Aku Lana.
Sejak boleh melihat alam ghaib ni aku jadi minat benda-benda mistik. Antaranya mencari lagu, video seram, game online pun yang seram-seram. Satu hari aku dapat search satu lagu yang agak misteri. Penyanyi Alda yang popular dengan lagu Aku tak biasa. Ada kisah misteri di sebalik lagu itu. Selepas tiga hari lagu ini dibuat, Alda ditemui m**i dalam sebuah hotel. Kematiannya kononnya berpunca kerana overdose dan ada kaitan dengan teman lelakinya…
Namun selepas forensik siasat, Alda telah m**i 7 hari sebelumnya. Misterinya, siapa yang record lagu itu?Pengurus Alda tidak tahu kewujudan lagu itu, khabarnya lagu itu telah siap-siap direkod. Di kabarkan bahawa Alda kecewa dengan kecurangan kekasihnya. Dan lagu ini seolah ditujukan untuk kekasihnya. Para pembaca boleh search di google lirik lagu ini berserta lagunya sekali. Boleh dengar, nyanyi jangan. Aku sertakan liriknya di bawah.
Malam sunyi ku sendiri
Duduk sepi di atas pohon
ku biarkan rambutku terurai
Tanpa kaki kelelawar
Anjing & bulan purnama
ku menanti kekasihku
yang belum m**i..
kapan m**i
kekasihku
ku menanti kau di sini.
Ayo m**i b***h diri
Biar kita jumpa lagi
seperti dahulu..
Mana mungkin ku kembali
Hidup lagi seperti dulu
kecuali engkau m**i
Mohon mengerti.
Lagu ni aku kira lagu memanggil, dan aku menyesal menyanyi lagu ni. Hahaha. Selain lagu Nina Bobo, lagu ini dan lagu Cindai pun ada mistis tersendiri. Cindai itu bermaksud hantu, betulkan kalau aku silap. Pernah aku nyanyi lagu ni, aku menari gemalan tanpa sedar. Seolah separuh diriku di kuasai aura lain. Di jadikan cerita.
Pada malam itu, bekalan elektrik terputus dalam resort. Internet secara langsung tiada. Kami tiada generator. Maka bergelaplah kami bertemankan cahaya bulan penuh. Ada tiga orang staff bertugas malam itu. Aku dengan kak long cuma stay dekat cafe. Duduk kuarters, gelap. Dalam cuaca kelam tu, ramai jugak guest duduk di cafe. Hampir penuh. Aku rasa sesak. Hidupkan lilin dan letak satu persatu di meja guest. Mereka memandangku tajam. Malam sepi. Hanya kedengaran bunyi-bunyi cengkerik. Guest lain pun senyap sahaja.
Masa ni suami Jenni staff kaunter, datang. Sementara menunggu waktu pulang dan menunggu bekalan elektrik bersambung, kami pakat ramai-ramai duduk satu meja besar. Meja itu sajalah yang masih ada. Yang lain penuh. Termasuk suami Jenni kami semua berenam. Mula-mula cerita kami biasa-biasa saja. Jenni dan suami dia cover lagu sambil memetik gitar. Santai. Masa itu aku teringat lagu Alda yang aku search tadi, siap save dalam handphone.
Aku perdengarkan. Jenni dan yang lain ni hati kering. Cuma cheff kami Ali saja yang ada penakut sikit. Tu yang sampai cikk ponti ikut tumpang balik tu. Rambut sampai tersangkut kat tayar motor. Tak tahu lah macam mana dia sampai rumah Ali dengan rambut tersangkut begitu.
Kami ada staff baru Joana. Part timer jugak macam aku. Masa dengar lagu ni, dia pun ikut nyanyi siap petik-petik gitar ikut irama. Aku dah start nampak. Resort ni banyak betul pokok besar. Ada dua pokok besar depan cafe. Satu depan entrance, dekat tepi ada pokok ara. Di bawah pokok ara itulah ada petempatan keluarga makcik karipap.
Bila Joanah nyanyi part lirik
“malam sunyi ku sendiri
duduk sepi dia atas pohon
ku biarkan rambutku mengurai..” dia dah duduk atas dahan sambil kakinya berjuntai. Rambutnya persis dalam lagu. Mengurai panjang. Dalam kelam malam tu, tiada sesiapa yang perasan dia duduk sana menikmati lagu.
Aku boleh dengar sendu sedannya sambil memandang tepat ke arah kami. Dia bukan penyanyi Alda. Tapi lagu itu seolah memanggil cik ponti. Percaya atau tidak, cik ponti bawah pokok depan entrance pun memunculkan diri.
Selama aku kerja sini, ada empat cik ponti. Dua di dalam kuarters, satu lagi dekat pokok besar depan kuarters. Satu lagi depan entrance ni. Atas pohon ni baru singgah.
Sesuai dengan lagu, cik ponti duduk mendengar diiringi suara menangis. Cik ponti depan entrance pulak sudah berdiri hampir depan cafe. Aku suruh Joana berhenti menyanyi. Ali pun sudah duduk seram. Haha.
“Janganlah nyanyi, aku nak balik jauh ni, Dah lah gelap”rintih Ali. Dia tinggal di kampung sebelah. Jalan gelap, cuma naik motor. Takpa cik ponti boleh teman.
“Apa nak takut Ali, durang tu pun makhluk tuhan. Tuhan tu lagi berkuasa. Durang tu tiada kuasa apa-apa pun.” kata Jenni. Serentak semua guest di cafe menoleh tepat memandang Jenni. Tajam. Kurang senang. Opss. Masa ni aku sedar sebahagian dari mereka bukan manusia.
“Kak long, ramai ka guest kita malam ni?”aku tanya kak long untuk kepastian.
“Tak ramai..tu ada dua meja jak. Ada 4 orang. “Ohh..aku mengerti. Patut mereka serentak tengok Jenni tadi. Patut aku rasa sangat padat cafe dari tadi.
Tepat jam 11 malam, kami bergerak pulang. Time ni lah cik ponti depan entrance ikut Ali balik. Rambutnya tersangkut dekat tayar motor. Ali ni pun, kawan belum sedia dia dah pecut. Tak sempat kawan sanggul.
Aku dengan kak long lagi selesa berjalan kaki untuk balik kuarters, Joana, dia ada motor, bila lalu sebelah kami dia hai-hai jugak..yang kat belakang pun elok pegang bahu tumpang balik.Cik ponti yang duduk atas dahan tadi ikut tumpang belakang Joana.
“Kak long , Lana..tak nak tumpang ka?” laungnya. Aku ketawa, sambil menggeleng
“Kalau kak long nak ikut, naik la..”kataku sambil ketawa. Cik ponti di belakang siap pegang bahu. Alamak aii…Dan aku lihat dia tumpang sampai depan kuarters saja. Tak masuk. Dalam kan ada lagi, nanti gaduh..hahah. Mereka sejenis akan jaga kawasan mereka sendiri.
Di hari lain. Waktu malam jugak. Hujan sangat lebat. Bekalan elektrik jugak terputus. Kilat sambung menyambung. Kak long bimbang sangat kucingnya Oyen tertinggal di cafe. Dia bertegas untuk mencari oyen di depan.
Joana main gitar sambil nyanyi lagu menanti kekasih. Lepas tu dia nyanyi lagu pulangkan. Lagu cindai. Kira habis la lagu-lagu cerita hantu dia nyanyi.
“Tak payah nyanyi la lagu-lagu tu Joana” Tegah kak long.
“Alah kak long ni, lagu jak la kak long, mana ada hantu.” hati kering Joana
“Yalah..yang penting kak long dah tegah. Kak long nak ke depan ambil oyen. Tak nak ikut ka..sure duduk sini gelap-gelap?”
“Ya..mana ada apa-apa, nak takut apa” serentak kilat menyabung. Dari sliding door kak long dah nampak cik ponti berdiri tegak. Meremang jugak bulu roma kak long.
“Yalah ..jangan kata kak long tak ingatkn pulak.” seraya kak long melangkah keluar jugak. Buat-buat tak nampak. Joana masih melalak menyanyi lagu hantu.
Setengah jam selepas itu, apabila hujan mulai reda, aku dan kak long balik. Bila sampai depan kuarters kak long sapa Joana. Dia duduk membatu. Ingatkan masih melalak lagi…
“Ai Joana kenapa diam-diam ni?”
“Masuk la kak long dulu, Lana. Tutup pintu cepat.” Ai pelik. kenapa minah sorang ni. Dia suruh kami duduk rapat.
“Dah kenapa?”
“Tadi masa kak long keluar, Joana tinggal sendiri,kan lampu takda, guna lampu handphone jelah. Kak long tau tak, banyak bayang-bayang kacau Joana tadi. Dari skrin tv tu nampak banyak lalu lalang.” Dia hampir menangis.
“Bayang-bayang ko agaknya.” seloroh ku.
“Bukanlah Lana..ia macam shadow..tau tak shadow..ada asap-asap hitam. Bayang hitam dekat dinding lantai atap semua..”
“Tu lah kak long dah cakap, jangan nyanyi..nyanyi jugak..kan dah kena. Kak long dah nampak dah siap-siap depan kuarters tadi, ajak keluar tak nak.”Bebel kak long.
Aku nak gelak pun ada.
Sebenarnya benda tu masih ada pun. Tengah duduk perhati kami. Joana hampir menangis.
Kesimpulannya, benda-benda ni wujud je. Time aku menulis ni pun dia ada sebelah. Cuma akui kewujudan mereka, dan anggap Allah itu lagi berkuasa atas makhluknya.
Jangan takut pada hantu,
takut pada manusia,
Moga Allah melindungi kita semua dari syaitan yang direjam.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Lagu cindai siti nurhaliza nyanyi die hidup lagi.
beraninyaa awak eh ðŸ˜
tak berani la fafa..takut jugak,,
saya suka semua cerita awak.. cerita lah banyak2 kisah lagi taw.
tima kasih ..hanya cerita untuk di kongsi cik
Nice la kak , akak guna la tagline , nanti senang sikit nk cari cerita baru akk 😬
j,akk tak pandai..
terima kasih..terima kasih baca cerita Lana.
Best yerr boleh nmpk tapi agak seram jugalh trutama bila sma” dgn kwn yg blh nmpk nie, sbb nnti ada lah crta drng tuu buat mlm tk dpt tido, btw best cite nie, truskn buat yg lain