Trip Di Penang

Assalamualaikum dan haii korang. First sekali nak cakap terima kasih pada pihak FS jika cerita aku ni dipaparkan di page ini dan terima kasih jugak pada peminat setia FS yang sudi baca pengalaman seram yang aku lalui nya sendiri. Okayy aku lebih prefer orang kenal aku sebagai F. Cerita ni maybe agak cliche tapi bila kau sendiri yang laluinya maybe kau akan ingat sampai bila2.

Kisah dia macam ni, terjadi tahun ni jugak(2016) dalam pertengahan tahun aku tak ingat bila tarikh dia. Hehe sorry. Kejadian ni jadi masa aku dengan kawan-kawan aku pergi trip ke Pulau Pinang selama 2 hari 1 malam. Ni kiranya trip last memory untuk kiteorang form 5 tahun akhir di sekolah. Oh lupa aku bersekolah di Ipoh.

Okayy hari first tu semua berjalan dengan lancar jee. Start trip ni jadi terganggu bila malam hari first tu kiteorang pergi ke pasar malam Batu Feringgi, then adalah sorang kawan aku ni aku gelar dia A, mulut dia ni jenis yang main lepas cakap je alah bahasa kasarnya mulut celupar lah (sorry weh tak ade maksud pun) and dia ni suka gelak melampau tau walaupun kadang cerita tu takde la kelakar mana but dia suka gelak kuat2. Aku pun ade jugak terpikir dalam hati “dia ni suka sangat nanti ade benda datang baru tau” (jahat jugak aku ni huhu).

So dalam perjalanan nak ke pasar malam BF tuh, si A ni ade cakap something tau, dia kata, “wehh, mesti ade hantu kan kat hutan tu. Aku nak tengok lah, hahaha” macam tuh la kot. Lupa pulak nak cakap jalan nak pergi Batu Feringgi tu kan ada hutan tepi2 dia so time tu la dia cakap. Then dalam 15 minit macam tuh dia suruh kawan sebelah dia Z ni tutup langsir tingkap dalam bas sebelah dia tuh. Then si Z pun tutup terus and dia tanya kenapa? Tau ape A cakap, dia kata dia nampak ‘benda’ tu “lelaki” kat hutan tepi jalan tuh panggil nama dia and ajak dia kawan (kan aku dah cakap ada benda dah berkenan dengan dia).

Lepastuh, time otw nak balik dari BF tuh si A ni dah mula meracau racau macam kena sampuk. Aku dengar dia jerit-jerit cakap “jangan kacau aku lahh. Aku taknak ikut. Pergi!!” sambil nangis2. Haa kebetulan pulak cikgu yang pengiring trip kiteorang ialah ustaz, ustazah and sorang cikgu cina. So Alhamdulillah la ada orang yang boleh tolong ubatkan. Ustaz datang kat tempat A ni and tolong baca-baca kan ayat2 Al-Quran sambil pegang kepala dia. Lama jugak lah A ni meracau pastu dia senyap ingatkan dah elok lah. Bila bas dah sampai dekat kompleks belia dan sukan (tempat kiteorang bermalam kat situh) semua pun keluar lah bas then tiba2 si A ni meracau balik pastu jerit-jerit sambil nangis.

Ustaz pun baca lah ayat-ayat kat dia. Then bila kiteorang semua dah nak masuk bilik, (okayy tempat ni macam dorm dua tingkat tapi kecik je. Budak perempuan tidur dekat atas dan budak lelaki tidur dekat bawah. Kiteorang dah dibahagikan bilik masing2 kat atas ade 4 bilik. Aku tak tidur sebilik dengan si A ni) bila dah sampai depan pintu tiba2 si A ni pengsan kat depan pintu. Kiteorang yang lain jerit la panggil ustaz pastuh kiteorang tolong angkat kan dia masuk ke dalam bilik. Aku pun tolong la angkatkan. Mak aihh sumpah berat gila wehh!! Dalam 6 orang jugak lah tolong angkat dia still jugak berat. Meremang bulu roma aku time angkat dia.

Start dari situ dia dah mula kena histeria menjerit-jerit bagai. Yang budak lelaki lain pulak ustaz mintak bacakan yassin kat atas kat luar bilik. Pastu A ni jadi makin teruk sampaikan muka ustaz kena tendang dengan dia. Serius lah kuat gila ‘benda’ tuh. Kesian ustaz. Maybe dia marah kot sebab tak jaga mulut. Time ustaz tengah ubatkan tuh si Z pulak yang tadi tuh meracau sekali. Dia time tuh dalam bilik yang sama lepastuh ustazah bawak dia keluar pergi bilik ustazah. Muka dia pulak time tuh macam tengah senyum sambil nangis pastuh menjerit-jerit sekali. Suasana time tuh kucar kacir dan riuh dengan suara jeritan dan suara bacaan yassin. Orang yang paling penat ustaz la sebab benda tu macan gilir pegi kat badan si A pastuh badan si Z pulak. Pastuh sorang budak laki ni dia azan kan kat luar banyak kali jugak lah. Kiteorang memang dah penat giler sebab sampai pukul 3 pagi tak settle2 lagi.

Lupa nak bagitau time deme tengah meracau tuh tiba2 ade kucing hitam atas atap depan bilik kiteorang tiba2 muncul. Lepas tu ade sorang budak laki ni dia pun halau la kucing hitam tuh. Lama jugak kucing tu duduk situ tiba2 dia pun pergi. Dalam semua tengah kalut tuh baru perasan kucing tu tetiba hilang (meremang betul time tuh).┬áSi A ni lepas dia dah sihat tuh dia kata dia sesak nafas sebab aku rasa ‘benda’ tu tindih atas dia sebab tu dia susah nak nafas. Then malam tu jugak terpaksa call ambulance. Bila ambulance datang dia check si A pastuh terpaksa angkat si A guna pengusung tuh (aku tak tau ape nama benda alah tuh haha) sebab A ni tk boleh bangun. Then time nak bawak masuk ambulance pun terpaksa sampai 4 orang lelaki dewasa tolong angkat sebab berat sangat kot. Hmm

Bila semua dah reda kiteorang pun masuk tidur. Semua takut nak tidur atas katil (double decker) tuh so semua tidur kat bawah ramai berhimpit2 macam ikan sardin la jawabnya. Yang ni dalam bilik aku lah bilik budak yg lain tak tau pulak macam mana. Dalam pukul 4 pagi macam tuh aku terbangun. And benda ni sampai sekarang aku tak pasti aku mimpi ke tengah mamai ke tapi aku rasa benda tu macam betul2 jadi. Aku terbangun and jenis aku memang kalau terbangun terus duduk.

Then time tuh selang bape orang kawan aku tengah tidur tu aku ternampak si A ni tengah duduk pandang depan. Aku tak fikir apa masa tuh sebab tengah penat dan aku kata dalam hati yang dia dah balik dari hospital kot dan tumpang tidur dengan kiteorang sekali. Aku pun terus tidur balik.. Esok paginya aku tanya la kawan2 si A ni yang deme or A ni ada ke tidur dengan kiteorang. Pastu tau apa jawapannya? Deme kata ” A ni baru je balik dalam pukul 6 macam tuh time subuh la”. Aku pun terus diam apa lagi nak cakap kan. So apa yang aku nampak semalam tu bukan A lah habis tu sapa pulak?? Hmmm…..

Okayy tu jelah ceritanya and pengalaman yang aku rasa seram bagi aku. Aku tak akan lupa pasal trip ni sampai bila-bila dan apa yang terjadi malam tu memang nak mengajar kiteorang terutama si A ni supaya berfikir dulu sebelum berkata. Okay la cukup sampai ni. Panjang sangat dah ni. Thanks korang sudi baca cerita ni sampai habis walaupun agak panjang. ~ F

F
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *