Sihir dan Rumah

Assalam warga fiksyen shasha. Harini aku akan sambung bahagian 2 cerita ni.

Cerita ni bermula masa mak aku bawak adik aku berubat. Adik aku duduk depan ustaz, ustaz tu letak tangan atas kepala adik aku dan terus mulakan bacaan ruqyah. Bergema rumah ustaz tu dengan alunan ruqyah yang dibaca. Masa ni aku dengan mak aku duduk tepi adik aku, dalam jarak 2meter. Yela sebab kitorang pun takut jugak sebenarnya(haha). Dalam 1minit bacaan tu, tiba2 adik aku menangis. Macam budak2 menangis, sambil dia rapatkan badan ke dinding dan semakin tertunduk. Tapi tangan ustaz tetap di kepala dia, dan bacaan masih diteruskan. Lepas tu ustaz berhenti, ustaz tanya “kenapa kau kacau dia”. Adik aku still menangis, kami tau yang tu bukan diri dia. Lepas tu dia jawab sepatah perkataan,”sayang”. Ah aku dah tergamam asal pulak benda ni sayang-sayang. Benda tu masih ulang 2 3kali perkataan sayang tu. Ustaz pun tanya lagi, “kau nak keluar ke tak nak”. Ustaz pegang jari kaki adik aku, tapi benda tu still menangis. Sayu dan seram, benda tu tak nak keluar. Meremang pulak bulu roma aku cerita.
Lepas tu ustaz kata,”panggil mak kau”. Ah sudah.. ini anak rupanya. Adik aku still nangis lagi, ustaz teruskan bacaan ayat suci. Tiba-tiba adik aku berhenti nangis, riak muka dia macam berubah jadi cam garang. Part ni aku tak ingat sangat, sebab masa tu seram melampau. Haha. Aku kalau takut memang aku abaikan je. Yang aku ingat ustaz tu nak islam kan mak benda tu. Sebenarnya benda tu ialah benda yang menyerupai budak lelaki yang selalu nak dekat dengan adik aku. Yang mak dia ni ialah langsuir. Yang selalu kacau aku dan adik aku, seperti cerita aku dalam bahagian sebelum ni. Kembali pada cerita tadi, ustaz tu pun cakap “nama aisyah nak?”. Benda tu geleng kepala. “nama Fatimah nak?”. Dia angguk pulak. Jadi nama diberi ialah Fatimah. Lepas Fatimah mengucap kalimah syahadah, ustaz pesan pada Fatimah “1 keluarga kamu,jangan lagi kacau keluarga ni.” “Lepas ni bawak keluarga kamu pegi masjid j***** e****, duduk belajar agama kat sana.”
Jadi lepas tu ustaz bagi air tawar macam biasa, dan suruh teruskan amalan sebelum ni. Kali ni aku cerita sikit pasal air tawar ni. Air tawar ni bukan betul-betul air tawar, ustaz tu cuma bagi limau nipis dan daun(tak ingat daun apa, tapi daun ni digunakan untuk buang gangguan jin.korang google sendiri k). Daun dan limau ni dah dibacakan ayat suci. So balik rumah, 2 benda ni kena campur air buat mandi. Kesan lepas mandi tu, memang menyakitkan. Rasa sakit dekat belikat, badan sejuk macam demam. Setiap sendi-sendi yang jadi tempat benda tu bersarang dalam badan, akan rasa sakit. Macam mana aku tau? Sebab aku pun kena berubat, tapi bukan sebab benda rumah ni.
Jadi rawatan dengan ustaz diteruskan 2 3kali lagi, tapi tak de apa-apa yang seram. Keadaan adik aku pun bertambah baik . Benda rumah ni pun dah start menjauhkan diri. Walaupun hakikatnya kitorang tau benda tu still dalam rumah ni. Memang benda tu dah masuk Islam, tapi kena ingat sebaik-baik jin ialah sejahat jahat manusia. Dan aku tak rasa pun dia pindah pegi masjid macam yang dia janji.
Sebab aku still dengar bunyi orang bersembang malam-malam. Dengar bunyi tapak kaki kat tangga, tapi takde orang naik. Mesti semua orang nak tau, apa benda yang sebenarnya ada dalam rumah aku. Yang aku dah cerita, budak lelaki dalam lingkungan 4 atau 5 tahun dan mak dia. Sebenarnya bapak dia pun ada, yang ni dalam bentuk lembaga hitam. Mak aku pernah nampak. Macam ni, mesin jahit mak aku ni terletak kat tepi tangga ke tingkat atas. Mak aku ni suka jahit baju malam-malam sorang-sorang. Satu hari ni, tengah dia syok menjahit tiba-tiba satu lembaga hitam turun elok je dari tingkat atas. Saiz macam bapak orang. Satu lagi kes, mak aku baring nak tidur. Masa nak lelap tu, lembaga yang sama masuk melalui pintu bilik. Terus pandang dia, tapi dia pandang je. Dan ingat lagi tak 2 orang budak yang aku cerita dalam bahagian sebelum ni, sorang lelaki sorang perempuan. So aku ngan adik aku andaikan yang diorang ni 3 beradik. Sebab memang jelas beza umur, Cuma muka yang tak jelas.
Jadi sampai sini saja cerita aku. Kami sekeluarga masih tinggal di rumah yang sama, bersama keluarga Fatimah. Aku dan adik aku dah berkahwin dan dikurniakan anak. Anak aku dah pandai bercakap, kadang-kadang dia nampak Fatimah atas almari. Dia suruh Fatimah turun, dia kata bahaya tinggi. Budak-budak hijabnya masih terbuka.
Terima kasih sudi menunggu&membaca.
#theyliveamongus.

nora
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

20 comments

  1. Adakah cerita ini berkaitan dengan sihir? Gaya penceritaan lebih kepada ‘touch n Go’. Sekadar untuk berkongsi pengalaman dan bukan untuk membuatkan pembaca berasa seram atau berada seperti keadaan penulis.
    6/10

    1. Kan…paling x pon bg la link sekali.rasanya pnh baca tp xingat yg mana.ramai kot cerita pasal rumah dlm fs ni..

    1. ya setuju, ayat tu salah dan rekaan je. kalau nak kata selalu dgr, mmg selalu org ckp ayat tu. but that does not make it right. there is no such thing as ‘sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia’.

      betulkan yang biasa, biasakan yang betul.
      terima kasih atas teguran tokwan.

  2. ape ko merepek ni nakk..
    ni dari cerita mana?tibe2 je muncul mak bawak adk pegi berubat..
    diibaratkan makan nasi kerabu tanpa budu..ok..xde kaitan..

  3. Sebaik baik jin adalah sejahat jahat manusia adalah satu kenyataan bodoh..haha..
    Jin ada yg islam.ada ulamak.ada yg jd sahabat Nabi… baca tafsir surah jin la bro

  4. sape ajar ko sebaik2 jin sejahat2 manusia?? tu istilah yg dh jadi makan org islam malaysia kita je…x wujud sbnrnye ayat tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.