Layover Berpuaka,Pramugari Emirates Di Phuket

Aku Hani, bekas pramugari yang pernah berkongsi pengalaman seram aku dalam FS sebelum ini iaitu pengalaman di apartmen aku. Aku ada banyak jugalah pengalaman seram sepanjang bekerja selama beberapa tahun sebelum balik ke Malaysia terus untuk berkahwin. Kali ini aku akan berkongsi pengalaman aku di Phuket, Thailand. Dengar macam menarik kan ada pantai cantik, boleh relax dan have fun selepas flight demi flight? Tapi disebabkan pengalaman aku ini, setiap kali aku dapat flight Phuket, aku akan swap dengan orang lain. Bagilah aku flight jauh-jauh sampai ke Auckland sekali pun. Aku sanggup.

Waktu itu ialah tahun ketiga aku fly dengan Emirates. Biasanya sebelum kita orang naik bas ke aircraft, akan ada briefing, document check dan grooming check terlebih dahulu di HQ. Waktu briefing inilah aku berjumpa dengan semua crew dan captain untuk berkenalan, dapatkan details penumpang dan plan layover. Crew adalah tak sampai 12 orang. Jadi, ketua pramugari (flight purser) cadangkan untuk kita orang ikut tour dari hotel tu sendiri berbanding cari di luar. Lagipun dapat crew discount jadi semua orang setuju. Captain dan first officer tak ikut tu benda biasa. Aku lagi suka dia orang tak ikut tour sebab boleh santai-sesantainya.

Nak dijadikan cerita, itu ialah kali pertama aku pergi Phuket sepanjang hidup aku. Aku excited sangat jadi sepanjang flight dari Dubai ke Phuket tu aku memang happy. Habis serve passengers, aku pergi galley untuk makan dan borak-borak dengan crew aku. Kali ni ramai Asian jadi aku sangatlah selesa. Tengah gelak-gelak berborak, Yvonne (Singapore) tanya aku.

“Is it okay for you if I want to sleep in your room later?”

Aku agak curious jugalah, apahal dia nak tidur bilik aku padahal semua orang dapat bilik sendiri. Lagipun sebenarnya it’s not okay untuk tidur bilik crew lain. Ganggu privasi aku, lebih-lebih lagi aku nak video call mak abah aku, dekat Dubai tak boleh video call jadi boleh imagine tak tahap rindu yang menggigil tu? Haa…

Yvonne akhirnya jelaskan dekat aku kenapa dia nak tumpang bilik aku. Ini kali kedua dia ke Phuket. Last time dia pergi, dia kena kacau teruk. Ada cik ponti tidur sebelah dia atas katil. Dia nak lari pun tak boleh, nak minta tolong apatah lagi. Sampai ke pagi, dia tidur dengan cik ponti tu. Di resort yang sama yang kita orang akan stay ni. Tapi setahu aku sekarang Emirates dah tukar tempat lain, agak tertanya-tanya di situ. Mungkin sebab ramai ada pengalaman seram? Well, hotel untuk crew di KL pun dah tukar. Dulu Renaissance KL tapi sekarang Sunway.

Aku pun tak adalah terus izinkan Yvonne tidur dalam bilik aku, “I’ll inform you later.”

Dia pun okey, tak adalah nak marah aku ke apa. Dapat pula aku ni jenis degil, kalau kata tak tu maknanya taklah. Fast forward, kita orang naik van ke resort tu. Memang aku membutalah dalam van macam orang lain. Topi tertanggal, skarf terjerut leher, mulut ternganga pun aku kisah apa. Bangun-bangun dah sampai resort tu. Lawa bak hang. Memang serba-serbi sempurna bagi aku, dengan ketenangan alam semula jadi dia tu, aku terus lupa pasal Yvonne. Aku naik buggy dengan crew lain untuk ke bilik sebab kawasan resort ni macam berbukit-bukit. Nak mampuslah kalau suruh aku berjalan kaki dengan kasut heels dan dua beg kena tarik sendiri. Lagipun memang jauh dari lobi ke bilik-bilik.

Dipendekkan cerita, aku masuk bilik aku macam biasa. Aku memang bagi salam kalau masuk bilik hotel ni. Dan ada satu feeling tak best bila aku masuk bilik ni. Rasa serabut, rasa semak, berdebar-debar terus. Tapi aku buat bodohlah sebab nak pergi mandi pantai punya pasal. Aku terus tukar baju, tanggal mekap apa semua dan keluar balik ikut crew aku semua. Naik speed boat pergi island hopping. Kat sini dah mulalah benda-benda tak best ni.

Sampai dekat island pertama tu, semua orang turun dari boat. Kita orang hanya berlapan, aku, Yvonne, sorang crew memang asal Thailand entah apa nama dia, Marie (Serbia), Alina (Romania), Bri (Australia) dan 2 orang steward, Nasser (Tanzania) dan Harris (entah). Yang lain ada yang membuta tidur dalam bilik, pergi dating dan ada juga yang kera sumbang. Tak kisahlah. Mandi-mandi, makan, minum air kelapa bagai. Cabin crew memang sejenis manusia yang suka buat bising tak ingat dunia bila travel lagi-lagi kalau yang mat saleh ni. Alina ni mulut dia agak celupar bila nampak ada satu cengkerang dekat pantai, “That looks like shit.”

Aku paling takkan tegur benda-benda macam ni. Aku dulu study dekat UiTM Lendu kot, sebab mulut celuparlah selalunya semua orang kena. Tapi waktu tu aku diam jelah sebab puak-puak dia orang ni mana percaya hantu.

Habis tour tu, tour guide kiralah berapa orang dalam boat. Kan aku kata tadi kita orang berlapan. Kau tahu berapa yang ada dalam boat? Sembilan! Kira banyak kali tetap sembilan tapi kita orang semua tak perasan langsung siapa yang ke-9 tu. Bulu roma aku naik waktu ni. Lapan tu bukan ramai mana tapi macam mana dalam speed boat tu tak ada siapa yang perasan. Terlebih sorang, are you kidding me tak perasan? Aku baring dalam boat dengan awek Thailand tu masa orang lain pergi banana boat. Memang tak ada orang lain. Malas nak fikir panjang dah, semua orang pun senyap, kita orang balik.

Lepas Maghrib, aku tak join crew lain pergi dinner. Aku order room service sebab nak Skype dengan mak abah aku. Yvonne pun tak call aku jadi aku tak nak ingatkan dia pasal dia nak tidur bilik aku. Aku pun berboraklah dengan abah aku je sebab mak tengah solat. Waktu Skype tu, aku duduk dekat balkoni jadi abah aku boleh nampak bilik aku macam mana.

“Angah, kawan kau tengah tidur tu tak bising ke?”

Aku blur gila. Memanglah aku kalau gelak tak ingat dunia, tapi kawan mana yang tengah tidur?

“Bilik sebelah ke, Abah?”

Sebelah aku ialah bilik Harris, Harris dah pergi turun dinner.

“Tak. Yang tengah selubung atas katil tulah.”

Mampus. Bulu roma aku naik tegak. Aku tak berani langsung nak pusing belakang, nak tengok skrin laptop pun aku tak tengok muka aku, aku tengok abah aku. Abah nampak aku diam membatu tak cakap apa, abah macam faham apa yang jadi. Ada. Benda. Tidur. Dalam. Bilik. Aku.

“Bah, jangan end tau.”

Aku takut gila time ni. Nak menangis pun ada. Abah aku angguk, “Angah, kau baca ayat Kursi 21 kali. Baca Doa Nabi Sulaiman. Kau lari keluar, cari kawan kau.”

Aku baca doa, semua surah yang aku tahu. Menangis juga akhirnya. Aku teringat apa yang Yvonne cakap. Aku yakin apa yang aku alami ni memang macam yang dia kena. Aku baca ayat Kursi dengan ditemani abah aku.

Bau wangi datang. Macam bau minyak attar yang jual dekat Mydin tu. Tiba-tiba je bau tu datang. Aku seriau gila-gila dah. Aku kumpulkan keberanian, ambil telefon aku dan terus lari keluar dari bilik tu. Dari balkoni ke pintu kena melintasi katil tu, jadi aku tutup mata sambil lari. Mungkin waktu tu nampak kelakar tapi aku memang lari tak cukup tanah. Kad akses bilik aku tak ambil, pintu aku biarkan tertutup sendiri. Dahlah aku tinggalkan abah online.

Aku lari pakai selipar bilik pergi restaurant resort tu menangis-nangis. Resort tu agak gelap bila malam jadi aku bertambah-tambah takut. Turun bukit baru nampak restaurant. Tapi belum sempat aku nak tarik nafas lega sebab jumpa orang akhirnya, ada candy (pocong) dalam semak-semak. Memang candy sebab dekat gila dengan aku. Kain kapan yang lusuh gila. Aku jerit kuat-kuat, “Jangan kacau aku lah setan!” Sumpah aku tak tahu pula kat Phuket pun ada candy, ingat kat Lendu je. Haduih.

Aku terus pergi dekat Harris, Yvonne dan Bri yang tengah makan. Memang panik habislah waktu tu. Menggigil badan aku. Nasib baik staff hotel tak nampak. Aku cakap dengan Yvonne yang aku nak tidur dengan dia malam ni. Yvonne macam dah faham dan Bri & Harris dah start takut.

Malam tu, selepas dinner bukan aku saja yang tidur dengan Yvonne. Kita orang berempat tidur dekat bilik Bri yang jauh dari bilik aku. Harris takut sebab bilik dia sebelah bilik aku. Tapi kita orang tak dapat tidur betul-betul pun. Kali ni kena kacau berjemaah.

Kita orang berempat duduk atas katil, bersempit-sempit rebut selimut. Masing-masing berpeluh-peluh walaupun dalam aircond. Keluarlah segala ayat suci, aku dengan surah aku, Yvonne dengan surah dia, Bri & Harris dengan Jesus Christ dia. Tapi benda jadi lagi teruk.

Dinding bilik Bri kena ketuk kuat. Macam dekat sebelah ada renovation. Gedegang gedegang bunyi. Dengan bunyi tapak kaki kat pintu bilik. Macam ada ramai orang berlari-lari. Balkoni Bri ada bayang-bayang hitam, untuk pengetahuan korang balkoni ni mengadap pantai. Bayang-bayang hitam tu tinggi gila dan besar sangat. Sumpah aku tak pernah kena sampai macam ni. Semua tu serentak. Aku dah nak naik histeria dah. Too much for me. Benda ni berlanjutan sampailah pagi. Aku penat menangis tapi still takut, terlena juga walaupun sekejap. Malam tu terasa panjang gila. Bila dah nak masuk Subuh, baru reda sikit-sikit. Believe me or not, ada someone terkencing atas katil tu tapi biasalah siapa nak mengaku.

Kita orang end up keluar dari bilik tu sama-sama dan inform staff yang bilik aku terkunci. Nak sangat cerita pasal malam tadi tapi fikirkan imej kita orang, diam jelah. Yvonne and Bri teman aku masuk bilik aku semula. Laptop aku masih dekat meja balkoni, dah mati sebab bateri habis. Katil aku sama macam malam semalam dengan selimut tu. Tapi bilik air aku, ya Allah sampai bila-bila aku ingat. Bilik air tu penuh dengan air. Bergenang. Lecak. Yvonne tanya aku, aku tak tutup paip air bath tub ke. Aku tak mandi bath tub pun malam semalam. Melimpah-limpah air. Barang-barang toileteries dan makeup aku atas sinki pun dah terbalik-balik dah.

Aku ada 3 jam je lagi sebelum wake up call. Jadi, aku kemas-kemas apa yang patut, mandi dan siap-siap. Seterusnya, teman kawan-kawan aku ni siap-siap pula.

Even aku dah lama tak fly, aku masih tak boleh lupa walau sikit pun pengalaman aku dekat Phuket ni. Ini antara layover paling teruk. Abah jadi saksi. Dia nampak cik ponti atas katil tu lepas aku cabut lari. Abah pun takut jadi abah end Skype tu. Aku demam bila balik Dubai, Harris pun sama. Memang susah untuk aku gambarkan betapa dahsyatnya aku kena kacau malam tu. Beberapa minggu selepas tu, dapat flight KL, aku terus pergi Darussyifa untuk kuatkan semangat semula.

Nasihat aku, walau mana pun kau pergi, jagalah adab. Jangan disebabkan kau, orang lain yang tanggung derita. Lagi-lagi aku, nak cari sesuap nasi je bukannya apa pun. Tapi tulah, kalau dah nak kena, kena juga.

Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit

Hani
Layover Berpuaka,Pramugari Emirates Di Phuket
9.6 (96.44%) 101 votes

10 comments

  1. Komen pasal cangkerang tu macam harmless tbh. Tak sangka sampai macam tu :-/ tak ada jumpa alina ke lepas tu? kesian sikit dengan yvonne. at least ada kawan tidur lepas tu.

  2. Alamak sy pun alumni ITM Lendu jgk. Masuk 1997. Masa tu bangunan asrama baru belum ada. Kawasan hutan tebal. Ada sorang girl batch kami yg sentiasa pengsan…pernah dirasuk berlari nak masuk hutan. Dan abg senior yg sado terpaksa berkejaran tangkap kawan ni. Mmg something la kampus ITM bukak dalam hutan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.