Lembaga Pokok Asam

Kisahnya bermula sebegini. Nama ku Anie, ketika itu umurku sekitar 12 tahun. Pada hari itu hanya selang beberapa minggu selepas kemat1an nenek, ayah dan ibu keluar ke bandar atas urusan keluarga. Kali ini aku dan abang yang sulung ditinggalkan. Ayah memberi amanah kepada ibu saudara untuk menjaga ku dan abangku. Kebetulan jarak di antara rumah ibu saudara dan rumah ku hanya dipisahkan dengan sebatang parit kecil dan sebuah jalan raya kampong. Abang ku pula petang itu tidak ada di rumah, dia lebih gemar keluar ke rumah rakannya.

Oleh kerana leka bermain aku tidak sedar hari semakin senja, abang memanggil aku pulang untuk menutup tingkap rumah. Dari tingkap rumah ibu saudara aku dan sepupu ku menjenguk ke luar jendela yang pandanganya boleh sehingga jelas ke hujung rumah ku. Ketika aku menyahut laungan abangku alangkah terkejutnya dengan apa yang aku lihat, satu lembaga yang memakai pakaian yang lusuh dan carik-carik dengan rambut yang panjang mengurai hingga ke tanah…….. Ya Allah apa tu Ija????
Ija terus menjerit sekuat hati ‘hantuuu……’ dan aku hanya mampu terdiam kaku kerana lembaga itu yang mulanya berpaling muka tiba-tiba memusingkan wajahnya ke arah pandangan kami.

Aku berlari turun dari tingkat atas rumah ibu saudaraku ke bawah lalu menceritakan pada ibu saudara ku dalam keadaan mengigil dan nafas tercunggap-cunggap. Ibu saudara cuba menenangkan kami dan aku berlari pulang ke rumah dalam keadaan yang terburu-buru. Sudahlah demikian setiba sahaja aku di titi rumah pelepah kelapa pula jatuh dihadapan ku yang lagi menambahkan takut ku.
Aku terus ke arah abang ku yang masih tercegat di hadapan pintu rumah menunggu kepulangan ku.

Aku menceritakan kesemua apa yang aku nampak. Abang ku pun berkata perkara yang sama dan meminta aku masuk ke rumah untuk menutup tingkap kerana hari semakin gelap. Aku mengajak abangku bersama masuk ke dalam rumah tetapi dia mengelak katanya hantu itu sudah pun menghilangkan diri. Aku kenal abang ku ini juga seorang yang amat penakut. Dalam keadaan yang amat takut aku memberanikan diriku sambil aku membaca ayat kursi dan memegang sebatang penyapu lidi. Bacaan aku entah menjadi litang pukang kerana dalam keadaan yang amat takut.

Sebaik sahaja tiba di hujung rumah iaitu dapur aku makin mempercepatkan langkah seolah-olah tidak mahu jika terlihat lembaga itu lagi. Kebetulan pula baharu aku teringat lembaga yang aku nampak itu pernah di ceritakan ibu , kerana lembaga itu gemar bergayut di pokok asam yang tumbuh liar di belakang rumahku. Ya Allah lindungi lah aku….. Selesai aku menutup kesemua tingkap aku berlari keluar rumah dan balik ke rumah ibu saudara ku menunggu ibu dan ayah ku pulang. Abang ku yang tadi entah keluar ke mana bersama rakannya..Dasar abang penakut…

Kisah yang sama aku dengar lembaga itu pernah menjelma menakutkan orang yang lalu di belakang rumah ku kerana di lorong yang sama belakang rumahku adalah lorong ke KUBUR…………Akhirnya pokok asam itu ditebang oleh orang kampong kerana hendak membesarkan lorong dan menaik taraf jalan ke kubur…Sehingga ke hari ini aku tidak lagi tinggal keseorangan di rumah walaupun aku sudah dewasa. Pengalaman gangguan lembaga ini sudah cukup untuk aku…merasakan SERAMMM….

Maaf jika kisah aku ini kurang menyeramkan bagi pembaca…InsyaAllah kita akan bejumpa dilain cerita lagi…

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

ROSAINI BINTI ISMAIL

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.