KUN FA YA KUN

Assalammualaikum/ Hi,
Aku Maryam @ Cik Yam. Dah berkahwin dan mempunyai seorang teruna berusia 1 tahun. Aku nak share kisah suami aku. Taklah seram mana, tapi nak cerita juga.

01/05/2018, suami aku kena tahan di salah sebuah hospital kerajaan di area Perak. Sebelum tu, suami hanya demam biasa je, tapi berlarutan sampai seminggu. Ada je aku bawa suami pergi klinik swasta dan kerajaan, bila buat test darah result jangkitan kuman. Selalunya kalau jangkitan kuman ni makan antibiotic dah ok. Tapi suami still tak sihat.

Dipendekan cerita, suami kene refer hospital. Masuk air dekat 3 botol, mula-mula misi cakap dah boleh balik, tetiba pulak doktor tahan sebab kuman dalam darah tak dapat detect kuman apa dan tak boleh nak bekalkan ubat yang sesuai.

So, untuk future check-up kenalah warded. Bertabah jugaklah aku dengan anak aku seharian duduk di hospital. Nasiblah si kecil tu tak meragam.

Sehari, dua hari, tiga hari . Keadaan suami semakin tak stabil, bacaan oksigen tak cukup. Daripada Low-Flow Oxygen sampai la kena pakai mask High-Flow Oxygen. Entahlah, aku pun tak tahu apa kebenda namanya. Hari keempat atau kelima aku tak berapa nak ingat, suami kena tolak dekat katil area kaunter misi. Sebab misi kena pantau setiap dua jam atau empat jam. Then esoknya bila doctor datang untuk daily check-up, doctor kata keadan suami bahaya sebab oksigen masih tak okay. So diorang nak tolak ke ICU. Allahu, aku istifar banyak-banyak. Yelah daripada demam biasa tiba-tiba nak kena tolak ke ICU bagai. Susah hati tak payah ceritalah.

Memandangkan katil di ICU penuh, diorang pantau di wad biasa je. Dua minggu still no good news pasal kuman apa. Ada jugak kawan-kawan datang melawat and diorang suggest buat rawatan Islam. Ye, aku dah buat. Apa yang aku boleh buat cuma minta ustaz (ustaz ni pernah rawat suami) tengokkan keadaan suami dan minta air penawar. Ada juga aku mintak ustaz datang hospital dan rawat. Tapi ustaz kata, susah nak rawat dekat hospital. Sebab tak semua orang (misi atau doctor) faham.

Sebelum ni memang suami pernah demam on off. Itu pun sebab ada ‘orang’ sengaja langgar dia masa dia pergi memancing. So, badan dia dah ada lubang untuk benda tu keluar masuk. Ustaz yang rawatkan tu pun ada cakap yang benda tu boleh datang ganggu semula. Cuma diri kita sendiri kena kuat zahir dan batin. Dari demam, detect pulak paru-paru berair, lutut kiri tiba-tiba sakit sampai tak boleh bengkok. Lepas tu detect ulser usus pulak. Dekat sembilan pint darah masuk badan suami tapi hb darah still rendah. Suami dah macam mayat hidup. Muka pucat, bibir biru tapak tangan dan kaki kuning. Bacaan hb pernah cecah tiga. Soalannya, mana pergi sembilan pint darah tu?

Air penawar yang ustaz bagi tu tak ada kesan apa-apa pada suami. Dekat dua ke tiga orang perawat juga mertua aku cuba. Tapi tak jalan. Diorang kata memang ada yang menggangu suami aku, antara yang liar, saka atau benda yang ganggu suami masa memancing dulu. FYI, semua perawat yang mertua aku cari setahu aku mengunakan kaedah rawatan islam. Mohon maaf aku tak akan pakai bomoh/ pawang segala bagai.

Week three, doctor kata suami detect Melioidosis. Boleh tanya uncle google. Demam suami still on off. Tapi suami dah boleh bangun dan berjalan sendiri. Mula-mula aku ingat suami mengingau je waktu tidur sebab dia bercakap-cakap. Cara dia bercakap tu macam dia berborak. Tergelak-gelak, kadang marah, kadang sedih. Aku fikir mungkin kesan daripada ubat. Keadaan suami tidur bercakap ni berlarutan dan tak kira siang ke malam. Selalu kalau dia tidur dan bercakap-cakap aku akan kejut dia, aku minta suami istighfar, selawat, baca ayatul Qursi and 3 Qul.

Mula-mula suami ok je bila aku kejut paling-paling pun celik je mata dia, dia pandang aku macam nak telan atau dia mendengus marah. Tapi satu hari tu, aku balik dari solat isyak. Dari jauh aku dengar dah suami bercakap-cakap, tergelak-gelak siap tangan merawang-rawang sekali, macam orang tengah bercerita. Sampai kat katil aku gerak suami perlahan and aku suruh dia istifar sampai dia celik mata pandang aku dengan mata dibuntangkan dan mendengus. lepas tu dia sound,

SUAMI : ko ni tak faham faham ke?! Ko nak aku azan dekat teliga ko?!

Aku terus tersentak, sebab bukan suara suami aku. So aku ambik langkah selamat, aku cakap ‘takpalah yank tidur-tidur’. Mungkin ada yang marah sebab aku asik ganggu suami bila dia bercakap tanpa sedar.
And seram wey kena jerkah macam tu. Aku ni takut-takut berani je. Misi pun pernah kena jerkah macam tu masa tu misi tegur suami sebab dia suka cabut mask oksigen tu.

SUAMI : rimas la pakai oksigen ni.

MISI : nak buat macam mana, badan awak kurang oksigen. Bahaya kalau tak pakai.

SUAMI : Mana oksigen?

MISI : ada dalam ni. Oksigen memangla kita tak nampak, macam angin.

SUAMI : ah engko ni. Mengenceng (menipu) je.

Suara suami memang tinggilah masa ni. Macam orang marah. Misi pandang aku, masing-masing bagi isyarat mata je. Terus aku jumpa akak misi tu aku minta maaf bagi pihak suami. Aku cerita dekat misi semua yang jadi, nasib baik akak misi yang ini faham.

Mesti korang fikir kenapa aku tak bawa suami keluar dari hospital dan bawa pergi berubat islam. Hope korang faham yang procedure hospital sangatlah hhmmm susah nak cakap. Tak semua doctor dan misi faham. Kalau korang sedia maklum, untuk berubat islam ni pun, tak semua perawat boleh serasi dengan pesakit. Macam suami aku, ustaz yg pernah rawat dia sebelum ni pun tak boleh nak rawat.

Dekat seminggu lebih suami macam tu. 1 hari tu cousin aku call, dia cakap nanti dia minta kawan dia tolong tengok-tengokkan and kawan dia boleh ubat dari jauh. Aku ok je sebab ada orang nak tolong. Lagi pun aku naik benganglah sebabnya setan-setan ni menyakitkan suami aku. Sakit gila hati aku. Kalau real mau aku duku-duku kepalanya.

Aku panggil cousin aku ni along. Kawan along ni bukanlah ustaz, tapi dia belajar perawatan islam dengan seorang ustaz and tak silap aku kawan along ni orang silat. Setahu aku orang silat ni bukan ‘kosong’. Sebab aku dulu pun pernah belajar silat tapi tak habis huhuhu.

Kalau post kat page ni mesti orang nak cakap pasal deria ke-6. Aku tak tau la macam mana along ni boleh nampak makhluk-makluk selain manusia. Entahlah, kelebihan masing-masing. Kawan along ni dia tak boleh nampak, tapi dia boleh rasa and nampak bayangan. Dia kata lebih dari 2 benda yang ganggu suami, macam family. Bila along cakap kat aku macam tu, terus aku teringat benda yang langgar dia tu. Sebab seingat aku suami ‘dilanggar’ anak benda tu dan suami aku pun tak kuat semangat. Jadi senang untuk di ganggu semula. Bukan nak cakap besar, tapi memang semangat aku kuat sikit dari suami. Lagi pun family suami memang tak larilah dari kes mistik ni. Ha tu cita lain.
So, sebelum sesi berubat dari jauh tu (waktu malam sesi berubat sebab kawan along keje siang), pagi tu aku tanya suami. Tak pernah ke kena ganggu.
Ni dialognya:

AKU : Abg tidur bercakap-cakap, Abg borak dengan siapa?

SUAMI : tah la, kalau tidur mesti abg rasa macam abg berjaga. Macam ada dunia lain. Lepas tu bangunan hospital ni macam jadi tempat lain. Macam bangunan buruk. Tapi ramai orang, kawan-kawan, emak, abah, sayang, adik pun ada.

AKU : abg tak sedar ke? abg pernah kena ganggu tak?

Lepas tu suami aku gelak sinis tu.

SUAMI: Sayang mana nak tau sengsaranya abg malam-malam. Ada je yang datang kacau. Siap kibar-kibar kain kat muka abg. kadang tu kalau abg tidur mengereng, ‘dia siap baring lagi belakang. Lalu lalang keliling katil ni.

AKU : glup! Seriously?! Kenapa tak cerita? (aku agak species cik pon)

SUAMI : Tak tanya. Lagi pun malas nak takutkan sayang. Kadang ada budak main lari tengah-tengah malam. Main belakang langsir, macam main intai-intai.

AKU : ‘no respon, aku mampu pandang je muka suami’.

SUAMI : sayang nak tau tak, perasan tak abg selalu sepak besi katil ni malam-malam?

AKU : ha, perasan jugak. Ingat abg tersepak ke, sayang buat tak tau jela.

SUAMI : sebenarnya tu abg bagi isyarat nak kejut sayang bangun. Sebab abg takut. Kadang-kadang boleh tahan kena kacau. Kadang-kadang tak kuat juga. Tapi sayang tidur mati, mana nak sedar. abg redha jelah kena ganggu.

AKU : ‘sekali lagi’ . Glup! Yeke, manalah nak tau’. Bende tu apa? Macam mana rupa dia?

SUAMI : kalau nak tahu, bangunlah kalau abg sepak besi katil ni. Tak syok la ceita. Sayang tengok la sendiri. Baru fair. Hahahahaha..

AKU : ceh, sayang mana boleh nampak dengan mata kasar ni and sayang bukan orang terpilih untuk kelebihan itu.

Sebenarnya dalam hati Allahuakbar, minta jauhlah benda-benda tak elok ni. Kesian tengok keadaan suami. Badan pun makin kurus, and anak pun tak nak dekat dia. Mungkin sebab anak aku nampak benda lain kat suami yang aku tak nampak. So, aku bertekad aku nak settlekan malam tu jugak. Mungkin benda tu marah aku nak ubat suami, jadi dia bagi salam suai kenal dengan aku.
Kisahnya, lepas bagi suami makan ubat and baca al-mathurat , aku siapkanlah katil 5 bintang aku pulak. Sebenarnya kerusi malas je hahaha.

Tengah nyenyak tidur berdendangkan muzik mesin oksigen dikiri kanan, tiba-tiba aku tersedar sebab dengar suami minum. Masa ni entah pukul berapa entah. Lepastu masa nak terlena balik tu, suami aku sepak besi katil tu. Allahu, berderau darah aku, merinding bulu roma terus. Aku tidur telentang waktu ni, bahagian muka aku tutup separuh pakai kain tuala. Sel-sel otak terus berhubung teringat yang suami cerita siang hari tadi. Nak buka mata tanya suami memang tak lah. Habis segala surah aku baca semua tunggang langgang. Aku mengereng membelakangkan suami. Aku selimut badan aku pakai sweater.

Elok je aku pusing membelakangkan suami, elok je bende tu tiup belakang aku dari pinggang sampai tengkok. Lepas tu suami aku gelak yang mengejek tu. Aku intai-intai jam kat tangan 10 minit lagi jam 4 pagi. Selalu jam 4 pagi misi akan datang ambik darah. Haritu pulak misi tak datang. Jantung ni rasa nak meletop. Aku mampu ucap nama Allah je masa tu, dekat 20 minit juga aku bertahan kena tiup, tak lama tu misi on lampu and aku terus duduk tapi mata masih pejam. Suami boleh tanya aku, ýang ok ke’. Aku tak tahu la tu suami aku ke tidak. Bangun cuci muka, gosok gigi terus aku ke surau.

Siang tu aku call along and story kat dia. Along bantai gelakkan aku je. Hampeh betol. Along cakap malam masa berubat tu memang kawan dia panggil benda tu datang. Kawan dia minta along yang cakap dengan benda tu supaya jangan ganggu suami dah. Kawan along kata, kita minta dia pergi cara baik, kalau dia tak nak baru kita buat cara kasar. Benda ni liar, lepas berubat dengan ustaz dulu memang bende ni cari masa je nak ganggu suami balik. Kebetulan suami demam and tak sihat badan lemah. Memang senanglah dia nak ganggu.
Memang kalau nama setan, memang degillah nak keluar. Kawan along tarik masuk dalam botol. Along cakap memang dia nampak benda tu dalam botol. Dan dapat tangkap 2 ekor je. Tapi Alhamdulillah, lepas je berubat tu suami dah bertambah sihat. Selera makan dan badan sama naik hahaha. Kawan along nasihat selalu berzikir, jangan tinggal solat. Lagi badan yang dah ada lubang ni, kena selalu berhati-hati.

Kita yang tak pernah kena ganggu pun kena selalu beringat. Aku pernah dengar ceramah agama. Tak ingat nama ustaz tu, ‘Kita kena percaya kewujudan makhluk lain selain manusia. Bukan percayakan setan/ jin, tapi percayakan kewujudannya’. Kawan along kata dia hanya membantu, semuanya atas kehendak Allah.

Apa rupa atau apa spesis yang ganggu suami aku, along tak cerita sebab dia cakap takut aku tak kuat. Dekat 2 bulan jugak warded, 2 hari lagi nak raya baru boleh discharge. Oh, kejadian berlaku mase bulan Ramadhan. Ya memang setan kena ikat, tapi bukan jin. Dan sebaik-baik jin, adalah sejahat-jahat manusia. Lepas discharge aku bawa suami pergi buat rawatan susulan dekat kawan along. Ha itu dah story lain. Nanti kalau aku rajin aku share pasal rawatan susulan pulak. Itu pun kalau admin post story boring aku ni hihihi.
Innama Amruhu Ithza Aradashy-An An Yaqula Lahu KUN FA YA KUN.

Thanks Admin.

CIK YAM..

Cik Yam
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

25 comments

  1. Menarik cerita ni. Mohon sambung cerita ya cik yam. Nak tau jugak mcm mana cerita rawatan susulan tu. Sebab sy sekarang pon masih dlm proses berubat ni

      1. Tahi kucing tetap berbau tahi kucing walau dinamakan seribu mawar…so pedulikan. Stay strong Cik Yam.. and alhmdllh, langsung tak rasa buang masa membaca citer cik yam.

  2. bhenti la mngunakan ayat sebaik baik jin adalah sejahat2 manusia.. dalil n hadis mana yg berkata sedemikian? … lemah nya tentang pemahaman Alquran sehingga gunakan ayat seperti itu .. jin juga ada lah mahkluk Allah yg dberi kebebasan memilih .. dan akan dpertangungjawab kan stiap pbuatan di akhirat kelak. dalam surah jin pun Allah ada berfirman ada nya jin yg saleh n tak
    seperti juga manusia ada yg saleh ada yg x

    sekiranya sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia maka xdak satu jin pun yg masuk kedalam syurga kelak .. bayang kan sejahat2 manusia seperti
    firaun
    abu jahal
    qarun
    abu lahab
    mereka tempat mereka seperti abu lahab sudah dsebut dlm AlQuran bahawa abu lahab n isterinya adalah penghuni neraka
    masakan orang2 seperti ni kita nak menyamakan dengan sebaik2 jin

    hentikanlah pnyebaran ayat fitnah seperti ni
    Allah Maha Adil kepada semua makhluknya
    jgn la kita pikir kita bagus n baik sgt sampai nk merendahkan golongan jin islsm yg sentiasa beribadah kepada Allah Azza wa Jalla .
    sekian

    1. Hmm .. .itulah, so far saya pun kadang ada tertanya-tanya, if that real so. .in fact, once long time ago, one of them made it to langit ke 7, hang out with all top elite angels… Anyway, kita semua ciptaan-Nya, ada lebih ada kurang, dan syaitan ada je dlm golongan manusia..nauzbllh.

  3. bab terbuka ijap tu mmg wallahuallam..tp dari cerita2 rakan dan dari saudara sendiri yg mengalaminya, nampak perkara ni macam real. Ada seorang kenalan abg ipar menceritakan benda ni boleh menuntut (mean boleh belajar utk menguasai ilmu ni) TAPI, sanggup ke utk kita bertahan selama berbulan2 tidur menelangkup muka ke bantal tiap malam sblm boleh terima @pun biasa dgn keadaan ni.
    Ada sesiapa yg ada pengalaman cerita berkenaan dgn masalah perkahwinan yg diganggu makhluk halus tak? Boleh kongsi.

  4. Biasanya orang2 yang konon boleh ubat orang dari jauh ni aku tak percaya. Banyak kali dah aku dengar. Kawan baik aku sendiri pernah kena. Samada dia penipu ataupun pakai ilmu yang tak legit. Berhati2lah bila berubat especially orang yg suka kata perubatan islam ni. Ada yang memang betul2 menggunakan perubatan islam tapi yang menakutkan bila ada yang campur2 ni. Dia campur ayat alquran dgn mentera2 apa ntah. Lagi2 pakai botol kononnya. Dulu tu uncle seekers ni pun penipu. Dia kata dia tangkap hantu masuk botol. Sampai kena tegur dengan pengamal perubatan islam. Kalau semudah tu la nak tangkap setan masuk botol. Ingat jin aladdin ke apa

  5. Biasanya orang2 yang konon boleh ubat orang dari jauh ni aku tak percaya. Banyak kali dah aku dengar. Kawan baik aku sendiri pernah kena. Samada dia penipu ataupun pakai ilmu yang tak legit. Berhati2lah bila berubat especially orang yg suka self proclaimed perubatan islam ni. Ada yang memang betul2 menggunakan perubatan islam tapi yang menakutkan bila ada yang campur2 ni. Dia campur ayat alquran dgn mentera2 apa ntah. Siap ada pakai jin lagi. Pastu kononnya sumbat hantu masuk botol. Siapa ingat kes uncle seekers si penipu dulu masa dia buat pameran hantu.Dia kata dia tangkap hantu masuk botol. Sampai kena tegur dengan pengamal perubatan islam. Kalau semudah tu la nak tangkap setan masuk botol. Ingat jin aladdin ke apa. Bak kata hamba Allah yang dulu ubatkan abang aku yg kena sihir. Dia hanya mampu membantu berdoa dan bacakan ayat alquran. Selebihnya pada tuan badan sendiri kena perbanyakkan amal solat, baca alquran dan ibadat sunat. Nak dekat 3 tahun baru lah baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.