Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada readers. Terima kasih untuk admin sebab still jugak mahu post cerita aku ni. Semoga dipanjangkn umur ye admin. Okey ni sambungan terakhir dari Drama Akasia TV3 yg aku coretkan. Lagenda Harimau Jadian. Sekali lg aku sebut ye Lagenda Harimau Jadian. Bukannya Kekasihku Harimau Jadian ye. Pembetulan bosheh.
Kisah Siri Lagenda Harimau Jadian :-
Kepada pembaca yang still sudi mahu membacanya dan bersabar dengan episode seterusnya, aku tabik hormat pada korang. Tapi pada yang tidak berkenan dgn cerita ini, aku minta maaf banyak2 pada korang semua. Kalau ada cerita aku ni yang typo ke ape atau sebaliknya, tolong tegur na. Aku sengaja gune ayat pasar untuk pembaca lebih mudah faham dan memahaminya. Okeylah selamat membaca.
Besok pagi tu aku terus call Maria. Sebab aku risau jugak la aku tinggalkan dia macam tu je. Agak kuang ajak di situ sebab biarkan member macam tu je. Takut sangat punye pasal. Memang aku x pikir apa lah. Salah Maria jugak la sebab salah time nak berubah jd hantunya hahaha. Call punye call. Tunggu punye tunggu la tututt tutut akhirnya gagang telefon orang belah sana pun jawab. Aku dengan suara gangster x bertauliah pon kata kat Maria. Rasa nak marah pon ade jugak la. Tapi aku cuba kawal suara aku dari tinggikan suara dekat Maria.
“Hello”. Perlahan benor je aku dengar suara dia ni.
“Maria. Salam mana? Salam mana?”
“Oh Assalamualaikum, Ra call kenapa?”. Apsal lembut pulak suara Maria hari ni. Jangan kene sampuk lagi sudah la. Aku x larat nak hadapinya lagi.
“Kite x kene sampuk lagi la. Kenapa Ra?”. Aik, dia boleh dengar suara hati aku ke. Bahaya ni.
“Xde bahayalah”, sambung Maria dihujung talian. Sekali lagi aku tersentak. Maria memang boleh bace ape yang aku cakap dalam hati. Memang aku kene berjaga dengan dia even dia kawan baik aku sendiri.
“Salam. Maria kau okey x? Kau ade cedera ape2. Aku betul2 risaukn kau. Sebab kau la aku terpaksa tinggalkan. Ko xde cedera apa2 kn?”.
“Ape yang Ra merepek ni. Tinggalkn ape ni?”.
“Laaa bukan semalam kita..”. Aku terdiam sekejap. GGGrrrreee. Aku seperti dengar bunyi hembusan haiwan pon ade. Xkan lah dia…
“Kau kat mane maria?”.
“Rumah atok”.
“Bile kau p rumah atok?”.
“3 hari lepas. Kenapa?”.
Tersentap aku dibuatnya. Kalau Maria dah p 3 hari lepas maknanya yang semalam aku bawak tu sape?
“Apsal kau x bagitaw aku kau p umah atok?”.
“Kite terlupa. Sebab ada hari jadi atok. Jadi kite ngan keluarga memang kene sambut ari jd atok”.
“Yahh.. Maria. Aku memang x boleh sabar lagi taw x. Kau bagitaw bende kau tu. Berhenti ganggu aku”. Hati aku dah panas rasanya. Aku dah x boleh nak kawal. Semalam ape yang berlaku tu memang aku x boleh lupe sampai bila2. Boleh meragut nyawa aku kalau jadi pape2 taw x.
“Ala Ra. Mungkin sayang saje nak mengusik awak la tu. Xda ape la ni. Nanti kite tegur sayang jangan ganggu kamu ye”.
What bersayang2 bagai. Uwekk. Nak muntah aku rasa. Dengan aku xde pulak nak bersayang hahaha. Dia boleh kate xde ape. Kemarahan aku memang dah sampai kemuncaknya.
“Pale hotak la kau Maria, nampak sangat aku x penting dalam hidup kau. Jangan sampai saat nanti kau akan kehilangan aku sudahla”.
Terus aku letak gagang telefon. Sempat aku tangkap suara Maria jerit nama aku. Hati aku sakit sangat. Kes semalam tu masih dok putar2 kt kepala otak aku ni. Patut la aku rasa semalam tangan Maria sejuk semacam je. X macam selalu hangat. Kadang2 aku rasa keliru bila duduk dengan Maria. X tahu mana satu aku bersama. Maria atau pun pendampingnya. Haih. Otak bedenyut2 pikir pasal Maria ni. Kenapalah takdir aku mesti jumpa dengan orang yang pelik2.
“Kak, jom main PS”, datang pulak adek laki aku yang sorang ni kat bilik aku. Dok ajak main PS. Apa kes. Aku dah la xde mood nk layan.
“P sana kamu. Akak xde mood nk layan PS. Shuh shuh”.
“Apsal xde mood kak?” tanya adikku.
“Aaahhh banyak tanye kamu. Akak tengah panas ni. Pergi jangan ganggu akak”, aku halau adek aku sekali lagi.
Adek aku dengan muke cebeknya, “Hmm. Kalau panas pasang la kipas”. Dibuatnya suara macam opera tu. Berdesing telinga aku ni. Sakitnya hati aku. Suara besar tu. Dah rupa Ju On je bunyinya. Memang aku kejar adik aku. Bagi terajang sikit sama lu. Orang tengah panas dia main2 pulak. Sorang lagi pelik aku jumpa. Haihhh.
Beberapa hari kemudian aku dapat mesej dari seseorang yg aku x kenali. Mesejnya berbunyi seperti ini: Eeehemm
“Hai salam. boleh berkenalan x?
“Sape ni. Mane dapat nombor ni? Banyak cantek rupa nak berkenalan.”
“Mestilah cantek rupa xkan hodoh kot. Ciptaan Tuhan tu semuanya cantek. haha.. Tak perlu la u tahu siapa I. I cuma nak berkenalan dengan u” (siap buat bentuk kenyip mata lagi).
Geli-geleman badan aku baca mesej dari mamat yang dah tersesat dari mane entah. Agak2 lah nak tackle aku pun. Aku ni budak sekolah lg kot. Perlu ke nak ber i u bagai. Rasa memang nak muntah bile ingat balek hahaha. Yang x boleh blah kenyip mata tu adoi.
“Kalau kau x nak bagitaw siapa kau dan mane kau dapat nombor ni, sorry to say. Aku x layan orang tua yang dah kerepot ni. Aku cuma layan orang muda taraf2 aku je. Okey tatadudaduda. Lupa nak bagitaw. Kalau duda maybe aku boleh pertimbangkanlah”. Hahah. Gurau saje.
Lepas je aku hantar mesej dekat mamat misteri mane entah. Tiba2 aku dapat pesanan mesej lagi. Aikk cepat pulak dia balas. Bukak je mesej aku. Terbeliak terus mata aku. Nak taw aku dapat mesej dari siapa?
“Ok sorry. Gurau je pun. Garang betul la u ni. Ni I Enot. Kenal x?”
“Enot mana ni?”
“Abang sepupu Aina. Kawan u tu. Ingat lagi x masa kt kenduri kahwin abg Aina?”, beritahu Enot pada aku.
Masa tu x payah cakap lah. Memang bummbum gedabum la bunyinya. Meletop aku. Menjerit aku bila dapat mesej dari Encik Enot ni. Hati berbunga maa. Aku x perlu tanye dia mane dapat nombor ni. Sebab ape (pandai2 la korang pikir sndiri). Hahaha biannnnn. Agak bengang la jugak bile ada orang jual nombor aku kan. Tapi xpe asalkan Encik Enot. Kecil telapak tangan nyiru I tadahkan hahaha.
Dan dari mesej situ la bermulanya episod salam perkenalan aku dengan si dia. Seperti apa yang aku katakan di bab yang pertama. Cinta itu bisa merubah dunia. Aku fikir cuma Maria je yang berubah. Tapi aku silap sama sekali. Disebaliknya cinta itu juga telah menarik diri aku. Bahkan telah merubah diri aku kerana cinta pada seorang Adam.
Setahun Kemudian..
Tiba2 aku dapat mesej dari Maria yang dia kata dia sakit sangat semalam. X sedap badan. Baru sekarang aku on henfon. X taw pulak dia ade bagi pesanan ringkas. Selalunye dia akan call nombor rumah aku terus. Pelik pulak aku dengan budak sorang ni. Ape ke hek minah ni tetiba sakit je. Family dia mane? Xkan xde tengok dia kot. Haihh terlalu banyak persoalan yang masuk dalam otak aku ni. Aku apa lagi call Maria balek. Tunggu punye tunggu still jugak x angkat. Mana pulak p minah ni. Adoi serabut aku. Call balek pon x angkat jugak.
“Woi termenung apa tu beb? Ingat pujaan hati ke yang nuuuuuuun jauh di mata”, sergah Mail (bukan name sebenar) dari belakang aku. Melatah aku dibuatnya. Siakk betul la dia ni. Memang nak bagi aku mati agaknya. Sakit jantung aku. Sengaja nak naikkan amarah aku.
“Lu pehal terjah macam tu. X boleh nk bagi salam ke?!!”. Memang kene tengking dengan aku la gamaknya. Ada jugk yang nak kene smackdown dengan aku kang. Terus aku jeling Mail. Aku tengah runsing bikin spoil mood aku betul la mamat ni.
“Laa Mu dah kenapa yang oi?”.
“Dah la blah la ko. Bikin panas hati sama wa”.
Aku terus bangun dari tempat duduk. Rasa nak pergi cepat2 dari situ. Aku risau gile kat Maria ni. Karang dia buat kerja gile lagi. Naya aku. Bukan boleh caya minah ni. Datang mood meroyan dia payah aku ank kawal nanti.
“Err aku x abis cakap lagi kau dah blah. Kelas taekwando macam mane ni?” dikejarnya aku dari belakang. Rasa nak bagi penyepak je si Mail ni. Suka benor jage tepi kain orang.
“Kau handle la sendiri. Aku nak chow dulu. Bye”.
Terus aku pecut 125 aku sampai ke perkarangan rumah. Rasa pening kepala aku ni x abis lagi. Aku perlu siapkan sup bubur untuk bagi pada Maria nanti. Aku tengk jam baru pukul 9.30 p.m. Sempat lagi kot. Aku tengok langit kat atas. Macam nak hujan je. Haish
Lebat pulak hujan turun hari ni. Kereta yang aku pandu aku perlahankan sampai di perkarangan rumah Maria. Dari celah tingkap depan aku tengok ade seseorang dok berdiri kat depan pagar rumah Maria. Aku x berapa nampak sangat. Hujan lebat gile kot. So aku cuma nampak pon sebab ada cahaya lampu kereta aku. Bile dilihat betul2 baru aku perasan tu Maria. “Aduhh Minah tu buat ape pulak kat tengah hujan ni. Kata sakit badan. Ni apsal elok je aku tengok berdiri kt jalan”.
Aku ambek payung dalam kereta. Bukak pintu terus aku pergi ke arah Maria. Suka sangat buat aku risau minah dibelainya badan harimau belaannya sambil tangan buat isyarat senyap.
Jiran! Bercakap tentang jiran. Aku tengok semua rumah jiran sekeliling langsung xde lampu. Cume tiang lampu yang mewarnai jalan perumahan. Blackout ape. Aku dah rasa cuak. Baju aku dah abis lenjun dengan hujan. Perlahan kaki Maria menghampiri aku. Aku apa lg cepat2 bangun lari dari tempat Maria. Bile aku cube lari ke kereta aku, Maria pulak dari perlahan kaki dia berjalan terus dia berlari ke arah aku. Aku apa lagi terus buka kekunci kereta dan masuk cepat ke dalam kereta. Aku kunci semua pintu.
Tok tok tok! Bergegar kereta aku dikerjakannya. Aku cuba start enjin kereta. Banyak kali aku buat. Asyik mati je. Bbbummmm! Bunyi kilat kuat menyambar. Hujan makin lebat turun. Ahhhh.. sakit otak aku. Time kilat menyambung la aku tengok jelas muka Maria dari sisi tingkap. Pucat x berdarah. Matanya hijau. Aku tutup mulut. Tubuh aku menggeletar. Maria cuba tarik tombol pintu aku banyak kali. Diketuk2 nye tingkap aku. Aku kuatkan hati. Dengan sekali bismillah, yakin pada Tuhan. Aku start enjin semula. Terus enjin kereta dapat hidup.
Dengan bunyi ngauman kereta aku, aku terus undur ke belakang dan jauhkan 2 orang makhluk pelik tu. Memang lack aku bawa kereta. Gabra habis aku rasa. Bile dah smpai tempat terang, baru rasa tenang sikit. Itupun sikit jela aku bawa kereta ala kadar je. X laju macam sebelum ni. Hujan pun alhamdulillah makin reda. Jantung aku dah nyanyi irama rock lagi haha. Aku dah rasa sejuk. Baju pun dah lenjun. Tiba di satu jalan, aku nampak macam ada cahaya dihadapan kereta aku. Siap melambai2 lagi ke aarh kereta aku.
“Adoiii pehal roadblock tengh2 hujan ni”, aku sikit punye mengeluh dah.
Aku pon berhentikan kereta bila nampak baju polis dihadapan. Berapa banyak lagi aku nak cuak ni. Haiyaa. Tiba2 polis yang siap berpayung dan ade yang beberape pakai baju hujan datang ke arah kereta aku.
Tok tok! Polis kat sisi tingkap aku siap ketuk tingkp kereta aku. Aku turunkanlah cermin tingkap.
“Dari mana adik?”, tanya Pakcik polis yang berseragam penuh pada aku.
“Baru dari rumah kawan”, balas aku.
“Bagi lesen kereta dgn IC”.
X lama aku mncari lesen dalam beg, aku terus serahkan lesen pada pakcik polis. Aku nampak dia sikit punya teliti tengok kad pengenalan aku.
“Cik Asyura kan”, katanya.
“Ye saya”, jawabku.
“Baru dapat lesen ke?”, tanya polis tu.
“Hahhh ha’ah”, jawab aku. Siap angguk macam burung belatuk. Aku nampak matanya ralit tengok ke dalam kereta aku.
“Knape adek tak pakai tali pinggang kereta? Ni baju kenapa basah sangat ni”, soal polis tu pada aku.
Aduh ni yg teman lemah ni. Macam mane aku nak jawab ni. Banyak pulak soalan pakcik polis ni.
“Aaaaa..”, belum sempt aku nak jawab. Pakcik ni potong ayat aku.
“Kenapa balik lambat? Tahu x sekarang dah pukul berapa. X elok anak dara balek lambat. Kalau jadi pape mak ayah kamu yang susah”. Panjang pulak mukadimah pakcik ni. Aku x larat nak mndengarnya. Baru aku ank jawab. Sekali lagi aku trnmpk kelibat Maria di sisi jalan raya dekat seberang. Terbeliak mata aku. X kan dia follow aku kot. Mampos teman. Aku perhati je dia tunggang atas badan dia punye sayang tu laa. Siap kaki disilang lagi tu. Dah la kain dia terbelah sampai betis, nampk terus betis dia yang putih pucat tu. Maria kau fikir cantek sngt ke betis ko tu Huh. Ingat free show ape. Tapi aku sorang je la boleh nampak hahah. Lepas je aku cakap dalam hati, terus dia posing macam model. Ternganga mulut aku tengok dia posing. Kau ingt ade photographer ke dekat situ ke huh. Aduhhh.
“Adek!!”.
Tersentap aku bila Pakcik polis tu jerit panggil aku. Aku tengk je muke pakcik polis ni. xpuas hati la tu. haha
“Sorry Tuan.. hehe.” “Dah la pg balik skunk. jngn nk meranyap pulk.” Sekali lg pak polis bg amaran pada aku
“Tuan. knapa buat roadblock time hujan mcm ni.?” xtw la knape mulut aku gatal sngt nk tanya. sebb aku rasa pelik. aku pun xtw knape.
“Ohh.. kmu xtahu ke.?”. tanya pak polis tu. Ramah betul pakcik ni. tapi aku cume geleng kepala je. sebb xtahu kn. aku geleng jela.haha
“Salah sorang dari penduduk taman ni dibunuh 5 hari lepas. Ada bekas das tembakan di dada dia. Dan mayatnya dicampakkn di hutan dekt2 dgn kawasan ni sini.” terus pakcik tu bgtw pada aku bile tengk wajah aku yg dh berkerut sngt.
“huh.” aku dh terkejut bile dngar cerita dari pakcik polis tu.
“Sebb ape dia dibunuh?” aku tanye lg. sbb aku curious sngt nk tahu punye pasal.
“Sebb kes rompakan bank dekt dgn kawasan sini. perompak semuanya pakai senjata api dan terus lari masuk ke hutan. Semuanya ni masih dlm siasatan. dah! pg balek cepat kamu. bahaya kalau lme2 lg dekt sini.” tegas suara pak polis tu bgtw aku. disuruhnya aku balek. aku nmpk raut muke dia risau. yela aku kn perempuan. agk bahaya balek lmbt lebih2 lg ade kes baru2 mcm ni. nasib baik aku x bawa moto. aku masih terkejut dgn ape yg dh berlaku. semuanya kejutan buat aku. mmg xboleh nk terima. Pasal kes rompakan ataupun pembunuhan. patt la beberapa hari ni ada je siren polis dok bising2 dekt kawasn perumahan. Ada sekali tu aku nmpk helipkopter polis kt atas awan berlegar2. itu pun dekt dgn perumahan aku. Bila ingat ape polis tu cakp rasa ngeri pulk. dah la kes maria ni xabis lg. skunk ni masuk pulk kes baru. sebelum aku nk masuk gear. aku toleh balek tmpt yg aku tengk Maria di seberang jalan. tapi yg peliknya Maria dh xde dekt situ. Xtw la kt mne dia pg. harp jngn la dia ikut aku. dengan bismillah aku terus memandu kereta.
Sedang aku memandu. bosan pulk. aku pasang la radio nk bg jiwa aku tenng sikit. tangn aku dekt stereng still lagi menggeletar. aku nak cari era fm sebenarnya. sekali tangn aku terlepas dari punat radio. Mungkin tngn aku dh menggeletar sngt. aku still lagi takut. aku cuma rasa nk balik rumah cpt masa tu.
“Misteri Jam 12 malam…..”
terkejut aku dgar suara di corong radio. Apa kejadahnya ni. mne pulk dtg radio mcm ne. terus aku tutup radio. “huhhhh” mmg spoil mood aku betul. hujan pon dh berhenti. akhirnya sampai jgk dkt rumah. haihh.. penat nk mnghadapinya even dlm kereta sekalipun.
aku bukak tombol pintu rumah. Malap je rumah aku ni.. haih..
baru je menapak beberapa lngkah aku terasa mcm nk tengk mak pulak. Aku terus berlalu ke arah bilik mak aku. nak tengk mak katakn. perlahan aku buka tombol pintu. xnk kejut mak dn ayh aku tidur. masuk je bilik. aku terus perlahan menghampiri mak aku. lama jugk aku tengk tubuh tu terbaring. lepas tu aku beralih pd wajah tua mak. Aku mahu luahkn sesuatu pd mak tpi mulut aku mcm terkunci nk bersuara. entahlah yg pasti aku xrasa aku boleh tengk mak dgn lebih lama lg. Mungkin mainan perasaan aku je. lepas abis puas tngk wajah mak. Aku terus cium dahi mak dan berlalu pg dari bilik mak. Sebelum pintu bilik mak aku nk tutup. sempat aku melihatnya sekali lg.
“Ma terima kasih atas jasamu. bnyk perkara yg Ra simpn dri pengetahuanmu ma. Mungkin juga terlalu bnyk dosa Ra pada ma. sehingga Tuhan menguji Ra seperti ni. Macam mama kata pd Ra dulu Tuhan tu akn terus menguji sehingga hambanya tahu untuk berterima kasih padaNya. kata2 mama akn Ra simpan sampai mati. Janji Ra pada mama. Ma halalkan semua makan minum Ra. Selamat malam mama.”
Lepas je aku bisik perlahan terus tombol pintu aku tutup rapat. Aku mula mengorak langah pergi naik ke atas. Yang pasti rasa takutku hilang terus bila dapat tengak wajah mak. Dan ada rasa ketenangan yg aku dpt dari sinarnya
2 bulan kemudian.. tengah malam aku tiba2 dpt panggilan dari seseorg. Elok je dok melentang kt sofa smbil tengk TV. ada pulk yg nk berbunyi. Potong line betul la. aku tengk screen siapa yg call. elok landing terus badan aku menegak 90 darjah. Erkk Encik Bunga call kite la. haha.. faham2 jela.. huhu aku tutup TV sbb ape (pandai2 la teka) biannnnnnn
Ehem(try cover suara). terus aku tekan butang hijau.
“Assalamualaikum.”
“Walaikumusalam Cinta.” sahut org di sana.
tersentap aku bila dia balas mcm tu. mmg bibir aku dah senyum lebar ni. huhuuu
“Ahaha. aku gurau jela. suka la tu bile aku kata mcm tu.. haha”
ngokngek punya mamat. Memng bg harapan betul la sewei ni. Geram aku dibuatnya. rasa nk tendng je dia masuk lombong belakang rumah aku ni.
“Aku tumbuk kang. Main2 pulk. xde makna aku suka.”
“Sorry2 haha”
sembng2 punye sembng xsdar pulak dh masuk pukul 2 pagi. sampai satu saat ni. tetiba Encik Enot diam mmbisu.
“kau kenapa Enot?”
“Ra.. kalau aku kata sesuatu kau takut x?”
“Kau nak cakp ape ni. . takut ape pulak.” tanya aku lagi. Pelik bile rasa perubahan dia.
“Aku rasa aku percayakan kau sorang je. Susah nk jumpa org mcm kau Ra.”
aku blur bile dia kata mcm tu.
“Sebenarnya Ra..”
Aik dia nk luahkan perasaan dkt aku ke. Jantung aku dh berdebar2 pulk. rasa macam ada irama Rindu pulk bermain kt otak ni. haha. Enot ckp la cept. Jngnla buat aku berdebar ni. jngn gantung ayat kau tu. mmg aku mnjerit dalam hati. haha. xmenyabar betul la kau ni Ra.
“Sebenarnye aku ada penjaga yg jaga aku.”
huh. blur. Penjaga apa pulk ni.
“Kau nak bgtw aku yg kau ni ade penjaga ke?”
“yup”
Hai Ra.. apsal la ko bole suka mamat sengal mcm ni. Nasib malan kau la Ra. tetiba di hujung talian aku dengar mcm suara perempuan ketawa lembut. tersentap lagi kita na.. biannn . aku ape lg. mcm dh mula curiga dgn Ebot ni
“Enot kau dgn sapa tu.”
“sorang jela kt dlm bilik. kenape?”
terus aku diam je. xtw nak percaya ke x. tetiba aku rasa seram sejuk pulak.
“Ermm Enot aku rasa ngntuk la. dah lewat mlm ni. aku masuk tidur dulu la. okey la good nite. salam”
“okey nite walaikumusalam”
habis je berbual dgn Enot. terus aku off fon. lama aku termenung kt ruang tamu. Ape yang aku berbual dgn Enot tadi masih terngiang2 kt telinga aku ni.
wuuuuuuu!
tersentap aku. siapa yg tiup telinga aku ni. meremang bulu roma aku lg. aku toleh kiri kanan ruang tamu. xde siapa pon. Selawat bnyk2. aku terus angkt kaki naik atas. seram aku rasa.
ni Encik Enot punye pasal la dok sembng merapu2 depan aku. mmg aku kutuk kaw2 Enot dlm hati. Naik je atas rumah. terus telinga aku tangkp suara org mengaji di bilik kakak. aku apa lg terus masuk bilik tidur lepastu selimut satu badan. hahaha.. (bila la kau nk bertaubat Ra)
Setahun kemudian..
Akhirnya aku dpt berita dari mak yg kakak aku nk balek rumah lepas abis kursus dekt KL. Itupun pon balek sekejp jela. Sebulan je pun. Sbb kakak dpt tawaran kerja untuk smbung kerja bg jngka masa yg lebih lama dekt Semenanjung Malaysia. aku apa lagi. Mmg gmbira x tak terkata la sbb kakak kesayangn nk balek kn. haha
Sampai je kereta kakak. terus aku terpa kakak yg baru kuar dri kereta.
“Sihat ke kak. Owg rindu la? hehehe”
“Hmm sihat je. Rumah mcm mne. Kamu jge rumah elok2 x. Rumah bersepah x?” berderet soalan aku kakak aku tanya aku. mcm peluru berpandu aku rasa. haha. Aduhhh akak aku sorg ni. apsal balek umah je. tanye pasal rumah bersepah ke x. xbole ke tanya soalan lain. Pasal adik dia yg comel ni ke. ni x. xprnah nk tanye pasal aku. sedih betul dpt kakak mcm ni. mmg aku monyok abis la.
“Dah kemas semuanye. licin habis.” balas aku. xde mood nk smbut soaln kakak aku tu. haihhhh.
“Mmg la abis kemas semuanya. itu pun sebb kakak nk balek. Kalau x mmg kmu biar je rumah bersepah mcm tu. tongkang pecah abis. Kmu jngn nk hrp mama buat kerja sorng2. Tolong mama tu sekali.” panjng gile tazkirah kakak aku ni. aduiii berbuih tahi telinga aku ni. haihhhh baru nk berseronok mcm ni jadinya.
“Yelahhhh.. akak.”
“nak apa kmu.”
“Macam biasa ade ke.” senyum
“Itu je kmu taw. Chocolate kmu ade dlm kereta. p ambek dlm kereta.” bgtahu kakak pada aku.
apa lagi terus aku masuk dlm kereta. Ape yg ade dlm otak aku masa tu chocolate je. hohoho. hantu chocolate katekn.
Tengh elok sedap2 mkn coklat. whatssapp fon berbunyi ( zaman modern lakan). haha . dh xpakai pesanan ringkas ni. haha. aku tengk la kt screen. hmm siapa la agaknya. Bila bukak je. Aku pa lagi. Senyum sampai ke telinga na. Nk tw siapa dia ( pandai2 korg teka) biannnnnnnn. haha
“Ra Minggu depan kau buzy x?”
“x. apsal?”
“jom tengak cite Annabelle nk.? dh kuar kt pawagam”
cite annabell. yg ni aku lemah ni. tpi xsmpai hati nk tolak prmintaan Encik Bunga kita ni. haih.
“Kalau kau belanja aku on je.”
“okey cantek. bab duit xde hal punya. Kau ajak la Maria sekali ye. nnti minggu depn aku dtg ambek korang.”
ala aku ingt berdua je. baru nk date. haha
“ha.. okey”
haish nk ajak Maria ni aku seram sikit ni. tahun lepas punye cerita pon masih dok dlm ingtan aku ni. haihhh. apsal la mamat tetiba je nk bawa Maria sekali. haihhh. mengeluh je banyk aku ni.
Datang jugak minggu depan akhirnya..
Lepas je parking moto kt rumah Maria. aku terus terpa arah Maria. aku pegang tangan dia. mata dia siap aku tenung tajam lg. Aku cuma nk pastikan dia normal ke x hari ni. cuma rasa kulit die je pun. haha. Mana xnya aku risau kalau itu bukn die ke. bnyk kali dh kne dgn die punye bende ni. aku cume xnk dia spoil mood aku nk kuar ngn Encik bunga nnti. haha
“Kenapa pandang mcm tu Ra. Takut ni bukan kite ke.? hehe ” siap ketawa kecil lg Maria ni depan aku.
Asal tengk Maria je aku rasa panas hati. aku xtw la smpai bile nk terus mcm ni. rasa nk pg terus je dlm hidup dia ni. aku fikir kawan dh lama. sejk tadika lg kot. aku still lagi bersama dia. nasib baik normal kau hari ni. Kalau x dgn kau dn bnde tu sekalipun aku nk dush dush. haihh
“Maria kau xde pakaian lain ke. sendat benor aku tengk baju ko ni. apsal pakai skirt pendek ni.?” Dia ni asyik pakai baju seksi je. berbulu mata aku tengk. dah la kulit ko tu putih Maria oi. Jngn kau cuba goda Encik Bunga aku sudh la. Gigit Jari aku nnti. hahaha
“Ra ingat kita nk goda mamat tu ke. xde nye. Syg kite lg comel. kn syg.” dikenyip2 mata dekt sebelah. Aku agk dia mmg tngh beradu asmara dgn belaannya. nk tengk sebelh pon aku xnmpk ape. Yang aku cuma nmpk spender je la yg tergntung kt ampaian jiran sebelah hahaha .. Aku rasa Maria ni mmg patt dh kne masuk rumah sakit jiwa. hahaha. Oopss. jeling manja pulk Maria pada kita. huhuhu.. biannnnn
“Dah2 kau tukar baju skunk.”
Aku terus tarik tngn Maria untuk tukar baju dia. Selesai je bg Maria ni tukar baju. Kami terus tunggu Encik bunga (ewahh) dekt depan rumah Maria. Lama menunggu akhirnya smpai jgk kereta pujaan hati dekt depan kitaorg.
Masuk je wayang kitaorg terus cari tmpt duduk. So aku pilih tempt duduk sebelah ngn Encik Enot ni. Mmg aku xbole mnjauh dri manat sengal ni. hahaha. baru je nk duduk, Maria pantas duduk tempat aku. Mahu xbengng aku dibuatnya. aku nk dok ngn Encik Enot kot. dia boleh pulk mncelh dekt situ. Sakit gile hati aku ni. rasa nk marah je Maria ni. boleh pulk dia buat muka tengeng (annoying) depan aku. menegak panas hati aku ni. Tapi mmg xbole la aku nk marah2 mcm tu depn org ramai kn. kang buah hati tengk nnti. buat malu je. cover mature katakan. haha So terpaksa la aku beralah dok dekt dgn Maria ni. Masa nk lalu masuk dlm tempt duduk tu sempat aku sepak kaki dia. bengang punye pasal. mmg aku dengr suara Maria mengerang sakit. hahaha. lepas je labuh kn bontot kt tmpt duduk terus lampu pawagan semua blackout. Dengar pulak pengumuman yg ada masalah teknikal sikit kt wayang. So terpaksa tunggu smpai 5 minit baru movie start. Semua org sikit punye kecoh dlm wayang. bengang la sebb terpaksa tunggu lebih lama kn. sepattnya dh start bile dlm tiket tu dh ttpkn waktu. Begelap la kitaorg semua dlm wayang. Dan masa tu aku dh rasa lain bile dok sebelah Maria. kau ni time mcm ni jgk la nk menganggu ketenteraman aku. Maybe mmg balasan aku sebb dok sepak kaki Maria tadi. So bende tu mmg marah la sbb cederakn puteri kesayangan dia. haih nyampah gile aku.
Dan aku dpt rasa tangn aku mcm kne sentuh dgn bnde yang berbulu. Dok main2 tangan aku. dah la aku nk tengk cerita hantu stg boleh pulk dia dok meraba tngn aku. aduhai. xsngka pulk dlm wayang pon dia nk kaco aku. Bulu roma aku dh mmg menegak dh ni
“Aku tak kacau kau. kau jngn nk kacau aku la jahanam.”
GGgreeeee!! dengar pulk suara tu lg. adoii. Dah lama sikit baru movie start. Masa movie start la muke aku dah terkejut gile dh. mmg boleh putus jntung aku ni dh. Boleh pulk muke maria dok tenung muka aku. Sedepa je kot dgn aku siap senyum nmpk gigi lg. mau xgugur jntung aku ni. Aku apa lg terus tolak kasar kepala Maria. Mmg o’ok la dpt kawan mcm ni. sabar jela aku.. Sempat mata aku kerling arah Encik Enot ni. nmpk relaks dn cool je dia. hailahh Encik bunga ku. haha. lepas lama pndng Encik Enot ni. mata aku kerling pulk dekat Maria. terus hilng mood aku nk tengk movie. Sakit hati pulk tengk muka minah ni. dah la senyum mcm kerang busuk. ambek tmpt aku pulk tu. Panas hati ni.
“Maria kalau u takut nnti. U boleh pegang tangan I nnti.” bgtw Encik Enot .
Aku yg elok tengh makan pocorn tersembur habis mknan yg aku mkn. terbatuk2 aku rasa. Dah la makanan yg aku mkn tu terkena kepala org yg dok depan. Sikit punye panas je org yg dok depan aku ni bile tengk belakng. Nk tw la siapa yg buat tu. huhuhu.. aku dengn muka xde feel pandng je screen wayang. Mcm xde pape berlaku. lepas org yg dok depan tu toleh semula kedepan. Aku apa lagi terus baling satu popcorn kt kepala org tu. Ngekek habis aku je waktu tu. Sibuk je nk tw. huh.. bile ingt balek pasal kata Encik Enot tu. aku fikir cume nk baldi je. nak munthkn semuanye. Tekak aku pun dh rasa gatal plus loya sngt ni. Aku tengk je Maria tepi aku ni. Dia siap menjeling tajam lg kt Encik Enot. xsuke la tu. hahaha.
Dok syok tengk Movie kt depan boleh pulk Maria ni cekam tangn aku. Perhhhh dia punya cekaman tu boleh patah tangan aku ni. Sakit nk mampus aku rasa.
“Maria kau pehal ni. sakit lengan aku kau buat. lepaslah.” hancur lg mood aku nk tengk movie kalo dgn minah ni.
“Kite takut la Ra . Kite takut tengk anak patung tu.”
Aik takut pulak minah ni. pelik betul aku. jage bnde tu xde takut pulak. Hai Cik Maria aku lebih takut tengk kau punya Rimau tu dari annabelle ni. Acah je lebih xtakut tengk annabelle. balik2 nnti…. biannnnn
Maria jeling lg dekat aku sambil cekam lebih kuat lengan aku. Ya ampun. mmg boleh berbekas jdnya lengn aku ni.
“Ra kite takut. Syg.. Syg.. Maria takut.!!”
siap terjerit mcm org xbetul Maria ni. bising satu dewan wayang dengr jeritan Maria ni. Mmg spoil mood orang ramai nk tengk movie. Bile dah teruk sangt Maria ni jerit sehingga mnganggu orang ramai. Baru Encik Enot ni pegang tangan Maria perlahan smbil baca ape entah. aku pon xtw. terkumat kamit mulut Encik Enot bace sesuatu. Perlahan Maria terus lelapkn mata dn tidur atas bahu Encik Enot. mata aku ape lg.. membulat la. cemburu xpyh ckp la. tapi aku cube fikir rasional. Sebb Maria tengh sakit parah masa tu. So aku diamkan jela walaupun hati aku mmg tngh mmbengkak gile. Balik je rumah terus aku naik atas bilik. Langsung xbg salam. Teruk betul aku ni ish2. masuk je bilik. terus aku hempas badan aku ke katil. sakit aku xhilng lg tengk ape depn mata aku. aihhhh.. aku rasa mcm aku tepuk sebelh tangn je. dah lama sngt aku termenung. baru aku perasan bilik aku penuh dgn anak patung. Annabelle Annabell Annabelle. berlegar2 cerita yg aku tengk td dekt dlm otak aku. terus lupa apa yg berlaku kt wayang td. Aku apa lagi…. biannnnnn
“Mama!! nak tidur ngn mama malam ni.”
Sebulan kemudian..
Aku terpaksa ajak Aina soh teman aku tidur dekt rumah. Yela aku sorang je kot. Takut nk tidur sorg2 kt umah. Kalau ajak Maria mmg aku nk menempah maut la gamaknya. hahaha. Mcm xkenal je Maria tu mcm mne. Abang aku mmg la ada. tpi suke sngt balek lmbt. jd terpaksa la aku dok rumah sorng2. Mak; abah dan adik semuanya p hantar kakak aku ke airport. Jadi aku malas nk ikut. xsuke nk dok dalam kereta lama2. sakit pongong dibuatnya.
Elok je aku baring atas katil aku. tetiba Aina terus lompat atas katil aku. terkejut beruk aku dibuatnya. ish budak ni. sesuka hati nk lompat ats katil org.
“Kau ni xbole jd perempuan ke.? apsal ngn muka kau ni.” Aku agak risau la. Muka mcm pucat semacam je budak ni.
“Katil kakak kmu bergegar. Ish seram betul la rumah kau ni.”
“hahaha. padan la muke sape soh masuk. Rumah aku mmg mcm ni pon. sebb tu aku ajk kau tidur umah aku.” Sakit perut aku tengk muke Aina ni. Aina o Aina. nak bergayut pun salah time la kau ni. Nak tidur pun dia sempat menyempit tepi aku. Hailah Aina. Ingtkn berani sngt.. haha Setahun Kemudian akhirnya…
Beberapa hari aku dapt tahu dari abah yg Maria masuk hospital. Lupa nk bgtw Abah aku sebenarnya kawan baik ngn atok Maria. (Pandai2 la korang teka) biannnnnnn. Mau xterkejut aku. haih berape bnyk terkejut la aku ni. hahaha. Siapa yg xterkejut kn. Member sendiri masuk hospital. Aku apa lagi terus bergegas pg hospital nk tengk keadaan Maria. Mmg x putus doa aku untuk dia. Harap2 xjd ape2 la kt dia. Aku punya risau gile tahap gaban
kt Maria ni. Maria ni mmg suke sngt bg surprise kt org. Buka je tombol pintu. . Aku terkaku pd tubuh Maria kt atas katil hospital. langkah aku terus menuju ke arah Maria. Aku tengk lengan Maria penuh ngn calar. Aku rasa nk menangis waktu tu. aku tanya ahli keluarga dia kenapa boleh jd mcm ni. tapi semuanya xlayan aku pun. Dok diam je. langsung xendhkn soalan aku. sakit hati aku ni ngn layanan depa. aku xtw pada siapa aku nk tanye. Last sekali mata aku beralih pd kakak Maria. Aku tanya dia kenapa dgn Maria. tapi kakak Maria still jgk xnk jawab. dalam hati aku cuma kata. ‘kau xnk jawab eh. kau tahu la ape aku nk buat nnti’. Terus aku berlalu pg ke katil Maria. Aku usap rambut Maria. Rasa pilu bila tengk wajah xbermaya Maria. Menitip jgk air mata aku kt situ. xtw la aku nk kata apa. yg pasti aku rasa sedih sngt. Even Maria slalu je buat aku sakit hati. Tak pernah sedikit pon aku nk benci dia. Still jgak sayang dia. Kadang mmg aku simpati ngn nasib Maria ni. haihhh.
3 hari kemudian…
“Kau nmpk perempuan tu x.?” tanya aku pada Mail.
“yang mne satu ni.?”
“Tu yang pakai baju warna biru tu.”
“Huhh.. kau nak suruh aku buat apa kt dia.?”
“Tangkap perempuan tu masuk dlm kereta ni.”
“huh kau biar betul Ra nak soh aku tangkp minah tu. Kau nk buat ape sebenarnya ni.?” kata Mail
“hishhh kau ni bnyk tanya la Mail. buat jela kerja aku ni. kau janji nak tolong kn semalam.” bengang aku dgn org bnyk tanye ni. rasa nak cepuk je kepala Mail ni.
“Ok2 aku buat. tapi kau jangn lupa janji kau pulak.”
“Hmmmm.” itu je yg aku mmpu balas. sakit hati bile ingt janji aku dengn dia. Memang xbole pakai betul la Mail ni. Rasa menyesal pulk minta tolong dia. Ingatkan bole la boleh la tolong aku. Tapi siap kne ade upah lagi kalo nk khidmat dia. Bile aku tanya berapa yg dia nak. Bole pulak sengih2 mcm kerang busuk. Panas lagi hati aku ni. Rasa nak kipas kipas je badan aku ni. (ingt balek ayat adek) haha
“aku xnk upah.”
“Lepastu kau nak ape.” jngn dia minta bukn2 sudh la. Bukan bole caye sngt mamat tiga suku ni. kang jd lain pulak
“Ermm Mail nk Ra kuar date ngn Mail.”
“what!!!”
Berapa bnyk lg aku nk terkejut ni daaa. Kuar date. aduh ni aku malas ni minta tolong dia. nak muntah aku rasa. siap tukar nme panggilan lagi. aku rasa ni lebih seram dari cerita annabelle tu. Kenapa la aku jumpe member mcm ni. haihh. Pikir punye pikir. aku pun setuju la demi Maria punye pasal. Aku cume nk tw ape yg jadi kt Maria masa kt rumah atok dia. Kenapa boleh bercalar2 badan dia. Semua xnk bukak mulut. Mmg ni je jalan yg aku ada.
“boleh je. tapi kau yg kne payung aku.” nasib duit aku xmelayang. hahaha
“Demi Ra.. Mail sanggup je.”
Getik (nyampah) aku bile ingt balek ayat dia tu. huhhhh.
“Ra!!”
tersentap aku dri lamunan bile dengar suara Mail dok panggil name aku.
“Kau nak ape.?”
kau rasa aku hari ni mcm mne. nampak okey x.?” tanya Mail pada aku
“okey je”
“Hensem x.?”
aku terkesima ngn ayat dia ni. aduhhh dia ni kalo xperasan xbole ke. haih aku dh penat nk layan dia ni. Sempat aku tengk muke dia tersenyum bahagia. haih laa Mail ni.
“Hensem je..” xde semangat aku nk balas soalan dia ni. Mcm xikhlas pon ade nk puji. hahaha
“macho x aku hari ni.”
Ya Allah dia ni bnyk tanye pulk. Aku rasa nk cekik ko skunk ni jgk Mail.
“Kau ni bnyk tanye pehal. turun cepat buat kerja tu. kalau x. aku x nk jnji ape2 dgn kau.”
rasa nk tendang je dia dari kereta aku ni. Menyusahkn betul “Ye2 nk turun la ni. Asyik2 nk marah je. xpernah nk senyum kt aku pun.” ajuk Mail
sempat aku tangkp Mail membebel. nasib kau la dpt member mcm aku ni. hahaha
Sebelum dia turun dari kereta aku, sempat lagi Mail duk tenung aku sambil senyum.
“kau pehal tenung aku mcm tu.” Pelik betul aku ngn dia ni
“Ra nmpk comel hari ni. hahaha” lepas je cakap terus Mail jalankn kerjanya. mmg nk kne sekeh mamat ni. Main2 pulk dgn aku . Dari jauh aku tengak Mail, sempt dia dok betul2kn topi hitamnya. Ajet macho la tu. sebijik mcm penyamun. hahaha.
Tempat: Taman Permaian…
“Ra ingat Kak Min (bukan nama sebenar) nk bgtw ke even Ra buat mcm ni. siap cekup Kak Min lg. Mne kmu belajar ni Ra Bertuah punye budak.”
Tw pon bengang. aku ni lg sakit hati bila kau tu xnk ckp perkara sebenar. xpaham betul aku ngn depa ni.
“sehhhhhhh. Betul Kak min xnk bgtw.? Xpe . Ra rasa ni mungkin boleh buat Kak min ubah fikiran kot.” lepas aku kata terus aku keluarkn fon aku dn tunjukkn sesuatu pd kak Mim. mmg aku tersenyum sinis bile tengk muka cemberut Kak Mim. Jangn dibuat main2 dgn aku ni.
“Mana dapat gmbar ni.?”
“Kalo Kak Min xnk bgtw Ra. Ra rasa nk bg terus pd tunng Kak Min. Amacam okey x.?”
“Kau budak..”
Aku nmpak tangn Kak Min menggeletar bile tengak aku. Sakit ati la tu. ada aku kisah. hahaha. biannnn..
Imbas Kembali Di Rumah Atok Maria..
Malam hari tu Maria duduk sorang2 di buaian halaman rumah atoknya. Maria seperti biasa dia langsung xnk berbual dgn sedara mara. Suka sangt menyepi seorang diri. Sampai satu tahap tu Maria menggila di rumah atoknya.
“Aku kata xnk la.! kau xfaham bahasa ke huh. Aku xnk makan ni la.” Jerit Maria. dipecahnya pinggan yg berisi makanan tu atas lantai. terkejut Mak Nah (maid) bila dengar jeritan nyaring dari suara Maria. Maria dgn langkah laju terus menerpa ke arah Mak Nah. Dicekiknye leher orang tua tu.
“Aku nak bunuh kau.”
“Tolong2.”
semua yg dengar jeritan Mak Nah terus cept2 pergi ke dapur. Terkejut dgn keadaan Maria yg seperti org kerasukkn.
“Maria apa yang kau dah buat ni.!” tengking atok pada Maria.
“Kau diamlah setan. jngn nk gnggu kerja aku”
Terkejut atok bile dengar suara Maria yg dah bertukar garau. Abg Am (bukan nama sebenar) terus pergi ke arah Maria dn cuba mengangkat tubuh Maria. Baru nk mengngkat tubuh Maria yg cekam leher Mak Nah. Terus dapat tendngan padu dari Maria. Terpelanting Abg Am smpai jatuh ke lantai. Terbatuk dia sampai keluar cecair darah dari mulutnya. Maria yang nmpk darah keluar dari mulut Abg Am terus terpa ke arah dia. Dicubanya jilat darah yg mengalir dari bibir Abg Am. Abg Am yg dh terkejut dgn mata hijau menyala Maria. terus menolak tubuh Maria sekuatnya.
Gggreeee. bergegar rumah atok dengn suara ngauman dari Maria. Semua keluarga yg ada mmg dh kecut perut lihat keadan Maria. Kepala Maria dh tertoleh kiri kanan. Badannya mmbongkok. lidahnya terjelir panjng.
“Yana. kmu bawak semua budk keluar dari rumah ni skunk jgk.!!”
Kak Yana (bukan nma sebenar) yg terkejut dgn jeritan atok terus mengangguk. dan bawa semua budak2 keluar dari rumah atok. Siapa xsaspen bile sepupu sendiri buat hal. “Kal kmu p ambek kris kt bilik atok. Bende ni mmg dh melampau. Pergi panggil ustaz sekali.” bergetar suara atok bile ditinggikn suara. Geram sngt geram.
Kal (bukan nama sebenar) terus pg cpt bergegas keluar bile mendengar arahn dari atoknya. Maria yg mendngar kris yg disebut atoknya. Terus mengamuk. Kris yg digunakan oleh kerabat turun temurun untuk memukul tubuhnya. Maria dgn larian yg sepantas kilat terus ingin membaham atoknya. Dia mahu cepat membunuh atoknya. Tapi atok lebih cekap mengelak.
“Apa yg kau nak huh!! keluar dari badan cucu aku jugk sekarg. Oo patt la kau menghilang selama ni. Aku ingat aku dh buang kau. Ingt kau xkn dtg balek. Rupanya kau menumpng dlm badan cucu aku.”
“Hahaha. kau xkan selamanya boleh buang aku. aku nakkn Cik Maria. Xada siapa boleh pisahkn aku dgn Cik Maria. Maria bersama dgn aku dan aku akn slalu bersama dgn Maria. Cik Maria adalah belahan dari jiwa aku”
Ngaummmm. ‘Ye cuma Cik Maria saja yg aku nntikan. Hanya Cik Maria yg slalu temnkn aku bile aku kesunyian. Ketika semua org mahu buang aku. Tapi cuma Cik Maria yg memanggil aku untuk dtg dekat kepadanya. Dia langsung xada takut bile lihat wajah aku. Wajah aku yg garang mmbuatkan semua manusia memandang hina padaku. Aku benci manusia. Tapi bila hadirnya Cik Maria. Dia beri sinar bahagia buat aku. Aku mahu hidup lama bersama Cik Maria. Aku mahu lihat senyuman dia. Aku tidak mahu ada org lain ambil dia dari aku. Tapi disebbkn perasaan syg Cik Maria pd perempuan tu. Buat aku sakit hati. Aku xnk Cik Maria ada perasaan syg pd sesiapa pun. Aku cuma mahu dia sayangkn aku sorg je dekt dunia ni. Sebb tu aku akn kacau semua org yg gnggu Cik Maria termasuk la perempuan tu yg slalu ambil berat pasal Cik Maria.’
empat org ustaz masuk ke dalam rumah atok bg selesaikn suasana yg tegang. ustaz 1 melaungkan azan bg melemahkan rasukkn Maria. Maria mengelupor kepanasan. Dicakar2 tubuhnya. tiga org ustaz xberlengah lagi terus pg kearah Maria. Digenggam kakinya Maria. Tapi bukannya mudah nk menghalau bnda yg berada dlm tubuh Maria. Sudah berulang kali. Habis berpeluh badan nk berhadapan dgn makhluk yg seekor ni. Org2 lelaki terpaksa memegang tubuh Maria dari terus mencakar tubuhnya.
“Cik Maria sakit. Cik maria badan aku sakit Cik Maria.” bende tu mengulang2 sebut nama Maria.
“Cik Maria.. aku panas. Panas sngt.” Seru lagi bende tu nma Maria. Bende tu semakin lemah.
“Cik Maria mereka semua seksa aku. aku sakit cik Maria. Aku xnak keluar. kalau aku keluar. Mereka semua akn bunuh aku. Aku xnak pisah dengn Cik Maria. Aku xnk keseorgan Cik Maria. Aku sayang Cik Maria.” Lirih suara yg keluar dari bibirnya Maria. Diselangi dgn air mata yg turun. Nafasnya semakin tercungap2. Dan tunggu waktu untuk dibuang dan dibunuh. Hembusan Makhluk tu semakin perlahan.
“Pegang kaki dia kuat.” laung ustaz 3 pada mereka. digenggamnya kaki Maria untuk menarik Makhluk yg berada dalam tubuh Maria. Dengan sekali genggam terus ustaz tu menarik kuat tangannya. Meraung kuat Makhluk itu sehingga untuk kali terakhirnya bende itu menyebut nama Cik Maria sebelum keluar dari tubuh penghuninya.
‘Cik Maria…’
Selepas je aku dengar kisah ape yg berlaku dari mulut Kak Min. Baru aku faham kenapa Maria boleh jadi mcm tu. Aku pun mmg xtw nk kata mcm mne. xsangka akhirnya keluarganya pilih untuk buang bnde tu sendiri. Sedih pulak aku bile kenangkn Maria ni. Tapi aku aku rasa ni mmg jalan terbaik buat Maria.
“Ra!!”
“huh. ape?” tersentap aku bile Kak Min panggil aku.
“Kau jngn lupa nk buang gmbar tu. jngn nk mungkir janji pulk. kalau smpai kt tunng aku siap kau Ra.” kasar terus suara Kak Min pada aku. mmg hilang terus sifat lembut dia selama ni. Hipokrit betul minah ni. hehhh “Ye.” pendek je aku balas. xde kuasa la aku nk simpan gmbar kau tu lama2. naik meluat aku tengk gmbar kau tu ada la. Aku pakai gambar curang kau ni pun sbb nk tahu pasal Maria. kalau x mmg xde makna aku nk hadap gambar ni. Aku buknnya jenis nk jg tepi kain org. Kau tu yg bermasalah. sape soh pg main kayu tiga depan mata aku ngn aina masa shopping. Mmg nasib la jd bahan gosip kitaorg. hahaha
2 hari kemudian..
Tiba2 aku dapat panggilan Dari Encik Enot. katanya nk berjumpa dengan aku. Aku apa lagi senyum2 bahagia la. Dah lama kot aku x dengr khabar dari encik Enot ni. kemana entah dia menghilang. tuttut baru skunk nk muncul depan aku.
“Ra.. kau boleh tolong aku x.?” sayu je suara Encik Enot dipendengaran ku. aku tengk muka dia pon mcm berserabut. Mcam ada trouble besar je.
“Kau nk minta tolong ape ni.” Encik Enot aku sanggup buat ape saje untuk kau tw. bgtw saje la ape yg kau nk. aku sudi nk menolongnya. Amboi kau Ra. demi cinta sanggup buat ape saje. hahaha
haihhhhh. Dngar suara mengeluh dari Encik Enot. ape kene dgn mamat ni. ada masalah besar ke sampai mengeluh mcm tu. slalunya ceria je aku tengk dia ni.
“Kau ada masalh ke.? kalau ade masalah. kau bole cite dekt aku. mne tw aku bole tolong ape2 ke.” tanye aku prihatin. mana tw la kn dgn sifat aku yg ambil berat ni. dia bole cair dgn ayat aku ni. hahaha
“Ra.. Aku cintakan Maria.”
4 Hari Kemudian..
Aku buka pintu hospital. Nak melawat Maria katakan. Lepas je buka terus aku pergi ke arah Maria. Nmpknye keadaan dia pon dh makin pulih. Dia pun dah bngun dari tidur. aku terus ambek duduk di sisi Maria. Lama Aku perhati je raut wajah dia. langsung xde senyum. muka dia sedih je. Aku pun tengh sedih jugk sebenarnya. tapi tu la aku cuba kuatkan hati ni.
“Syg dh xde. Dia dh tinggalkan kite.” luah Maria padaku tiba2. Suaranya perlahan dipendengaran aku
Haihhh. aku mengeluh lg. xtw la berapa banyak nk mengeluh dlm hidup aku ni. penat rasanya hidup mcm ni. tapi itulah. ape2 pon aku anggp semuanya ada hikmah di sebalik apa yg berlaku. Cuma kita sebagai manusia je kne kuat.
“Kau boleh cari pengganti. Sampai
Sampai bile kau nk jadi mcm ni. bende tu semua berdosa Maria. cuba cari kebahagian kau. Aku yakin ade org yg sayangkn kau. Cuma kau je yg xnmpk Maria. Kau xpernah nk tengk sekeliling.” Mcm aku jugk sayang kau Maria. itu cuma aku dpt luah dalam hati je. aku xtw la kenapa aku xbole nk pndng wajah Maria lama2. Hati aku rasa sebak. Aku rasa nk menangis dekat situ jgk.
Terus Maria mendongak pandang wajah aku. aku tahu dia cuba cari anak mata aku. tapi aku cuba pandng tempat lain. aku xbole nk tengk wajah Maria. Hati aku sakit sngt. Ya Allah knapa berat sngt ujian darimu.
“Contohnya siapa.?” Terus Maria bertanya pada aku.
aku ambik masa yg lama nk jawab pertanyaan Maria. aku perlu kumpul kekuatan. Meski berat nak hadapi. aku kne teruskan jugk.
“Tuhan masih sayangkan kau Maria. sebab tu Dia masih bagi peluang pd hidup kau. Kau boleh mati dgn keadaan kau mcm ni. Kau still ade keluarga yg masih ambil berat pasal kau. Mereka semua sygkn kau Maria. dan juga…” rasa berat aku nk jawab. sakit. ye tu yg aku rasakan.
“Dan juga Enot. Dia pun cintakan kau Maria. kau patt buka pintu hati kau untuk seseorg yg bernama insan. Bukannya dari golongn yg bukan manusia.”
“tak ade maknanya. Kau merepek ape ni Ra. Aku taw kau suke kan Enot. Kenapa aku pulak.”
aku dah taw semuanya Maria. Dia pilih kau bukannya aku. buat apa kau nk sembunyikn lagi. aku dah penat Maria. aku cuma mmpu ckp dalam hati je. Maria terus merenung tajam mataku. aku tahu dia boleh dengar kata hati aku.
aku tahu dia boleh dengar apa yg aku katakan.
“Mana ada. aku xsuke kn dia lah. hahaha.” aku cuba ketawa tapi aku rasa mcm pura2 je. Hipokrit betul la kau ni Ra. Lepas je aku ckp mcm tu. terus aku bangun dari tempt duduk di sebelah Maria. Aku xboleh nk duduk lama dekt situ. krg xpasal2 pecah empangan. haha
“Okey la Maria. aku balek dulu ye. Kau jage diri tw. jge makan. tolong jge kesihatan. tolong jngn buat bnde2 dulu lagi.” habis je aku bg nasihat. perlahan aku kucup ubun2 Maria. Aku dh xbole nk jge kau lg Maria. Mungkin aku dh xbole tengk kau mcm slalu. Aku harap dia boleh jge kau dgn baik.
Lepas abis je aku kucup Maria. Terus aku mengorak lngkah untuk pergi. langsung aku xpandng wajah Maria. aku tak nak Maria tengk muke aku yg kecewa sebenarnye. xpela. biarlah kali ni aku mengalah untuk dia.
“Ra.. terima Kasih.”
8 Bulan kemudian
“Ma ingt nak kamu smbung study kt luar negara.” terus mak aku bagitw dia punye keinginan pada aku.
“Apsal je tetiba ni ma. xnak la ma. Ra lebih suke dok sini.” pelik aku ngn mak aku sorang ni. buang tabiat apa. owg sikit punye xnk jauh dari dia. Dia pulk nk hntar kite jauh2 dari dia. dah la skunk ni aku makin cept touching. Aku pon xtw la. Terasa diri aku yg dulu dh hilang. haihh.
“Ra ketika Rasullulah itu mahu mengembangkan Islam. Apa yang baginda lakukan.?” tanya mak aku pada aku.
aduh mak aku ni. tanya soalan agama pulk dekt aku. bab agama ni dh la aku lemah sngt. haihhh. aku pun dok pikir la. tapi blur gile otak aku ni. rasanye ni soaln mudh dari mak aku. tapi kenapa otak aku kosong gile. xboleh nk jawab lngsung.
“Owg xtw la ma.” jawab aku jujur
“Hijrah. Dari situ kamu boleh jumpe sesuatu yg baru. pengalaman di tmpat org. tengk budaya org mcm mne. mungkin ade yg baik kmu bole ambil disana.” panjang lebar mak aku bg jawaban.
terkesima aku. soalan mudah. aku xbole nk jawab. 19 tahun ko hidup mmg kau xprnh nk ambil ilmu dari org tua kau sendiri. Terasa buruk ape yg aku buat selama ni.
Mak kau mmg ada daya tarikn yg boleh buat aku mengagumimu dalam diam. Sungguh mmg ada Nur diwajahmu. haihhh Tuhan kau hadiahkan aku seorg bidadari yg slalu ade di belakang aku. Xpernah putus semangt beri kata2 buat aku. Ini sudah cukup buat aku. Bile fikirkan Maria, Dia patt dpt ape yg dia inginkan. kebahagiaan. Itu doa aku untuk kau Maria.
4 Bulan Kemudian..
“Beb kau biar betul nk pg ni. aku mcm mne. siape nk teman aku p shoppng nnti kalo bukn kau.”
Aina2.. buat air mata pulak dia depan aku. bersosep2 aku dengarnya. rimas pulk aku rasa.
“bukannya aku x balek pon. setahun sekali aku balik la. mengada2 la kau ni.”
“Bile kau p beb?”
“minggu depan”
huh. cepatnya”
“yelah.”
“ok la beb ape2 hati2 tw. Jage diri. sayang kau wei.”.
“Sayang kau jugak.” untuk sekian kalinya. aku pon menangis la mcm Aina. haihhh drama airmata betul la.
Aku masih ingat lg ape yg Aina kata pada aku tntg Makcik Nu. Kesian jgk la aku pd Makcik Nu tu sebenarnya. Aina kata. Makcik Nu ade seorg anak perempuan. tapi sayangnya meninggal terlalu muda. Makcik Nu masa tu baru je lepas berpantang. So masa makcik Nu nk bg susu pd anaknya. tanpa dia sedar dadanya yg bg susu tu tertekan wajah anaknya. sampai xbole nk bernafas. sebb tu la anaknya mati. Lagi satu makcik nu nie berkawan dengan bunian sebab tu dia pelik sikit . aku sikit punye terkejut je dngr cerita Aina ni. xsngka boleh jd mcm tu. Aina kata mmg meroyan gile makcik Nu tu. xabis2 sebut nama anak dia. tapi aku boleh respect suami dia la. even isteri dia sakit tetap jugk dijagenye sampai pulih sedikit. Payah nk jumpa laki mcm tu. kira bertuah jgk la makcik Nu tu. hahaha
Dan pasal Encik Enot pula. Kata Aina pulak. sebenarnya bapak Enot ni seorg dukun. mau xterkejut aku. berapa bnyk lg nk terkejut daa.. haha.. Patut la masa tu dia prnah kata dia ade penjaga. aku xde la nk percaya sngt. aku pikir laki ni toya je lebih. saja nk takutkn la aku malam tu. tapi bile Aina cerita. xtw la nk percaya ke x. tapi biarlah dia. Asalkn dia bole bimbing Maria dgn baik sudah.
Pasal Mail pulk. boleh pulk dia kate snggup nk tunggu aku. Pulak dah menunggunya. mcm2 la kau Mail. pening aku nk layan kau. Tunggu la kau seribu tahun lg. xmau aku dgn kau. hahaha. aku snggup jd andartu dari pilih kau. haha
Untuk Maria . Andai kata kau bace kisah ni. Maaf aku tak boleh nk jd kawan terbaik dlm hidup kau. Aku dah cuba nk jaga kau dgn baik. Tapi aku sama mcm org lain. aku xkuat nk terus bersama dgn kau dgn ape dh berlaku. Sorry sbb aku xbgtw kau aku nk pg jauh. Moga kau slalu dlm lindunganNya.
Dan untuk yang pernah hadir dalam hidup aku. Tolong jaga Maria dan sayangi dia. Macam mana aku syg dia.
Tentang kehidupan yang tlh bnyk mengajar aku tentg kesetiaan pada persahabatan, Ketaatan pada Tuhan, penghormatan pada ibu bapa ataupun pengorbanan dalam percintaan. Semuanya membuatkan aku harus padang sekeliling. Apa yang Tuhan ciptakan, semuanya perlu dimengerti. Bukan untuk mencaci sesama insan, Tapi untuk kita mencari di mana sebuah kesabaran dalam kehidupan dan juga dalam diri kita sebagai seorang Hamba.
“Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku” (Surah adz – Dzariyat) (Ayat 56)
TAMAT
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
biannnn tu apa..
Soalan yang sama nak tanya hihi
nak komen yg sma jgk.. biannn tu natang apa?
Biann tu rasenye maaf. Bahasa korea. Huhuhu.
ha ah..biann tu maaf dlm korea
Menarik cerita ni. Cuma penulisan still boleh diperbaiki. Anyway, thumbs up to writer!
Mujur ada link part lepas2. Last update tahun lepas pnya. Kalo tidak jenuh aku nak ingat balik story ni jln cerita mcm mana.
kesimpulan. kedua-dua cinta mereka (Ra & Maria) tidak kesampaian. gitu
sedeyyy…sob3….
Sedihnyee cerita..
kesian bang mail…???
sedihnya. semoga terus kuat
setahun kemudian….
pantasnya masa berlalu
Saya sorang ja ka yg kasian kat mail?
aq follow dr awal cite nie sampai abis..memang terbaik..sedih pon sedih