Lagu Pusara di Lebuhraya

Lagu Pusara Di Lebuhraya

Salam FS. Nama aku Wan. Ini kisah seram yang buat pertama kalinya aku alami.

Ini kejadian yang berlaku ketika aku balik beraya baru baru ini. Aku balik berseorangan menaiki kereta Wira lamaku. Syukur walaupun lama, masih mampu menempuh laluan lebuhraya dengan tenang.

Aku balik bercuti agak awal, maka masih tidak banyak kereta yang lalu di lebuhraya.

Selesai sahaja punch card pada pukul 5 petang, aku bergegas balik ke rumah dan kemas apa yang patut. Aku berangkat balik pada pukul 8 malam. Selesai berbuka dan solat maghrib.

Perjalanan aku agak jauh kerana dari Lembah Klang menuju ke Utara.

Pada mulanya, semuanya tidak ada apa-apa yang terjadi. Perjalanan lancar sahaja. Sehinggalah selepas beberapa jam memandu, aku terasa sedikit mengantuk. Mungkin kerana melantak nasi beriani semasa berbuka tadi.

Semua stesen radio pula memainkan lagu- lagu yang bagiku boleh menambahkan lagi mengantuk. Maka, aku pun menukarkan pemain lagu dengan mencucuk USB yang mengandungi koleksi lagu-lagu 80an hingga 90 an. Semuanya lagu-lagu slow rock.

Akupun layanlah semua lagu-lagu yang dimainkan, sambil menyanyi di dalam kereta.

Hilanglah juga mengantuk yang aku alami tadi.

Sehinggalah masuk kepada lagu nyanyian kumpulan Ekamatra yang bertajuk Pusara di Lebuhraya.

Entah kenapa waktu itu datang pula mod puitis diriku hendak mentafsir erti lagu yang dimainkan itu.

Bermula rangkap lirik pertama,

Dalam perjalanan ini
Menuju destinasi
Berbagai lebuhraya dilalui
Perjalananku terhenti
Di lebuhraya ini
Terpandang pusara diam menyepi

Pada rangkap terakhir itu, iaitu “Terpandang Pusara diam Menyepi”. Tiba-tiba bulu romaku tegak, dan rasa seram sejuk menyelebungi diriku. Dan serentak dari itu, aku terpandang sebuah pacak batu,seakan kubur, di sebelah kiri bahu jalan. Lagilah aku seram sejuk.

Aku cuba menenangkan diriku. Mungkin itu kebetulan sahaja kot. Dan, bermula pula rangkap kedua dari lagu..

Terbayanglah kisah lalu
Bila kau disampingku
Bagaikan temasya dalam hidupku
Kini cinta tiada lagi
Berkubur dalam sepi
Dan Pusara ini menjadi bukti

Aku menafsirkan lagu ini seolah-olah seseorang yang disayangi telah pergi dan pusara itulah jadi bukti kewujudan cinta mereka.
Keretaku terus memacu laju membelah kepekatan malam..

Lagu tadi pula terus berputar main.

Sehingga pada rangkap ketiga.

Betapa aku lemah di sini
Melihat cinta ini pergi
Di sini bermula bicara
Terpedaya
Dan bicara itu membunuhnya

“Tubbbbbb!”

Lepas sahaja perkataan ‘membunuhnya’ tiba-tiba ada benda berat jatuh ke atas keretaku.

Aku terkejut disulami takut bukan kepalang. Hampir sahaja aku hilang kawalan pemanduan.

Aku matikan lagu tadi, dan membaca ayat-ayat quran yang aku ingat. Entah apa bendalah yang ada kat atas kereta aku ini.

Nak berhenti tepi jalan, lagi lah aku rasa seram. Memandangkan RNR lebih kurang 10KM sahaja lagi, aku teruskan pemanduan dengan rasa takut dan ditemani kesunyian malam.

Aku lihat cemin pandang belakang, kot-kot dan ada yang ‘menumpang’. Syukur, tak ada apa.

Sesekali, ‘benda’ di atas kereta aku berbunyi mengetuk..”tuk!” Perlahan ketukan itu tapi cukup membuatku hampir nak terkencing.

Selepas beberapa minit, nampaklah sign board menunjukkan RNR dihadapan. Aku berasa lega.

Akan tetapi, tiba-tiba mataku tertumpu pada objek putih di bawah sign board tersebut. Bagai nak pitam aku rasa, rupanya ada ‘makhluk’ sedang berdiri tegak di sana. Ia tepat memandangku. Ya, seorang perempuan berambut panjang dan berbaju putih. Mukanya memberikanku senyuman yang tidak ingin pun aku terima. Senyuman yang amat menakutkan.

Aku pecut keretaku supaya sampai ke RNR dengan cepat.

Sesampai di RNR, aku cepat-cepat turun dan berehat sambil pekena minuman panas. Aku masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi tadi.

Selepas sahaja aku solat isyak, aku berhehat sebentar, dan membaca doa yang sepatutnya sebelum aku meneruskan perjalanan.

Alhamdulillah, perjalanan selepas itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Itu sahaja pengalaman seram yang aku alami.

Kalau korang berani, cuba habiskan dengar rangkap seterusnya lagu “Pusara di Lebuhraya” tu. Lagi seram beb lirik-lirik dia.

Dan kalau korang berani, cuba dengar lagu tu sambil drive sorang malam-malam. Memang confirm meremang!

Okaylah, ini sahaja kisah dariku. Terima kasih kerana sudi membaca. Salam.

Play lagu ni kalau nak dengar.

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Wan
FOLLOW FB KAMI.

33 comments

    1. Hantu ni bagi aku, adalah jin. Jin yang menyerupai mengikut kepercayaan sesuatu kaum tersebut. Jin ni pelbagai jenis juga. Ada baik ada jahat. Ada yang mmg di jadikan untuk pesongkan akidah dan iman manusia. Boleh tengok youtube ustaz auni bicara tentang jin. Dan jin tak kena ikat pada bulan puasa.

    2. X ada apa yg nak dipelikkan bro .. yg diikat hanya syaitan..sedangkan jin masih berkeliaran .. Wallahualam ..

    3. Hantu tak wujud ye kakak abang adik… Yang wujud jin. Mereka boleh menjelma dalam pelbagai bentuk. Jadi tak pelik kalau kita nampak benda2 tu di bulan apa pun. Syaitan dan jin itu 2 benda yang berbeza..

      *Ramai orang tersilap bila masuk bulan Ramadhan syaitan diikat.. Salah cara fahaman tu. Syaitan tidak diikat tetapi dibelenggu, dilemahkan sahaja..kerana manusia sedang fokus berpuasa. Dan tidak semua syaitan, hanya yang kuat2 (ganas, berpangkat) sahaja yang dilemahkan.. Wallahualam…

    4. takde yang pelik bang. iblis , bunian dan jin tidak diikat. tolong lah buang pemahaman yang bulan puasa hantu takde. mereka wujud sebernanya tau.

    5. xde peliknya bro. arwah mak mentua pun pernah kene time bulan puasa. siap menyandar dekat pokok limau lagi. so xdenya hantu takut pokok berduri.

    6. Ade sebab yang kene ikat tu setan. Setan hanya menghasut, manakala jin mengacau. Entah lah, tetiba dapat idea cakap macam ni. Entah betol ke tak

    7. mengikut orang yg hijabnya trbuka, memang hantu atau jin ni tak diikat waktu bulan puasa. Hanya syaitan yang menghasut manusia je yang kena ikat. Wallahualam

    1. Bulan puasa yg kena ikat hantu hantu yang degil n kuat je dia tk ikat hantu kecik kecik yg masih boleh musnahkan
      Org pun selalu slh fhm pasal ni

  1. Awal lagi dah kena gangguan… Boleh tahan gak lagu tu punya penangan yer… kalau lagu Pulangkan lagi la berhuhu nyer… Tapi setakat ni lagu cindai masih menguasai carta lagu seram…

  2. Sesekali best gak layan cerita btemakan tajuk lagu…teringat dulu masa kemas store burger nk tutup..masa tgh play lagu mother of abomination.full volume plak tu.pastu baru aku perasan bunyi ranting kecik patah ikut urutan dr pkok hujung sana ke sini..mmber kata gian nk msuk gig la tu yg ‘meghela’ sgt

  3. Seram / Tak (2 marks) = 1
    Gaya bahasa (2 marks) = 1
    Penyampaian (2 marks) = 2
    Real / Fake (2 marks) = 2
    Whole story (2 marks) = 1
    Total : 7/10

  4. Sebab tu org pesan jgn pasang lagu2 hiburan @ nyanyi ms tgh drive wktu mlm sbb akn pancar aura merah yg menarik benda2 tu. Pasang @ baca zikir @ ayat mcm surah al-Baqarah sbb akn pancar gelombang hijau yg menjauhkn diaekor (bkn diaorang)

  5. “Kini cinta tiada lagi
    Berkubur dalam sepi
    Dan Pusara ini menjadi bukti”

    Bagi aku maksud untuk rangkap ni bukanlah pusara tu jadi bukti kewujudan cinta mereka tapi lebih kepada pusara tu jadi bukti yang cinta dia dah hilang dengan pemergian orang yang dia sayang.

    Tapi pendapat orang berbeza. Yang penting cerita ni best!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.