Kusangkakan Gastrik

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca FS ni.
Aku pembaca dalam FS ni. Ini pertama kali aku menulis di FS ni.
Terlebih dahulu aku meminta maaf sekiranya cerita yang aku nak cerita ini tak seram dan jujur aku tak pandai nak menulis. Banyak aku tak ceritakan sebab panjang sangat dan ada yang aku tak boleh ceritakan. Tujuan aku menulis ni hanya nak berkongsi pengalaman aku berkaitan makhluk halus ni.

Ini kisah benar yang terjadi pada diri aku sendiri pada tahun lepas.
Aku kenalkan diri aku Wawa. Aku dah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.

Okay cukup intro takut panjang berjela pulak!
Februari 2018
Waktu ni anak aku yang ke – 2 baru berumur 1tahun dan masih menyusu badan.
Suatu malam tiba – tiba aku diserang sakit dibahagian ulu hati, perut dan tulang belakang.
Sakit yang amat sangat ibarat ulu hati diikat. Suami aku terus bawa aku ke klinik berhampiran.
Doktor mengesahkan kemungkinan aku gastrik. Suruh aku jaga makan dan makan ikut waktu.

Suami aku bersikap lebih prihatin dari yang biasa. Kerap ingatkan aku tentang makan. Seminggu selepas itu aku diserang lagi sakit yang sama pada pukul 3pagi. Lagi sekali suami aku membawa aku pergi ke klinik berhampiran. Jawapan yang sama. Aku bertegas dengan suami aku yang aku dah jaga makan dan makan ikut waktu.

Mac 2018
Setelah lebih dari 5 kali pergi ke klinik,makan ubat tapi tetap takda perubahan. Aku berfikir mungkin aku ni sakit yang kritikal tunggu nak teruk je dah. Buang duit tapi takde jawapan. Kesian anak – anak aku jadi terbiar, lagi – lagi yang kecil sebab masih menyusu. Suami aku kerja terganggu dan dia pun buntu.
Satu hari masa aku tengah sarapan, aku diserang lagi sakit dan aku bernasib baik ipar – ipar tinggal berdekatan. Meraung – raung aku dalam rumah minta tolong. Ipar aku datang tolong apa yang patut tapi sakit tetap tak kurang. Bila aku sakit dan sakit tu reda aku tak boleh nak telan makanan.
Aku makin kurus sebab bila sakit aku tak dapat tido dan buat apa – apa. Itu belum apa – apa lagi. Selang beberapa hari aku makin kerap sakit. Meraung tak ingat apa. Allah je yang tahu apa yang aku rasa.
Jiran terdekat bawa aku ke hospital untuk aku dirawat. Aku dimasukkan dalam bahagian kecemasan.

Doktor pun buntu sebab tak dapat kesan aku sakit apa. Aku cuma menjerit sakit je. Ubat bius 4kali dimasukkan tetap takde perubahan. Dah aku keluar hospital, doktor suruh aku buat temujanji dengan pakar untuk masukkan kamera dalam perut aku untuk tahu apa sakit aku. Sampai rumah biras aku cadangkan berubat di perubatan islam. Aku cuma mengiakan je. Aku tak fikir pun ke arah lain.
Aku skip la ye. Takot korang bosan je baca cerita aku. Satu hari tu aku ikut suami, dgn abg aku pergi hantar kereta aku yang rosak. Aku kalau nak sakit aku tahu sebab tanda dia belakang aku rasa panas.

Suami aku berkeras untuk bawa aku ke hospital. Aku berkeras taknak. Sampai rumah suami aku keluar. Rupanya dia panggil ustaz untuk merawat aku. Ustaz tu ruqyahkan aku dari pukul 10 sampai pukul 3pagi sakit aku tetap tak berkurang. Merayu – rayu aku pada suami supaya tolong aku. Sebenarnya banyak yang jadi banyak aku skip je. Dari cerita abang aku dan suami masa suami aku nak bawa aku ke hospital suara aku tukar macam suara lelaki. Aku sedar tapi aku tak ingat sama ada aku ada tukar suara. Sebab tu suami aku panggil ustaz. Aku tak dapat tido. Aku lapar dan haus tapi aku tak boleh nak telan makanan. Aku minum dan aku muntah balik. Masa sakit jangan cakap la macam – macam aku nampak dan dengar. Jawapan tetap tak dapat. Merata berubat. Duit banyak habis. Aku pegi berubat semuanya perawatan islam. Biasa ada perubatan islam yang ambil kesempatan kenakan caj tak masuk akal. Ada juga yang agak meragukan.

April 2018
Cerita yang aku dapat setelah berubat merata mengatakan aku disihir. Orang ni menghantar sihir secara rambang dan aku yang terkena. Ada yang cakap saka dan sihir bercampur. Orang ni dia nak uji ilmu. Bila aku terkena, dalam badan aku dah ruang untuk makhluk yang lain menumpang makan. Kadang – kadang dalam solat pun aku boleh terkena sakit. Ini ujian untuk aku. Aku hampir putus asa dan keluarga banyak bagi aku semangat dan pertolongan. Aku anggap ini penghapus dosa insan kerdil seperti aku yang banyak melakukan dosa. Kemuncaknya rupanya orang terdekat yang datang merawat aku.

Alhamdulillah mungkin Allah yang menolong aku. Proses merawat selama beberapa jam. Menurut suami dan yang ada masa proses tu, berpuluh ekor jin yang bersarang dalam badan aku. Macam – macam aku bertukar. Sekejap jadi binatang dan banyak lagi. Aku separa sedar masa dalam proses merawat aku. Dengan izin Allah aku sembuh sepenuhnya. Siapa yang buat aku tahu dan aku anggap ianya ujian buat aku sekeluarga. Selepas aku sembuh, aku dimasukkan ke hospital lagi sebab aku kena gastrik yang teruk dan angin dah banyak dalam badan. Yela masa sakit, aku tak dapat makan dengan betul. Lepas makan ubat dan aku berurut alhamdulliah aku sembuh. Tapi dapat sakit kekal iaitu gastrik. Badan pun dah tak macam dulu. Mudah sakit. Apa yang aku tahu tak dapat aku nak ceritakan secara terperinci. Biarlah ianya menjadi rahsia.

Maaflah kalau cerita aku tak berapa best dan seram. Kalau aku cerita berjela – jela nanti korang tak sanggup nak baca. Sebab berbeza – beza cerita antara perawat ni. Allah lebih mengetahui semua ini.
Akhir sekali, apa pun terjadi berbalik lah pada Allah kerana segala yang terjadi atas kehendak-NYA. Terima kasih Allah kerana beri peluang sembuh dan juga pada keluarga dan yang terlibat kerana banyak membantu. Setiap perbuatan pasti ada balasannya.
Sekian. Terima kasih

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

32 thoughts on “Kusangkakan Gastrik”

    • ape laa skip2 .. tp aku percaya..cuma cara cerita tu mcm menyampah dengar..tak nak cerita lebih nnt korang bosan ape laa merepek mak nenek betul😑🤨 aku baca sbb nak detail, kalau ko skip2 terus.. mmg baik tak payah share.. tulis skerat je la

      Reply
  1. kalau nak cite, cite je sampai habis takyah skip-skip sebab panjang ke apa. huraikan lagi bagus. ni cerita macam kalut sangat nak habiskan. aku pun tak habiskan baca cerita ko ni. semoga perbaiki lagi. sekian.

    Reply
  2. kalau nak cerita kena cerita semua.
    lain orang lain jalan ceritanya.
    jalan cerita yang tu yang pembaca – pembaca FS nak.
    kalau cerita pendek macam kat atas tu macam sama je dengan pengalaman – pengalaman orang lain.

    sakit tiba – tiba → dapat tau kena sihir → pergi berubat → muntah → baik

    kalau penceritaan tak meleret, semua ada point, insyallah takkan ada yg bosan nak membaca.

    Reply
  3. Ya Allah bunga tq kongsi cerita skip.. Saya suka skip2 ni…

    *Kepada penulis lain kalau tak nak kongsi please jangan kongsi. Kalau tak asyik ber’skip’ je la..

    Reply
  4. Tulis jelah panjang2 asalkan pembaca puas hati membaca…
    Tapi klu writer sendiri asyik spoil mood pembaca, cerita pendek pn blh bikin stress pembaca baca…

    X payahlar tulis:
    Cukuplah intro takot panjang berjela…
    Byk berlaku tapi aku skip…
    Skiplah yer nnt bosan plak…
    Banyak yg berlaku Tp aku skip…

    Adeehhh…
    Serius kesahnye dh tragik tp dispoilkan sendiri oleh penulis…
    Ini cerita dik, org mmg bukak sbb nk membaca…
    Bukan rumusan yg menghilangkan feel sebuah cerita…

    Reply
    • Adeeehhh smpi 2x hakak mentioned part byk berlaku tapi skip tu…
      Betapa hakak xleh hadam dgn manusia yg nk bercerita tapi asyik nak skip dan byk unsur kerahsiaan…

      Reply
    • Nanti kang kalau writer ni tulis berjela -jela tak skip korang complain pulak. Pastu part2 bosan dia take skip korang kata menyemak. Ha… Inilsh netizen zaman sekarang. Otak pun dah senget.

      Reply
  5. Hmm tk best la. Mcm kelam kabut je crita nya. Pastu last2 tkthu kenapa tkleh bgtau sbb . Kitorang nk thu sbb jd mcm tu. Tpi tk diberitahu. Tk bestlahh , rating 0.5 /10 kalau tkleh nk share jangan share. Senang cerita

    Reply
  6. Pls penulis, nk bercerita kna detail, kalau nk skip ade part yg cantik utk diskip.. Tp kalau cite sikit yg lain skip.. Xsedap dibaca.. Pembaca xkisah kalau panjang berjela pon.. Bkn xde dlm fs ni yg berjela..

    Reply
  7. Mcm makan kfc tp hilang deria rasa. Xda feeling. Skip itu, skip ini skip itu skip ini. Bgus lg cerita mcmni

    ‘aq anak 2,satu hari kena gastrik doc ckp bkn gastrik. P hospital byk kali ttp xda perubahan. Buat rawatan sana sini bnyk cerita yg kluar ntah btl ntah tidak. Prwat pn byk yg ambik kesempatan. Endingnya Allah hadirkn perawat yg jg org terdekat. Alhamdulillah sembuh. Rupanya byk jin yg bersarang dlm badan aq selama ini. The end. ‘

    kan ringkas mcmni.. Xpa sis. Tulis pnjg2 klu benda tu isi penting smua akan baca. Apapun smoga sis sihat sepenuhnya. Aamiin3

    Reply
  8. Adoi kau punya skip. Takpe fs readers dah tegur part tu. Just nak bagi suggestion, cuba cek lg kat hospital, Kali ni insist utk full medical checkup, sampai cek utk cancer sekali.

    Reply
  9. Hadeiii… x paham aku… point penting ngan seram semua ko skip… kalo skip terus xpe la.. tapi ko hint jugak sikit acah2 nak pancing simpati… sampai aku confuse apa yang ko nak sampaikan sebenarnya?
    Cerita kalo panjang ngan isi dan aksi x akan membosankan pembaca.. olah ayat baik2 InsyaAllah cerita ko akan jadi best… yg pembaca x suka dan bosan bila cerita panjang ngan lawak hambar, info2 x penting, terlalu detail sampai jam.. minit… saat pun cerita…
    Niway… semoga bertabah dan selalu sihat… yakinlah… sememangnya Allah yang membantu kita… xde ‘mungkin2’ ye…

    Reply
  10. okay je nak skip ke apa. honestly aku tak kisah pun. tp kena tahu la where and how dia. bknnya main cut je mana2. it affects the clarity of your story.

    and no need la kau skip lepas tu dok ulang “bnyk lg tp aku skip”, “aku skip2 la ye nnt bosan” etc. fun fact: if you just skip without telling, NOBODY WOULD EVEN KNOW OR NOTICE.

    tapu yg seeloknya, kau cerita je la detail pun. biar pembaca yg decide if dia bosan ke, nk skip mana2 part ke.

    Reply
  11. Admin pun.. Sekali bc story ni dah tau bakal kena kecam.. Nape publish gk..
    Patut return balik minta penulis edit semula..

    Reply
  12. Xpayah tulis lainkali. Buat ap nk cerita biarlah rahsia. Buang masa.
    Skip +biarlah rahsia= so boring

    Reply

Leave a Comment