LIF PUAKA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Hi guys, kali ini aku nak share kisah seram terkena gangguan hantu lif puaka yang aku alami di kilang yang aku bekerja sekarang. Baru jer terjadi dalam dua minggu lepas tapi baru free nak share kat sini. By the way, siapa-siapa yang belum baca cerita “Hantu ATM” , “Pontianak di ruang tamu” dan juga “Hantu KERUSI GOYANG”, sudi-sudilah baca kisah seram yang aku share tu ya!

Pukul 7:30 malam adalah waktu aku mula bekerja. Department aku terletak di aras lima, kantin dan loker pula di aras satu. Jadi masa untuk thumb print adalah jam 7:15 – 7:30 malam. Hari tu aku agak terlambat sikit, pukul 7:20 p.m baru sampai, sebab jalan jem. Jadi aku memang terkejar-kejarlah ceritanya. Dahlah masa terakhir untuk thumb print pukul 7:30 malam. Kalau lambat sikit potong gaji (padahal bukan salah aku). Naik bas kilang kot. Dah tu, jalan pulak jem. Tapi apalah nasib, ikut sajalah kan? So aku nak cepat-cepat pergi kantin letak barang dalam locker dan terus naik ke aras lima. Masa tu aku sorang jer. Orang lain dah tak ada sebab semuanya dah masuk production room.

Aku pun naik lif, tekan aras lima dan pintu lif pun tertutup. Then entah macam mana, lif tak berhenti di aras lima, tetapi berhenti di aras enam, iaitu aras yang ditutup. Bayangkan, terbuka jer pintu lif tu, aku tengok depan aku ni gelap dengan keadaan sunyi. Aku cemas dah time tu. Macam-macam yang aku fikir. Mana tahu nampak hantu ke, lif pula terpadam lampu ke, lif rosak ke. Sumpah, aku nak menangis dah. Berair jugalah mata wanita aku ni.

Aku tekan butang lima banyak kali, tapi tak bernyala. Langsung tak ada tanda-tanda pintu lif nak tutup. Aku cemas gila, aku cuba lagi tapi sama je tetap lif tak bergerak. Aku tekan butang interkom tapi tak ada siapa yang jawab. Aku terus terduduk, aku macam nak menjerit jer time tu. Tipulah kalau aku tak menangis, kan. Aku menangis gila-gila kot (haha)! Panik campur cemas. Daripada berair jer tadi terus berkolam.

Then aku terfikir, takkanlah lif ni rosak tiba-tiba? Even kalau rosak pun, mesti kalau aku tekan butang interkom, ada maintenance staff yang akan jawab. Ini tak lain tak bukan, mesti ada ‘benda’ nak main-main n. Nak mengusik aku. So, aku pun cuba bertenang, aku baca surah-surah lazim dan aku cakap dalam hati, “aku tak kacau sesiapa pun, jadi tolong jangan kacau aku. Aku cuma nak cari rezeki halal dekat sini.” Memang aku dah tak tahu cara lain nak buat, aku cuba jer lah cara ni, kot-kot berhasil, kan. Aku pun try lah lagi sekali tekan butang lima dan Alhamdulillah, bernyala pun lampu butang tu menandakan lif ni kembali berfungsi.

Pintu lif pun tersekat-sekat dan tertutup perlahan. Masa pintu lif tu nak tertutup habis, aku nampak bayangan hitam besar macam kepulan asap melayang depan pintu lif. Walaupun keadaan luar lif tu gelap, aku memang nampak dengan jelas! Bukan mainan perasaan. Aku macam terus kaku tak bergerak. Jantung aku laju je berdegup, macam nak pecah. Aku punya takut tu memang dah tahap macam nak kena sesak nafas. Perghhh! Nampak hantu lagi ke apa ni weh?! Apalah malang nasib aku ni hah? Masa dekat ATM haritu kena dengan kak pon (sila baca kisah Hantu ATM), yang ni kena dengan kabus hitam bayangan silam ke apa pulak ni? Stress wei! Stress jadi aku ni. Asyik kena kacau je.

Sampai je aras lima tu, terus aku tarik nafas lega sebab dah terlepas dari azab terperangkap dalam lif. Adalah dalam 20 minit aku stuck tu. 20 minit yang rasa macam dua jam. Ngeri beb! Dengan ternampak hantu lagi. Tapi kali ni aku dah kuat semangat sikit, tak adalah demam ke apa. Alhamdulillah.

Aku pun sajalah tanya guard dekat situ, kenapa aras enam tu tutup. Sebab dah hampir dua tahun aku kerja sini, memang aras enam tak pernah dibuka walaupun banyak product yang company aku buat ni sampai kena share production A dengan production B. Sempitlah dengan machine banyak-banyak, satu aras ada dua jenis barang berlainan nak buat, terpaksa berhimpit dan berkongsi tempat walaupun aras enam tu kosong. So, nak tahu apa kata guard? Dia kata aras enam tu dulu ada pekerja bunuh diri akibat putus cinta. Semua orang kena kacau lepas kejadian bunuh diri tu dan aras itu terpaksa dikosongkan sebab banyak kes histeria dan ramai pekerja yang terserempak dengan hantu syaitan. So kira puaka lah level enam tu. Dengan lif pun sekali berpuaka sebab tu tajuk cerita aku ni LIF PUAKA. Unik kan tajuk? Senang nak ingat (hehe).

Aku pun ada tanya dengan maintenance, kenapa tak jawab interkom aku, tapi yang mengejutkan aku, mereka tak dapat apa-apa panggilan kecemasan atau detect lif rosak. Sah! Memang aku kena game dengan hantu. Mengucap panjang aku masa dapat tahu tu, aku bersyukur sebab tak teruk sangat kena ganggu. Kalau tak, apalah nasib aku.

So guys, itu je cerita aku. InshaaAllah next time aku share lagi kisah seram lain yang aku alami. Hati-hati nak ke mana-mana. Sentiasa baca surah-surah lazim pendinding diri. Jaga-jaga, makhluk halus memerhati tu. Hee…

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit.

theaicles (aikel )
Beri markah tahap keseraman kisah ini

212 comments

  1. Aku nak share cerita pasal lif jugak. Korang nak baca ke taknak lantak la aku tetap nak share. Haha. Maaf tuan cerita saya menumpang kasih.

    Kejadian ni jadi pada mak dengan adik aku kt rumah makcik aku. Makcik aku ni duduk kat satu apartment area Jalan Klang Lama, level 9. Kat apartment tu ada satu mini market, level G. Long story short, lepas dah bergosip apa semua malam tu mak dgn adik aku nk balik la, so pergi la tunggu lif. Lama jugak baru dpt lif. Lif pulak kosong. Mak aku dgn adik aku je dalam tu. Mak aku tekan lah button G. Dari level 9, lif tu turun dan berhenti ke setiap level (8,7,6 etc). Bila lif terbukak takde orang pun yg naik. Mak dgn adik aku pelik la. Sampai tingkat 1 dan maksudnya kejap lagi akan sampailah ke level G kan (dalam kepala mak dgn adik aku) tapi bila lif terbukak, mak aku tak nampak kedai yg sepatutnya ada kt situ. Bila mak aku toleh dinding, level 10! Mak dgn adik aku masuk balik then baru lif tu laju turun sampai level G tanpa berhenti lagi kt mana-mana level. Itulah ceritanya. Sekian. Salam 1 Malaysia.

    1. Ni shortcut kau potong turn ke apa ni armyy. hahaha tapi dahsyat citer kau ni, nasib baik Mak kau berdua ngn adik. Kalau sorang?

    2. serem. takut pulak nak naik lif. (konon)

      aku pun ade cite jugak. Kisahnya macam ni. Satu hari tu, aku naik lif. Yang aku naik ni lif bomba, besar sikitlah. aku naik sorang-sorang. Rumah aku tingkat 4 je. Hari tu aku rasa lama lain macam. Aku buat derk jelah sambil main game kt hp. Lagipun lif tu mmg slow pun. Tak lama lepas tu lif tu terbukak sendiri, ada orang masuk. Long story cut short. Rupanya-rupanya, aku tak tekan tingkat 4 pon. Patut tak begerak-gerak. huuuu~

  2. Selalu kalau nak naik lif sorang-II memang rasa meremang. Mungkin imaginasi or bayangan aku jelah kot 😅😅 tapi kalau paling seram lif dekat s’pore sebab boleh nampak luar

  3. aku pun pernah jugak tekan level b1 tapi bile aku tekan lift tu terbuka kat level 4 then takde org , aku tekan lagi level b1 sama jugak lift terbuka kat level 4 then masa tu aku dengan akk aku dah cuak😂, apa lagi dah start nangis , tertiba dalam 2 minit baru sampai kat b1 , apa lgi aku dgn akk aku lari pergi naik kereta cepat ii. . Rupanya aku dgn akk aku terperangkap kat lift dah 30 minit, ingatkan baru 5 minit . macam mana aku tau ? sbb setiap kali aku naik lift mmg aku akn tgk jam aku dlu😂dah jadi tabiat aku .Aku dengar ramai jugak yang kene then menurut cerita org level 4 tu KERAS sikit

  4. Semua nak cter pasal. Trylah lif kat warta bangi after 12 masuk sorang2.. hehe..tingkat 5 dah lama x buka, tingkat 6 langsung x pnh buka sejak wujudnya pasaraya tu. Klu siang mmg tekanlah no 6 tu mmg tak nyala2 tp mlm2 time xdek org pnh lif tu nek sampai tingkat 6. Hahahaha

    1. Wujud lg ke warta bangi tu?acik igt da lupus da..tp siang2 naik lif tu pun da seram..ni kan plk naik tgh2 mlm..kehkeh

          1. ade ke x sy xpasti laaa, last tgk mcm dah xde staff sgt.. pecah2 habis track baling boling tu hahaha

    2. series laaa bro? aku dok bangi pun xtahu warta ade sampai tingkat 6, hahaha.. tapi mmg ko pnh naik tingkat 6 tu?

  5. Dahsyat juga kau kena. Not sure la, tapi banyak citer pasal lif berpuaka ni. Aku pernah kena, tapi malas ah nak share. Hahaha

  6. haha bab lif nie mmg scary.saya pernah kena dgn geng officemate.masa tu lunch so cadang nak pergi lunch dekat jusco area office tu ja.ada la dlm 4 orang time tu.biasa la seronok sgt gelak mcm pontianak.last2 kena uji.nak tekan level 1 utk pergi makan last2 dia bawak kami ke level apa ntah.gelap gelita sunyi sepi.mmg bangunan yg tak ada org.mcm lot parking yg tak pernah bukak ja tempat dia bawak pergi tu.bukak ja pintu lif sy terus tersandar ke belakang sebab takut sgt2.antara 4 org dalam lif tu sorang ja gagahkan diri pergi tekan button ttup dekat lif haha.paling kelakar pintu lif tu tak tutup2 sampai salah sorang kawan sy pergi tekan button ttup pintu tu.haha pnya la hanat syaitan tu mengusik.

  7. Seram 2. Teruskan berkarya.

    Setakat ni ruang komen bersih..Hehe tak de unsur2 negatif. Ini yang kita mahu. Masing2 memberi komen yang membina dan bukan komen menjatuhkan individu.

    Alang2 tu aku pun nak share satu cerita pasal lif yang naik… Cerita betul ini disampaikan oleh kawan aku sebab pernh terjadi. Kawan aku cerita di dalam lif masa itu ramai juga tapi xpenuh. Kiranya semua nak naik atas. Tetiba lif terhenti.Diorg pun call pegawai keselamatn buka lif. Lama juga nak buka pintu lif dan akhirnya berjaya. Tapi masalahnya lif berhenti antara dua tingkat. Nampak separuh2. Dengan bantuan semua orang pada tempat kejadian seorang demi seorang brjaya dikeluarkan. Dipendekkan cerita , Alhamdulillah semua selamat dikeluarkan. Nasib baik masa keluarkan mangsa, lif tu tak berfungsi naik atas. Kalau tak jadi cerita lain pula. Itu sahaja. Terima kasih membaca.

      1. kannn .buat hilang mood je klu ad yg komen negatif tu .bagus jugak dia tak masuk kan acik ,harap macam tu lahh

          1. lunch mende nye acik .puasa lah acik .hahhaa .acik puasa penuh tauuuu .nnt tak dpt duit raya

          2. acik da monopos..konfem la full puasa nye..huhuhu
            ko jgn ajak acik mkn..acik cpt tepengaruh dgn anasir2 jahat ni..
            kahkahkah

  8. Seram leh tahan..

    Acik pun nk cite psl lif jgk..aritu naik lif ramai2..tgh syok2 tarik napas tibe2 ade bau telo tembelang..penat acik tahan napas..sekian cerita seram acik..

        1. acik.. acik tolong tanya kat si H ni.. H tu untuk ape? curious aku nak tau cik.. H untuk Hazrul ke.? Aulohhhhhh.. hahahahahhaha

          1. jangan ditanya, kang ko kena marah. haahaha. Hazrul? Patutlah ko curious nak tahu sgt H untuk apa. haha

          2. alahhhh.. saja je nak berkenalan dengan ko.. bulan baik ini, elok lah kita mengeratkan hubungan silaturrahim huhu..

  9. kes aku kat lif lagi macam hanat. aku nak ke tingkat sepuluh dia bantai bawak aku pergi tingkat 15. tingkat 15 tu dah lah segala puaka punya tingkat.

    kau keluar je kepala siket, jenguk ke kiri dah bole nampak bilik kak pon kalau ko bertuah ko boleh nampak dia bersidai kat ampaian. dia punya seram aku sikit lagi aku nak tercirit.

          1. oh yeke. baru nk bangga diri aku org yg pertama create kamus rekaan persendirian. aku kene berguru dgn nasa la yedak? untok praktik kamus aku jd sempurna. huhu.

          2. kau bergurulah dengan dia. untung2 kamus kau boleh berjilid-jilid macam dia. setakat ni, nasa punya kamus dah masuk jilid ke7.

          3. aku merasakan aura yg tinggi bila nk berdepan dgn nasa ni. ape ini perkara biasa? goodluck kan aku maira. maseh.

          1. senang kau berkata kata wahai hantu tade gigi? teringin nk bertukar dgn aku? kau fikir aku ni seperti spende yg kau pun belum tentu tuka tiap hari ahhh jgn kau mimpi. huhuhu.

          2. ko tahikan aku dean? kuajaqqqqqqq. tahi aku pon aku bunge tau. ko ape ade? hummm murung aku lahhh

          3. Ape ni dean hal spender bawak bincang tmpt lain ah…. Kantoi sepender aku pakai sebulan xtukaa… Ummmm….

  10. huiii, seramm bak hang cite ko ni. lama tu! 20 minit, lagi 10 minit setengah jam dah. huhu. nak tanya, bulan puasa ada hantu tak?

  11. cikpeah lak kene mase tue balik keje lambt dalam jam 2pagi mmg flat dah sunyi.mase dah masok dalam lif pintu tak tutup2 bila pintu dah nak tutup tibe2 muncul pmpn cine masok.y jadi seram Nye terase die berdiri betol2 belakang cikpeah sbb ley rase mcm ade hembusan dekat telinge.terus cikpeah turun tingkat 3 mencicit lari naik tangga rumah tingkat 5.

      1. muke pmpn tue pn dah seram tak terdaye dah nak tengok belakang acik oooooo..buat Nye bukan orang tak pasal2 cikpeah tido dalam lif tue…ahahhahaah

    1. Tu je??ulasan & komen membina xde ke?penat acik tggu ko komen nakk..

      *merenung ke luar jendela sambil miming lagu lagi syantik

      1. satu je yg tok fikirkan..
        dia punya masa thumb print paling lewat 7.30pm..
        dia datang 7.20pm..
        sangkut kat lif 20 mnit..

        lama tu.. potong brapa bnyk.. boss dia patut pinta ke ground-floor..

          1. hahaha..camne ko tau singkong??penat acik belakon..
            tah mana la anak aku tu skg..da crk ibu baru agak nye..

        1. dia thumb print lepas stuck 7.40pm. potong 20 minit.
          kalau sehari gaji dia RM50/8jam =RM6.25 sejam
          dekat RM2 rasenye tu dia kena potong.
          hahahha

  12. Setahu ak la kann.. Majikan tak boleh suka2 hati potong gaji sbb pekerja dtg lewat.. Majikan kna bagi notis/surat amaran.. Korg boleh buat report jemaah ni 😝😝

    Anywayss, not bad.. Boleh tahan seram 💪

    1. x semua majikan bgi warning letter dlu.. ada yg akan direct ptong since drng da bg pencerahan akn isu itu dalam surat pelantikan..

    2. Xdak nya mcm tu.. Kalau bab nk potong gaji ni laju ja majikan buat. Aku keja kilang elektronik kt Penang pun camtu derr.. Sampai time nk solat waktu pun potong gaji… Redha ja lah…

        1. harini je aku tak busy. sempatlah melilau kat sini. hahahaha. semalam aku busy ! rasa tak bejalan atas tanah.

      1. buat keje tu cepat sikit, jangan asyik mengular je, harini satu cite takde. huh. penuh dgn komen mengarut je. huhu

    1. baca nama ko je dah boleh buat aku lapar walaupun ko hanya sekadar panadol. hmm. anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala??

      1. ye betul. saya tak kenal pun Singkong & keju yang bermuka badut tu. hahaha

        *tok..jangan over tak nak mengaku

  13. Weh banyaknya komen. Pakat2 kongsi kisah masing2 dalam komen ke?

    Kepada penulis, aku baca dengan penuh penghayatan cerita ni. Seramnya kalau duduk seorang dalam gelap gitu. Fobia tak naik lif lepas tu?

  14. Allah.Taubat tak naik lif curi2 lagi dah la tingkat 8 kawasan larangan.Jauhilah dari terkena camni bila naik lif sekolah nnti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.