Kokok

Assalamualaikum & salam sejahtera. Buat kali keduanya, aku Theo. Dari negeri di bawah bayu, Sabah. Seperti selalu, aku akan menggunakan gelaran “aku” dalam kisah ini. Kali ni, pengalaman aku tentang rumah nenek aku.

Rumah nenek ni besar. Biasalah, rumah kampung kan. Rumah kayu berukuran sangat luas, ruang tamu yang besar, dapur yang panjang. Bilik pula ada 4 (2 di ruang tamu dan 2 lagi di dapur) dan tandas ada 2. Sangat luas untuk kami sepupu sepapat bermain kejar2 dan sorok2. Di bawah pula ada rumah sewa nenek yang banyak dan luas. Nenek ni seorang yang sangat ramah. Disamping peramah, nenek juga seorang yang baik. Ramai penyewa yang hanya tahu menyewa sahaja, tapi bayarnya hm hareyyy. Macam dibuat rumah sendiri. Pernah aku tanya, kenapa tidak minta mereka bayar? Nenek kata “Ramai jomo susah, mun tei mampu tulungan tei sedia tempat tung tinggal. Niat tak atai iklas, walau jomo raat muat nyak tantu. Dong balas raat pan, kitai muat kui.” (ramai orang yang susah, jadi sebagai orang yang mampu kita kena tolong dan beri mereka tempat berteduh. Niatkan ikhlas dalam hati, walau orang buat kita. Kita jangan buat balik pula, kita buat kuih).” Begitu lah kata nenek.

Berbalik kepada cerita, rumah nenek ni ada ‘something’. ‘Something’ ni tak kacau pun tapi pandai keluar dan sudah pastinya kan membuatkan orang yang tidak biasa akan ketakutan.. Satu hari tu, aku naik ke rumah nenek untuk minta nasi. Dlm perjalanan nak naik, aku terjumpa dgan nenek. Nenek pun menyuruh naik ke atas untuk ambil nasi. Tibanya di atas, aku terjumpa dengan nenek sekali lagi. Dalam hati “maaaaaakkk aaiii, laju bebeno naik atas! Guna telepati ka apa. Tapi yang peliknya, nenek hanya jeling dan lalu. Selalunya nenek akan senyum dan sapa walaupun baru berjumpa beberapa saat yang lalu. naik juga bulu roma sebb merasakan ada yang tidak kena.

Seram sejuk gila time tu tapi aku diamkan sahaja. Pergerakan aku semakin laju dan aku sempat tengok nenek. Beliau membelakangi aku dan aku nampak biji matanya menjeling renung tajam ke arahku. Napalah nenek ni dalam hatiku. Apalagi, buka langkah seribu la jawabnya. Aku Laritak ubah  seperti lipas kudung, seperti terbang pun ada sebab tak rasa tanah. Sampai di tangga, jumpa nenek lagi. Hampir pengsan aku dibuatnya. takut tidak terkata apa2. “Ya tuhan, keajaiban apakah ini?” hati ku berkata.

Nenek nampak aku termengah2. Nafas aku dub dab dub dab laju ja dan mulut nganga menahan penat. Nenek tanya “ai macam jumpa hantu ja.” Aku diamkan sahaja dan hanya berlalu pergi. Sampai nya di rumah mkcik saudara, aku terus luahkan apa yang terjadi. Makcik hanya ketawa. Dia pun kata dia sudah lali dengan “gimbaran” nenek. Cerita punya cerita, terbongkar lah bahawa rumah nenek memang ada penghuni lain yang menetap di sana yang dinamakan sebagai hantu kokok, yang boleh menyerupai sesiapa sahaja yang dia mahu.

Dari speristiwa tu la, aku pun sudah terbiasa dengan “nenek” tersebut. Pernah sekali, peristiwa yang paling mengejutkan aku ialah apabila aku sendiri nampak “diri aku” tengah makan mangga di meja walaupun aku baru sahaja ingin ambil mangga tersebut untuk dibawa ke rumah makcik. Aku hanya terpaku melihat “aku” tersenyum sinis ke arahku. senyuman yang membuatku ketakutan dan rasa seram yg teramat sangat. pasti para pembaca dapat membayangkan perasaan aku ketika itu sekiranya berada di tempat aku. Tanpa membuang masa, Sekali lagi aku membuka langkah seribu menjadi lipas kudung. Bila teringatkan semua kisah in, aku terkadang seram sendiri, terkadang pandai senyum sendiri-sendiri.

Moral of the story; jangan tegur. Biarkan sahaja. Bukan manusia ja mahu hidup di dunia ini. Ada juga mata yang memerhati setiap gerak geri.
Terima kasih kepada pembaca. Sampai di sini sahaja kisahku pada kali ini. akan datang berjumpa lagi. Salam sayang, Theo. HAHAHA. 🙂

hahitaF

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.9]

1 thought on “Kokok”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.