Lagenda Harimau Jadian

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca FS semua. Mungkin semua tertanya siapa aku. Betul x? Nama aku Asyura. Seorang penulis yang menceritakan kisahnya di “Bilik Kakak dan Alunan Merdu”. Ya itulah cerita pertama aku. Maaf pada yang tak berapa suka bila berceritakan tentang solat dalam cerita pertama tapi pada aku takde masalah sebab semua orang takkan tahu siapa aku . Sebenarnya aku di sini bukan untuk menceritakan sambungannya atau sebaliknya. Tapi apa yang aku nak ceritakan di sini adalah kisah cinta sahabatku Maria (bukn nama sebenar) dengan pendamping harimau jadian.

Aku dan kau bertemu dalam dunia yang berbeza
bertamu cinta pada pandang pertama
pedamping sepanjang nafasmu
lihat kota itu; tempat aku dan kamu beradu rindu
tapi kini aku mesti berlalu pergi
keseorangan tanpa kamu lagi
dan itu harus aku lakukan
demi tidak menyakiti tubuhmu lagi

Agak pelik kenapa aku berpuitis di sini. Ini bukannya drama yang aku nak paparkan. Tapi cukuplah sekadar perkongsian bahawa ada juga makhluk yg mempunyai perasaan pada seorang manusia. Ketahui lah aku bukannya ingin mengaibkan sesiapa mahupun sahabatku sendiri. Anggap saja kisah ini mampu membuka mata kalian untuk mengetahui ape yang tersembunyi di dunia ini. Ataupun membuka lembaran cerita baru buat sahabatku yang jauh di mata

Tidak semua cinta itu memiliki. Meski berat untuk menerima apabila jatuh cinta dengan seseorang hidup dalam dimensi yang berbeza dengan kita. Ya betul tu. Itu lah yang berlaku pada sahabatku Maria. Terpaksa hadapi sekiranya dia telah mempunyai pendamping sejak kecil lagi. Bukan mudah untuk mengikat hubungan dengan makhluk yang bukanlah dilahirkan untuk menjadi seorang manusia. Tapi menjadi peneman setiap masa.

8 tahun lalu..

“Kau biar betul maria. kau Jangan cuba nak buat lawak dengn aku.” terkejut aku bila maria bagitaw dia mempunyai pendamping untuk jaga dia. Sebenarnya itu bukanlah yg mengejutkn aku. Yang buat aku rasa nk terberak dekat situ bile die bagitaw. Dia punya perasaan pada pedampingnya.

“Kite tak tipu kamu la. Macam mana kite nak buat. Kite dah cuba nk buang bende tu. Tapi kite tak sampai hati. Sebab dia (harimau jadian) slalu ade dengan kite. Selalu main dengan kita. Selalu pujuk kita bila kita nanges.” luah maria sambil menangis depan aku. Bersungguh betul cerita dia pada aku. Aku tak tahu nak cakap ape. Lagipun dari segi tuntutan agama, berdosa bila menjaga bende2 mcm ni. Aku cume mengeluh panjang sambil tengak dia nangis persis budak kecil. Dah banyak kali aku tegur. Still jugak Maria tu degil.

Akhirnya aku tersedar dari lamunan bila terlalu jauh aku fikirkan tentang Maria. Maria pada pandanganku. Dia seorang wanita yang comel, baik, lemah lembut dan ada sifat penyayang (keibuan). Mungkin itu salah satu punca menyebabkan harimau jadian ni jatuh cinta degn Maria. Dan siap sedia untuk jadi pendampingnya. Kata Maria padaku, harimau jadian tu adalah saka dari keturunan nenek moyangnya. Jadi mungkin nasibnya bila saka tu jatuh kepadanya.

Maria pernah bagitahu aku bahawa dulu dia suka mengatakan pada atuknya dia menginginkan harimau jadian itu menjadi pendampingnya.

“Arwah oyang dulu. Kalau dia mahu pergi ke mana saja. Arwah oyang pasti akan bawa bende tu bersama ikut dia ke mana saja”, kata atuk pada seorang budak kecil yang tidak mengerti apa2 tentang makhluk halus.

“Wah atuk seronoknya. Maria nak dia jaga maria tok!!”. jawab Maria teruja bila mendengar tentang harimau jadian milik keturunannya. Lantaran pula, Maria ketika itu baru berusia 6 tahun. Langsung tidak tahu ape dia katakan. Maria langsung tidak tahu kalau katanya itu boleh membakar dirinya. Tanpa dia sedar Harimau jadian yg dia inginkan tu mendengar perbualannya dengan atuk. Hah pada aku sudah tentu bende tu suka kan sebab ada orang mahu menjaganya.

Lagipun untuk pengetahuan pembaca bende tu baru kehilangan tuannya dan masih bersedih dengan kepergian arwah tuannya. Aku dapat tahu pun selepas Maria ceritakan segala kisah hidupnya pada aku. Rasa terlalu cepat waktu berlalu. Kadang terlalu sukar untuk mempercayainya. Tetapi itulah kenyataan yang terkadang tak masuk dek akal fikiran manusia. Mungkin..

Bersambung

asyura
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

12 comments

  1. Tak suka bila sambung2 macam ni. Spoil mood. Unless kalau dah panjang sangat tak apalah jugak, ni rasa mcm baru start baca dab nak tahu cerita selanjutnya, tup2 bersambung. Spoil giler. Maaf kalau terasa.

  2. aku syak ni tiru dr mana2 novel..pemalas tol nk tulis panjang2..acah2 nk femes ke kak..baca x sampai 5 minit dah sambung…baik broadcast lam wasap je..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.