Assalamualaikum semua. Aku Anko. Ini kisah kedua aku di FS. Terima kasih kerana publish.
Cerita pertama, #KisahAnko – Mata Hitam boleh korang cari dalam page FS ya kalau berminat.
Bismillah.
#KisahAnko – 2
— Ini kisah diwaktu aku berumur 12 tahun.
Tak dinafikan dulu aku memang banyak teddy bear. Setiap ruang. Mungkin berpuluh – beratus? Entah, tu cerita zaman 12 tahun lepas. Sekarang semuanya dah dibuang, ada juga yang aku dah sedekahkan kat kanak kanak non-muslim. Kisah ni berlaku pada hari minggu, time aku pulun nak UPSR. Ada satu hari ni, bapak baru je balik dari kursus di Langkawi. Dia bawak balik satu beg kertas besar size A2 (kot?) berisi mainan untuk aku & abang kedua aku, yang aku gelarnya Desh. Abang sulung, Bangla, dia dah menetap kat kolej waktu ni. (Semua bukan nama sebenar)
Tak tunggu lama, terus aku and Desh gelabah bukak beg tu, belek punya belek, takde pun mainan yang buat jiwa dan hati aku selok, gembira. “Adik dah tak main ah masak masak / tetris. Beli game kereta bukan adik pandai pun!” memberontak aku. Aku duk expect bapak belikan teddy baru / Barbie baru ke / sejenis dengannya tapi ternyata penantian itu hampeh. Ugh, boring. So, aku pun mula lah drama aku emo sorang sorang, gaya sotong bakar. Tengah syok emo sorang tu, tetiba si Desh cakap “weh cuba tengok ni, bapak ada belikan mainan lain lagi ah untuk An.” sambil tangan dia memegang beg plastik berwarna hitam. Aku tanpa banyak cakap terus rampas dari Desh. Di dalam tu berisi anak patung manusia, yang di-mechanized untuk matanya boleh bukak tutup bukak tutup kalau kita angkat / baring kan dia.
Anak patung tu, seingat aku, takdelah cute, takdelah cantik, just, cukup cukup je. Hahaha. Yang jenis mukanya creepy, mata terbeliak besar, bibir tak pernah lekang dari beri senyuman – itulah jenis patung yang bapak belikan. Kalau ikutkan, aku memang tak gemar jenis patung macam ni, sebab selalunya material dorang keras. Tapi yang ni, lembut! Memang aku happy lah. Siap peluk kemain bapak, tadi merajuk kahkah. Tapi somehow, bapak langsung takde tunjuk rupa macam dia gembira untuk anak dia ke apa, dia diam je. Diam tengah berfikir agaknya.
“Ahh lantak ah, janji bapak belikan jugak aku anak patung baru!”
Malam tu, selesai makan malam bersama keluarga, aku terasa nak masuk bilik tidur awal, mata dah rabak mengantuk. Sesudah tu, aku terus bawak si Kris masuk tidur sekali (patung tu aku bagi nama Kris). Sekali pandang nampak Kris ni macam dah buruk / oldschool, tapi dua tiga empat kali pandang nampak okay je, masih baru. Aku suka Kris, even baru dapat, aku suka dia sebab dia jenis lembut, bukan lembut berbulu tapi pvc lembut. Best! Okay, tak tunggu lama, harini dapat, harini juga kena kacau. Jam menunjukkan pukul 10, aku dah mula terlelap. Tengah sedap tidur, aku terasa macam ada benda memanjat atas badan. Rasa tak berat sangat tapi aku pasti ADA SESUATU ATAS BADAN AKU. Jadi dengan mamainya aku buka mata, slow slow……..hampir. nak. mati. terkejut.
Aku, bila aku nampak KRIS depan mata! Mata dia terbukak, memandang sambil senyum kambing ke arah aku. Aku tak tunggu lama, dah terkejut tu terus gelabah menjerit melolong “MAK! MAK! MAK!!!”, berdebar weh. Elok elok baru nak buat kawan baru dengan Kris ni, dia dah buat perangai. Dalam berapa saat je mak sampai, dia masuk bilik sambil on lampu. Aku melompat turun dari katil berlari ke arah mak sambil bukak cerita, pastu sedar sedar mak dah amik Kris letak kat luar rumah.
“Dah jangan fikir dah, baca surah 3kul dan tidur, esok sekolah, jangan nak monteng.” Mak bersuara.
“Cis mak, tak kasi can betul.”
Jadinya, aku pun sambung lah semula tidur dalam tengah ketakutan tu, ketaq badan, tapi masih boleh kuatkan diri sebab ngantuk punya pasal. Aku baca surah 3kul macam yang mak pesan, aku hafal lepas baca Muqaddam, hihi. Tapi tak lama, aku tak tahu pukul berapa tapi aku tersedar lepas aku terdengar ada suara budak kecik nangis sedu sedu selang seli dengan ketawa kecil, dan rasa macam ada dalam bilik je suaranya. Aku bukak mata, cari kat mana suara tu dengan bantuan lampu ruang dapur depan bilik (pintu mak tak bagi tutup). Aku toleh ke kanan takde apa aoa, toleh ke kiri, ada si Kris! Masa tu Kris berdiri, and suara tu keluar dari dia! Dia punya suara sumpah weh creepy gila, aku nak ingat pun rasa cam wuish! Mata dia berkelip kelip, tapi slow motion.
Dengan tiba tiba, ada suara bercakap “awak tak nak kawan dengan saya ke?” aku sumpah dah berpeluh teruk, dah kecut waktu ni, and aku diam. Sekali lagi dia bersuara, “AKU TANYA, ENGKAU TAK NAK KAWAN DENGAN AKU KEARGGGGGHHHHHHHH???!!!!!!!!” dan suara tu ketawa mengilai. Aku dah menangis teresak kali ni, nangis yang sampai hilang suara. Aku menjerit panggil mak, tapi aku tahu suara aku tak keluar, banyak kali aku menjerit nak terkeluar anak tekak aku, mak still tak datang. Aku nak lompat dari katil tapi kaki aku tak tergerak, rasa badan macam kena tahan. Time ni aku langsung blackout tak ingat mende lain dah selain dari nak lari dari situ. Tengah beria nangis sambil sakit dada tu, mata aku tetiba ternampak sesuatu atas meja study aku, bukan jin dalam badan Kris je ada dalam bilik tu, ada lagi makhluk halus yang lain, memerhati diam.
Mata dia merah, mendengus tapi tak kuat sangat. Macam kerbau pun ada, tapi versi kerbau berdiri, haa macam tu lah jin yang lagi satu tu. Aku tak tahu apa dia buat dalam bilik, sampai sekarang tak paham apa motif dia datang situ malam tu. Dan tiba tiba aku teringat pesan mak selama ni, “baca 3kul, baca al fatihah, baca ayat qursi / baca ayat ayat suci al quran yang kamu ingat”. Cepat cepat aku baca semuanya yang aku ingat dalam teresak esak menangis tu, aku menjerit sekuat hati sambil baca ayat ayat suci al quran. Dalam beberapa minit kot, aku sedar suara ketawa mengilai; suara Kris dah hilang, badan aku kembali rasa ringan. Aku apa lagi, tak fikir banyak, terus cepat cepat lari masuk bilik mak bapak. Aku melompat atas dorang sambil nangis paksa dorang bangun dari tidur mintak tolong buang segala mende dalam bilik tu.
Aku tersilap malam tu, aku tak teringat langsung pasal jin yang seakan bentuk kerbau tu, aku terlalu fokus pasal Kris, completely LUPA PASAL JIN KERBAU (aku kasi nama gelaran tu). Bila dorang berdua dengar je aku nangis sambil cerita apa yang dah berlaku, bapak aku terus naik angin, “abang dah cakap tu bukan abang yang beli. Entah sesapa memandai isi patung tu dalam beg abang.” kata bapak pada mak. Terus tanpa lengah bapak menuju ke bilik aku. Aku boleh dengar bapak baca ayat ayat suci al quran dengan kuat sekali, sampaikan si Desh pun bangun and jenguk keluar dari pintu bilik dia. Tak lama lepas tu, bapak masuk balik bilik dia, tangan bapak luka. Bapak suruh mak kasi aku air yassin. Disebabkan bapak tidaklah berilmu seperti ustaz ustaz yang lain, bapak call ustaz khei mintak datang ke rumah. Bapak cerita segala galanya pada ustaz. Tak sampai dalam 10 minit ustaz sampai, dia bawak sekali anak buah dia, budak tahfiz rasanya. Ustaz tak cakap banyak, dia terus pergi ke depan bilik aku and dia mula membaca ayat ayat dari al quran. Tetiba pintu terbukak luas, terhempas macam ditolak dengan kuat. Pang! berlanggar dengan dinding.
(Situasi waktu ni antara ustaz dan jin tu. Ustaz kat depan bilik aku dan jin tu dalam bilik aku. Dan aku, bapak dan mak cuma boleh nampak ustaz je, kami dari tepi.)
“Wahai jin, jauh kamu berhijrah. Setahu aku, kamu ini jenis yang suka bersinggah sahaja. Betul atau tidak?”, Tanya ustaz.
Jin tu balas, “HOHOHOHOHO (serius memang bunyinya begini) YA. AKU DARI JAUH, SANGAT JAUH DAN AKU SUKA. KALINI AKU MAHU TINGGAL, BUDAK ITU TELAH MENAMAKAN AKU. K.R.I.S HEHEHEHEHEHE” –naik bulu roma aku waktu ni. Menyesal gi namakan dia.
“Adakah betul apa yang aku dengar? Kalau itu yang kau mahu, terpaksalah aku menggunakan cara yang lain untuk memaksa mu keluar dari sini. Engkau mahu merosakkan jiwa dan memesongkan agama budak ini bukan? Tiada sesiapa yang maha berkuasa melainkan Allah SWT, tiada sesiapa yang maha mengetahui melainkan ALLAH SWT…yang memiliki segala galanya selain dari…..” ustaz membalas
“SUDAH!!!!!!!!! *bergema* AKU BENCI KAU SEBUT NAMANYA. DIAM!!”, kedengaran bilik aku waktu tu ramai suara yang sedang menjerit.
“Dengan nama ALLAH SWT aku mahu kau keluar dan tak kembali lagi ke rumah ini, mahupun mengacau sesiapa lagi anak cucu kaum ADAM!” ustaz dan anak buahnya mula membaca ayat ayat suci didepan bilik aku.
Aku tahu semuanya dah selesai bila ustaz khei dan anak buahnya berhenti membaca dan masuk ke dalam bilik. Selesai je proses penghalauan tu, ustaz datang ke kami, “Li, selesai dah. Selepas ni engkau kena pastikan dulu semua barang yang kau beli, atau pun ambil, kadang kadang kita tak sedar benda tu mengikut kita, tak semua boleh melihat dengan mata halus. Benda ni jenis main ikut je. Mujur cepat ni Li, kalau dia dah lama menetap, beranak piak nanti. Terlalu banyak tempat yang dia boleh menetap di dalam bilik ni. (ustaz maksudkan patung patung aku)”
“Baik tok. Hmm” Bapak hanya mampu mengangguk, aku tahu bapak mesti rasa bersalah sebab patung tu datang bersama dia. Tapi, semua ni bukan salah dia, aku pun bersalah juga. Memandai gi bagi nama dekat patung tu, dah lah jin tu suka pula dengan nama tu. HAHAHAHA K. dalam lepas pada tu, ustaz yang kini aku panggil dia dengan panggilan Tok Khei, dia pasang pagar rumah kami dan dia suruh bapak azankan di setiap penjuru di rumah. Tok ada pesan, dia suruh aku buang / sedekahkan anak anak patung aku tu, kalau tak nak jadi macam ni lagi. Aku angguk je, tapi buatnya tak jugak. Aku degil. Ikut kepala sendiri, suka hati. Sebab itu lah, ada lagi yang mengacau…. (tapi aku akan ceritakan pada cerita no 3)
Sampai ke harini, aku masih ingat kisah ni. Cerita dia, mujur Tok datang cepat dan tolong kami sekeluarga, kalau tak, tak tahu lah apa yang akan si JIN KRIS buat. Allahualam.
Jadi, itu sajalah cerita pasal patung harini dari aku. Ada masa lagi, panjang umur, aku akan buka cerita pasal patung Barbie dan nyanyiannya yang merdu. Terima kasih semua, salam! – Anko.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Sambung lagi nanti
Ok seram..nant sambung lagi…?
Seram gak..nanti sambung lagi ye..?
Btoika dia kata “aku benci kau sebut namanya”
Mcm cite omputeh plk hantu doll..
Kemain lagi…
chucky
Done baca
best. mna smbungan nye
Mcm hantu annabelle pulak. Ank pom ada ptung buka tutup mta ni seramnyer….