Terima kasih kepada admin yang publish kisah ini. Terima kasih kepada pembaca yang sudi membacanya. Kampung Hulu terkenal dengan keindahan sawah padi yang menghijau. Penduduk menjadikan menanam padi sebagai sumber ekonomi mereka. Latif dan Umi merupakan teman sepermainan. Mereka sering menemani ibu dan ayah mereka bila ke sawah. Mereka berlari-lari di atas batas sambil bergelak ketawa. Sesekali Latif terjatuh ke dalam sawah di ikuti gelak ketawa dari Umi. Latif pasti menyakat umi dengan melontar lumpur ke tubuh badan Umi. Umi pasti menangis lalu mendapatkan ibu dan ayahnya
“ Ayah…Tengok latif ni. Baling lumpur dekat Umi. Ayah marah latif.” Namun ayah Umi hanya tersenyum melihat gelagat mereka berdua
“ Tif..Kenapa baling lumpur dekat Umi.” Marah ayah Latif. Namun Latif hanya mendiamkan diri berlari-lari sambil memegang tangan Umi.
“ Suka sangat latif ni mengusik Umi.” Kata Pak Saad kepada Pak Din iaitu ayah Umi
“ Kanak-kanak Ad. Usah di hirau dengan mereka. Nanti baiklah balik tu.” Kata Pak Din
“ Din..Engkau terfikir tak apa yang aku fikirkan.” Tanya Pak Saad kepada Pak Din. Tersengih Pak Din sambil membalut rokok daunnya.
“ Kenapa. Kau nak jodohkan mereka berdua bila besar nanti ke.” Tanya Pak Din berseloroh. Terbatuk-batuk Pak Saad bila mendengarnya.
“ Macam mana kau tahu isi hati aku.” Kata Pak saad
“ Aku kenal kau lebih lama dari Latif kenal Umi.” Kata Pak Din. Masing-masing terdiam melayani fikiran masing-masing sambil melihat telatah Latif sedang menyarung sesuatu di jari Umi. Terus Pak Din memanggil Umi. Umi terus berlari mendapatkan ayahnya
“ Apa di jari Umi tu.” Tanya Pak Din. Umi malu-malu untuk bercerita
“ Latif sarung cincin di jari Umi. Cantik tak ayah.” Tunjuk Umi pada ayah ayahnya. Ketawa Pak Din dan Pak Saad bila melihat jari Umi telah di sarung dengan akar kayu.
“ Cincin ni untuk apa Latif.” Tanya pula Pak saad
“ Bila Latif besar, Latif nak kawin dengan Umi. Jadi Latif sarung la cincin tanda Latif suka Umi.” Ketawa Pak Saad dan Pak Din mendengarnya.
Masa berlalu dengan begitu cepat sekali. Latif dan Umi telah dewasa. Umi merupakan seorang wanita yang begitu cantik. Keayuan gadis kampung tidak dapat di pertikaikan lagi. Latif pula telah menjadi seorang lelaki yang bertubuh sasa. Kerjanya hanya bercucuk tanam. Sawah peninggalan ayahnya Pak Saad, di kerjakan dengan begitu baik. Sesekali Umi akan datang membawa bekalan untuk di berikan kepada Latif
“ Untung la badan ni kalau dapat beristerikan Umi.” Puji Latif
“ Abang masuklah meminang Umi. Apa yang di tunggu lagi.” Jawab Umi
“ Berilah abang masa untuk berjaya dulu.” Ringkas jawapan Latif
“ Itu saja alasan yang abang mampu berikan. Abang jangan menyesal kalau Umi menjadi hak orang lain.” Kata Umi. Terkejut Latif mendengarnya. Cepat-cepat Latif mendapatkan Umi lalu memohon maaf. Akhirnya mereka berdua tewas. Masing-masing timbul penyesalan tapi apakan daya, nasi sudah menjadi bubur.
“ Kalau apa-apa yang berlaku terhadap Umi, Abang akan bertanggungjawab.” Pujuk Latif sambil menyeka airmata Umi
“ Abang janji jangan tinggalkan Umi tau.” Rayu Umi sambil memegang tangan Latif
“ Umi jangan risau. Abang akan bertanggungjawab sepenuhnya.” Jawab latif. Lama-kelamaan ada perubahan pada diri Umi. Dia sering muntah-muntah. Pak Din mula risau. Dia sudah mula mengesyaki sesuatu bila mengenangkan Latif dan Umi terlalu rapat. Akhirnya apa yang di risaukan menjadi kenyataan. Hendak di luahkan kepada rakan baiknya Pak Saad, Pak Saad iaitu ayah latif sudah lama meninggal dunia. Akhirnya dia membuat keputusan untuk berdepan dengan Latif sendiri. Pak Din terlalu kecewa bila Latif menyangkal segala tuduhan Pak Din. Dia sendiri tidak menyangka begitu sekali sikap tanggungjawab Latif. Bila Umi mendengarnya, terus dia berlari ke rumah Latif..
“ Sampai hati abang tidak mahu bertanggungjawab di atasa apa yang telah abang buat. Di mana janji manis abang dulu.” Tanya Umi. Latif hanya mendiamkan diri.
“ Beginilah. Abang pun tak pasti apakah yang ada di dalam perut Umi itu dari benih abang. Umi gugurlah kandungan dan kita akan kahwin.” Latif memberi alasan. Umi begitu terkejut.
“ Tidak bang. Jangan di tambah lagi dosa yang telah kita buat. Umi tak akan menggugurkan kandungan ini. Ini anak kita bang.” Kata Umi
“ Kalau Umi tidak mahu menggugurkannya, abang tak akan kahwin dengan Umi.” Gertak Latif
“ Baiklah. Ini sumpah umi bang. Umi tidak akan melepaskan abang samada Umi hidup atau mati.” Kata Umi. Latif terus masuk ke dalam lalu menutup pintu rumahnya. Umi pulang kerumah sambil menangis
“ Aku tak akan melepaskan kau Latif. Kau mainkan perasaan aku.Kau telah hancurkan kepercayaan aku. Kau akan terima padahnya nanti.” Kata Umi. Akhirnya Pak Din terpaksa membawa Umi keluar dari kampung untuk menutup malu. Umi di bawa ke kampung sebelah di mana Umi di tinggalkan di rumah ibu saudaranya. Bukan berganti bulan. Perut Umi semakin membesar. Suatu hari Umi mendapat berita Latif telah bertunang dengan seseorang. Hampa perasaan Umi. Kini dendam mula menyerang. Dia mengambil pisau lalu menoreh perutnya. Dia tidak mahu melihat benih Latif. Darah mula membasahi ruang tamu. Terkejut ibu saudara bila pulang kerumah dan melihata darah memenuhi lantai. Terus Pak Din di beritahu.
“ Apa yang kamu buat ni Umi.” Tanya Pak Din
“ Aku tak nak anak Latif. Aku benci Latif. Aku nak bunuh Latif.” Menggigil Umi. Dari perasaan cinta kini perasaan benci hingga tahap nak membunuh telah menyerang Umi.
“ Istighfar Umi. Kita selesaikan dulu kandungan kamu. Jangan di bunuh anak ini. Dia tak bersalah. Yang bersalah kamu dan Latif.” Kata Pak Din. Umi terdiam tapi mulutnya tetap berkata-kata..
“ Latif…Kau akan pasti menyesal.” Pak Din turut merasa kesal atas apa yang telah berlaku. Walaupun dia turut memarahi Latif tapi dia harus memberi sokongan terhadap anaknya Umi. Latif pula terlalu gembira bila bertunang dengan anak tok penghulu. Seorang gadis yang juga cantik. Dia sudah mula melupai Umi. Dia sudah lupa segala janji-janji manis terhadap Umi.
Setiap hari Umi akan duduk di depan tingkap sambil memandang jauh. Sayu Pak Din melihat nasib yang menimpa anaknya. Dia masih terbayang Latif dan Umi berlari-lari di atas batas sawah padi. Sesekali airmatanya jatuh juga ke bumi. Dia sendiri tidak menyangka tindakan Latif. Akhirnya Latif telah di ijab kabulkan. Sewaktu dia dan isterinya berada di atas pelamin, ketika itulah Umi sedang bergelut menahan kesakitan hendak melahirkan benih Latif. Latif sedang bergembira tapi Umi sedang bertarung dengan nyawa. Akhirnya terdengar suara tangisan bayi.
“ Uwekkk…uwekkk.” Latif seperti dapat merasakan sesuatu. Dia seperti terdengar suara tangisan bayi. Jantungnya berdebar-debar tapi cepat-cepat dia melupakannya. Inikan hari perkahwinannnya. Pak Din terlalu gembira menyambut kedatangan insan baru tapi kegembiraannya hanya seketika bila anak yang baru di lahirkan sudah menjadi kaku. Umi juga kelihatan begitu lemah. Pak Din membisikkan kalimah syahadah di telinga Umi
“ Latif…Kau pasti akan menyesal. Aku akan menghantui kau.” Itulah kata-kata terakhir Umi sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir. Hari itu juga Umi dan anaknya di kebumikan.
Berita kematian Umi sampai ke telinga Latif. Walaupun hatinya sedikit sayu tapi lebih baik dia melupakan terus Umi. Dia tidak mahu mengenangkan kembali kisah lalu. Ketika malam pertama, Latif sudah terganggu. Dia seperti melihat wajah Umi di dalam biliknya. Kain putih Umi di penuhi darah sambil memegangnya anaknya. Umi merenung tajam Latif. Latif terkejut dari tidur. Jantungnya berdegup kencang..
“ Umi..Jangan kau ganggu aku. Aku minta maaf Umi.” isteri latif cepat menenangkan suaminya
“ Bang…apa yang mengganggu abang. Cuba cerita pada Su.” Tanya Suhana. Namun Latif terlalu berat untuk menceritakan segalanya. Jika rahsia ini terbongkar Latif pasti malu besar terhadap Suhana.
“ Nanti Su buatkan air untuk abang.” Terus Suhana melangkah ke dapur
“ Abanggg…” Terdengar Suhana menjerit dan sesuatu telah terjatuh. Latif berlari ke dapur lalu melihat Suhana telah pengsan. Bila Suhana tersedar dia terus bercerita nampak kelibat seorang wanita berkain kapan berdarah sedang memegang bayi.
“ Bang Su takut bang. Matanya tajam merenung Su.” Rintih Suhana.
“ Maafkan aku Umi. Tolong jangan ganggu kami.” Kata Latif
“ Siapa Umi bang.” Tanya Suhana. Latib terus mendiamkan diri. Suhana terus mendesak suaminya dan akhirnya segala rahsia yang di simpan Latif telah terbongkar.
“ Sampai hati abang buat Umi macam tu. Kalau Su tahu hubungan abang dengan Umi, Su tak akan terima abang. Abang zalim…abang zalim.” Sambil memukul perlahan suaminya
“ Abang minta maaf Su. Abang benar-benar menyesal.” Kata Latif
“ Su takut bang. Su nak pulang ke rumah.” Kata Suhana. Badan Su sudah panas. Latif berlari mengambil kain tuala lalu membasahkannya
“ Kih…kih…abang Latif…abang Latif. Tengok anak kita abang.” Latif terdengar suara Umi di belakangnya. Bila Latif menoleh ke belakang, dia begitu terkejut melihat Umi yang berlumuran darah sedang memegang anaknya. Di hulurnya kepada latif…
“ Tidakkk…Jangan ganggu aku Umi.” Jerit Latif
“ Kihh…kihhh…..” Terus Umi terbang keluar dan terus mengilai.
Akhirnya latif membawa isterinya Suhana pulang ke rumah mertuanya. Risau juga bapa mertua mendengarnya
“ Kamu pasti ke Umi yang kamu lihat Latif.” Tanya bapa mertua
“ Betul ayah. Umi berdarah sambil memegang anaknya.” Jawab Latif. Seram sejuk bapa mertua mendengarnya. Malam itu bapa mertua dan yang lain terkejut bila terdengar suara jeritan Latif.
“ Umi..Tolong jangan cekik abang. Sakit Umi. Abang menyesal.” Kata Latif. Bapa mertua terus mengejutkan Latif. Badan latif sudah panas. Dia sering meracau Umi datang nak bunuhnya. Kuku Umi terlalu tajam.
“ Ini tak boleh di biarkan. Kita kena panggil ustaz datang.” Kata bapa mertuanya lalu memberi arahan kepada anak buahnya.
Setengah jam kemudian datang ustaz. Latif terpaksa menceritakan segalanya walaupun dia begitu malu. Ustaz menggelengkan kepalanya.
“ Kita kena seru Umi datang. Latif harus memohon maaf di depan kita semua.” Kata Ustaz. Latif terdiam. Ustaz terus membaca sesuatu lalu menyeru..
“ Umi datang la….” Kata ustaz. Kemudian terdengar suara mengilai dari luar. Orang kampung mula hebuh dan ketakutan. Mereka melihat wanita sedang terbang mengialai dan terdengar suara tangisan anak. Ada yang ketakutan. Umi berdiri di depan pintu. Yang lain sudah mula menyorok. Ada yang di belakang kerusi, di belakang ustaz dan ada yang berlari pulang. Umi terus merenung tajam Latif. Dia terlalu berdendam terhadap Latif
“ Latif. Minta maaf dekat Umi.” Kata Ustaz
“ Umi…Abang nak minta maaf pada Umi. Abang bersalah.” Sayu saja suara Latif
“ Abang tipu Umi. Abang janji nak kahwin dengan Umi tapi abang mungkiri. Ketika Umi bertarung dengan nyawa, abang sedang bergembira dengan dia.” sambil menuding ke arah isteri Latif.
“ Sudah la Umi. Kita berada di dunia yang berbeza. Kamu sudah masuk ke alam yang lain. Pulanglah ke alam kamu Umi.” Kata ustaz
“ Huhuhu…Tapi dia sudah berjanji padaku. Dia nak kahwin dengan aku. Tapi dia mungkir janjinya.” Umi kembali marah. Matanya bulat merenung tajam Latif
“ Latif sudah mengaku kesilapannya. Maafkan dia Umi. Kamu sudah tidak sayang latif.” Tanya ustaz bermain kata-kata
“ Huhu..Dia tipu aku. Dia harus mati.” Marah Umi
“ Kamu sudah berada di dunia lain. Pulanglah kamu ke dunia kamu. Latif telah menyesal apa yang telah dia lakukan.” Kata ustaz
“ Betul Umi. Abang benar-benar menyesal. Kalau Umi nak bunuh abang, abang redho.” Kata Latif. Umi terus menangis. Sayu suaranya
“ Baiklah. Tolong hantar aku pulang.” Kata Umi kepada ustaz. Umi memandang sayu wajah Latif. Latif terus tunduk. Tiba-tiba Umi baling sesuatu ke arah latif. Itulah cincin dari akar yang latif sarungkan di jari Umi. Latif menangis bila melihat kembali cincin dari akar
“ Abang minta maaf Umi. Abang bersalah pada Umi. Abang permainkan Umi.” Latif sudah tidak dapat menahan penyesalannya. Umi juga menangis. Ustaz membaca sesuatu lalu sedikit demi sedikit Umi hilang dari pandangan mata. Wajahnya tidak putus-putus merenung latif. Itulah wajah yang dia rindu dan itulah juga wajah yang di benci.
“ Syukur kepada Allah telah selesai segalanya. Peristiwa ini harus di ambil iktibar. Hari ini kita menyintai seseorang. Mungkin di hari lain pula kita membenci seseorang. Hari ini kita membenci seseorang dan mungkin di hari yang lain kita menyintainya. Itulah kuasa Allah yang tak dapat kita nafikan.” Latif hanya menunduk kepala mendengar nasihat ustaz yang betul-betul terkena pada dirinya. Dia benar-benar menyesal atas apa yang berlaku terhadap dirinya.
##Ariff Budiman
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
hari ini kita menyintai seseorang. Mungkin di hari lain pula kita membenci seseorang. Hari ini kita membenci seseorang dan mungkin di hari yang lain kita menyintainya.
hmmmm…
Kesian umi : (
Macam dalam cerita wayang.. Kipidap writer👍
mcm gampang crite ..
Yg baca pun gampang
boleh la cter ni…
8/10
latif kejammmmm…
kesian umi
sian umi…x patut latif buat gitu
ustaz ke tu?
boleh seru seru
Kisah benar ke ni? Seram dan sedih sekaligus
cite best..
tau mengamput nganya kajanyaa c latib atu. ganjiilllll..
Cerita bagus. Tapi ceritalah yang logik. Orang yang dah mati takkan kembali. Dan latif tak perlu pun cerita AIB dia. Kenapa nak kena seru? sedangkan yang datang tu jin bukan Umi☺️