Lembaga Hitam Dalam Bilik

Assalamualaikum parah pengemar FS, nama aku Emma Dan aku berasal dari sabah.. Nak pendek kan cerita aku nak berkongsi sedikit cerita seram yang pernah aku alami… Ok kita teruskan cerita..

Pengalaman yang pernah aku alami ne dh lame dh kira2 masa umur aku 13 tahun dan sekarang umurku dh 20 tahun.. Kami sekeluarga ne bila lepas isyak kitorang akan makan malam, lepas jer habis makan malam kitorang akan buat hal masing2 ada yang main hp, ada yg buat keje masing²,ada yg tingok TV.. Mcm biasalh aku lepas makan malam tu main hp kat ruang tamu dan dalam kurang 10 minit tu, mata aku ne rasa mengantuk plk apa lagi terus naik bilik lh.. Tak silap masa tu awal lgi lebih kurang kul 8 atau 9 rasanya..

Lepas aku naik bilik tu terus baring atas katil, yang jadi masalah lgi kat dlm bilik aku tu tkde lampu (rosak) tapi luar bilik tu ada 1 gerai kecil , bilik aku tu paling hujung sekali jadi boleh lh nampk sikit kat dlm bilik aku tu disebabkn oleh pantulan cahaya lampu dari gerai.. Masa kat dlm bilik tu aku bawak kucing untuk temankn aku tidur nnti..

Ok pendek kn cerita lgi masa tu saya dh tido dh.. Dalam kul 11 lebih tu tiba2 aku terjaga lalu aku terus bangun dari tidur dan duduk seketika.. Aku perhati kat sebelah, kucing yang aku bawak tu masih ada tengah tido dan terus berdiri nak keluar dari bilik sebab nk gi tandas.. Masa tu semua dh gelap dh.. Dh tido semua. Dalam rumah aku ne kalau dari tingkat atas nk ke bawah kene lalu kaki lima.. Kaki lima plk boleh terus nmpk kat luar.. Masa aku lalu tu aku nampk Abang aku kat luar tengah duduk sambil ditemani barah api..

Jadi lepas aku dah siap dh gi tandas terus naik atas masuk bilik, bila aku dh sampai bilik ‘sini lh bermula kisah seram yag aku tak akan lupe sampai sekarang’.. Kita teruskan.. Masa tengah baring tu aku cuba nak lelapkan mata tapi rasa susah pula waktu tu.. Masa tu kucing aku tu masih ada kat tepi aku.. Tengah aku pegang2 kucing aku tu tiba-tiba rasa macam ada benda kat sebelah rasa hairan jga s’ingataku, aku bawa kucing masuk bilik seekor jer tpi kenapa kucing boleh ade 2 ekor.. Masa tu aku fikir positif lgi mungkin kucing lain masuk kot masa aku gi tandas tdi… Jadi masa tu aku nampk kucing tu tk jelas sangat sebab keadaan bilik masa tu tk terang sngt jdi boleh pegang jer..

Masa aku pegang kucing tu tiba2 kucing sekor tu dh tkde dh tinggal sekor jer tinggal.. Aku pon dh fikir lain2 dh.. Mesti kat dlm bilik aku ne ade benda yang tak best.. Masa tu aku baring lurus masa tu juga aku rasa tiba-tiba dekat dlm bilik tu rasa mcm panas sangat tak tahu kenape, selalu nya tak panas.. Masa aku tengah baring tu tiba-tiba aku nampak ada 1 ketulan asap hitam besar muncul depan aku dan perlahan asap hitam tu membentuk 1 bentuk lembaga hitam berbentuk manusia yang sangat besar.. Masa tu aku tengah tergamam melihat benda tu dan tk tau nk but apa.. Masa aku tengah renung makluk tu tiba2 makluk tu himpit aku.. Masa tu Ya Allah rasa kene himpit makluk tu rasa dia sangat berat sampi nak bernafas pon susah nk cakap pon susah..

Yang lebih seram lagi aku nampk makluk tu perlahan2 masuk dalam badan aku, serious aku katakan masa makluk tu himpit aku, boleh rasakn badan makhluk tu berbuluh tebal senang citer mcm (monyet hitam)..masa tu aku baca doa ape2 yang aku tahu.. Masa aku baca doa Al-fatihah dalam hati aku boleh rasakan makluk tu nk keluar dari badan aku.. Masa makluk tu keluar, badan aku ne mcm tengah terbang dari katil (masa makluk tu keluar dari badan) lepas makluk tu keluar, badan aku terus jatuh ke bawa. Aku nampk makhluk tu ada di sebalik baju2 yang bergantungan smbil melihat aku dengan mata merah. Apa lagi aku terus pecut keluar bilik lh.

Esok pagi mak tanye kenapa,  Aku pun citerlh apa yang berlaku semalam, dan pagi tu juga aku demam sebab masih terkejut apa yang berlaku malam tu. Sejak dari tu bnyak benda pelik yang berlaku kat aku.. OK itu saja cerita seram aku untuk harini, nak tahu ape yang berlaku lepas kejadian tu nnti Emma akan sambung lagi… Lain hari kita cerita lgi Harap korang suka degan cerita aku ne…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

2 thoughts on “Lembaga Hitam Dalam Bilik”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.