Lif Berhantu

Assalamualaikum dan terima kasih FS kerana sudi publishkan cerita saya yang mungkin tak berapa seram tapi ianya adalah fakta yang dikatakan benar belaka oleh orang barat.

Dalam cerita ini,fakta mengatakan bahawa anda boleh pergi ke alam ghaib hanya dengan menggunakan lif.Caranya boleh Google sebab aku pun tak tau macam mana nak main.Sekumpulan remaja dari Jepun telah cuba trick ini dan Alhamdulillah mereka selamat.

The beginning of the story is!

Amaran : Cerita ini berdasarkan fakta dan pengalaman budak Jepun tu dan telah diolah dalam versi Malaysua untuk kasi lagi faham

Kisahnya,Amin seorang pelajar Perakaunan di KTC menetap di sebuah apartment yang tidak jauh dari kawasan kampusnya nya itu.

Semasa cuti akhir sem,Amin banyak meluangkan masa bersama televisyen di rumahnya dengan menonton movie yang dibelinya.

Selepas itu,sedang Amin duduk menonton movie.Amin juga bermain smartphonenya dan telah terbaca satu artikel fakta yang bertajuk Lif ke Alam Ghaib.

Amin berasa kagum dan teruja apabila tricknya begitu mudah dan alang-alang mencelup pekasam,biarlah sampai ke pangkal lengan kerana Amin duduk di apartment sudah semestinya ada lif.

Keesokan harinya,tepat pada pukul 12 tengah malam Amin berdiri pacak di hadapan lif di lobi.Pintu lif terbuka dan Amin terus masuk dan cuba langkah demi langkah.

Setelah Amin menekan tingkat 4(tak silap aku trick ni kata tingkat 4) seorang wanita telah menasuki lif itu dan bertanya “Nak kemana?”.Amin teringat akan trick itu untuk tidak menyahut pertanyaan itu.

Amin terus membuat trick seterusnya dengan menekan tingkat 10 (ni aku yakin betul).Lif semakin laju baik dan Amin tidak terasa gentar langsung.

Setelah pintu lif dibuka,Amin terasa seram sejuk kerana suasana di apartmentnya sungguh sunyi seperti tiada penghuni.

Wanita dibelakangnya juga lesap tanpa meninggalkan kesan.Nampak gayanya Amin berasa gembira kerana trick pertamanya telah jadi.Untuk trick kedua,Amin perlu melihat suasana di luar sama ada langit bertukar merah atau masih gelap serta menguji alatan elektrik sama ada ia hidup atau tidak berfungsi.

Setelah Amin berada di luar,Amin teruja melihat langit menjadi merah darah namun tergamam apabila langit merah itu membuatkan dia semakin seram sejuk.

Amin juga tidak lupa untuk mencuba hidupkan televisyennya.Tiba-tiba,kedengaran semua pintu di bilik seakan dihempas.Amin mula cuak dan ingin memeriksa dengan lebih lanjut di setiap tingkat.

Namun apakan daya,perasaan seram sejuk Amin menguasai dirinya.Amin terpaksa mengunci diri dalam biliknya dan tidak berani untuk keluar ke lif bagi menamatkan alam ini.

Gangguan bukan setakat itu sahaja.Amin dikejutkan lagi dengan suara dari langit seakan-akan menyuruh dia pergi dari tempat ini.Amin memang tak lari dengan sifat kejantanannya.Lantas dia membuka tingkap dan memaki hamun suara itu agar senyap kerana Amin cuba untuk fokus untuk mencari jalan ke lif kerana Amin yakin yang wanita itu berada disekitar apartment ini.

Setelah hari demi hari,Amin mula menyirap dan mengambil keputusan untuk meredah sahaja apartment ini bagi mendapatkan lif.

Apa yang membuatkan Amin lagi ingin menerjah,kedengaran suara seakan trumpet.Amin dengan sifat ingin tahu,dia mengintai dari tingkap.Alangkah terkejutnya dia kerana melihat seangkatan tentera tanpa wajah berkawad dengan laju ke arah apartmentnya.

Amin lantas menerjah dari biliknya seraya berkata “Muzake !!! Tolong !!!”.Sampai sahaja lif,Amin terdengar suara kawad itu sudah sampai ke lobi.Amin mula gentar dan menyebabkan ia lupa akan trick itu(Untuk pengetahuan,nak kembali balik ke alam nyata kene lakukan trick tu secara songsang).Amin cuba membuka smartphonenya untuk melihat trick itu balik.

Namun sayang,alat elektronik tidak berfungsi pada masa itu.Amin dengan gabrah telah memasuki lif dan cuba menekan segala butang.Tiba sahaja di tingkat 5 dan pintu pun buka.Amin secara spontan lagi menjerit “Busnike!!” kerana melihat seangkatan kawad itu berada dihadapannya.Amin terus menekan butang tutup pintu dan cuba menekan butang ke lobi.

Dunia semakin bergoncang,Amin cuba membaca apa apa surah untuk memberi ketenangan kerana Amin tahu.Dia yang salah kerana mencerobohi kawasan mereka.

Sampai sahaja di lobi,Amin mengucap panjang kerana keadaan sudah pulih.Amin berasa amat penat kerana berada di alam itu selama 2 hari.Apa yang memeranjatkannya,rupa-rupanya Amin berada di alam itu selama 6 bulan dan dia telah terlepas akan majlis graduasinya yang telah lama berlangsung.

Kesimpulannya,umat Islam tidak digalakkan untuk mencuba trick ini atas dasar menjaga akidah kerana kita tak tahu mana tahu kita pulak yang akan takut dia lebih dari Allah.

Sekian itu sahaja dan minta maaf kalau tak seram sebab ini hanya fakta diolah sahaja..

Assalamualaikum

.

Sufi
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

3 comments

  1. Oooh tau game ni… Elevator to another world… pernah tengok orang tu bgitau kat youtube dia list 5 creepiest game ke tu?? Entah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.