Lembaga Bertanduk Dengan Kemurungan

Tajuk: Lembaga bertanduk dengan kemurungan

Aku tahu mungkin ada yang bakal tidak puas hati dengan cerita yang bakal aku kongsi ini. Namun aku harus juga ceritakan kepada kamu tentang pengalaman seorang rakan sekampus.

Akhir zaman ini, pelbagai penyakit aneh muncul. Wabak, virus dan kanser menyerang system tubuh, macam-macam jenis penyakit, malah bukan sahaja fizikal tetapi emosi dan jiwa juga diserang penyakit.

Banyak sangat aku dengar orang-orang zaman sekarang menderitai penyakit kemurungan. Kawan sekampus aku juga tak ketinggalan. Bagi aku kemurungan ini terlalu abstrak. Macam lohong hitam yang sedut semua isi dalam di dalam jiwa. Terhapus semua rasa hidup dan gembira.

Muncul penyakit ini, muncul juga pelbagai persepsi, tohmahan, kejian, kritikan daripada manusia yang berlidah tak bertulang. Ada kata punca penyakit ini berlaku kerana tak ada iman, ini pendapat paling hangat, ada kata sebab kehancuran keluarga, environment dan dikelilingi oleh manusia negative. Banyak sangat puncanya, tak tahulah yang mana spesifik.

Nama kawan aku Syahrul, sudah dua tahun mengalami depression. Dia dibesarkan dalam keluarga sihat, bahagia dan tak ada sebarang masalah. Dia bukan budak jalanan yang tidak solat atau melakukan perkara mungkar. Dia sebelum ini adalah seorang rakan yang positive, ceria dan bersemangat. Malah cemerlang dalam pelajaran.

Dia sendiri akui tiada sebab untuk dia murung. Tetapi benda ini datang secara tiba-tiba. Tanpa memberi salam perkenalan. Tak sedar dia gemar termenung, tidak bermaya, tidak dapat lelapkan mata, rasa kosong tiba-tiba, gagal memberi tumpuan. Tanpa sebab tahap keyakinan dan penghargaan diri Syahrul mula menurun. Dia jadi mudah rasa bersalah dengan kesalahan yang kecil sahaja. Mula suka salahkan diri sendiri dan pemarah.

Aku pada mulanya mahu menolong, adakala rasa stress disebabkan dia tetap juga tak sembuh-sembuh, malah makin teruk. Walaupun tak pernah sebut tentang b***h diri, dia sering menyebut tentang kematian. Bayangkan wajah dia yang dulunya bersih, tenang tapi kini sudah suram dan tiada keserian. Kasihan aku melihat keadaan dia.

Sampai la satu hari ketika maghrib. Waktu itu aku dan Syahrul sedang menunggu bas untuk pulang dari kampus utama ke asrama kami yang terletak di luar kampus utama. Sebelumnya aku dan dia menghabiskan masa dengan bermain badminton pada petang itu. Punya leka bermain sehingga kami tidak sedar waktu sudah maghrib.

Selalunya kitaran bas kampus akan berhenti selama satu jam. Hanya akan mula bergerak semula pada 8.30 malam. Waktu itu jam lebih kurang 7.10 petang. Pada mulanya aku dan Syahrul mahu menunggu saja bas datang, di bawah pondok menunggu bas.

Dalam lima belas minit aku dan dia menunggu dalam keadaan suram. Bayangkanlah suasana yang kian gelap di sekeliling kami. Waktu itu sunyi dan lengang. Aku dan Syahrul sahaja satu-satunya manusia di situ.

Sampai lah muncul seorang budak lelaki yang sangat kurus dan tinggi seperti Kwang So dalam running man. Wajah dia cengkung. Dia duduk berdiri di hadapan membelakangi kami sambil memegang besi penghadang di depan pondok dan tiba-tiba dia pusing lalu menghadap aku dan Syahrul. Lama juga merenung kami berdua. Takut juga, mana tahu geng LGBT.

“Dari mana?” Ringan pula mulut aku bertanya.
“Dari arah azan.” Jawab dia, suara dia garau.
“Kemurungan?”
Tiba-tiba laki tu bertanya kepada Syahrul.
Aku dan Syahrul waktu itu terkejut dan saling memandang. Selepas itu baru Syahrul mengangguk.
“Kemurungan tu wabak bapa aku. Kau dah kena” Lelaki tu tiba-tiba tersenyum bangga.

Aku dan Syahrul terkebil-kebil pandang lelaki tu. Sampai la tiba-tiba sahaja ada angin kuat bertiup, sehingga membuatkan mata aku dimasuki habuk. Pejam celik, pejam celik berhempas pulas buang habuk pada mata barulah akhirnya mata kembali baik. Tapi sedar-sedar lelaki tu dah tak ada. Bila aku tanya Syahrul mana pergi lelaki tu, Syahrul pun tak tahu sebab dalam masa yang sama juga kedua belah mata Syahrul pun masuk habuk macam aku.
Esoknya macam biasa. Aku ingat msiteri malam semalam dah berakhir. Rupanya tidak. Masa waktu maghrib tu, masa itu azan. Syahrul seperti duduk tak senang. Sedangkan waktu macam itu dia, aku dan kawan-kawan kalut bersiap nak ke masjid. Tapi Syahrul macam tak senang duduk. Cacing kepanasan.

Terdetik dalam hati aku baca ayatul kursi, dan surah tiga kul. Lepas tu aku tepuk belakang Syahrul yang tengah mengelamun. Elok je aku tepuk dia tiba-tiba gelak. Dia kata tajwid tak kena. Aku apa lagi masa tu mula start gelabah.

Mula aku lari ke muka pintu dan jerit panggil jiran dan kawan-kawan nak minta tolong. Masa tu dua orang lagi keluar cari warden.

“Tak yah panggil, nanti aku keluar sendiri.” Syahrul cakap dekat aku dan kawan-kawan sambil peluk lutut dia.
“Kau siapa?” Salah seorang kawan tanya.
“Syahrul.” Syahrul jawab.
“Apa ke jadahnya, ni bukan Syahrul.” Aku.
Syahrul gelak.
“Baliklah jangan kacau kawan kami.” Kawan aku si Kecik ni cakap.
“Selepas subuh esok aku keluar.” Syahrul jawab.
“Kenapa kacau kawan aku?” Aku tanya pulak.
Syahrul gelak.
“Kau perasan bijak, kau pulak perasan handsome tapi tak sedar badan kau gemuk, kau otak blue, kau perasan alim tapi dangkal dan kau tak pernah solat.” Syahrul tuju semua tu dekat kami semua yang ada dalam bilik tu. Lepas tu dia tersengih.
“Kenapa kacau kawan aku?” Aku tanya lagi.
“Selesa, terlalu banyak tempat kosong.” Jawab Syahrul.

Malam tu ada yang bergilir-gilir solat sebab nak pantau Syahrul. Elok selepas maghrib baru warden datang.

Paksa punya paksa dia keluar, tetap gagal. Warden tu pun tak banyak sangat tahu pasal benda ni. Ustaz pula pergi kursus. Lepas tu kami semua ambil wuduk baca yassin ramai-ramai dalam bilik.

“Okey baik aku pergi” Tiba-tiba Syahrul cakap macam tu selepas dia kami mula baca bismillah ramai-ramai sambil pegang surah Yassin dalam bilik.
“Baik, cepat keluar.” Warden arah.
Syahrul mengangguk sambil ketawa kecil.
“Nak tahu satu benda? Bapa aku dah berjaya kalahkan manusia sebelum yang satu tiba. Wabak memakan jiwa disebar supaya manusia hilang pegangang dengan tuhan. Ini satu kejayaan.”
“Kenapa bagitau kami semua ni.?”
“Sebab aku bangga.” Syahrul ketawa kuat lalu pengsan.

Esoknya Syahrul demam. Lepas habis demam tu dia cerita dekat aku. Sebelum waktu badan dia kena sampuk tu, dia rasa mengantuk sangat, lepas tu dia terlelap dan bila dia terjaga dia sedar bahawa dia berada di tempat lain. Masa tulah Syahrul nampak makhluk hitam dengan tanduk satu di belakang kepala.

Mari sama-samalah kita semua berdoa kepada tuhan, agar umat kita dilindungi dan diberi kekuatan dalam tempuh ujian. Aku makin gerun bila teringat Dajjal yang bakal keluar dengan permainan iblis dan syaitan yang tidak jemu mahu menyumbat anak adam ke lorong kesesatan. Bangunlah wahai umat Muhammad, solat dengan kehadiran hati, damping Al-Quran, dan beri sokongan kepada rakan kita yang hidap kemurungan.

Renungkanlah.
Ikhlas: Charcoal Heart

Charcoal Heart
Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

22 thoughts on “Lembaga Bertanduk Dengan Kemurungan”

    • Wahai Tiong mgkin SEEKOR burung.. dalam citer to takde pun paksa ko soh percaya..so takde sebab utk ko komen dye “penipu”.. nak amek iktibar utk diri sendiri silakan.. taknak amek iktibar..tak payah kondem.. please connect ur brain to ur finger bfore write any comment. Tq

      Reply
  1. MasyaAllah…
    Tiada rasa tidak puas hati pun lepas baca cerita awak, Charcoal Heart. Terima kasih atas peringatan. Kita terlalu selesa, lagho (leka) dan cuai dalam bersedia untuk akhirat sedangkan kemusnahan semakin hampir. Telefon pintar ini pun sebenarnya memainkan peranan sebagai pengiring dajjal.

    Pengajaran yang saya dapat ialah beribadat jangan sembrono kerana ikut-ikutan. Mesti ada ilmu.

    Terima kasih sekali lagi.

    Reply
  2. Ya Allah baca cerita kau dik igt 2thn lalu time study aku kena depression…nangis meraung mcm org gila…hari2 rasa nak b***h diri nak tamatkn semua ni, cederakan diri??jgn cakap berbalar2 tangan ni aku k***r sedih je aku k***r k***r smpai aku puas, alhamdulilah skrg dh tak ada i try to accept kekurangan diri n kalau ada malash aku akan cakap dgn org yg aku percaya

    Reply
  3. nice,dari awl baca ada isi..cerita ni seolah2 mcm kita berinteraksi dgn ‘Qarin’ kita..dats y setiap mnusia ada dua watak satu watak normal kita dan satu ‘darkside’ kita so kadang2 org kenal kita yg mana satu,as mnusia kita kdg2 tak dpt lari dari godaan syaitan.,btw good story siap bgi selfmotivate utk kpada yg rasa down sgt btw kpd yg depression pls u’re not alone just tell ur feeling to us inshaAllah still ada lagi good people kat bumi ni even kita rasa dunia ni kejam.,but trust urself dont ever ever give up! believe it keep fight and be strong! btw thnks for sharing!

    Reply
  4. Ubat hati ada 5..amalkan insyallah hati tenang.. Nak tau apa Ubat hati? Tgk u tube lagu opick bertajuk tombo ati.. Lagu lirik jawa dan melayu.. Sifat murung hanya mengundang setan iblis masuk dlm diri kita.. Berkenaan dajal.. Mmg dah hampir tiba pun tp ramai masih denial stage walau byk tanda2 dah muncul..

    Reply
  5. Saya pernah alami depression yg agak teruk.. Tp sampai bila nak layan hati? Nak marah takdir? Nak salah kan org.. Solusinya back to Allah.. Byk kan amalan.. X peduli dgn bisikan setan durjana.. Kuat.. Mesti kuat.. Jgn mengaku kalah.. Jihad paling susah dlm dunia ada lah jihad keatas diri sendiri.. Jihad utk jadi lebih baik.. Tq pada pencerita kisah ini krn membuka mata org lain penyakit sosial yg sedang bercambah.. Mmg patut disiarkan utk jadi teladan

    Reply
  6. cerita kau mmng best gile. tapi isi dn jalan cerita tu buat aku takut. baru aku sedar semua tu permainn makhluk tu. bagi aku mmng betul sngt. mmng xde sbb untuk murung. tapi perasaan tu mmng tiba2 hadir. punca daripd bnda yng tak besar mana. sampai satu tahap jiwa rasa kosong. tak boleh nak rasa apa dah. give up hbs. ..

    Reply
    • Maksud dia Dajjal rsanya.. sbb aku.pernah tgk satu video pompuan kena rasuk kat.arab. jin yg rasuk.girl tu ada ckp skrg diaorg tgh tgu yg satu. Tgh kumpul askar seramai mgkin, askar utk yg satu. Bila ustaz perawat tanya siapa yg satu.. dia kata sudah tentu Dajjal..

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.