Komplikasi 2 kejadian seram semasa berseronok

Assalamualaikum dan hai kepada semua pembaca-pembaca FS. Diharapkan masing-masing sihat-sihat belaka di kala waktu Pandemik ini. Kenalkan nama gelaran aku, Along, dari Melaka. Apa yang aku ingin ceritakan ini ialah pengalaman tak berapa seram yang terjadi pada ku.

Terdapat dua kisah yang ingin ku tulis di sini. Semoga pembaca menikmati dan mengambil pengajaran dari kisahku.

Pertama

Kisah ini ringkas tapi cukup meremangkan bulu romaku.

Pada ketika itu, aku sedang bertungkus lumut menyiapkan homework yang diberi cikguku. Sebagai seorang manusia, sudah tentulah rasa malas dan ingin berehat ketika melakukan tugasan itu perkara yang biasa. Jadi aku memutuskan untuk berehat sebentar sambil berborak dengan seorang kawanku yang bernama Adriana.

Sedang kami sibuk berchit chat, aku sudah mula rasa tidak sedap hati namun aku tidak mengendahkannya. Perbualan kami memang menghiburkan hati aku. Aku mula tergelak-tergelak tidak ingin dunia dah malam ketika melihat lawak-lawak yang dibuat Adriana sepanjang kami berbual. Dan sekali lagi aku berasa tidak sedap hati.

Sehinggalah pada satu masa, Adriana menghantarkan voice chatnya ketika dia tergelak-gelak. Aku hanya memutarkan voice chat itu sekali dan memang tiada yang pelik di situ.

Tiba-tiba Adriana bertanya kepadaku, “Kau ada dengar something tak?” Aku hanya membalas, “Tak de pun.” Adriana tidak puas hati lalu memaksaku untuk memutarkan voice chat itu sekali lagi tapi dengan speed 1.5.

Dari situlah, muka aku mula cuak. Aku mendengarnya sekali lagi dan apa yang aku dapat tangkap, bunyi orang bernafas halus dan suara perempuan sedang ikut ketawa di hujung voice chat itu. Pada mulanya, aku menganggap itu hanyalah helaan nafas Adriana tapi apabila mendengarnya buat kali ketiga, Adriana masih gelak di hujung voice chat itu dan mustahil orang yang gelak besar ni boleh menghelakan nafas ketika gelak. Lagi satu yang buatkan aku terfikir, mana mungkin ketawa boleh bergema di hujungnya sedangkan ketika di awal voice chat, tiada gemaan pun.

Disebabkan masing-masing dah meremang bulu roma ditambah pula dengan kesepian malam, aku memutuskan perbualan tersebut dan akan mula membawang semula di keesokkan hari. Adriana bagitahu aku yang dia takut, jadi aku suruh lah dia tidur bilik nenek dia. Dia akur. Aku rasa senang sikit tapi yang jadi masalah sekarang, aku pula yang berseorang dalam bilik bersama adik aku yang dah tidur dulu.

Apa boleh buat, aku terus tutup komputer dan kemas kerja-kerja aku yang belum siap. Lantaklah kalau tak siap. Esok aku buat. (Nasib esok cuti ><)

Baring atas katil, suara tadi terngiang-ngiang di telinga aku sampaikan aku rasa si dia ada di sini memerhati aku. Aku capai fon, buka Surah Al Baqarah. Tidak cukup dengan itu, aku buka satu aplikasi novel online bagi mengalihkan perhatian aku dari terfikir benda-benda tu sampailah aku tertidur.

Esok paginya, sakan kami membawang berkenaan perkara yang berlaku semalam. Alhamdulillah, setakat itu sahajalah gangguan yang berlaku pada malam itu.
Mulai dari hari itu, Adriana dah serik dah nak hantar voice note dia gelak lagi-lagi bila tengah malam gitu.
__________________________________________________
Kedua

Kisah ni pun agak panjang dan sangat seram bagiku.

Aku, Adriana dan Yiqin telah dibelanja tiket untuk bercuti di sebuah tempat di Selangor. Kami bertiga mulalah teruja dan berhuha huha sebab seronok sangat dapat bercuti orang bayar (macam pakej percutian gitu, makanan dan sebagainya semua guna duit sendiri).

Maklumat: Nama hotel takkan diberi tahu. Kami duduk di situ selama 3 hari 2 malam. Kami semua ialah BFF sejak 10 tahun lepas jadi kitaorang kenal perangai masing-masing macam mana.

Sampai-sampai di hotel, Adriana paling excited. Dia cepat-cepat keluarkan beg sandang dia dan masuk lobi hotel paling cepat. Aku dan Yiqin hanya menggeleng-geleng melihat perangai kebudak-budakan Adriana. Al maklumlah, dia yang paling gedik dan gila-gila di antara kami.

Dipendekkan cerita, kami pun check in lah dan kami dapat bilik yang macam apartment. Alaa, yang ada 2/3 bilik dalamnya tu. Apartment hotel kot. Entahlah, aku pun tak pasti. Aku tanpa membuang masa, melangkah masuk sambil memberi salam. Begitu juga dengan Adriana dan Yiqin.

“Kau nak tidur mana?” Adriana menjungkitkan keningnya. Dia sibuk memilih antara bilik 1 dan 2.

“Bilik ada 2 jer. Pepandai engkoranglah.” Aku duduk di atas sofa empuk yang hampir botak bulunya. Kesian tapi selesa. Laju tanganku mencapai remote TV. Wau, ada youtube. Aku agak jakun masatu sebab tak pernah tengok lagi. Selalunya kalau hotel-hotel, siaran basic Astro jeler yang ada.

“Kau nak tidur berteman dengan aku tak?” Aku perasan Yiqin menggeleng.

“Okey, aku tidur dengan kau.” Adriana memberikan kata putus. Aku pun menyandang kembali beg sandang aku dan diletakkan ke dalam bilik yang ke 2. Bilik itu mempunyai 2 katil single dan terletak di hujung apartment tersebut. Di hadapan bilik kami, ada satu bilik air. Manakala bilik pertama pula mempunyai katil Queen dan terdapat satu bilik air di dalamnya. Macam master room gitulah.

Bilik 1: Yiqin
Bilik 2: Aku dan Adriana

Lepas dah kemas dan lipat sikit baju-baju masuk dalam almari, aku mula menuju ke dapurnya pula. Kemas. Ada peralatan asas untuk memasak. Nanti bila-bila, bolehlah beli bahan-bahannya.

Ini memang sikap aku yang biasa sampaikan Yiqin dan Adriana pun dah muak dengan perangai aku. Aku suka tawaf bilik hotel yang aku pergi. Aku akan check-check if keperluan cukup or tak. Aku juga akan check sama ada air berfungsi atau tak. Done check √

***
Sementara menunggu Adriana habis mandi, aku lepak dalam bilik jap. Main fon, scroll-scroll wassap. Tak lupa juga aku post sekeping gambar kat adik aku yang nun jauh di mata tapi dekat di hati. Eceyhh…

“Along (dia panggil nama sebenar aku tau tapi aku gantikan dengan along)..”
Aku toleh sebelah. Adriana masih lagi mandi. Yiqin pula tengah buat hal dia dalam bilik.

Aku tak nampak sesiapa tapi aku rasa macam adik aku yang panggil berdasarkan ton suara dia. Aku hanya mengangkat bahu dan sambung balik scroll facebook.

“Along…”

“Huh, tolong jangan kacau aku boleh tak? Aku tak kacau kau pun.” Aku mendengus kecil. Aku tak tahu dari mana keberanian tu datang. Maybe sebab aku rasa geram kot. Tengah nak rehat seharian memandu dari Melaka ke Selangor, dia boleh panggil lagi nama aku.

Kriukk….

Bunyi pintu bilik 1 dibuka dan aku dengar seseorang berjalan ke bilik aku. Semakin lama, semakin aku dengar, tapak kaki itu berlari dengan kadar sederhana dan terpacullah Yiqin di depan pintu. Muka dia cuak.

“Yow, kenapa kau ni?” Aku berdiri dan mula mendapatkan dia.

“Aku rasa macam tak kenalah dengan tempat ni. Tadi-” Aku mendiamkan dia. Aku mengangguk faham seraya menyuruhnya untuk duduk sahaja di dalam bilik aku dan Adriana. Sementara itu, Adriana masih lagi syok berjimba dalam bilik air.

“Kejap aku tengok dalam bilik kau.”

Masuk bilik Yiqin, suasana tidak berubah. Hanya baju-baju Yiqin yang sudah tersidai kemas di dalam Almari. Pintu bilik air terbuka sedikit. Gelap. Langsir tingkap yang memaparkan permandangan luar ku tarik.

Tuk~Tuk~Tuk

Kedengaran bunyi ketuk-ketuk dalam bilik air. Ya, mungkin itulah yang Yiqin dengar. Aku segera membuka lampu bilik air tersebut dan bunyi itu terhenti. Pintu bilik air itu aku buka sepenuhnya. Bilik air masih kosong. Bersih.

“Yiqin, dah takde apa. Masuklah.” Aku menjerit memanggil Yiqin. Yiqin datang dengan lambat-lambat sambil menunjukkan muka kelat. Nampak sangat yang dia tidak mahu tidur situ pada malam itu.

“Yelah, aku tidur sini.” Aku mengalah. Yiqin tersenyum girang. Ehek, sekarang ni aku pula yang takut kena ganggu walaupun tadi hanyalah gangguan ringan jer.

***
Lepas balik dari makan-makan, kami bertiga terus masuk bilik masing-masing. Aku dengan penuh terpaksa, duduklah kat bilik 1. Nak duduk bilik 2, katil cuma ada 2, pastu single pula tu. Mana muat aku yang kurus ni nak menyempit kat situ.

Aku baring macam biasa sampai aku tertidur dan aku tersedar pukul 2.18 pagi. Mulanya aku nak bangun, tapi aku rasa malas. Jadi aku gagahkan diri bangun nak buang air. Aku pun masuklah bilik air dengan lampu yang menyala.

Sedang aku nak basuh tangan, lampu tiba-tiba terpadam. Aku jadi agak panik dan cepat-cepat basuh tangan. Bila keluar dari bilik air, lampu elok semula. Aku buat tidak tahu sahaja. Mungkin, masalah kerosakan ke apa kan.

Dan bermulalah part yang paling seram….
Tengah aku cuba pejamkan mata, aku dengar bunyi bising kat luar. Bunyi macam orang memasak. Pung pang pung pang bunyinya. Lepastu aku dengar, ada budak ketawa. Berlari sana sini. Memang bising. Aku ingat nak buka pintu nak terjah jer, tapi takut jumpa benda lain pulak.

Jadi aku buat macam aku ni seorang pekak tapi tak boleh. Bunyi-bunyi tu memang menganggu konstetrasi aku nak tidur. Susah sangat.

Aku pun beranikan diri, cubalah jengah sikit ke luar. Gelap gelita. Okey, now aku dah mula rasa memang meremang. Aku tolak pintu bagi terbuka luas-luas dan tiba-tiba terdengar ketukan dari pintu utama.

Amat mustahil untuk manusia ketuk-ketuk pintu bilik orang tengah malam buta ni kan? Hmm, masa tu aku memang dah rasa seram sejuk.

Aku berlari-lari anak dan terus menuju ke bilik no 2. Aku ketuk perlahan dan terdengar suara erangan yang menangis teresak-esak dari dalam bilik tu. Okey, aku sekarang ni dah menyesal.

“Weyh, sini-sini.” Aku dengar suara Adriana berbisik dari dalam bilik air. Aku sedikit lega dan terus menerjah masuk ke dalam bilik air.

Aku hampir menangis dan menjerit kuat bila melihat bilik air yang aku masuk tu kosong dan tiada sesiapa! Aku keluar balik dan azan kuat-kuat. Segala lampu aku nyalakan. Biarlah membazir sekalipun. Yang penting sekarang aku nak selamatkan diri aku.

Sampai ke lafaz La Ilahailla Allah, pintu apartment ku dibuka dan kelihatan dua orang sahabat ku di hadapan pintu. Muka mereka pucat. Hanya kuntuman senyuman terlekat di bibir yang menandakan mereka lega.

Mereka membawaku keluar dari bilik. Teresak-esak aku menangis ketakutan. Sampai hati betul diorang tinggal kan aku keseorangan dalam bilik tu.

Kami ambil keputusan untuk lepak kat kedai mamak je lah. Tak sanggup kami nak balik hotel semula.
Aku pernah lah tanya diorang, penyebab diorang tinggalkan aku, tapi diorang taknak bagitahu. Jadi, maaf, aku tak boleh bagitahu sebab apa diorang tinggalkan aku seorang diri sebab aku sendiri pun tak tahu.

Esoknya, kami terus check out dan balik Melaka. Memang terpaksa burn kan tiket yang orang belanja tu sebab kami bertiga dalam keadaan trauma sangat. Membazir betul. Tapi tulah, nak buat macam mana. Semangat kami seakan hilang bersama gangguan yang mendatang.
_________________________________________________
Itu sahajalah cerita yang aku ingin sampaikan kepada anda semua. Maaf jika cerita ini kurang menarik, kurang seram atau terlampau panjang. Anggaplah ini hanya hiburan semata-mata. Jangan terlampau percaya sehingga menimbulkan kemudharatan pada diri. Ambil yang positif, tinggalkan yang negatif.

Terima kasih 
Assalamualaikum!..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Along
Rating Pembaca
[Total: 19 Average: 3.5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.