Ku Sangkakan Gastrik- Pengalaman dirawat

Assalamualaikum kepada pembaca2 FS. Ramai juga tak berpuas hati dengan tulisan saya. Maaf saya dah terangkan awal – awal saya tak reti nak menulis dan kisah ni tak seram. Saya cuma ingin berkongsi apa yang saya rasa. Terima kasih yang komen negatif dan positif. Juga nasihat yang diberikan. Terima kasih FS sudi siarkan kisah saya. Ini sambungan sebab ramai cakap banyak skip dan yg mintak kongsi sepanjang dirawat. INI SAYA NAK INGATKAN, CERITA NI MUNGKIN BOSAN JADI SAYA BERITAHU AWAL.

#KuSangkakanGastrikAkhir

Selepas dapat tahu aku bukan sakit biasa yang boleh dirawat di hospital, suami cuba ikhtiar di mana saja tempat yang orang syorkan asalkan perawat mengubat mengikut cara islam.

Ekoran dari ustaz terdekat yang ruqyah aku hingga ke 3pagi tapi sakit tetap tak hilang.Kata suami aku, aku siap ketawakan ustaz masa tengah ruqyah aku. Aku tak dapat tidur dan hanya meraung meminta simpati suami. Anak2 kakak aku tolong jagakan. Saya cuba makan,minum tapi semuanya muntah balik. Saya tak boleh baring,duduk. Walhal aku sangat mengantuk tapi apakan daya aku memang tak dapat nak tidur. Menjelang subuh, jiran aku datang sebab dengar jeritan. Dia meengatakan dia tak dengar apa2 pun jeritan padahal aku sepanjang malam menjerit2. Allahu, memang seksa. Dia syorkan bawa ke tempat dia pernah berubat dulu. Kami tak buat temujanji sebab memang dah teruk sangat masa tu. Sampai di sana, perawat menyuruh aku duduk sambil belunjur. Setelah itu, dia pegang jari2 kaki aku, rasa sakit sangat. Sampai ke jari ke – 10, barulah sakit di ulu hati dan belakang hilang serta merta.
Kata perawat berkenaan, benda ni ada di rumah. Dia nak kena datang dan pagarkan rumah. Aku rasa macam ragu2 tapi aku masa tu tak fikir apa pun. Badan terlampau penat tak ada tenaga. Perawat minta aku datang lagi selepas 2hari. Minta aku minum jus epal hijau yang dah dibacakan. Katanya untuk buang kotoran dalam badan. Balik tu aku cuba makan tapi tak boleh nak telan. Mungkin dah masuk angin. Aku hanya fikir nak tidur sebab sepanjang malam aku tak dapat tidur.

Sebelum sampai hari untuk aku datang ke tempat perawat,ada rasa sakit belakang tapi tak macam kalau betul2 nak kena dan mimpi yang org ckp tak elok. Aku mimpi ular hitam,jatuh bangunan. Kadang2 nampak kelibat lalu. Pernah masa aku tengah mandi dgr suara budak2 ckp betul2 tepi telinga. Nasib baik anak2 aku tak pernah nampak apa2. Waktu ni, suami yang banyak jaga aku. Dia cerita aku selalu termenung dan selalu ckp yang bukan2 antaranya aku nak terjun laut, aku selalu sebut koyak.Tiba hari aku berjumpa perawat,perawat tanya aku ada rasa sakit tak? Atau ada mimpi ke? Aku ceritalah apa yang jadi. Tak lama perawat panggil pembantu dia. Katanya untuk jadi perantara. Kat sini aku dah mula tak sedap hati. Kenapa nak guna perantara? Untuk pengetahuan pembaca, tempat ni mengenakan bayaran yang agak tinggi dan perlu datang berulang kali.

Kononnya lepas dia masukkan benda yang kat badan aku ke pembantu die, pembantu die tiba2 tukar suara jadi orang tua. Aku dah pelik dah. Katanya saka keturunan.

Perawat suruh aku tanya benda tu.
Aku : Kau siapa?
PP : Ini nenek cu. Nenek nak jaga cucu.

Aku tak tahu nak tanya apa lagi.
Masa ni aku dah blur sgt. Perawat tu cakap la dia nak hantar saka tu ke Madinah. Jangan kacau aku lagi. Aku taknak dia. Lebih kurang macam tu la. Lepas tu perawat sentuh bahu pembantu dia terus pembantu dia sedar. Aku diam je. Saka tu dah dia masukkan dalam botol. Aku pun balik macam biasa. Aku ingat dah berakhir kat situ. Rupanya tak. Mungkin Allah masih nak uji aku.

Seminggu selepas tu, dlm pukul 7 aku kena lagi sakit. Sakit teramat sangat. Ulu hati aku macam dipintal2. Bergegas suami aku bawa pergi untuk berubat ke tempat lain. Malangnya, tempat belum bukak, panggilan tak dijawab. Aku cuba mintak bantuan dari kawan aku utk perawat lain. Alhamdulillah dapat. Sesampainya aku di depan tempat berubat, keluar muntah hijau. Sakit tak hilang. Perawat suruh aku baring. Dia ruqyahkan aku, cuba untuk berinteraksi dengan benda dlm badan tapi tak berhasil. Perawat cakap dah tiada gangguan tapi sakit tetap tak kurang. Suami bawa aku balik. Di rumah aku, aku menjerit2 dan dikelilingi adik beradik. Mereka bacakan yassin dan ayat2 supaya sakit berkurang. Mengikut cerita suami aku, dia hilang sabar dan marah benda dalam badan aku. Tanya siapa yang ada dalam aku.

Suami suruh keluar dan jangan ganggu aku. Kata dia yang dalam badan aku, aku iblis dan aku taknak keluar. Petang tu, abang aku bawa aku pegi berubat 2 lagi tempat. Hasilnya, tetap tak ada perubahan. Macam2 kata keluar dari mulut aku, marah suami aku. Bila aku ingat balik, berdosanya aku. Akhirnya, dieorang bawa aku tempat kedua aku berubat sebab dah takda tempat lagi. Kali ni, perawat gunakan perantara lagi. Katanya benda yang dalam badan aku suka darah aku. Perawat agak mendesak nak suruh pagar rumah katanya. Cas nak pagar rumah hampir 1k. Allahu, mcm tu sekali. Aku disuruh balik dan mandi dengan ais. Sejuknya tak boleh nak gambarkan. Segala yang disuruh, kami buat. Mungkin belum diizinkan untuk sembuh.

Kami pulang dengan hampa, sepanjang jalan aku muntah hijau pekat bercampur kuning2. Bau jgn cakap. Suami aku dah buntu, ingat nak pagar rumah. Aku dalam kesakitan cakap tak perlu sebab punca sebenarnya masih samar. Mungkin dieorang nak ambil kesempatan dalam kesulitan aku. Dekat rumah, aku masih lagi dibacakan yassin dan pasang surah2 ruqyah. Terus aku muntah2. Bayangkan dalam 1hari 4 tempat kami ikhtiar tapi masih tak baik2. Malam tu, jiran aku yg lain syorkan aku di satu tempat. Lebih kurang pukul 11 mlm aku pergi. Tapi sakit aku masa tu dah berkurang, mungkin masa dieorang bacakan yassin dan pasang ruqyah benda tu dah keluar sebab aku muntah2. Sampai sana, aku di scan oleh pembantu ustaz dekat situ. Katanya gangguan kecil saja. Ada orang yg baru tamat tuntut ilmu salah nak test ilmu dia. Jadi dia tabur sihir dia. Siapa yang kena, maka menjadi la ilmu dia. Ok kita sambung. Aku Cuma diberi 1 helai kertas untuk aku amalkan.

Aku teruskan rutin harian aku, aku dah redha atas apa yang menimpa aku. Seminggu lepas tu, kawan suami aku dtg ziarah. Tanya aku dah okay ke belum? Dia cakap kalau nak cuba saudara dia boleh berubat. Kami pun iya kan saja. Malam tu, suami aku bawa aku makan kat luar. Aku kalau sakit, aku tahu macam mana nak datang sakit tu. Belakang aku rasa panas. Tengah makan, belakang aku rasa panas, kebetulan kawan suami aku yang rekemen tu ada sekali. Aku bgtau suami aku, rasa2 nak kena lagi ni. Kawan dia terus call saudara dia dan minta gambar aku. Katanya saka juga. Dia minta senarai barang yang aku kena bawa hari khamis nanti. Masa tu je dia lapang. Oh ya, yang pasal pagar rumah 1k tu aku tak buat sebab atas nasihat ustaz yang mula2 rawat aku. Dia cakap mengubat ni anugerah Allah kenapa perlu nak di cas. Mahal pulak tu. Dia ada tawarkan diri jugak tapi kena buat dekat rumah dia. Pernah cuba datang rumah ustaz ni, tapi mungkin dah tidur sebab dah terlalu lewat masa tu.

Perawat ke – 6

Dah lengkap barang2 yang diperlukan, aku dan suami bergerak ke lokasi. Anak2 kami tinggal di rumah ipar. Sampai je perawat tu, dia tegur bawak sapa dlm kereta tu rambut panjang? Meremang bulu roma kami. Sepanjang aku dirawat keadaan tenang je. Sebab aku tak kena sakit tu. Kata perawat ni, dalam badan aku dah bercampur segala jin. Mungkin juga sebab tau nak berubat jadi dia tak masuk dalam bdan aku. Cuba juga dipanggil tapi tak ada respon. Perawat ni buatkan bahan2 untuk pagar rumah aku, dengan gunakan garam kasar, lada hitam dan cuka. Dia buat bahan untuk aku mandi. Gunakan limau nipis dan sireh. Suami aku yang mandikan aku. Degan niat untuk kesembuhan diri aku. Yela, duit banyak habis,anak2 aku terbiar dan kerja suami aku terganggu. Banyak yg kami cerita tentang perawat2 yg kami jumpa sebelum ni. Kertas yg aku dapat semua tu. Dia nasihatkan bakar saja. Sebab tak pasti ayat apa,aku tak bawa.Kadang2 ada perawat yg gunakan khadam untuk mengubat. Mungkin ada yang mengikut dan sebagainya. Aku diminta jumpa dalam masa seratus hari. Segala nasihat aku ambil untuk langkah berjaga2. Aku dibekalkan air yang dah dibaca untuk aku dan keluarga minum. Perawat ni tak minta upah kalau nak bagi seikhlas hati.

Aku rasa badan aku ringan dan sihat sikit. Beberapa hari lepas tu, waktu aku solat, aku rasa belakang aku panas tapi aku berjaya habiskan solat aku. Aku panggil suami aku, suami aku terus call perawat untuk berubat. Suami aku dah panik terus pergi ke lokasi. Anak2 suami bawak sekali. Aku dah meraung2 sakit. Sampai kat sana, tak semena2 anjing besar berbelas ekor datang dari mana menyalak tak henti2. Ada satu lembaga besar di balik pokok depan rumah. Perawat baru lepas mengubat seorang pesakit dan agak keletihan. Dibaca surah2 dan cuba buang benda2 yang dalam badan tapi aku tetap menjerit2 sakit. Muntah jangan cakap, banyak sangat. Kata perawat dia tak mampu nak buang semua. Dia dah sembelih lebih kurang 28ekor jin yg ada. Allahuallam. Lagi sekali suami aku mandikan aku. Sakit tetap tak kurang. Mungkin perawat dah keletihan. Dugaan lagi. Aku balik dengan sakit yg masih ada. Aku terpaksa tahan sampai esok pagi dan jiran2 aku bawa aku pergi tempat yang beri aku 1kertas untuk aku amalkan.

Sampai kat sana, tunggu pembantu dia sampai. Sesi berubat sama pulak macam yang gesa aku pagar rumah tu. Ada perantara. Kali ni aku muntahkan rambut. Seksanya Allah je yang tahu. Malam aku diminta datang balik. Masa sampai,aku diberitahu pembantu dia demam sebab buang benda dalam badan aku. Aku diruqyahkan dan tak ada rasa apa2. Aku ingat lagi, dia cakap berubat je dekat sini, tak payah pegi tempat lain. Kami pun iyakan.

Perawat ke – 7 Akhir

Aku rasa sedih sebab tak dapat menghadiri acara penting dalam hidup keluarga aku sebab sakit yang menimpa aku. Berbagai jawapan aku dapat sampai aku tak tahu yang mana sebenarnya yg betul. Allah je yang mengetahui. Ada yang bagitau suami aku, saudara terdekat dia boleh ubat orang. Tapi taknak dihebahkan. Kemuncaknya 3hari lepas tu, abang aku datang melawat dan aku tahu aku nak kena lagi. Aku sendiri bukak mulut minta suami aku panggil saudara dia.

Aku gelar jela Z.Sementara menunggu, abg aku baca yassin dan surah2 utk kurangkan sakit aku. Lebih kurang pukul 11mlm Z sampai. Rawatan dimulakan. Aku bila berubat atau masa sakit aku sedar tapi aku tak dapat kawal. Setelah membaca surah2, dia panggil jin untuk masuk dalam badan aku. Tapi taknak bagitahu kenapa kacau aku dan sebagainya. Ini yang suami aku cerita dan ada yang aku ingat.

Mula2 aku jadi ular, pontianak dan langsuir dan macam2 lagi. Ada yg memang lama ada kat dlm bdn aku sebab marah dgn aku. Menurut Z, 56 ekor jin yg bersarang dalam badan aku. Jadikan aku makanan sebab bila sekali badan kita dah ada laluan untuk masuk, jadi yang lain pun boleh datang tumpang. Sihir yang aku kena tu jadi pembuka jalan untuk makhluk lain masuk. Rawatan ambil masa lebih kurang 4jam. Selebihnya dia terangkan pada suami aku. Tuan sihir mungkin akan hantar lagi ilmu dia untuk jadikan aku makanan belaan dia. Esok, dia akan bawa aku untuk buang segala sihir dan jin2 yang masih ada dalam badan aku. Masa ni aku dah rasa lemah sangat. Subuh, aku kena lagi sakit dan pagi tu kami semua dibawa ke lokasi yang diberitahu untuk buang semuanya. Hampir tiba dilokasi, aku menjerit2 dan meraung sakit. Bila badan lemah berterusan sakit mcm ni la. Sampai je di lokasi, aku dibaringkan dan seramai 6 org lelaki termasuk suami aku pegang aku. Suami aku ckp hampir semua tak dapat kawal kekuatan aku. Tok guru Z pegang jari kaki aku dan soal benda dalam badan aku. Tetap sama taknak jawab. Sebelum Tok guru Z keluarkan semuanya, dia beri amaran jgn ganggu aku lagi, jgn hantar sihir pada aku, kalau tak, dia akan binasakan dengan izin Allah. Aku di mandikan oleh isteri perawat. Alhamdulillah segala gangguan pada aku hilang. Syukur pada Allah dan mereka2 yg banyak membantu dlm urusan ini. Aku ada buat rawatan susulan, aku dh sembuh. Cuma aku sekali lagi dikejarkan ke hospital sebab angin dah banyak dalam badan. Aku sakit tak boleh makan. Selepas berurut dan makan ubat hospital, semuanya kembali normal.

Sakit yang aku alami adalah sihir rambang dan menjadi ruang makhluk lain masuk. Ada juga belaan yang turut menumpang. Yang menghantar pun ada tapi mungkin dah terlalu banyak baru terasa kesannya. Saka tu aku tak pasti sebab salah silah keluarga aku tak ada yang membela saka. Hanya Allah yang lebih mengetahui kebenaran.
Sebahagian perawat yang aku cuba dari darul syifa. Ada perawat sambilan.

Sekarang pun kesihatan aku tak menentu mungkin kesan sakit tu lama dan dalaman aku dah teruk. Ini cuma pengalaman aku yg aku ingin kongsi walaupun tak semua aku ceritakan. Pengajaran yg aku dapat, jaga lisan kita sebab tak semua orang senang dgn kita, sentiasa amalkan surah2 pendinding. Aku dinasihatkan jangan banyak termenung, stress dan marah2. Mungkin ujian Allah untuk aku lebih berhati2. Mohon maaf sekiranya penulisan tak memuaskan dan bosan. Pendapat masing2. Aku memang tak pandai nak mengarang. Terima kasih FS. Ini tulisan kedua dan terakhir. Hanya Allah tempat kita memohon. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

9 thoughts on “Ku Sangkakan Gastrik- Pengalaman dirawat”

  1. Tulisan kali ni jauh lebih baik berbanding yang sebelum ni. Walaupun tidak sebaik penulis-penulis yang lebih berpengalaman, saya baca cerita ni sampai habis dan turut merasa sedih di atas penderitaan puan.
    Semoga puan sembuh seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan.

    Reply
    • Setuju penulisan kali ne sampai pd pembaca. Semoga puan diberi kesembuhan oleh Allah dn sentiasa dlm lindungan Allah s.w.t. Puan,sy pernah tbaca, ada seorang perawat ne kata segala sihir, gangguan smua tu kita sndiri yg boleh lawan. Perawat hanya mmbantu. Jgn terlalu bergantung pada perawat. Apapun smoga puan sembuh sepenuhnya. Aamiin3 yra

      Reply
  2. Allahu. Kuatnya akak menganggung derita ni. 56 jin kot. Alhamdulillah, sy baca smpai hbis dan seronok membacanya. Akak seorang writer yg bgus sebenarnya. =)

    Reply
  3. Jalan cerita dah ok..semoga sis sihat dan sentiasa berapa dalam lindungan Allah..semoga sis sihat dari segala penderitaan sis alami..

    Reply
  4. saya tumpang simpati, semoga kak yong bertabah dan akan sihat sediakala semula
    saya akan jadikan iktibar dari pengalaman kak yong ni, terima kasih kerana share pengalaman yer.

    Reply
  5. salam Kak Yong.
    kalau nak minta contact number perawat terakhir tu boleh ke; Tok Guru Z?

    kakak kepada kawan baik saya sedang dalam proses berubat juga,
    juga dikatakan terkena sihir melalui makanan.
    dah muntahkan macam macam tapi masih belum diizinkan untuk baik sepenuhnya.
    ustaz yg currently merawat dia menjumpai 4 patung yg ditanam di rumah kakaknya dan dah buang,
    tapi kakaknya masih belum pulih..
    dan ustaz tu tak tahu siapa yg menghantar sihir tersebut.

    jika Kak Yong sudi bantu,
    boleh email saya di [email protected]

    Allah sahaja dapat balas jasa baik awak..

    Reply

Leave a Comment