Kisah Tepi Jalan

Hi semua. Terima kasih admin kerana menyiarkan kisahku ini. Aku terpanggil untuk menceritakan kisah ini selepas terbaca kisah tuala wanita di fiksyen shasha baru-baru ini. Namaku Sufina. Berusia 25 tahun. Kisah yang aku ingin ceritakan ini berlaku beberapa tahun yang lalu. Kejadian berlaku ditepi jalan persekutuan yang menghubungkan negeri Johor dan Melaka sewaktu aku meneman ayah dan ibuku menjual buah yang tengah musim pada ketika itu….

Waktu penjualan kami sangat lama. Bermula dri pagi sehingga la pukul 10 malam dan pada waktu kejadian, aku tengah period. Lebih kurang pukul 11 pagi macam tu, aku dah mula rasa tidak selesa dan ingin menukar pad. Aku mengajak ibuku untuk meneman aku menukar pad dikawasan semak dan pokok berhampiran. (Kawasan tepi jalan. Mmg takde tandas berhampiran) Oleh kerana darurat, aku terpaksa la jugak menukarnya. Selesai aku menukar pad, aku bertanya kepada ibuku. Mcm mana nak buang pad ni. Sebab mana ada tong sampah tengah2 semak tu. Ibuku berkata just buang sahaja dikawasan itu. Tetapi kena ikat betul2 supaya tak terbukak. Aku pun menurut kan sahaja kata ibuku itu. Disitu la kesilapan yang aku lakukan pada ketika itu…

Selepas selesai menukar pad, kami pun kembali ke gerai kami. Long story short, apabila keadaan semakin senja, aku terasa ingin membuang air kecil pula. Maklumlah, dari pagi tidak kencing. Sekali lagi aku mengajak ibu untuk menemaiku kencing pula. Dan kebetulan ibu jugak mahu membuang air kecil pada waktu itu. Jadi, kami pun kembali ke kawasan aku tukar pad tadi. Kawasan itu memang agak tersorok dan menjadi tandas sementara kami sewaktu berniaga disitu.,..

Setibanya kami disitu, kami pun melepaskan hajat kami. Sewaktu kami melepaskan hajat tu, ibuku tiba-tiba menjerit dan menunjuk jarinya kedepan. Melihat kepada apa yang ditunjuk oleh ibuku, aku melihat ada kelibat yang berambut panjang tengah menjilat pad yang aku buang tadi. Keadaan sangat menakutkan. Belum sempat kencing kami habis kan, kami terus menarik seluar yang kami pakai dan berlari ke gerai kami semua dan menceritakan kepada ayahku. Ayahku memarahi aku kerana membuang pad merata-rata. Sepatutnya masuk dalam plastik dan bakar. Kata ayahku.

Memandangkan hari telah hampir gelap. Kami semua mengambil keputusan untuk pulang awal pada hari itu. Aku sangkakan kisah ini berakhir macam itu sahaja. Tapi pada malam kejadian, sewaktu tengah tidur. Aku seperti kena ganggu dan malam tu jugak aku histeria. Ibu menceritakan pada, pada malam tersebut, aku menjerit dan berlari-lari dalam bilik akibat dirasuk. Ayahku menelefon kawannya yang pandai dalam hal-hal alam ghaib ini. Long story short, aku semakin okay dan diminta oleh kawan ayahku untuk kembali ke pokok yang aku buang pad tu. Katanya situ kawasan “rumah” makhluk itu.

Keesokkan harinya kami pun kembali ke pokok itu untuk mencari pad yang aku buang. Sewaktu menjumpai pad itu, aku lihat pad tu dalam keadaan terkoyak seperti dicarik2 oleh kuku yang tajam. Ayahku menyuruh aku masukkan pad itu kedalam plastik, dan membakarnya. Selepas itu, kami semua pulang kerumah. Akibat daripada kejadian itu, aku demam 3 hari. Nasib baik masa tu covid takde lagi. Kalau tak, mesti orang cakap aku demam sebab positive covid.

Kawan ayah yang merawat aku pada malam itu ada menasihati aku untuk tidak mengulangi apa yang aku buat itu walaupun keadaan darurat. Sejak dari itu, aku sentiasa sediakan plastik kecil untuk situasi-situasi darurat agar kejadian macam ni tidak berlaku lagi. Untuk pengetahuan pembaca, aku bukanlah perempuan yang jenis buang pad merata. Paling merata aku buang pun, aku letak pad tu atas pam tandas sebab toilet yang aku masuk tu takde tong sampah. Aku akan keluar mencari tong sampah dan kalau tak jumpa, baru aku masuk balik tandas untuk letak pad atas pam. Itu pun memang aku akan cuci bersih-bersih. Wlupon aku tahu ada kawan-kawan aku jenis tak kisah untuk buang pad dalam lubang tandas. Tapi aku tak pernah buat macam tu. Cumanya, pada waktu kejadian, keadaan memang sangat darurat dan aku terpaksa melakukannya.

Sekian

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Sufina
Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 3.4]

4 comments

  1. bagus jalan ceritanya,very good.Wanita2 kena ambik iktibar cerita ini.Gaya tulis pun tau sipenulis ni seorang yang bijak and berakhlak.

  2. Buang pad merata rata..kencing marata rata..kalo xde tong sampah letak atas pam? Wtf! Ko nk suruh cleaner kutip ke? Lain kali masuk plastik..pastu cuci d***h seblm buang..xde istilah darurat der..masjid..surau..petrol pam bersepah kt malaysia ni..

  3. Kalau saya pad tu saya tak bakar…saya basuh pad bersih2 lepastu buang dalam tong…kalau boleh saya boleh je buang pad merata2 sebab pad tu saya dah basuh bersih2 tak de d***h kan?🤨🤨

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.