Kisah Seram UiTM Manjung

Assalamualaikum…terlebih dahulu terima kasih kepada admin kerana sudi menyiarkan kisah seramku sebelum ni Puaka Rumah Sewa Seri Kembangan dan semua kisah yang dikongsikan ini adalah benar-benar berlaku pada diri aku, dan banyak lagi pengalaman mistik yang aku pernah alami sebelum ini dan kesemua kisah-kisah ini tidak ada satupun yang menjadi rekaanku.

Terima kasih yang menegur cara penulisan aku yang berulang-ulang dan terima kasih juga kepada yang mendoakan aku dan anak-anak moga kalian jugak sentiasa dibawah payung rahmatNya baiklah aku nak kongsi cerita tentang kisah yang pernah aku lalui pada tahun 1996, di mana masa tu aku tengah study Bachelor Of Art di UiTM Seri Manjung, Perak yang mana sekarang ni semua dah pindah ke Seri Iskandar. UiTM ini asal daripada deretan rumah kedai, di ambil beberapa blok untuk dijadikan kelas untuk kuliah, dewan makan, studio, bengkel seni dan asrama bagi pelajar lelaki dan perempuan.

Pada masa tu aku semester 1 kat situ, so kami diberikan dorm di aras bawah yang memuatkan dalam 16 orang. Aku, Kak Sue, Kak Echah, Kak Lily, Kak Jue, Kak Shimah, Hasriyani, Noi, Rina, Aida, Lynn, Fiza, Ejan dan Yani. Kak Ina & Annie budak architecture, kita orang yang lain-lain semua budak art.

Seingat aku masa tu kitaorang dah nak masuk semester kedua dan pensyarah masing-masing dah bagi work untuk kitaorang siapkan. So budak-budak architecture sibuk dengan model-model hasil binaan mereka, kitaorang diberi tugasan berkumpulan untuk siapkan satu projek. Bahan utamanya mounting board, spray dan marker serta bahan-bahan art untuk tampal di board tu. So malam tu kami pun dah plan untuk siapkan kerja lebih awal dari dateline yang orang lain dok kalut nak buat.

Oleh kerana kami tak mau idea kami orang ciplak, jadi kami plan nak ke studio lepas isyak untuk buat kerja-kerja tu. Studio kami berupa rumah kedai aras bawah, dia ade ruang luas dibahagian depan dan ada ruang kecik di bahagian umpama dapur yang mempunyai pintu ke bahagian belakang, dan ruangan itu agak gelap kerana jarang digunakan.

So aku dan kumpulan ahli kumpulan ada 4 orang semuanya aku, Eddy, Aida dan kak Halimatun. Kami capai sepakat untuk ke ruang belakang atas sebab nak guna spray dan satu sebab lagi kerana tak nak orang tiru idea kitaorang. Sedang dalam 15 minit kot kitaorang semua duduk mencangkung sambil perhatikan si Eddy sedang spray mounting board tu tiba-tiba dengar bunyi orang melompat dari dinding bahagian atas dan jatuh ke lantai berhampiran kami sedang siapkan projek tu, dan bunyi tu terlalu jelas dan nyata seperti bunyi orang yang memakai kasut boot tentera cuma kami tidak nampak dengan mata atau pandangan.

Aku dan Aida bagaikan spontan kami berdua terus bangun dan melompat keluar dari ruang tu kerana bunyi tadi betul-betul mengusik jiwa kami. Eddy dengan Kak Halimatun pandang je kitaorang dengan penuh tanda tanya. “Apehal ni?” tanya Eddy aku pandang muka Aida sebabnya bunyi tu jelas kot, Aida pun dengan muka cuak pandang aku sambil angkat bahu “Err.. tak de apelah..lenguh je” aku menjawab tapi degup jantung aku tak berhenti berdegup.

Aku pandang Aida dan tarik Aida ke ruangan depan dan tanya dia “Ko dengar tak tadi?” “Dengarlah gila kuat bunyinya” jelas Aida. Aku pun pikir-pikir, terpaksalah bagitau yang 2 orang lagi ni, tak nak plak aku jadi ape-ape kat ahli kumpulan kami. Setelah aku dan Aida cite baik-baik, barulah diorang berdua faham dan kami capai kata sepakat untuk berhenti dan sambung tugasan itu dilain masa. Aku percaya bunyi yang aku dan Aida dengar itu kemungkinan kehadiran hantu tentera jepun dahulu kala agaknya berdasarkan bunyi itu jelas seolah-olah bunyi lompatan dari tempat tinggi dengan memakai boot yang sememangnya digunakan oleh tentera.

KISAH DIKEJAR “PREDATOR”
Kali ini kisah tentang tugasan yang diberikan oleh pensyarah kami Encik Syed ada bagi tugasan yang merupakan satu hasil lukisan yang melukis objek yang telah kami kutip pada lawatan di tempat riadah baru-baru ini.

Memang kursus senilukis ni best, ada lawatan di tempat-tempat yang menarik untuk kami potretkan dalam hasil kerja kami. Pada malam itu, aku malas nak sambung kerja aku kerana takde mood dan kekurangan idea so aku saje-saje melawat studio untuk melihat hasil kerja rakan-rakan yang lain. Antara rakan batch aku pada semester tu aku paling suka karyadia ialah Rafyza, budak Perlis, kawan aku yang bernama Fiza ada 2 orang jangan confius plak sebab yang satu dorm tu namanya Shahrul Hafiza, yang ni Rafyza dan dia memang berbakat menghasilkan hasil seni yang realistik.

Malam tu meriah jugak studio, mana tak meriah bayangkan keluasannya ialah 3 lot kedai so memang luaslah, tapi aku hanya singgah ke meja dia untuk berbual-bual sambil melihat hasil kerja dia je tu niat yang sebenar-benarnya. Panjang pulak topik kami pada malam tu sedar tak sedar jam telahpun 12 lebih tengah malam.

Tiba-tiba pak guard datang menegur, ”Dah kui berapa dah ni pi balik bilik, tutup semua lampu” Aku tersentak dengar suara pak guard cepat-cepat bangun dari kerusi tu dan Ya Allah..baru kami perasan yang semua orang dah balik rupanya..(benak hatiku berkata) Terasa sunyi plak bila sedar studio seluas tu hanya tinggal lampu studio belah kami berdua je yang masih on pada masa tu yang sebelah menyebelah dah lama padam agaknya.

Rafyza siap kemas-kemas peralatan dia dan tutup semua suis lampu dan kami berjalan keluar studio bersama-sama. Setelah keluar dari studio kami mengambil haluan masing-masing kerana aku dan dia bukan sebilik, aku dapat dorm di aras bawah (sama level dengan studio kami) sedangkan Rafyza dapat bilik di aras 1. Rafyza menghala ke kanan dan aku menghala ke kiri, bukan jauh pun nak naik tangga ke bilik dia dari studio tu hanya dalam 6 langkah sahaja kerana studio tu betul-betul berada dibawah aras bilik Rafyza iaitu sebelah kanan blok,sedangkan aku terpaksa berjalan melepasi 1 lot studio yang gelap gelita pada sebelah kiri aku dan sebelah kanan aku pulak ada garaj-garaj kenderaan felo dan warden asrama. Dorm aku pulak terletak dihujung blok so memang jauh lagilah langkah aku untuk sampai.

Suasana sepi dan sunyi je pada masa tu tidak ada kelihatan susuk tubuh manusia pun melainkan kelibat pak guard tadi yang makin lama menghilang kearah kantin kami.

Sambil aku berjalan untuk pulang ke dorm, aku toleh ke kanan untuk melihat pemandangan yang kelihatannya agak gelap hingga tidak menampakkan pokok-pokok serta padang yang berada diluar pagar kampus kami. Fikiran aku tenang dan kosong je pada waktu tu, sedang aku jalan beberapa langkah, aku dengar bunyi ‘prap..prap..prap’ langkah aku terhenti. Tercari-cari dari mana bunyi itu? bunyi ape tu ye?Jenuh aku tinjau takde nampak ape-ape yang boleh aku kaitkan dengan bunyi tu.Tapi bunyi itu seakan-akan bunyi bumbung zink dari garaj kenderaan warden dan felo yang dipijak-pijak seolah-olah ada orang tengah berjalan di atasnya. Aku meneruskan perjalanan aku kembali namun sekali lagi aku terdengar bunyi itu, aku cuba melangkah sebanyak 2 langkah dan bunyi itu memantul 2 langkah jugak, Aku berhenti seketika untuk menjenguk ke atas bumbung garaj sambil menjinjingkan kedua kakiku, namun takde apa-apapun kelihatan.

Lalu akupun sambung balik berjalan..dan elok aku ambil lagi 2 langkah ‘prap..prap’ bunyi itu datang kembali sebanyak 2 langkah jugak. Aku berhenti lagi dan kali ni aku rasakan aku tak berangan dan bunyi itu seolah-olah mengikut gerak langkah aku, terus aku melangkah beberapa langkah lebih laju daripada sebelumnya, dan seiring langkah itu aku dengar ‘prap..prap..prap..prap’dan langkah itupun seiring dengan kelajuan langkahku..bulu roma aku tetiba menegak, aku tak nak pandang mana-mana lagi, sah-sah bunyi tu datangnya dari bumbung garaj tu.,lalu aku berlari dengan langkah yang sepantas mungkin dan seiring itu jugalah bunyi itu laju ‘prap..prap..prap..prap..prap..prap..prap’. walaupun malam tu angin mendayu je tapi basah aku rasakan badan aku dihujani peluh kerana ketakutan.

Bunyi itu tetap mengiringi langkahku hinggalah aku sampai ke dorm dan terus bukak pintu dan berlari masuk dengan sepantasnya aku tutup pintu sambil menyandarkan badanku pada daun pintu itu dengan nafas yang tercungap-cungap. Aku dapat rasakan muka aku pucat kerana takut..seeloknya aku masuk, semua budak architecture kehairanan melihat situasi aku ketika itu. “Ko dah kenapa? tanya Annie..aku masih kaku dengan nafas yang tercungap-cungap didepannya. “Woi..ko dah kenapa ni? malam-malam ni berlari?” tanya si Annie lagi “Eh..oooh..aku saje jelah nak jogging malam ni, dah siang hari aku tak sempat nak jogging, salah ke?” elok je aku cover dengan bagi jawapan macamtu sebab fikirku itu je cara tak nak bagi diorang cemas dan terus berlari tinggalkan aku untuk naik ke katil masing-masing, nanti aku jugak yang keseorangan. nanti nak ke tandas pun aku takut plak macammana nak cuci muka, berus gigi sebelum aku tido nanti?fikirku sendiri.

Si Annie menggeleng-gelengkan kepalanya sambil merungut “Buang tabiat betul lah ko ni”. Biarlah apa diorang nak cakap tentang aku, kalau dia kat tempat akupun ntah macamana rupa dia jantung aku masih lagi tak berhenti berdegup laju, sapa tak rasa takut kalau kena kejar dengan benda yang ko panggil hantu dah tak nampak sah-sahlah hantu,kalau bunian sekalipun aku tetap takut, sebab bende yang kita tak nampak dan bunyinya sangat hampir..aku hanya terbayang macam dalam cite predator tu, seram dan menakutkan dan berupaya menghalimunankan dirinya.

Sangkaan aku kisah hantu kejar aku tu dah tamat di situ,selepas aku amik wudhuk dan panjat naik ke katil,(katil aku atas yang jenis double decker tu). Segala surah-surah lazim dan Ayat Qursi aku baca , masa tu budak-budak architecture ni masih setia dengan tugasan diorang. Baru pusing mengiring ke kanan sebelum aku pejam mata, aku nampak Kak Sue di katil bawah tengah resah gelisah sambil kedua matanya terpejam rapat, aku boleh nampak jelas sebab katil dia bersebelahan sahaja dengan katil aku.

Aku ingatkan dia mengigau, tapi aku cuba panggil-panggil dia, dia tak sedarkan diri, aku terus bangun balik, kemudian turun daripada katil aku dan kejutkan Kak Lily sebab Kak Sue tu close friend dia, dia pun bangun kejutkan tanya “Kak kau ok ke ni? tak ade jawapan daripada Kak Sue, aku pun jadi pelik aku tengok macam tengah sakit tapi bila kita kejutkan dia tak bagi apa-apa respond, dah agak lama juga Kak Sue macamtu dan seolah dia cuba mengiring ke kiri kejap ke kanan, kita orang pun dan masing-masing nak tido tapi seolah-olah semua dah terjaga dan tertumpu pada Kak Sue pada masa tu,dan mengelilingi katil Kak Sue.

Hampir lama kami tunggu dalam kehairanan, aku tanya Kak Lily, “Macamana ni kak, nak bagitau warden ke?Kak Sue ni sedang sakit ke?” Kak Lily yang bermata kuyu kemerahan menahan rasa mengantuk itu hanya mengangkat kedua bahunya tanda tak tahu apa yang perlu kami buat, dia tak putus-putus mengoncangkan tubuh Kak Sue supaya sedar.Tak lama kemudian, Kak Sue pun bukakkan kedua matanya dan dia terus bersuara, “Korang semua tak dengar ke Kak Sue jerit-jerit mintak tolong?” Kak Sue seolah-olah marah dengan kami…aiik…kitaorang semua terkeluar perkataan itu je sebab hairan, memang tak dengar langsung Kak Sue memanggil,apa lagi menjerit pada kitaorang sedangkan kami semua memanggil-manggil dia pun dia tak menyahut. Kak Sue pun mula bercerita yang dia dah puas jerit mintak tolong hingga dia rasa sehabis kuat suara dia keluar. Katanya dia cakap “Tolong,tolong Kak Sue ni”..seorangpun tak pedulikan dia katanya. Kak Sue lalu bercerita masa dia tengah baring dengan satu buku catatannya dan hampir dia lena tiba-tiba dia rasakan satu angin melepasi katil dia yang pada masa itu dia terbaring mengiring ke kiri mengikut kedudukan kaki katil, bukan kepala katil (maksudnya bahagian yang dia tido tu adalah kedudukan untuk kaki bukan kepala).

Pada masa itu jugak katanya dia tiba-tiba merasakan kesakitan yang amat sangat pada bahagian pinggang kanannya dan ketika itulah dia menjerit-jerit meminta tolong katanya. Dia yang sedaya upaya cuba untuk menoleh ke belakang untuk melihat apakah yang membuatkan dia mengalami kesakitan itu terlihat satu bentuk seolah jari yang berkuku dan saiznya sebesar peha manusia warnanya hitam berbulu dan benda tu memicit pinggang sebelah kanan hinggakan Kak Sue meronta-ronta kesakitan, Kak Sue berkata berkali-kali dia cuba membaca ayat kursi tapi belum sempat habiskan ayat itu lidah dia tiba-tiba kelu dan tak boleh menyambung bacaannya.

Bila aku dengar apa yang Kak Sue cite,aku terbayang mungkinkah ‘benda’ yang sama yang mengekori aku tadi. Oleh kerana aku masuk dorm dia ikut masuk tapi aku segera bersihkan diri dan mengambil wudhuk mungkin dia beralih kepada orang lain yang sedang nyenyak tidur pula, atau mungkin masa tu Kak Sue tengah stress atau badan penat lagipun Kak Sue tengah diawal kehamilan anak ketiga pada masa itu. Kak Sue merupakan seorang pendidik yang menyambung pelajarannya sepenuh masa dengan mengorbankan masanya untuk dua orang anak yang ditinggalkan kepada suaminya.

Selepas kejadian tu aku tak cite apa-apapun pada kawan-kawan dorm berkenaan aku kena kejar malam. Nasib baik suami Kak Sue pun kat Perak so tak ade masalah untuk jenguk Kak Sue dan pagi esoknya jugak suami Kak Sue datang diiringi anak-anaknya untuk bawa Kak Sue balik berubat.

====

Kisah ni berlaku masa study week , hari minggu yang mana rasa nak balik bercuti tu ada je yang balik, tapi macam aku yang dari Pantai Timur ni jauh kot nak hadap 8 jam perjalanan cuti 2 hari je pun. Malam tu kami yang selalunya seramai 16 orang hanya tinggal kami 6 orang je iaitu aku, Kak Shimah, Hasriyani, Rina, Kak Ina dan Annie, yang lain semua balik.

Oleh kerana Aida pun balik, aku tumpanglah katil dia sebab orang dah tak ramai tinggal aku sorang je dari katil atas so aku pun rasa seram jugak nak naik atas. Sebelah kanan katil aku adalah katil Kak Sue dan Kak Liliy dan sebelah kanan katil dioarang adalah katil Kak Echah dan Kak Jue yang mana semuanya kosong malam tu.

Oleh kerana malam study week so diorang awal-awal dah padam lampu dan lepas jam 3 pagi Annie bangun dan on kan lampu dan on kan radio sebab ada yang perlu dia siapkan untuk pembentangannya isnin nanti.

Biasalah budak architecture ni memanglah excellent kerja diorang, semua nak buat preparation awal-awal,selagi tak siap diorang tak lena tido. Aku macam biasalah ‘telinga lintah’ apa-apapun aku cepat terjaga tapi aku sambung balik tido dan nasib baik masa tu aku tido katil bawah so takdelah nak rasa silau sebab cahaya lampu kan. Aku ni memang tidur-tidur ayamlah jawabnya dengan radio lagi rancak.

Aku perasan dj radio dah mainkan beberapa lagu hinggalah tiba satu lagu yang pada tahun tu memang popular iaitu “Lena Diulik Intan” nyanyian kumpulan Wings dan aku amat minat sangat lagu tu, aku terus terjaga dan terbangun dari katil dengan kakiku masih lagi berselimut, dari jauh aku nampak si Annie dah letak kepala dia atas meja.Lena jugak si Annie tu tertido beralaskan lengan. Sambil menggosok kedua mataku yang tengah mamai aku melihat jam tanganku yang jarumnya menunjukkan jam 4 pagi. “Ah..awal lagi, lambat lagi ni subuh, tido baliklah” bisik hati aku sambil merebahkan badanku mengiring ke kiri dan menarik selimutku menutupi separuh badanku.

Elok je mataku cuba pejam sambil telinga masih sayup-sayup mendengar irama lagu tadi, tiba-tiba irama itu berubah nada secara automatik kedua mataku terus terbuka luas sambil mengamati lagu apa plak tu..bunyinya seolah-olah suara seorang perempuan sedang mengulik anaknya, dan lagu yang didendangkan itu tidak pernah sekalipun dengar di mana-mana tapi ia menggambarkan satu lagu zaman purba kala.

Kalau korang nak hayati macamana lebih kurang dia dendangkan lagu tu, korang cuba search dalam youtube cari Odette Voice & Quotes pada minit ke 0.44, ha.. lebih kurang macamtulah nada suara dia walaupun tak seratus peratus sama. Aku terbayang nak cari kat youtube selepas anak kedua aku Fawwaz suka layan Mobile Legend, bila dia pasang karektor ni, aku memang tak boleh lupa apa yang aku lalui berpuluh tahun dulu dan nasihat aku pada yang suka layan game ni janganlah guna karektor oddette tu kalau layan ML malam-malam sebab suara tu macam menimbulkan aura mistik sikit, aku cakap berdasarkan apa yang dialami anak perempuanku, takpelah dilain masa akan aku ceritakan.

Ok sambung balik kisah aku terdengar suara perempuan mengulik anaknya, aku cuba hayati betul-betul suara tu kedengaran dari arah bilik stor, untuk pengetahuan korang, sebelah kanan katil aku kan ade 2 buah katil,so maknanya katil aku ni adalah katil ketiga daripada depan dan yang paling depan sekali ialah katil Kak Echah (kalau korang baca balik perenggan kedua tu korang fahamlah, aku tak nak ulang-ulang nanti kena hentam kat komen).

Sebelah kanan katil Kak Echah tulah bilik stor (kan kalau korang pergi kedai makan yang aras bawah bila masuk bahagian kiri atau kanan kita akan ade ruang untuk tangga bagi penghuni tingkat atas, dan bawah ruang tangga tu ada bilik stor). Masa aku dengar tu aku sempat jenguk kat radio sama ada radio tadi masih terpasang atau di off kan, tapi lampu merah menyala pada radio itu menandakan ia masih terpasang cuma lagu yang dimainkan dj pada masa tu langsung senyap aku tak dengar apa-apa melainkan suara aneh itu.

Tangan aku terketar-ketar menarik selimut yang berada diparas pinggangku hingga menutupi seluruh tubuhku termasuk muka, kutekup tanganku menutupi telinga tapi suara itu jelas sekali aku dengar,mula-mula dari bilik stor,kemudian kedengaran seolah-olah berada di katil Kak Echah. Aku menggigil sambil dibasahi peluh, tak kuhirau rasa panas membahang kat dalam selimut tu, lagi sekali suara itu beralih ke arah yang lebih hampir iaitu di katil Kak Sue. Pada masa tu aku baca je apa ayat yang aku tau termasuklah Ayatul Kursi, tapi aku hanya sempat baca hingga ayat ketiga aku rasa seolah-olah aku diantara berjaga dengan tertido. Kemudian suara itu kedengaran makin jelas dan kuat kali ni suara tu dah terlalu hampir denganku seolah-olah berada betul-betul dibelakang aku…

“Allah, napelah aku tak dapat-dapat nak baca Ayat Kursi ni sampai habis,” fikirku sendirian setelah berkali-kali aku cuba baca tapi gagal. Seingat aku peluh membasahi seluruh tubuh aku dan kali ini aku cuba menarik bantal untuk tutup telingaku tapi terasa sangat berat hingga tak mampu beralih.
Lama jugak adegan ‘benda’ tu cuba mengulik aku, hingga jam berapa aku pun tak sedar akhirnya aku terdengar bunyi ketukan yang kuat pada pintu dorm. Aku tak pasti adakah bunyi itu bunyi yang nyata atau bunyi gangguan aku cuba mengamatinya.

Setelah aku benar-benar pasti itu sebetulnya memang bunyi pintu diketuk, aku beranikan diri menuju ke pintu dan terus membuka pintu tanpa fikir apa-apa. Si Annie yang terlelap di meja entah bila kembali ke katilnya pun aku tidak pasti.

Bila aku bukak rupa-rupanya si Aida dah sampai dari Johor, aku terus peluk si Aida dan berkata “Aida, nasib baik ko dah sampai, aku takutlah Aida, aku dengar suara pompuan tadi”. Aida yang masih kepenatan kehairanan dengan gelagat aku pagi tu, dan nasib baiklah bas nya tiba awal, aku renung jam di tangan kiriku rupanya dah jam 5 lebih.

Aku mengekori langkah Aida sambil bercerita padanya tentang apa yang aku lalui, yang peliknya semua yang ada kat dorm tu tidak mendengar apa-apa, rupanya hanya aku je yang diganggu pagi itu. Sampai sekarang masih teringat pengalaman mistik ini dan tak mungkin lupa sampai bila pun. Setakat ini dulu kisah aku untuk dikongsikan disini diharap bertemu dilain kisah inshaa Allah.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Haila Hassan
Kisah Seram UiTM Manjung
8.5 (85%) 48 votes

24 comments

  1. Seram. Tp, hampa x rasa pelik ke time kejutkan k sue tu dia x bgn². pttnya baca la apa² yg ptt. x pn ambik air renjiskan kt muka ..

    1. Memang pelbagai kisah, pnh dgr kakak senior CS ckp ada bdk pompuan mati bunuh diri sebab mengandung, betul atau tak wallahualam, tapi masa pindah ke blok diorang sebab blok blkg diarah kosongkan sementara masa tu, masa tertido ,walkman yang dh off tu cuma earphone je masih lekat ditelinga tiba-tiba on sendiri,lps kejadian tu baru senior tu bgtau ade kes tu sebelum ni dan bilik tu mmg bilik bdk yang mati tu..seram weh

        1. Blok yang mengadap ke padang tu yang ada pokok besar seberang jln tu, hampir setiap malam lah dgr anjing menyalak kat pokok tu..dorm kitaorg bertentangan dengan parking-parking felo n warden asrama tu..

  2. 3 tahun study kat UITM Manjung. Tak pernah kena kacau atau ada apa2 yang misteri. Paling seronok ada la sebab rumah kedai(atas asrama, bawah terus kelas), dekat dgn Lumut dan Pangkor.

    Juga tak pernah dengar apa2 cerita samada dari asrama perempuan atau yang lelaki. Ni pertama kali.

    1. Tak penah kena kacau jugak tapi macam2 citer keluar dari mulut orang2 yang penah kena kacau..best kan duduk Manjung…weekend lepak2 kat Lumut..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.