Lembaga Perempuan di Tandas Berhantu

Hai, terima kasih kepada FS yang sudi publish kisah saya ini. Nama saya Liane . Saya selalunya hanya menjadi pembaca tpi kali ini saya ingin mengkongsikan serba sedikit cerita seram yang dialami oleh saya dan rakan saya.

Baiklah, untuk pendekkan cerita, kawan saya Si M dengan saya mendapat pengalaman ni semasa perkhemahan di sekolah kami 2 tahun lepas. Pada hujung bulan Julai jika tidak tersilap, pada hari perkhemahan dimana sekolah kami akan menjalankan pelbagai aktiviti dan pada malam itu juga kami akan mengadakan aktiviti malam kebudayaan.

Sepanjang aktiviti itu, memang banyak persembahan menarik yang kami terasa terhibur. Dijadikan cerita, si M ni dia mengadu dia nak ke tandas ketika persembahan zapin sedang berlangsung. Jadi nak taknak saya terpaksa ikut dia menuju ke tandas, sepanjang perjalanan ke tandas memang koridor di area kelas tingkatan 6 sejuk dan sunyi. Ohh untuk makluman para pembaca, kedudukan tandas perempuan dan lelaki serta area dewan persembahan tu memang beza jauh sebab dewan persembahan tu hanya berada di belakang pejabat sekolah.

Tandas lelaki pula berada di tingkat atas bersebelahan bilik guru dan tingkat bawahnya bilik disiplin. Area depan tu saja adalah dewan persembahan tetapi tandas perempuan ni jauh sikit dari area itu, tandas perempuan ni terletak jauh kebelakang di kawasan hutan, sekolah kami ni belakang dah ada hutan yg besar dan kadang menyeramkan.

Balik kepada cerita, perjalanan pergi ke tandas tu sungguhlah membebankan sebab setiap langkah yang kami lalu tu terasa amatlah berat dan perlahan, setelah 10 minit berjalan barulah sampai di luar pintu tandas, Si M ni juga penakut orangnya jadi dia minta saya untuk menjaganya di luar pintu tandas agar dia tidak berasa takut.

Sewaktu si M ni sedang “sibuk” saya pula terfikir tentang misteri serta kisah yang pernah di ceritakan oleh seorang pakcik guard yang kami semua percaya akan kata dia kerana dia antara orang yang paling lama berada di sekolah itu. Dikatakan bahawa tandas perempuan sekolah kami itu sering kedengaran ada pelajar perempuan yang menjerit seperti histeria, ada pelajar yang pengsan sebab ternampak lembaga yang terpantul di cermin sinki dan paling extreme adalah cerita tentang pelajar perempuan yang dibuli dan m******h dirinya dalam tandas tetapi tandas tersebut telah dikunci oleh pihak sekolah.

Tetapi saya dan si M ni tidak percaya sangat akan kisah yang tidak masuk akal ini jadi saya tidak mengambil kisah sangat. Setelah si M ni “selesai” dia menegur saya bertanya jika saya ada bercakap atau memanggilnya di pintu luar tadi dan masa itu saya masih belum dapat apa yang disampaikan lalu saya mengajaknya kembali ke dewan persembahan. Sepanjang jalan kami melalui koridor di kelas tingkatan 6 si M langsung tidak bercakap dan sunyi semacam lain daripada perangainya yang kuat membawang.

Masa tu saya tidak syak apa-apa lagi kerana saya hanya mahu kembali menyaksi persembahan. Setelah tiba di pintu dewan, si M ni terasa tidak sedap hati dan menyuruh saya ni ikut sekali untuk mencari ustazah di surau. Saya tidak rasa pelik kerana saya sudah lama bergaul dengan orang melayu sampaikan saya boleh lupa yang saya ni bukan Islam. Sampainya di surau saya dan si M bergegas masuk ke surau tapi anehnya kenapa si M ni macam takut nak berada di luar surau atau dewan.

Setelah dia duduk di sofa dalam surau sambil bertemankan beberapa orang rakan serta ustazah baru dia bukak cerita dia. Dia beritahu saya bahawa masa saya nak masuk ke dewan dia sudah tidak sedap hati kerana apabila kami tiba di sana dewan itu kosong serta gelap gelita hanya bunyi angin yang agak kuat tetapi apa yang saya nampak adalah suasana yang meriah malah berbunyi gendang serta kompang untuk persembahan tarian tradisional.

Saya terkejut pada mulanya tetapi saya percaya bahawa si M ni tidak mungkin mereka cerita yang merepek untuk menakutkan saya, kemudian dia juga menceritakan pada ustazah dan rakan lain yang dia terjumpa susuk tubuh yang seakan budak junior tetapi berpakaian putih yang kotor dan seperti dicarik dikoyak. Wajah makhluk itu tidak kelihatan tetapi si M ni nampak “dia” waktu dia keluar dari tandas dan “dia” mengikut si M sepanjang kami lalu di koridor. Oleh sebab itu si M ni diam je waktu kami ingin pergi ke dewan.

Setelah membuka ceritanya, ustazah menegur kami agar bergegas kembali ke khemah masing-masing lalu kami bergerak kembali ke khemah dan bersiap untuk tidur. Kebetulan juga khemah saya dikongsi dengan si M jadi malam tu memang kami berdua tidur rapat sebab kami agak takut selepas apa yang terjadi.

Pukul 3 pagi saya terbangun melihat si M ni tidur bagai anak manja berpelukkan dengan bantal busuknya. Saya tidak ingin menganggu si M ni jadi saya mengambil keputusan untuk keluar dari khemah mengambil angin sambil mendengar lagu. Sedang menghayati lagu berteman angin yang sayup segar saya terasa seperti ada sesuatu yang memandang saya dari jauh. Puas saya melihat jika ada orang yang mengintai saya dari jauh namun tidak sesiapa di kawasan khemah wanita selain guru wanita dari 2 orang guru lelaki yang lena tertidur di dalam kereta.

Dalam sekelip mata, saya tertangkap seperti ada sesuatu yg berlari dengan kadar yang sangat pantas dari khemah ke khemah dan lesap memasuki ke salah satu kelas di blok tingkatan 6. Saya hanya nampak samar-samar lembaga yg seakan tubuh perempuan yang berisi sedikit dan baju yang kotor serta koyak. Serta merta saya lari menuju ke kereta cikgu dan memberitahu kesemuanya.

Pada paginya itu selera saya hilang kerana fikiran ingin tahu saya terhadap blok tersebut membuak jadi saya dan si M menuju ke pondok guard bertanyakan situasi yang saya alami kepada pakcik guard itu dan pakcik guard telah membongkarkan segala rahsia tentang blok dan tandas di area itu.

Dikatakan pada 10 tahun yang lepas berlakunya beberapa kes yang meragut nyawa pelajar perempuan yg kini “menghantui” tandas tersebut.

Kes 1: lembaga perempuan yg dipantul di cermin adalah perempuan yang pernah dirogol oleh beberapa lelaki di belakang sekolah dimana dia telah diikat pada tiang di belakang tandas sehingga mayat dia ditemui tanpa seutas benang.

Kes 2: perempuan yang menjerit di dalam tandas adalah kes dimana dia terlihat lembaga misteri itu dan mengalami histeria dan tidak kembali ke sekolah lagi.

Kes 3: pelajar perempuan yang meninggal dunia akibat dibuli adalah dimana pelajar itu pernah menjadi mangsa dalam 15 kes buli lalu dia tidak dapat menahan tekanan dan dibuli dia m******h dirinya dengan menikam dirinya berkali kali di dalam tandas menjadikan bajunya yang kotor dan koyak.

Kami dinasihatkan agar tidak berfikir panjang tentang kisah tersebut dan kini saya dan si M ni telah pun tamat belajar. Itu juga merupakan pengalaman pertama dan mungkin yg terakhir buat saya, saya harap saya dapat mengkongsikan cerita yang akan datang.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Liane
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

3 comments

  1. nice story 👍👍🌟🌟 maybe pakcik guard tu dah lama kerja kat sekolah tu…tahu mcm² kisah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.