tiba saya disapa dari belakang…

“macam mana zim kerja malam tadi…”

saya menoleh kelihatan encik hilmi pengurus kami…

“bolehlah… “

jawab saya pendek…

encik hilmi mengajak saya berbual hal kerja. namun demikian persoalan yang bermain difikiran saya benar benar membuatkan saya tidak ingat dan tidak menumpukan perhatian kepada apa yang encik hilmi katakana. menyedari sikap saya encik hilmi meminta diri dan pergi dari saya untuk menuju kepejabatnya…

melihatkan encik hilmi meninggalkan saya maka tanpa membuang masa saya terus keluar dari bilik kawalan. diluar saya melihat ustaz sedang duduk termenung diatas tembok ditepi halaman bilik kawalan.

saya menuju kearah ustaz yang sedang mengelamun memandang tanah. sampai dihadapannya saya menyapa beliau…

“ustaz….”

ustaz yang pada mulanya menundukkan kepala mengangkat kepalanya dan merenung wajah saya. kelihatan wajahnya agak pucat. dia tidak berkata apa apa.. mungkin kejadian malam tadi masih diingatnya. saya tau ini bukanlah waktu paling tepat untuk saya bertanya kepadanya. tapi, keinginan saya yang ingin tau apa terjadi malam tadi di kawasan bravo membuatkan saya melontarkan persoalan kepadanya…

“apa yang jadi malam tadi ustaz…”

ustaz menjawab…

“malam tadi ketika hujan aku lihat diatas timbunan bateri tu ada sorang perempuan berdiri. aku suluh kearahnya kelihatan dia memakai baju serba putih dan berambut serba putih…”

kelihatan jelas ketika ustaz menceritakan kepada saya wajah nya yang sudah sedia ada takut semakin pucat.  risau gak saya kalau dia kena histeria…

jawapan dari ustaz itu membuatkan saya terfikir adakah itu awek yang dimaksudkan oleh encik zaman….

tapi mustahil. ini kerana timbunan bateri itu sangat tinggi. seperti bukit, untuk pengetahuan para former.  kilang timah itu mengambil timah yang terdapat dalam bateri untuk diproses semula sebagai produk pengeluarannya. oleh kerana terlalu banyak bateri yang diproses maka plastik yang menjadi bahagian luar bateri itu berkumpul setinggi bukit. jika anda berjalan sekitar taman perindustrian selayang baru mungkin anda akan melihat bekas bateri yang setinggi bukit itu.

adalah mustahil ada orang yang sanggup memanjat dipuncak bukit bateri itu kecualilah dia orang gila atau hantu.

“dah tu takkan satu malam benda tu dok kat situ…?”

saya bertanya kepada ustaz…

“betul zim satu malam dia dok kat atas tu. tiap kali aku tengok dia ada atas tu. tu yang aku jerit minta tolong tapi takde sapa tolong….”

ustaz menjawab soalan saya. kelihatan wajahnya yang pucat itu sepertinya orang hendak demam..

“yang aku sedih. satu orang pun tak datang tolong aku”

ustaz menyambung dengan penuh sayu.

saya rasa tersindir dengan kata kata beliau. saya terus bertanya lagi.

“dah tu naper ustaz tak lari je kalau takut…”

ustaz menjawab dengan nada penuh meyakinkan…

“tak lari apa benda aku dah lari lah tu masuk dalam post kawalan. tapi setiap kali aku keluar aku lihat dia ada kat atas tu. melihat tajam kearah aku. cuma bila azan subuh baru aku lihat benda tu takde lagi…”

saya hanya mampu tersenyum mendengar jawapannya. bukan apa sepatutnya kalau nak lari pergilah jauh ini tidak setakat lari dalam post baik tak payah…

melihatkan ustaz yang kelihatan sedikit menggigil mungkin hendak demam saya berkata kepada nya dengan nada memujuk…

“dah lah tu ustaz saya rasa elok ustaz balik berehat. saya pun nak balik gak malam tadi satu malam saya tak tidur. harap ustaz janganlah fikir sangat perkara tersebut. anggap jelah permainan perasaan…”

ustaz seperti tidak berpuas hati dengan kata kata saya. dia berkata…

“zim ini betul betul bukan mainan perasaan tau…”

saya hanya menjawab…

“saya tau ustaz tapi… kita anggap jelah…”

ustaz menganggukkan kepalanya.. mungkin dia sudah mula memahami apa yang ingin saya sampaikan walau pun saya sekadar hanya ingin menyedapkan hatinya sahaja….

kami berdua berjalan sama balik ke hostel. dalam perjalanan saya hanya melihat ustaz seringkali terkejut. mungkin dia masih lagi terkejut dengan kejadian malam tadi…

saya sudah merancang dipetang itu hendak berjumpa dengna encik zaman untuk menyiasat perkara tersebut.

tapi…

saya masih ingat dipetang hari tersebut encik zaman tidak bekerja. rupa rupanya diwaktu pagi tadi ibu encik zaman meninggal dunia dan encik zaman telah mengambil cuti 3 hari…

patutlah terburu buru dia meninggalkan saya.

namun demikian. beberapa malam kemudian misteri saya itu telah terjawab apabila saya sendiri sempat berhadap wajah dengan awek atau mungkin hantu yang dijumpai oleh ustaz…

Tempat = kawasan yang saya sebut sebelum ini….
Masa = 10 malam….
Ahli = 2 orang je saya dan wak asrul…
Suspek = hantu yang sama ustaz jumpa….

kisah seram security..(awek gatal)

didalam kisah yang lepas saya telah menceritakan berkenaan ustaz yang diganggu oleh satu jelmaan yang berupa seorang wanita yang berambut putih dan berpakaian serba putih yang saya gelar awek

dalam kisah yang selanjutnya ini saya akan menceritakan bagaimana saya sendiri berkesempatan berhadap wajah dengan wanita tersebut.

sebelum saya meneruskan kisah saya ini saya hendak menceritakan dulu lokasi kawasan tersebut. sebenarnya kawasan kilang ini terletak di satu kawasan yang sangat luas dan dalam lot yang berlainan. kesemuanya hak milik adik beradik je.

kawasan itu kami gelar sebagai…

kawasan a – kawasan alpha
kawasan b – kawasan bravo
kawasan c – kawasan charlie
kawasan d – kawasan delta
kawasan e – kawasan echo
kawasan f – kawasan fox(yang ni gelaran dia saya dah terlupa kalau tak silap fox ntah foxtrot)
kawasan h – kawasan hotel

untuk kawasan a-e hanya seorang pengawal diletakkan. manakala untuk kawasan h pula 2 orang pengawal diletakkan…

selain itu kilang ini mempunyai ibu pejabat di lokasi yang terpaksa saya rahsiakan yang kami gelar papa india. disitu lebih banyak lagi perkara misteri telah saya lalui insyaallah saya akan ceritakan satu persatu.

selain itu juga kami juga telah menjaga kawasan perumahan yang kami gelar siera Juliet. dimana dalam rondaan 2 orang kekuatan anggota akan diletakkan dalam satu satu masa.

tempat tinggal saya pula adalah hostel atau asrama yang disiapkan oleh pihak syarikat. kawasan tempat tinggal kami digelar tanggo papa. jarak nya adalah lebih kurang 1-1.5km dari tempat kawasan perkilangan tersebut. jarak antara satu kawasan perkilangan dengan yang lain hanyalah bersebelahan sahaja. senang cakap hampirlah seperti yang saya terangkan sebelum ini sekadar lot yang bersebelahan je.

dan satu tempat lagi yang kami kena jaga adalah satu kawasan tempat membuat patung berhala. alah patung dewa cina tulah. itulah antara sebab yang membuatkan saya tidak betah untuk terus bekerja disitu. yelah malaslah nak libatkan diri dengan perbuatan mensyirikkan tuhan. saya hanya bekerja di syarikat berkenaan selama 3 bulan sahaja. tempat tersebut kami gelar kilo tanggo.

tempat tersebut adalah tempat yang tak kurang misterinya dan tak kalah seramnya insyaallah saya akan ceritakan dimasa akan datang kerana kisah tersebut melibatkan saka. hantu penjaga. peh memang banyak makhluk halus terlibat dalam kes berkenaan. nantilah saya kisah kan satu persatu….

untuk kisah yang selanjutnya ini saya akan menceritakan pengalaman saya berhadap muka dengan awek tersebut. terlebih dahulu sebelum saya menceritakan kisah ini terus terang saya katakan dalam kisah ini ada unsur unsur yang mungkin akan mendatangkan kurangnya keselesaan kepada para pembaca. saya benar benar meminta maaf berkenaan hal tersebut. cuma apa yang ingin saya sampaikan disini bahawa saya sendiri tidak menyangka jin boleh melakukan sedemikian rupa dan terus terang saya katakan itu adalah pengalaman pertama saya melihat kelakuan jin yang agak cabul dan sehingga cerita ini saya tulis saya juga seperti nya sukar untuk menerima apa yang telah saya lihat.

saya pernah menceritakan kisah ini kepada abang yuspa(untuk mengetahui siapa abang yuspa sila baca kisah puaka matang insyaallah selepas kisah seram security ini saya akan sambung kembali kisah pengalaman saya mengikut abang yuspa berubat…).  abang yuspa sendiri agak sukar untuk mempercayai kisah yang saya ceritakan ini….

apa yang telah saya temui…? sila ikuti kisah selanjutnya….

ok kita mulakan ….

pada malam tersebut saya telah diarahkan untuk bertugas dilokasi delta. kawasan ini hanyalah satu kawasan yang meletakkan sisa toksid dari pemprosesan timah dari bahagian yang lain. yelah mana mungkin ada manusia yang nak merompak sisa taksid. hehehehhehe….

kawasan tersebut memang kawasan yang amat selamat kerana tiada orang yang akan datang malah kawasan itu tidak dibekalkan walkie talkie ini kerana kawasan itu amat dekat dengan kawasan alpha dan bravo. pengawal disitu hanya diletakkan sebagai pengawal tambahan sekiranya wujud sebarang kejadian yang tak diingini. al maklumlah awak ni junior lagi tu sebab kami tidak diletakkan di kawasan penting.

pada malam itu ustaz tidak pergi bekerja. ini kerana telah tiga hari berturut turut ustaz deman akibat terserempak dengan awek tu….

pada malam itu saya mula masuk kerja pada jam 2200. saya masih ingat lagi dimalam itu saya telah pergi kerja sekitar jam 2130. ini kerana saya kena punch card sebelum jam 2200. seperti biasa saya akan pergi ke bilik kawalan untuk punch card sebelum pergi ke kawasan tugasan pada hari itu.

kebetulan dimalam itu encik hilmi belum balik. melihatkan saya sedang punch card dia menyapa saya…

“zim ustaz tak masuk kerja ke malam ni…?”

saya menjawab…

“haah encik … dia demam lagi…”

encik hilmi berkata dengan nada menyindir…

“aik dengar kata dia tu ustaz ngaji sampai ke jordan tapi takkan awek macam tu pun tak terlayan…”

saya menjawab…

“sebab dia tu ustazlah jin yang kuat datang kat dia.. kalau yang jenis macam kita ni yang tak solat ni jin lembik je iblis hantar dah kecundang kita…”

encik hilmi terdiam. diwajahnya kelihatan kurang selesa dengan jawapan saya. al maklumlah sapa tak kenal encik hilmi kaki betina kaki botol dan solat ntah kemana. mungkin kata kata itu tepat menuju kebatang hidungnya namun puas hati saya kerana sikapnya yang seolah olah suka menyindir golongan agama.

yelah sapa tak terkencing kot jumpa situasi pelik mcm ustaz . nasib baik ustaz masih mampu bertahan dan tak terkencing kalau tak sahih dia jadi lagenda.

seketika kemudian encik hilmi bersuara lagi.

“ntahlah zim….”

mungkin kata kata encik hilmi itu sekadar hendak mengendurkan situasi tegang dalam perbualan antara kami berdua.

saya bertanya encik hilmi.

“sebenarnya kat sini ada apa encik…”

encik hilmi tidak memberikan jawapan keatas soalan saya. dia hanya memandang tepat kewajah saya. pandangan tepat kewajah saya dengan pandangan tajam memberikan jawapan seolah olah ada yang ia hendak sampaikan tetapi perlu pula ia rahsiakan. seketika kemudian ia menjawab…

“macamnilah zim… sebenarnya benda ni …..”

kata kata encik halim berhenti setakat itu.

saya mecelah.

“macam mana tu encik…”

saya bertanya dengna nada tidak sabar untuk mengetahui butir yang akan dikeluarkan dari mulutnya.

“macam ni lah zim. nanti kau kalau lama kerja kat sini aku akan faham sebenarnya itu hanyalah setakat salam perkenalan dari mereka. sebenarnya banyak lagi kawan kawan mereka yang kau akan jumpa. yang awek tu hanyalah salah satu dari mereka….”

jawapan encik halim bukan nya jawapan yang dapat menghilangkan kekusustan dalam pemikiran saya sebaliknya hanya menambah kekusutan sahaja. semakin banyak persoalan yang hendak dan perlu saya gali untuk lebih memahami situasi tempat tersebut. penuh misteri dan sangat menyeramkan.

dah lah satu buat ustaz demam kot banyak. banyak kalilah kena demam mcm ni bila nak kebah. fikir saya…

“dah lah zim masa kerja dah hampir kau pergilah ke post kawalan nanti bising pulak ornag kat post tu….”

encik halim berkata…

lamunan saya terhenti dengan kata kata encik halim itu. saya pergi melihat jadual. malam itu saya bertugas di kawasan delta. peh rileks lah malam ni satu malam kat delta boleh lah tido tido sekehendaknya. buat laporan keadaan baik dan terkawal tulis laporan keadaan baik dan terkawal bagi laporan keadaan baik dan terkawal. semuanya baik dan terkawal wakakakakkaka. dah tu tido tido jelah….

didalam jadual wak asrul bertugas pada siangnya…

saya pun belum sempat mengenali wak asrul dan berjumpa dengannya. ntah macam mana rupanya al maklumlah belum sempat berkenalan dengan dia pun…

saya pergi berjalan kaki ke kawasan delta. jaraknya dari bilik kawalan tidak sampai pun setengah km. ketika saya menghampiri post kawalan saya terdengar bunyi orang berdengkur…

memang sah tengah tidurlah ni kalau ditangkap sahih kena buang kerja. kot yer pun nak tidur janganlah sampai waktu awal malam pun dah tidur. getus hati saya. betullah wak asrul ni.

saya terus pergi menuju ke pintu post kawalan … sewaktu menghampiri pintu post kawalan saya terdengar suara berdengkur berselang seli dengan suara nafas orang tercungap cungap… heran jugak ada juga manusia berdengkur gaya macam ini… fikir saya… mendengar suara dengkuran dan bunyi nafas tercungap cungap makin ingin saya lihat bagaimana lah rupa wak asrul tidur… mungkin dia sedang bermimpi sedang berlari beratus meter kot…kalau tak mana mungkin wak asrul tercungap cungap ketika tidur…

sesampainya saya dipintu post saya melihat sesuatu yang amat aneh… jijik … menakutkan… dan saya sendiri pun tak pasti apakah perasaan yang saya alami ketika saya melihat apa yang sedang saya saksikan diwaktu itu…

yang pastinya seluruh bulu roma saya meremang mewakili perasaan yang sedang takut… saya termanggu manggu melihat apa yang sedang berlaku dihadapan saya…. tekak berasa loya mewakili rasa jijik saya melihat apa yang dihadapan saya….

saya melihat wak asrul sedang duduk diatas kerusi… kakinya dilunjurkan diatas meja… dan apa yang menyeramakan seorang perempuan yang berambut putih… berbaju serba putih… sedang duduk ditepinya melutut… dan apa yang menjijikkan perempuan tersebut sedang menggosok kemaluan wak asrul….

yang lebih menjijikkan apabila keluar cairan putih dihujung kemaluan wak asrul… tak sanggup saya nak ceritakan lebih dari itu….uwek….. rasa nak muntah ada seram ada seribu satu macam rasa… yang nyata diwaktu itu saya benar benar terpegun seketika…

dalam situasi terpegun itu perempuan itu merenung tepat kearah saya… dia tersenyum…. lawa memang lawa… macam usia awal dua puluhan.. cuma silapnya rambut dia tu putih… tu yang buat seram…

perempuan itu merenung tajam kearah saya… saya terpaku … dia tersenyum kearah saya… saya lebih takut lagi… terus terang diwaktu itu nak baca bismillah pun dah terlupa… senyuman nya itu bukan melegakan hati saya tapi sebaliknya membuatkan saya makin kelu lagi… kelu bukan sebab terpikat tapi ketakutan yang amat sangat…. entah mana pergi keberanian saya diwaktu itu… sisa keberanian pun sudah tiada…

waktu itu terus terang saya katakan saya hanya berserah kepada tuhan… ya tuhan hanya tuhan yang boleh melindungi saya dari kejahatan perempuan tersebut… apabila saya teringat sahaja tuhan dalam penyerahan tersebut makhluk itu hilang serta merta… saya terus menghampiri wak asrul… lalu menggoncang tubuhnya…

“wak…. wak…… bangun……bangun….. “

saya menggerakkannya dengan menggoncangkan tubuhnya…

berkali kali saya menggerakkannya…

wak asrul bangun dengan serba mamai… dalam mamai mungkin ia menyedari keadaannya yang tak terurus secepat kilat ia men”zip”kan seluarnya dan lebih pantas lagi ia menarik kakinya dari atas meja…

tindakan sepantas kilat itu membuatkan tubuhnya segar… air mukanya tersipu sipu melihat saya…

saya terus bertanya

“wak apa yang berlaku ni….?”

wak asrul hanya terpinga pinga … dia tidak sanggup melihat wajah saya…dia hanya bertanya pada saya…

“sekarang dah jam berapa…”

saya menjawab…

“2200……”

wak asrul berkata pada saya…

“kalau macam tu aku balik dululah…”

wak asrul terus mencapai begnya dan dan berlalu dihadapan saya dnegan menundukkan kepala… sewaktu dia keluar dari post dipintu post ia berkata pada saya…

“eh jangan bagi tau orang lain yer…”

dari nada suaranya kedengaran wak asrul sangat malu dengan kejadian tersebut… sudah semestinya saya rahsiakan kejadian tersebut kepada orang lain terutama pihak pengurusan ini kerana pihak pengurusan bukan nak tau hantu apa yang menyakat mereka hanya akan kenakan dakwaan wak asrul yang tidur itu je… dah cukup untuk membuatkan periuk nasinya tertutup….

satu perkenalan antara saya dengna wak asrul yang amat memalukan… selepas kejadian malam tersebut saya tidak bertanya kepadanya apakah yang terjadi dimalam tersebut pada hari hari mendatang…

mungkin anda ketawa dengan kisah ini… tapi selepas kejadian tersebut hampir 2 minggu saya terbayang wajah perempuan itu…

pada malam tersebut akibat terkejut satu malam saya tak tidur… sedangkan tempat kawalan saya itu adalah kawasan yagn paling aman untuk tidur tiduran…

sebenarnya terdapat lagi kisah kisah saya bersama awek tersebut… saya tak pasti nak gelar dia ni awek gatal atau awek gila seks atau … ntahlah…dan ketika saya menulis kisah ini baru saya dapat tersenyum apabila mengenangkan kisah ini….

ikuti kisah selanjutnya saya bersama awek ini… dan siapakah dia..?

jangan biar hidup anda diselubungi misteri……….

the truth is out there……

sekian….

Tempat = kawasan yang saya sebut sebelum ini….
Masa = 12malam-subuh….
Ahli = saya sendiri…
Suspek = hantu yang sama ustaz jumpa….

kisah seram security..(berhadap wajah dengan awek gatal)

dalam kisah yang lepas saya telah menceritakan berkenaan wak asrul yang di sakat dengan lucahnya … dimana kejadian itu berlaku depan mata saya sendiri…. dalam kisah kali ini pula saya akan ceritakan kisah selanjutnya berkenaan awek gatal tu yang menyakat saya pula ….

sepertimana yang saya sebut sebelum ini kes wak asrul benar benar memberikan kesan kepada saya… setiap kali saya bekerja malam saya memang rasa berat kerana tidak sanggup rasanya untuk menerima salam perkenalan dari penghuni tak nampak dikilang tersebut… yelah penghuni tak nampak kat situ ganas ganas belaka….

apa yang lebih merisaukan saya ialah apabila saya mendengar cerita dari pekerja lama bahawa benda ini berjalan disemua lokasi kawalan kami… pelik….

namun ada benarnya… ini kerana tempat ustaz dan wak asarul diganggu adalah ditempat yang lain bukan ditempat yang sama…

tapi yelah takkan pulak pasal kes kes macam ni kita nak berenti kerja… takut tu sapa yang tak takut… cuma apa yang perlu dibuat adalah menguatkan semangat…itu je yang mampu saya lakukan…

seperti mana yang saya sebutkan sebelum ini… benda mcmni hanya bertujuan untuk menghilangkan taat kita kepada tuhan… jadi apabila kita melawan perasaan kita dan sedia berhadapan dnegan perkara mcmni walau kita tak menjemputnya … perkara ini bolehlah dikatakan sebagai jihad….

seperti contoh… seorang yang menghalang kita dari pergi ke masjid kita pulang kemudian capai parang dan pergi tetak mereka yang menghalang kita maka perkara tersebut boleh dianggap sebagai jihad…

dalam kes ini pula saya hanya ingin mencari nafkah secara halal sedangkan saya diganggu supaya meninggalkan pencarian nafkah itu… jadi kot saya lawan kira jihad juga lah kot… sebab benda ni saya kira sebagai penggalang untuk kita melaksanakan amar tuhan….

hehehehehhee….

sama la kot….

ok kita sambung kisah selanjutnya…

walau berat sekalipun namun demikian saya terus juga melaksanankan tugas tugas harian saya seperti biasa…

cuma saya masih dipetang itu saya rasakan serba tak kena untuk pergi ketempat kerja… memang menjadi kebiasaan saya setiap kali syif malam menjelang dimana saya perlu masuk jam 2000 saya akan pergi dari tempat tinggal saya pada jam 7 petang lagi…

yelah masa perjalanan je dah abis dekat setengah jam… lepas tu solat maghrib lagi alamat 7.45-7.50 baru selesai….

kalau solat kat rumah alamat tak sempat maghriblah….

malah ketika saya solat maghrib saya seringkali tersalah bacaan dalam solat.. dan apa yang lebih merisaukan saya tubuh saya seperti demam tidak je rasanya…

memang selepas kejadian wak asrul tubuh saya mudah terkejut dan seringkali rasa demam tidak…. rakan rakan serumah seringkali mengatakan saya sering mengigau ketika tidur .. tapi saya tak rasa pula mimpi apa … cuma saya seringkali kuatkan je semangat untuk terus bekerja…. lagi pun kerja tak susah duduk je bila dah sampai tempat kerja….

pada malam tersebut masa kerja saya adalah diantara jam 2000-0800 dan saya kena jaga kawasan bravo… tempat dimana ustaz kena sakat… sampai dia nangis satu malam….

pada malam tersebut saya hanya duduk termenung di kawasan bravo… sebenarnya post kawalan untuk kawasan bravo ini adalah stor yang dibersihkan dan dijadikan stor kawalan… langsung tidak menepati ciri ciri post kawalan dimana dindingnya sekadar papan lapis… dan untuk melihat keluar kami kena keluar dari situ…

selepas usai solat isyak saya makan malam… bekal yang dibawa habis licin dimakan oleh saya…

oleh kerana terlalu kekenyangan maka saya merasa ngantuk… yelah beruang kutub pun bila dah kenyang mengantuk apa lagi kita manusia….

namun oleh kerana masa terlalu awal untuk tidur saya tahan kan juga mata….

pada jam 0001 pegawai ronda datang ke kawasan bravo untuk membuat rondaan kunci jam…. saya seperti biasa akan pergi mengunci jam sedangkan pegawai tersebut akan duduk dalam post kawalan….

kawasan bravo ini sangat gelap… ketika rondaan kami cuma di bekalkan satu lampu suluh je… saya terkenang kembali kisah ustaz sudah pasti dia menyuluh awek gatal tu sehingga dia dapat menceritakan setepatnya rupa awek gatal … saling tak tumpah sepertimana yang saya terserempak ketika menyakat wak asrul….

ingatan tersebut membuatkan saya lebih seram lagi….

selesai saya membuat rondaan kuncian jam saya pergi kembali kepost kawalan… kelihatan pegawai ronda ketika itu sudah menunggu dipintu pagar luar… hehehehehe macam pepaham pula dia saya dah ngantuk tahap gaban….

sebaik menyerahkan jam saya terus masuk kepost dah tak tegur tegur dia lagi dah…. rondaan yang berikutnya pada jam 2 pagi… sempat gak lelap barang dua jam … memang sangat sangat bernilai waktu tidur tu… hehehehehhee

saya pun lantas duduk bersandar dan meletakkan kaki diatas meja… mata pula menjadi amat berat….diantara tidur dan jaga… diantara sedar dan lena… dan diantara gelap dan terang … fikiran mula mengelamun… tanda … saya hampir tidur….

“zim…… zim… zim………”

satu suara perempuan memanggil saya….

suara itu membuatkan saya terjaga dan termanggun manggu…. heran saya perempuan mana lak memanggil saya… ketika itu perasaan pelik menguasai diri saya… saya terlupa kisah ustaz yang disakat kalau tak sahih saya rasa takut bukan rasa heran…

saya keluar post… melihat sekeliling…. tiada apa apa… ketika saya menyuluh bukit bateri baru saya teringat kisah ustaz kena sakat… saya menyuluh kepuncak bukit bateri itu… tiada apa juga…. nasib baik takde… kot nampak awek melambai lambai……. peh….

satu hal lagi…

mungkin perasaan saya je kot…

saya masuk kedalam post… saya terus menuju kekerusi dan melunjurkan kaki di meja sekali lagi saya melelapkan mata….

“zim… zim… zim……”

sekali lagi suara itu memaggil saya dan sekali lagi saya tersedar seperti sebelumnya dan sekali lagi saya keluar melihat sekeliling dan sekali lagi saya tak nampak apa apa….

sehingga jam 3 pagi setiap kali saya cuba melelapkan mata setiap kali itulah suara itu memanggil nama saya….

tepat jam 3 pagi walkie talkie di pinggang saya mula berbunyi….sudah pastinya dari bilik kawalan bertanyakan khabar….

“selamat pagi semua……. ini laporan radio trunk dari bravo kilo kepada semua kilo kilo…. kilo alpha dari bravo
kilo….over”

kawasan alpha menjawab…saya tak pasti siapakah yang bertugas di kawasan a ini kerana bunyi walkie talkie yang sengau dan serak basah sangat sukar untuk dikenali siapa yang membuat laporan….

“kilo alpha melaporkan keadaan baik dan terkawal….”

laporan dari kilo alpha bravo kilo terima … tanggo yankee….roger and out…”

“kilo bravo dari bravo kilo….”

mendengarkan nama kawasan bravo disebut dengan malasnya saya memberikan laporan …

“keadaan kilo bravo baik dan terkawal over…….”

laporan saya itu dijawab oleh bilik kawalan…

“laporan dari kilo bravo…. bravo kilo terima … tanggo kilo roger and out…”

selesai sahaja laporan saya diterima saya terus menutup walkie talkie… memekak je walkie talkie ni… menyusahkan orang nak tidur je…. memanglah dalam post kawalan dah semestinya baik dan terkawal kat luar tak jaminlah ntah ada perompak ntah ada pencuri ntah ada hantu syaitan ke…

selepas memberikan laporan saya merasa segar… saya terfikir siapakah yang mengganggu saya …berkali kali menyebut nama saya… setiap kali saya mahu tidur… ketika itu terfikir saya kejadian ustaz yang telah ustaz lalui…

saya kira bernasib baik tak diganggu seperti ustaz.. lebih malang lagi seperti wak asrul….

ntah lah sukar untuk dimengertikan fenomena seperti ini….

mata yang ngantuk sebelum ini menjadi segar apabila terkena kes kes macam ni….

menjelang jam 4 pagi sekali lagi rondaan kuncian jam dilakukan…. pegawai rondaan dimalam itu(saya sudah terlupa siapa yang meronda dimalam itu…)mengetuk pintu pagar… saya keluar dan membuka pintu pagar… jam rondaan ditangannya saya ambil… saya meninggalkan dia yang sedang menuju kepost … alah bukan apa pun setakat nak tulis dalam buku laporan keadaan baik dan terkawal pun tujuan dia masuk dalam post…

udara dipagi hari benar benar membuatkan mata saya kuyu kembali … rasa mengantuk tak dapat ditahan tahan lagi….

apabila saya kehadapan kelihatan pegawai ronda telah menanti saya diluar pintu pagar…sepatah haram dia tak cakap dengan saya…. saya pun buat taklayan je… yelah nak layan lebih lebih kata bodek pula nanti… lagi pun kalau dilayan silap aribulan melepaslah nak tidur….

sebaik jam rondaan bertukar tangan saya terus mengunci pintu pagar dan masuk kedalam post…

bagi saya kali ni jangan kata suara perempuan…. suara hantu perempuan…suara mak nenek hantu perempuan pun saya tak peduli… saya nak tidur…. tapi kot suara pegawai ronda tu saya peduli lah….

untuk kali ini saya merapatkan kerusi kedinding dan meja saya tarik ketengah… pendek kata kot hantu tu jelma sekalipun dia takkan jelma kat belakang saya sebab kat belakang saya ada dinding…

sebelum terlelap saya melafazkan berkali kali kalimah “allah dalam hati…”

sehinggalah ketika fikiran saya melayang sebelum tidur ntah mana pergi kalimah allah ikut melayang bersama pemikiran saya… al maklumlah awak ni bukan taraf rasul walau mata baginda ni tidur hati tetap jaga menyebut kalimah allah… mengingati tuhan…awak pula hehehehhee.. sama je kita….

ketika hampir benar benar lelap iaitu situasi diantara jaga dengan lena …diantara gelap dengan terang… diantara sedar dengan mimpi… satu fenomena pelik berlaku…

saya merasakan diwajah saya ada orang yang benar benar berhadap wajah dengan saya….hanya sekitar setengah jengkal je wajah dia dengan saya….

perasaan itu membuatkan saya membuka mata… dan rupanya bukan setakat perasaan tapi kenyataan bukan setakat ilusi tapi realiti… wajah yang saya lihat mengganggu wak asrul hanya sekitar setengah jengkal je dari wajah saya…

tanpa membuang masa saya terus mengangkat kaki dan menyepak meja dihadapan saya lalu untuk meluaskan lagi pergerakan tubuh saya… dengan secepat kilat pula saya bangun dan melompat menjauhi lembaga itu….

awek tu siap senyum lagi kepada saya… terpikat tu takle tapi rasa rasa seram sejuk siap bulu roma satu badan meremang lagi…. tiba tiba awek tu hilang di dalam cahaya lampu kalimantang dalam post…

melihatkan awek tu ilang saya pun terus meraba keretapi tanah melayu saya….(zip seluar daaaaa….)… alhamudulillah saya tidak dicabuli oleh awek tu seperti mana nasib wak asrul….

kejadian itu benar benar membuatkan saya hilang mengantuk … dan memang hilang minat saya langsung untuk tidur… yelah mana tau awek tu datang lagi siap cekik saya takke jadi hal… bagi saya kot nak bunuh saya pun waktu tu biarlah dalam jaga sekurang kurangnya banyak lagi yang boleh saya lakukan… sekurang kurang nya boleh gak ngucap syahadah jadilah….

sehingga subuh saya duduk diluar pintu pagar kejadian tersebut tidak saya ceritakan kepada pegawai ronda dan anggota lain…. al maklumlah saya ni selama kerja kat sana suka cakap besar jihadlah lawan hantulah… kena macam ni kot cerita sahih depa pulangkan paku buah keras pada saya… senang cakap belagak berani jelah….

kejadian pada malam itu benar benar membuatkan saya benar benar berhati hati sekiranya masuk bekerja…awek gatal itu benar benar menjadi misteri kepada saya… siapakah dia… untuk mengetahui siapakah awek gatal ni teruskan mengikuti kisah ini … jawapan akan anda dapat dalam kisah selanjutnya… insyaallah…

jangan biar hidup anda diselubungi misteri ….

the truth is out there….

sekian….

Tempat = kawasan yang saya sebut sebelum ini….
Masa = 6petang -8 malam….
Ahli = saya sendiri dan tuan haji ibrahim(haji brahim)…
Suspek = takde melibatkan hantu pun nak tau lebih lanjut baca kisah selanjutnya……

kisah seram security..(…..pak tua…..?)

dalam kisah kisah sebelum ini saya ada menceritakan berkenaan awek gatal tu…malah dalam kisah sebelum ini seperti mana yang saya ceritakan saya sendiri berkesempatan untuk melihat awek gatal tu dari jarak dekat…

terus terang pada waktu itu saya benar benar mensyakki awek gatal tu cik pon… namun demikian tindakan nya membuatkan saya sangsi adakah itu jenis jenis cik pon… sebenarnya dia bukan cik pon untuk mengetahui siapa dia sila baca kisah kali ini sehingga habis….

sehinggalah pada satu petang…..

pada hari tersebut saya bekerja diantara jam 0800-2000… memang membosankan kerja waktu siang ni dengan habuk dari sisa timah dan macam macam lagi karenah gelagat pekerja…kontraktor… pelanggan… dan segala macam manusia…

saya masih ingat lagi salah satu pengalaman saya ketika berurusan dengan seorang cina disalah sebuah temapt jagaan saya… seperti biasa apabila ada seorang yang hendak masuk kekawasan kilang kami kena ambil segala butiran peribadinya untuk direkodkan sebagai satu catatan keselamatan…

pada pagi itu ketika sibuk memeriksa kemasukan pekerja kedalam kilang tiba tiba seorang cina telah masuk tanpa melalui post kawalan keselamatan dan masuk kedalam kilang.,.. saya terus mengejar dia yang baru sampai kepintu kilang….

saya berteriak…

“encik … encik… nanti dulu encik nak menghadiri mesyuaratke….”

tanya saya kepada cina tersebut… memang saya telah dimaklumi pada hari itu mesyuarat akan diadakan hampir kesemua ahli lembaga pengarah akan datang kekilang tersebut untuk bermesyuarat ntah apa yang dimesyuaratkan saya tak pasti… tapi yang pasti bukan tentang kenaikan gaji kami… yang pasti saya tak tau apa yang dimesyuaratkan…

cina tersebut agak terkejut apabila saya menahannya… dia menjawab pendek…

“haah…”
saya berkata kepadanya…

“encik sila catat dulu kehadiran encik dipost kawalan….”

dia berkata pendek…

“alah tak payahlah….”

jawapannya sangat sangat menaikkan darah saya … namun memang kami telah dilatih untuk sentiasa tersenyum ketika berhadapan dengan situasi macam tu… walau terus terang ketika itu hati saya serasa bengkak membarah nak je saya lempang cina yang tak reti bahasa ni…

saya pun dengan nada memujuk berkata kepadanya…

“jangan lah macam tu encik saya pun nak cari makan jangan lah bagi masalah kepada saya…”

dia terus menoleh kearah saya dengan nada tak puas hati dia berkata…

“alah awak ni lecehlah…”

lantas dia pergi kepost kawalan….ketika itu dalam hati saya sudah berdetik bagaimana seorang cina boleh menguasai bahasa melayu sebaik itu… yelah perkataan seperti contoh “alah awak ni lecehlah” adalah bahasa slanga yang hanya boleh dikuasai dengan baik sekiranya kita telah lama hidup dan berkawan dnegan orang melayu… selalunya dikampung saya hanya orang orang cina yang duduk disekeliling orang melayu je yang mampu berbahasa sebegitu…

ketika di post kawalan dia menulis namanya…. saya melihat dan membaca namanya…”akiro kurasawa”… kalau tak silap nama cina tu… nama yang sebegitu selalunya nama jepun… kemusykilan itu membuatkan saya bertanya kepadanya…

“encik ni jepun ke”

dia menjawab pendek…

“bukan”

saya bertanya lagi …

“dah tu cina ke….”

dia menjawab pendek juga…

“bukan…”

saya bertanya lagi….

“dah tu…”

dia menjawab sambil tertawa…

“melayu…”

termanggu manggu saya mendengar jawapannya… melihatkan saya termanggu manggu selesai dia menulis butir butir peribadinya dia lantas meninggalkan saya untuk masuk ke dalam kilang….

tapi saya hanya membuat kesimpulan dia ni jepun… tak sangka macamnerlah ada orang jepun yang tak berdisiplin macam ni boleh datang sebagai salah seorang pelabur dimalaysia… ini kerana setiap jepun yang saya kenal sangat berdisiplin… saya masih ingat lagi bos kilang ini pemilik saham terbesar kilang ini adalah seorang jepun.. ketika dia nak masuk kedalam kilang bersama isterinya dia telah menyuruh isterinya supaya meninggalkan butir butir peribadi dipost kawalan…

dia pernah berkata kalau dia tak menghormati peraturan dikilangnya bagaimana orang lain nak menghormati peraturan yang telah di buat…

tapi perbuatan jepun yang mengaku melayu tu benar benar telah menghilangkan anggapan saya bahawa orang jepun sangat sangat berdisiplin… mungkin segelintir yang jenis macam dia ni tapi dia ni dah cukup memberikan gambaran kepada saya bukan semua jepun berdisiplin….

malah ketika tengahari untuk keluar makan dia seperti sembunyi sembunyi dari saya untuk keluar begitu juga untuk masuk selepas makan tengahari…
sebenarnya selain dari itu banyak lagi asam garam saya terpaksa lalui sebagai security ada yang menyeramkan seperti yang telah dan akan saya tulis disini ada yang melucukan ada yang menyedihkan ada yang mcm mcmlah yang telah berlaku selama tempoh 3 bulan tu… senang cakap macam astrolah macam macam ada… dan selalunya perkara yang sama berulang kembali… macam astrok pun ada… yelah sehingga pada hari tersebut dua kali dah terserempak awek gatal… tak macam astrok ke…

takperlah kita tinggalkan dulu kisah jepun tu kita sambung kisah selanjutnya….

pada jam 6 petang kilang telah mula kosong … ini kerana semua pekerja sudah mula balik ke rumah…

seperti biasa waktu tu saya cuma termanggu manggu sahaja dikilang melihatkan bangunan kilang yang besar dan tersergam gagah tu…

pada hari tersebut saya bertugas di kawasan charlie…atau kawasan c…

tiba tiba datang sebuah motorsikal jenis gp100 menuju laju kearah post kawalan.. motorsikal itu berhenti dihadapan post kawalan…. penunggang motorsikal tersebut turun di hadapan post kawalan lalu mematikan enjin motornya… dia membuka topi keledarnya…. kelihatan jelas seorang yang berusia 50 tahun…

selanjutnya dia membuka jaketnya… didalam jaket tersebut tersergam kemas baju jaga…. rakan sejawat rupanya patut macam dah biasa je dengan kawasan kilang ni… getus hati kecil saya…

dia mengambil beg nya dibawah ketiaknya topi keledar yang berbungkus baju erat di kepitnya… ntah bila masa dia bungkus topi keledarnya dalam jaket pun saya kurang pasti….

saya hanya memerhatikan gelagatnya dengan penuh khusyuk…

pemerhatian saya terhenti apa bila dia mengucapkan salam…

“assalamualaikum,…”

lamunan saya terhenti dan seperti baru sedar dari mimpi saya menjawab …

“waalaikum salam,….”

dia tersenyum manis kepada saya lalu berkata…

“baru mula bekerja ke…..”

saya tidak menjawab hanya mengangguk kan kepala…yelah waktu tu tak silap saya baru 2-3 minggu saya kerja kat situ gaji pertama pun tak dapat lagi …..

di tag namanya tertulis perkataan “ibrahim”… mungkin dia ni tuan haji ibrahim yang seringkali saya baca namanya dalam jadual …

inilah kali pertama saya jumpa dia…

dia menghulurkan tangannya dan berkata…

“ibrahim… nama anak pula siapa….”

saya menjawab…dan terus bertanya…

“nazim…tuan haji dah lama kerja disini…”

dia menjawab

“5 tahun semasa mendiang kepada ayah tokey kilang ini hidup lagi dan sebelum kilang yang satu ini dibeli oleh jepun…tapi yang lain lain masih dipegang oleh anak anak cina tu…”

saya hanya mengangguk sambil berkata….

“oooooo……….”

haji berahim terus duduk dikerusi yang kosong didalam post kawalan… sambil duduk dia bertanya lagi…

“asal orang mana….”

saya menjawab…

“orang sabak bernam…tuan haji pula…”

dia menjawab dengan nada sayu…sambil termenung panjang…

“saya pun tak pasti… dan banyak kawasan saya jelajah dimalaysia ini… sehingga saya pun tak tau dimana tempat tinggal saya….dan lepas ni saya pun tak tau nak kemana…”

mendengar jawapnnya saya hanya berkata dalam hati…nak pergi mana lagi duduk je dalam post ni gantikan aku untung untung dapat bermesra dengna awek gatal tu… tapi semua kata kata itu hanya dalam hati jelah yelah nak jaga hati orang gak….

tapi dari jawapannya jelas dia ni jenis orang yang telah banyak merantau dan suka merendah diri… malah didahinya jelas dia seorang yang kuat bertahajjud…. dan air mukanya jelas dia ni seorang yang agak warak… sejuk melihat air mukanya… tanda dia ni seorang yang banyak beramal ibadat…

melihatkan renungan saya tepat kemuka dia … haji ibrahim berkata kepada saya…

“macam mana kerja kat sini…”

saya menjawab…

“biasa jelah tuan haji kerja apa pun dalam dunia ni semua tak best yang best waktu terima gaji je… nak satu hari yang best tu kita kenalah kerja selama 30 hari sebulan…”

tuan haji ibrahim ketawa kecil mendengar kata kata saya….lalu dia berkata…

“yelah kalau nak citer masalah semua tempat ada masalah…kita kerjalah anggaplah buat masani inilah rezeki kita yang tuhan kurniakan…”

lapang dada saya mendengar kata kata tuan haji…

saya bertanya lagi meminta kepastian..

“tuan haji masuk malam ke…”

dia menjawab pendek…

“yer….”

saya bertanya dengan nada kehairanan…

“awalnya tuan haji datang…”

dia sambil membetulkan kedudukan tempat duduknya dia berkata…

“bukan apa datang awal sikit ni takde terburu buru nak kejar maghrib… lepas solat kita punch card….lepas tu masuk kerja.. lagipun tempat tinggal saya jauh dari sini…”

tersenyum saya melihat telatah dia yang agak tidak selesa duduk diatas kerusi ditepi dinding….

untuk menyambung perbualan dia bertanya satu soalan cepu mas kepada saya…
“nazim tak takut ke kerja kat sini….”

saya bertanya dia pula……..

“nak takut apa pulak tuan haji”……….

dia hanya berkata…

“yelah kawasan ni kan keras….”

saya kehairanan ish macam mana dia boleh tau apa yang saya lalui takkan wak asrul cerita kisah dia… tak mungkin dia gak yang malu nanti… kisah saya bersemuka dengan awek gatal tu sorang pun saya tak citer lagi… getus hati saya berbagai persoalan bermain difikiran saya….

melihatkan tiada kata kata yang lahir dari mulut saya haji ibarahim menyoal saya…

“macam mana….”

saya tersedar dari lamunan pemikiran saya lalu berkata….

“macam ginilah tuan haji kalau saya cakap macamni jangan pula tuan haji cakap saya ni suka cakap besar…. tiada niat dihati pun …sebab setiap kali saya sebut macam ni semua orang anggap saya ni suka cakap besar…”

tuan haji ibrahim berkata …

“macam mana tu…”

saya menjawab…

“niat saya bekerja disini adalah untuk mencari rezeki yang halal sebab nak elak diri dari meminta minta dan menjauhi diri dari melakukan yang haram yelah… sebab kefakiran tu menghampirkan diri kita kepada kekufuran… ditakuti takde duit ntah nanti saya mencuri ke merompak ke baik saya kerja jaga macam ni… sekurang kurang nya saya tak minta duit orang saya tak zalimi orang lain…itu niat saya…”

saya berhenti sebentar untuk menyusun penerangan saya selanjutnya… yelah bukan apa dah banyak kali saya terangkan perkara ini kepada pekerja lain selalunya mereka akan anggap saya berlagak dan selalu disumpahi mereka mudah mudahan saya akan bertemu dengan hantu…

melihatkan saya diam seketika tuan haji ibrahim berkata…

“teruskan….”

saya teruskan kata kata saya dengna nada yang amat meyakinkan serasa orang politik pula….

“tuan haji sendiri taulah sifat syaitan tu yang tak abis abis menyesatkan anak cucu adam ni… yelah sebagai contoh budak budak yang nak pergi mengaji ditakutkannya supaya budak budak tu tak berani pergi belajar mengaji kerana ditengah jalan ada hantu… dan akhirnya budak budak tu akan membesar tanpa tahu halal haram akibat tak mengaji… macammanalah besar kelak budak tu… tuan haji fikir fikirlah sendiri… halal haram semua dia sapu….”

saya hanya melihat tuan haji ibrahim yang mengangguk angguk kepala mendengar kata kata saya… tiada kata kata terlahir dari bibirnya … mungkin anggukan nya sudah cukup untuk menandakan dia bersetuju dengna kata kata saya itu…

saya menambah…
“sekarang cuba tuan haji qiaskan dengan kerja kita ni… kita nak cari rezeki yang halal dah tu malam malam kita disakat dek syaitan supaya kita tak kerja disini sedangkan kot kita tinggalkan tempat ni kita sendiri tak tau lagi dimanakah kita nak cari rezeki selain tempat ni… lainlah kot kita renti memang dah ada kerja lain itu ceritalainlah…andaikan kita dah takde kerja bila renti dari sini… duit dah takde … takke nanti ada nya kemungkinan akan menjuruskan kita kepada perkara yang haram….dan tak mustahil kita akan menzalimi manusia untuk meneruskan hidup kita….jadi kesimpulannya disini tindakan sayitan yang menyerupai suatu yang hodoh hodoh tu hanya sekadar nak menyesatkan kita supaya kita jauh tersesat… itu sahaja… jadi bila kita lawan kehendak mereka bagi saya itu dah nama kita berjihad untuk menegakkan agama dalam diri kita sendiri….sebab kita cuma nak cari yang halal untuk diri tapi dihalangi oleh mereka yang kafir jadi bila kita berlawan tak ke boleh kita kira sebagai jihad….”

tuan haji ibrahim terus mengangguk angguk mendengar kata kata saya… dia sepertinya bersetuju dengan kata kata saya….

saya terus berkata kepadanya….

“seperti contoh… kita nak pergi masjid ada orang menghalang kita ada beberapa pilihan dalam situasi ini… yang pertama balik rumah dok rumah lepak lepak atau kita balik rumah ambil pedang tetak kepala sipenghalang kita kejalan tuhan… mana yang patut kita pilih… cubalah tuan haji qiaskan dengan kes kes hantu kat sini wajarkah kita tinggalkan periuk nasi kita semata mata takut kepada perkara yang tak memberi mudharat lagi manfaat kepada kita dengan izin tuhan … apa yang penting kita minta je perlindungan daripada allah dari syaitan yang direjam…”

tuan haji ibrahim senyum mendengar penjelasan saya…air mukanya kelihatan cerah mungkin dia berpuashati dengan penjelasan saya itu….lantas dia berkata…

“betullah tu…”

jelas kata kata dia itu dan air mukanya sependapat dengna saya… rasanya perbincangan saya dan dia itu menerbitkan kemesraan antara ayah dan anak diantara saya dan dia… al maklumlah jarak untuk dia dengan saya pun beza hampir suku abad….

saya merasakan tuan haji ibrahim ini adalah seorang yang mudah mesra dengan sesiapa… lembut … bertatatertib… senang kata jenis slow punya oranglah…bukan seperti kebanyakan anggota security yang lain … keras suka cakap besar…dan suka menengking orang lain…

saya merasakan mudah mesra dengan dia ni..

kemesraan yang mula menguntum itu saya manfaatkan untuk bertanya misteri kawasan tempat kerja saya ini….

“sebenarnya kat sini ada apa tuan haji…”

tuan haji ibrahim yang ketika itu sedang memandang luar dialihkan mukanya kearah saya dan merenung tajam… suspen juga saya bila dia buat mimik muka macam tu…

dia bertanya saya…

“maksud nazim…”

saya menjadi serba salah lalu berkata…

“yelah macam yang berlaku kat wak … wak … wak…”

tergagap saya nak sebut nama wak asrul bukan takut tapi serba salah sebab perkara tu mesti punya memalukan wak asrul kalau tuan haji ibrahim tau….

melihatkan saya yang tergagap nak sebut nama wak asrul tuan haji ibrahim lantas memotong kata kata saya….

“maksud nazim…. wak asrul….”

terkejut saya mendengar nama “wak asrul” dari mulut tuan haji ibrahim…….lalu saya bertanya…..

“eh mana tuan haji tau…”

dengan tenang tuan haji mengalihkan pandangan keluar dan berkata pada saya…

“wak asrul sendiri cerita pada saya kisah tu… hanya saya … nazim … dan wak asrul je yang tau lain lain tak tau… eloklah kita rahsiakan je….”

saya amat pelik saya ingat saya dan wak asrul je tau rupanya tuan haji pun tau….

tuan haji ibrahim berkata lagi…

“sebenarnya kat sini ada 2 golongan hantu… yang pertama hantu yang sudah sedia ada kat tempat ni… dan yang kedua hantu belaan tuan punya kilang….”

saya terus memotong kata kata tuan haji…

“tapi bukan ke kilang ni kepunyaan cina… takkan cina pun reti main benda pelik macamni…”

tuan haji ibrahim melemparkan pandangan dia kepada saya dan berkata sambil tersenyum…

“sebenarnya ketika saya baru masuk kerja dulu mendiang masih hidup dia ni rapat dengan pekerja… selalu lepak kat post guard… dan selalu bercerita dengan saya… dia sendiri yang cakap dengan saya dia pernah ambil sepasang hantu sekor jantan sekor betina… untuk menjaga kilangnya….setiap tahun dia akan korbankan seekor kambing untuk hantu hantu tersebut…hantu tu diambil dari utara tanah air….ambik dengan orang kita juga … “

terkedu saya mendengar kata katanya…

saya pun bertanya kepadanya…

“dah tu naper dia kacau pekerja sendiri…”

tuan haji ibarahim berkata…

“sebenarnya hantu tu bukan nya mengganggu tapi nak menggerakkan pekerja tidur… hantu tu tak merbahaya dia sekadar menyakat je… tapi sakatan tu selalu mengakibatkan aib kepada pekerja yang mengalaminya…selalu dia lepak kat tandas ketika siang utnuk menganggu pekerja yang mengular di tandas dan diwaktu malam dia akan merayau rayau untuk mengganggu pekerja yang tidur… sebab tu wak asrul diganggu sebab dia tidur…malah dulu seringkali berlaku kejadian pekerja perempuan yang kena histeria akibat mengular ditandas….”

saya tercengang mendengar kata kata tuan haji ibarahim… patutlah saya diganggu ketika hampir hendak tidur rupanya pantang hantu tu melihat pekerja tidur….wak asrul lagi malang… dan mungkin ustaz pun diganggu sebab nak tidur waktu kerja al maklumlah kejadian ustaz tu berlaku waktu hujan renyai sesedap sedap waktu untuk tidur….

melihat saya yang sedang mengelamun tuan haji ibarahim hanya senyum melihat kelakuan saya itu..

saya makin keliru dnegan penerangan haji ibrahim lantas bertanya…

“tapi takkan pula depa ganggu seganas macam gangguan keatas wak asrul….”

tuan haji ibrahim hanya tersenyum lalu berkata….

“selalunya hantu belaanlah yang ganas… cuba lihat sendiri apa toyol boleh buat siap mencuri duit lagi… hantu raya boleh buat sampai isteri tuan nya pun ditidurinya….. tu belum campur lagi kes santau dan tenong… “

saya hanya mampu mengangguk kepala sahaja… teringat saya kisah ayah kawan saya yang mati membusung dimana kuali masuk dalam perut dan lebih menakutkan apabila ayah kawan saya itu berkali kali muntah dan antara muntahan darah nya itu adalah pucuk keris sepanjang hampir seinci…

kalau ikut logik itu bukan perbuatan manusia biasa tapi jelas itu perbuatan sihir yang didalangi jin jin belaan…mungkin benar jin belaan ni lebih ganas dari jin jin biasa kot…

melihatkan saya terdiam… tuan haji ibrahim berkata kepada saya…

“tapi…itu semua dengan izin tuhan jua… kita hanya mampu minta perlindungan dari tuhan jua…sebab tuhanlah sebaik baik tempat kita bertawakkal…”

kata kata beliau itu sepertinya untuk menyedapkan hati saya… namun demikian kata katanya itu benar benar menyedapkan hati saya…

petang itu banyak kisah kisah misteri yang kami bincangkan… apa yang menarik beliau telah memberikan satu tips untuk tidur malam supaya tidak diganggu oleh hantu hantu belaan itu… caranya mudah… baca al quran selalunya beberapa minit kemudian akan ada tiupan angin lembut meniup muka kita dan kita akan rasa mengantuk dan kita akan tertidur insyaallah… saya seringkali membuat cara tersebut alhamdulillah berhasil….ntah lah mungkin hantu belaan tu tak minat dengar suara orang mengaji atau menyampah dengan orang mengaji tu sebab dia tiupkan angin sepoi sepoi bahasa kemuka orang yang mengaji kot…seterusnya mengakibatkan mengantuk dan tertidur….
ternyata tips ini telah saya buat dan berjaya dan waktu malam adalah waktu tidur tiduran diwaktu kerja wakakakkakaka….

ingat depa bijak kita lagi bijak….tapi kot kena tangkap sahih kena buang daaaa…..

selain itu juga tuan haji ibrahim ada menyatakan kepada saya pengalaman dia menebang balak dihutan sabah dan sarawak yang tak kurang seramnya…

tuan haji ibrahim juga menceritkan kepada saya hantu ni pun ada gred gred juga terpulanglah kepada ilmu mereka ada yang jenis lemah dan kuat semuanya bergantung kepada ilmu selalunya yang belaanni memang tahap kuat kuat .. lagi lagi yang dibeli ni…memang jenis terpilih punyalah siap korban bagai….

rupanya bukan manusia je hantu pun sama peranan ilmu yang meletakkan diri pada kedudukan masing masing… yelah katakan anda ada ilmu menorex anda akan jadi penorex tapi kot anda ada ilmu penoreh anda akan jadi sorang penoreh .. begitulah peranan ilmu dalam kehidupan kita dan kehidupan selain kita….

sehingga hampir maghrib kami terus rancak berbual… ternyata haji ibrahim seorang yang mesra dan mudah didekati seperti mana saya sebut sebelum ini…

ketika sedang berbual saya teringat satu perkara… lantas saya bertanya…

“tuan haji tadi tuan haji kata hantu belaan tu sepasang… yang satu lagi rupa mana…”

tuan haji menjawab…

“ye….. sepasang satu kami gelar awek… satu lagi kami gelar pak tua….”

saya terkejut… yelah mau taknya dahlah ada awek ni pulak tambah lagi dengan pak tua pulak dah…awek pun masih banyak lagi misteri ini pula tambah pak tua yang ntah hapa hapa…. saya bertanya dengan nada kehairanan….

“… pak tua…?”

tiba tiba azan dilaungkan tanda waktu maghrib telah masuk… kami mendiamkan diri untuk menghormati azan yang dikumandangkan.. selepas selesai azan kami sama sama berdoa…

selepas itu tuan haji ibrahim mengajak saya solat berjemaah… kami bersolat dimana dia jadi imam dan saya jadi makmum… persolaan saya berkenaan pak tua tidak terjawab….

walaupun tidak terjawab dari mulut tuan haji ibrahim namun demikian saya berpeluang berjumpa sendiri dengan pak tua… untuk mengikuti pengalaman saya dengan pak tua sila ikuti kisah selanjutnya… tapi sebelum saya bercerita kisah pak tua saya ingin menceritakan kisah yang masih berkaitan dnegna kisah seram security ini…

ini kerana selepas kisah ini sehingga saya berjumpa sendiri dengan pak tua saya berkesempatan mengalami kisah yang seram yang berkaitan dnegna hantu liar dan hantu saka…. nanti kan kisah selanjutnya dari saya…

ternyata pertemuan saya dengan haji ibrahim benar benar telah merungkai sebahagian kejadian misteri walau wujud kejadian misteri yang akan menanti…

dari awal rasanya saya dah cakap kisah kali ni tak melibatkan hantu … hehehehehe jadi saya tak tipu ye… terima kasih kerana sudi membaca…

kalau pertemuan dan perkenalan ini dapat menguraikan kejadian misteri bagi diri saya… anda bagimana…?(seperti biasa ku baca ayat ini…. tapi dimana ya)hehehehehehe ayat siapa yang saya tiru….

cuma kadang kadang terfikir oleh saya hubby awek tu tak jeles ke dengan perbuatan wife dia… ntahlah banyak perkara yang sebenarnya kita tak faham berkenaan mereka…

ikuti kisah kisah selanjutnya berkenaan dengan misteri saya sebagai seorang security sebab kisah ni baru je nak mula belum betul betul mula…. banyak lagi kejadian seram dan misteri….insyaallah selepas ini saya akan ceritakan pula kisah berkenaan dengan kisah yang melibatkan hantu liar dan hantu saka yang saya sebut sebelum ini….

jangan biar hidup anda diselubungi misteri …..

the true is out there….

Tempat = kawasan yang saya sebut sebelum ini….
Masa = waktu malam hingga ketengaharilah kot
Ahli = yusri lidi…
Suspek = mngkin penjaga kilang kot……

kisah seram security..( hantu mengikut balik…)

apa khabar semua….

beberapa hari ini ada sikit hal yang menghalang saya terus menulis disini… sebelum ini saya telah menceritakan berkenaan siapakah awek tu dari sudut pandangan tuan haji ibrahim… saya sebenarnya pun tak pasti siapakah dia… dan milik siapakah gadis itu… hehehehhehe teringat lagu allahyarham sudirman…

bagi saya dalam banyak banyak pendapat dikalangan rakan rakan kami saya lebih menerima pendapat tuan haji ibrahim berkenaan identiti awek tu… sebenarnya banyak lagi pendapat lain namun demikian saya tak kemukakan disini …ini kerana hal yang demikian hanya memanjangkan kisah dan meletihkan jari jemari saya untuk menaip… al maklumlah menaip pun gaya ayam mematuk padi tak laju tapi bolehlah…

sebenarnya ada satu kisah lagi saya dengan awek tu tapi nantilah saya ceritakan sebab kisah tersebut adalah selepas kisah yang akan saya ceritakan kali ini… begitu juga berkenaan kisah pak tua yang terkenal dikalangan kami pun insyaallah akan saya ceritakan kelak… senang cakap kita ikut urutan…

kalau anda merujuk kisah kisah saya sebelum ini dalam tajuk kisah seram security tentu anda masih ingat lagi satu lokasi yang perlu kami jaga yang digelar dalam call sign kami sebagai kilo tanggo… tempat itu adalah satu tempat membuat berhala … atau patung dewa cina…

dalam masa 3 bulan disana sekali saya kena jaga kat kawasan itu… tempat tu di penuhi buruh buruh dari bangladesh… mereka ini beragama islam… saya masih ingat lagi oleh kerana biz patung berhala yang kurang menguntungkan pihak pengurusan pernah bercadang untuk menukar operasi kepada membuat patung patung jesus yang mereka sangka nabi allah isa…

namun demikian tindakan tersebut ditentang oleh pekerja bangladesh disitu dan akhirnya perencanaan tersebut telah di tinggalkan.. ini kerana mereka menganggap pekerjaan yang sedemikian itu adalah seperti membantu agama kristian…
akhirnya pihak pengurusan terpaksa terus mengekalkan operasi membuat patung berhala… ntahlah mungkin bangladesh ni fikir kot buat patung berhala boleh bantu agama islam kot.. tapi nak cakap lelebih pun tak guna sebab desingner patung ni budak itm orang melayu lagi … saya dengar gaji dia capai rm5k sebulan…

kadang kadang sedih memikirkan tergamak dia dengan gaji rm5k sanggup dia jadi desingner benda benda macam tu… tapi yelah paku dulang paku serpih mengata orang awak yang lebih… saya sendiri pun kerja jaga kat situ…jadi ikut terlibat… dan itulah antara faktor yang membuat kan saya hanya betah disyarikat berkenaan selama 3 bulan je…

sebenarnya pihak pengurusan sangat mempercayai pekerja bangla ni… sikap pihak pengurusan yang terlalu mempercayai bangla ni benar benar membuat kan kami tertekan dengan sikap mereka… perkara ini berlaku disebab kan setiap minggu pekerja bangla ini akan diarahkan membersihkan rumah bos… sambil membersihkan sambil tu mereka seringkali menceritakan keburukan kami… samada kami tidur ke mengularke… dan sikap mereka ini membuatkan pihak pengurusan sangat mempercayai mereka itu… sehinggakan kadang kadang salah laku mereka yang kami laporkan kepada pihak pengurusan dipandang sepi sahaja… memang lah bangsa ni kaki bodek dan hanya pandai buat buat kerja dan tak reti buat kerja…
memang terus terang saya katakan saya sangat sangat tak berkenan dengan depa ni…

walau pun hanya 3 bulan saya sempat sekali bertugas disana tiada kejadian yang menyeramakan berlaku kepada diri saya ketika bertugas disana… namun demikian satu kejadian yang menyeramkan telah berlaku kepada rakan rakan kami yang lain… mungkin kerana mereka seringkali bertugas disana kot… berbanding saya yang hanya sekali je kena bertugas disana…jadi hantu tu nak berkenalan pun tak sempat dengan saya……

dalam kisah selanjutnya saya akan menceritakan kisah ini dari sudut pandangan yusri lidi….

ok kita mulakan sekarang…. satu pagi ketika saya hendak masuk kekawasan alpha saya terserempak dengan yusri lidi… rupa rupanya yusri lidi ni sebelum ini telah diarahkan untuk bertugas di lokasi kilo tanggo….patutlah lama tak jumpa dia ni…

yusri lidi ni digelar lidi kerana tubuhnya yang sangat kurus… dia ni bekas tentera yang pencen awal… dalam peralihan beliau telah mengambil kursus elektronik namun demikian selepas bersara telah menjadi jaga seperti saya…. tapi saya bukanlah dari latar belakang ketenteraan…. itu beza kami… sebelum ini dia telah bekerja di salah satu syarikat keselamatan juga sebagai jaga… namun demikian beliau berhenti.. ini kerana beliau berharap dapat satu persekitaran yang lebih menarik apabila bekerja ditempat sama saya bekerja… paling penting dia harap dapat gaji yang lebih lebat… itu sudah semestinya…

“zim….!”

tegur beliau kepada saya….

“kau yusri pe kaba…. lama tak jumpa…”

balas saya… sebenarnya yusri ni masuk kerja lewat 5 hari dari saya… kira dia ni junior sayalah walau pun setakat 5 hari…

“lama tak jumpa kau….”

dia membalas teguran saya…

“macam mana nak jumpa kalau kau kerja siang aku malam kau malam aku siang….”

saya menjawab dengan nada berseloroh….

“zim aku ada cerita barulah… aku nak minta pendapat kau….”

dia berkata dengan wajah yang agak sugul…

“apa dia….?”

soal saya yang agak heran dengan perubahan air muka dia secara mendadak….

“macam ni zim sebenarnya aku baru lepas bertugas dia kilo tanggo…”

dia memulakan bicara kemudian ia senyap sepertinya seperti ada sesuatu yang menghalang suapaya ia terus berbicara….

“itu aku tau sebab nama kau dalam jadual kilo tanggo manjang….”

celah saya menyambung perbualan kami…

“ada satu kejadian yang pelik berlaku lah zim…”

dia berkata dalam keadaan penuh tanda tanya ….

saya hanya sabar menanti ia meneruskan cerita…

“macamni zim… satu malam tu aku bekerja kat kilo tanggo… lepas tu waktu tengah malam aku nak kebilik air… lepas aku keluar dari bilik air aku rasa macam ada benda sentiasa mengikut aku… tubuh aku rasa seram sejuk macam nak demam pula…lepas tu pagi tu aku balik rumah anak kecik aku yang selalu sambut kepulangan aku bila nampak aku terus menangis…yang heran nya kalau ikut cerita ahli keluarga aku ketika aku masuk rumah bau aku sangat busuk kejap bau darah kejap bau hamis nanah kejap bau bangkai sampai satu rumah bau pelik tu…. tapi aku takde pulak tercium bau apa apa… lepas tu aku tidur cerita bini aku dan mak aku diwaktu aku tidur aku mengigau…tapi tak ada pula aku mimpi apa apa…sampai hari ni aku rasa kurang sihat … bila aku cerita dengan encik hilmi tu sebab aku ditukarkan kembali kesini…”

dia bercerita panjang lebar kepada saya…

“perasaan kau je kot…”

saya cuba menyedapkan hati dia…

“tak mungkin zim sebab keluarga aku tercium bau pelik tu macam mana pulak….?”
dia cuba menafikan kata kata saya….

“entah entah kau terpijak bangkaike atau terduduk atas bangkai ke tu sebab ada bau pelik tu… siap anak kau pun tak nak dekat kau…”

saya berkata dengan nada bergurau walau sebenarnya saya jangka fenomena yang ia alami adalah berpunca dari gangguan makhluk halus… namun untuk menyedapkan hati dia saya cuba menafikan sahaja…

“kau rasa ini ada kena mengena dengan perkara misteri ke….?”

dia bertanaya kepada saya…walau saya dah terangkan segala kemungkinan itu bukan dari perkara misteri nusantara…

saya diam sejenak….

yusri hanya merenung tepat wajah saya… jawapan dari mulut saya sudah pasti dinantikan segera… saya terus mendiamkan diri…

“macam nilah yusri dalam hidup kita ni cuba kita jangan sikit sikit hubungkan satu kejadian pelik dengna perkara misteri sikit sikit jin sikit sikit makhluk halus sikit sikit lelembut… cuba kita cari dulu berdasarkan logik akal dulu…”
saya tak pasti mengapa saya memberikan jawapan sedemikian rupa… walau sebenarnya saya merasakan dia memang mengalami fenomena misteri untuk kejadian tersebut….

“kalau macam tu aku minta diri dululah…”

yusri berkata kepada saya… jelas dimukanya ada riak ketidak puasan hatinya menceritakan kisah tu kepada saya…. dia menuju cepat ke motorsikalnya.. di hidupkan motorsikal tuanya… enjin berderum degan nada yang tersendiri…. yusri melambaikan tangannya kearah saya….

saya membalas lambaian tangannya…

ia meninggalkan saya… saya terfikir kisahnya itu…

apakah yang sebenarnya di alami oleh yusri lidi… untuk mengetahui jawapannya ikuti kisah selanjutnya… hehhehehe kalau tulis gaya macam ni rasanya tahun depan pun tak abis kisah ni…. sebab kisah misteri security ni panjang dan banyak kejadian misteri… kerja 3 bulan nak cerita tak cukup 6 bulan…

walau apapun teruskan mengikuti kisah misteri yang saya petik dari pengalaman saya sendiri… supaya anda tidak terus dalam keadaan yang penuh misteri…

jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri.,…

the truth is out there….

 

 

 

32 thoughts on “kisah seram security”

  1. aku baca 1 kisah je terus aku assume dia ni sangat bajet bagus. korang yang baca sampai abes ni memang kental ek hadap orang bajet bajet macam ni.

    Reply
    • Part mana yang bajet bagus tu? Aku baca sampai habis pun x de plak terasa dia bajet bagus, cuma mata je la penat baca banyak2 cerita dalam satu post… Orang yang suka kondem orang lain bajet bagus ni selalunya jenis bajet bagus… btw aku bukan pengarang cerita ye, cuma menyampah tengok komen negative ko ni…

      Reply
  2. Saya suka cerita ni. Penceritaan yang teratur, sangat menjaga penggunaan bahasa yg sopan, sarat dgn nasihat serta pesanan, menggambarkan diri penulis sendiri yg mempunyai peribadi yang baik. Jangan lupa sambung cerita anda.

    Reply
  3. yang bnyk komplen mcm mcm tu diam jelah kecoh…kejenya nk kondem je g buat cerita sendiri lah kalau bnyk komplen tu…sukati dia lah nk up cerita apa pun admin dh postkan baca jelah kalau dh baca x payah komen diam diam je…

    Reply
    • Haah.. meleret mende lain banyk benor… sampai aku stop 2-3 kali.. sbng baca di laen hari… aku siap skip lagi ayat2 meleret2 dia tu… tp citer hantu dia best dah..

      Reply
      • Tatie, sama la kita. Jenoh ngabihkan baca. Aku skip aje mana yg meleret sgt tu.

        Kpd writer, rajin benor ngadap skrin. Mesti sengal2 bahu kan. ?

        Reply
  4. Aku baca sampai takat dia sembang dgn doktor je. Komen aku, harga pisang makin naik la…mana jatuh menjunam. Mak aku kat kampung dok sibuk tanam pisang skrg ni, katanya harga pisang memang lumayan skrg.

    Reply
  5. bleh tahan scary la TAPI

    1. Kisah Awek Gatal tu dah kenapa kena tunggu smp perenggan 15 baru nak start cerita….ko pnya mukadimah meleret-leret benda xpayah citer pon nk citer gak….asal x smp perenggan 431 je bru nak start citer

    2. kejap En Hilmi kejap En Halim….dorg ni kembar siam ke aper…ke nama sebenarnya En Haron?

    3. sisa toksik bang bukan toksid…toksid tu sejenis kuih raya yg enak di makan begitu sahaja terus dari balang yg terletak di atas meja ketika bulan Syawal menjelma.

    4. kejap the truth is out there…kejap the true is out there….ko ni tau beza tak? lainkali tulis je “the raya is out there”

    #selamathariraya
    #maafzahirbatin

    Reply
    • Hahaha… ni pun mende2 y aku fikirkn juga.. tp xpe la… y point2 lain tu blh ttp mata.. tp y bab meleret2 ni y aku rasa mmg sgt2 xperlu.. aku SKIP bab leret ni.. just baca bile time hntu je.. hahahaha

      Reply
    • Satu lagi kenapa asyik nak tetak kepala org je? cakap la elok2 dulu bincang, kekerasan tu jalan terakhir tahu tak. Tu pun untuk lindungi diri sendiri je.

      Reply
  6. Best cerita dia.. Aku rasa nilah story pling pnjang pernah aku bca kat fiksyen shasha.. Yupp..mmg mukadimah nye pnjang.. Tpi aku bca jerr.. Mna tau ada info info menarik ke.. Hmm.. X ade.. But its okay..ku ttp stia menunggu sambungan nye

    Reply
  7. Jgn meleret sgt ayt awk, menerangkn bnda xpenting pn xprlu kot..bg saya, xmenarik lngsung..cerita pnjg berjela tp 0 ..maaf ye..

    Reply
  8. Wew…walaupun ada part yg aku rasa nak muntah tapi best jgak… klau boleh jganlah cerita bnyak sngat satu post…buatlah part 2 ke…part 3 ke….anyway, keep on writing. I like your story.

    Reply
  9. kisah-kisah ni dari facebook ..perkongsian oleh penulis ..dengan keyword …
    Nazim5123 sana banyak sekali perkongkian pengalaman penulisa yang berkelana belajar sampai sumatera sana …
    hebat dia, bersungguh dalam menuntut ilmu …mengamalkan resmi Alim Ulama besar – besar dahulu kala …
    Sekian ..

    Reply

Leave a Comment