Assalamualaikum.
Pertama sekali aku ucapkan terima kasih pada admit FS yang menyiarkan kisah seram aku buat kali pertama. Aku juga silent reader FS.
Maafkan kalau penulisan aku tidak bagus atau buat korang pening.
Aku kenalkan diri aku sebagai Fi.
Dan aku bekerja sebagai crew penerbangan di negeri selangor. (Mungkin korang tau airport di selangor tu). Dan aku berasal dari KL.
TAHUN 2014
Kisah aku bermula selepas aku pulang dr bertugas 5am-2pm. Aku balik kerumah seperti biasa aku tinggal dirumah sewa.
Tinggal berduaan dengan kawan sekerja bernama lili (bukan nama sebenar)
Selepas sampai dirumah,aku mandi dan tidur kerana kepenatan sehingga jam 6.45pm alarm bunyi untuk bangunkan aku sebelum maghrib.
Aku terus bangun dan ke ruang tamu untuk buka semua lampu dan tutup tingkap. Aku ketuk pintu bilik lili dengan niat untuk ajak keluar makan selepas maghrib,tetapi tiada kedengaran suara. Aku ingat dia tidur mati. Sebab shift dia sama denganku dan balik pun sama2 kerumah tengah hari tadi. Jadi aku pegang tombol pintu untuk buka. Selepas buka, tiada siapa2 di biliknya dan radio terbuka tanpa siaran yang sekat2.
Dalam hampir gelap cuaca aku buka lampu biliknya dan tandas dan aku sendal pintu biliknya biar terbuka sebab aku memang waktu maghrib pasang surah al-bakarah. Seperti kebiasaan lili sudah faham dengan cara aku. Dalam masa sama, aku terfikir yang lili ada bagitahu, lepas balik kerumah macam biasa dia nak tidur dan akan bangun untuk masak atau keluar makan dengan aku.
7.30pm azan berkumandang memandangkan surau hanya di bawah blok rumah.
Aku leka menyapu rumah dan cuci cawan2 dari pagi tadi tidak di cuci.
Sedang aku mencuci, seperti kedengaran orang mandi di bilik air ruang tamu. Aku abaikan je kemudian aku ke ruang tamu duduk di sofa kerana keletihan mengemas.
Tidak lama aku dengar pintu grill dibuka lantas lili buka pintu untuk masuk rumah. Aku seperti biasa, pandangnya dan tanya “pegi mana tadi” lili cuma jawab “pulang dari hospital nenek sakit tenat”
Aku tanya lagi “pukul berapa keluar”
Dan lili jawab “pukul 3 lepas mandi dari balik kerja terus dia keluar”
Aku teringat akan radio dia terbuka tu.
Aku bagitahu “radio kau lupa tutup ke”
Lili bermuka pelik “radio”? “Mana ada aku pasang radio”
Aku diamkan saje. Dan kami keluar makan jam 8.30pm selepas siap mandi2. Selesai makan hampir pukul 11pm kami sampai di rumah dah buat hal masing2 kerana esoknya shift 5am pagi perlu bangun 3am.
Kisah bermula disini..
3am alam aku berbunyi untuk bangun .
Selesai mandi dan aku buka tv untuk memecah kesunyian dan ketuk pintu bilik lili untuk kejutkan dia kerana shift kami sama cuma berlainan destinasi penerbangan .
Kebiasaanya lili akan respon “ye ye bangun dah” tapi tiada.. untuk pengetahuan korang, lili ni jenis payah nak bangun, jadi aku la tukang kejut sepanjang 2tahun tinggal bersama kecuali berbeza waktu shift.
Aku buka lagi tombol pintu bilik. Nahh tiada pula lili.. aku berasa tidak sedap hati. Dan aku fikir “takkan awal sangat keluar kerja”
Aku cepat2 pergi bersiap tanpa memikir apa2..
Aku turun ke kereta dan masuk dalam kereta, semasa perjalanan ke airport, aku terasa seperti ada yang memerhati dari tempat duduk belakang. Dan keluar bau yang agak busuk dan hanyir. Aku cuma abaikan. Setelah park kereta di parking sebelah airport, aku jalan untuk masuk ke airport lebih kurang 100meter jarak jauh pada jam 4am. Reporting duty jam 4.30am.
Semasa jalan tiba2 angin yang mengicau daun2 kering di rumput, sekali lagi bau busuk yang sama datang.
Dan pokok disebelah semasa aku jalan tiba2 berkicau sepeti ada yang melompat di pokok tu. Aku dengan terkejut dan hampir pitam cepat2 berjalan. Seperti jauh nak sampai ke pintu airport sedangkan jarak tak sampai 50meter.
Aku selamat sampai.
Sesudah di office, aku dengar rakan2 setugas rancak bercerita tentang kemalangan. Aku diamkan dan hadap komputer untuk report duty.
Aku buka fon dan nak whatsapp lili tanya dimana, aku terpandang “last seen 2.1.2014 15:12pm(semalam)”
Terus aku text lili
“Wei kat mana,awalnya keluar kerja tak tunggu”
4.25am masib belum double tick.
(Dulu belum ada blue tick)
Aku abaikan dulu dan terus pergi ke restaurant 24hr untuk sarapan Sebelum jam 5am. Sarapan bersama rakan yang kelihatan di meja makan..
Tiba2 rakan sekerja bernama ita (bukan nama sebenar) bertanya, “kau pergi tak kenduri tahlil lili malam ni”
Aku tersentak dan terfikir sejenak. Apa yang aku ingat tahlil neneknya mungkin.
Dan aku terus tanya “eh nenek dia dah meninggal ke”
Ita bersuara sambil aku masuk kan burger ke mulut. “Tahlil lili la! kan dia ecident meninggal semalam petang takkan tak dapat berita kau duduk serumah”
Sekali lagi aku tersentak tidak sempat menelan aku terasa ingin keluarkan balik burger dimulut.
Aku terasa pelik dan termenung panjang.
Lidah terkelu memikirkan dengan siapa aku keluar makan semalam.
Aku? Teruskan tugas pada jam 5am dan terbang dengan fikiran yang padat.
Terlalu panjang untuk aku terus habiskan cerita.
Disini saja nanti aku sambung lagi kisah seterusnya..Terima kasih…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
alamak cerita tergantung pula
Air asia ni. Still kerja lgi ke ? Mesti dah Scc ni. Huhu. Apapun takziah utk lily.
Please sambung lg story ni . Best pulak baca story kalini. Layan je. BTW, cerita senang faham so nk baca lgi sambungan dia.
Please sambung lg story ni . Best pulak baca story kalini. Cerita senang faham. Layan je bila baca.
tolong sambung ASAP. thanks for sharing.
Radio sekat-sekat …bilik kosong …keluar rumah pagi sangat ..tak bagitahu …
Member …aneh …