Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pembaca FS.Terima kasih kepada admin sebab siarkan kisah pertama saya.
Ini merupakan pengalaman pertama aku melihat makluk lain selain manusia yang dijadikan Allah untuk menghuni alam ciptaan nya.Aku ni seorang yang susah untuk melihat benda-benda ghaib atau merasai kehadiranya, kalau diberi peluang sekalipun aku tidak mahu.
Kejadian ini terjadi ketika aku berada dalam pantang selepas melahirkan anak yang pertama.Selepas bersalin aku memilih untuk berpantang di rumah mak kerana suami kerja shif dan kerap tiada pada waktu malam.
Malam pertama aku berpantang di rumah mak tanpa suami dan bayi kerana pada waktu itu bayi ditahan di NICU kerana kuning terlalu tinggi.
Malam tu rasa letih sangat sebab siang hari perlu ulang alik ke hospital untuk melawat bayi,sedang lena nyenyak tiba-tiba mata terbuka luas kerana merasakan ada yang memerhati, jantung berdegup kencang kerana ini pertama kali merasakan sebegitu.
Anak mata meliar mencari di sudut bilik dan pandangan berhenti di satu kerusi yang diletakan di depan tingkap, sah…ada sesuatu yang sedang memerhati aku, tubuh seakan orang tua yang bongkok berjubah hitam menutupi bahagian mukanya sedang duduk di atas kerusi.
Lama jugak mata aku terpaku disitu, lembaga itu hanya berdiam diri sampai la tiba-tiba aku rasakan ada benda yang bergerak laju menuju ke arah aku.
Aku terus pandang ke kiri dan melihat seekor lipan bara merah menyala yang besar sedang menuju kearah aku seperti mahu menyerang, tekejut aku macam nak loncat bangun dari tempat tidur tapi apakan daya bila badan ini rasa seperti tidak dapat begerak, hanya tangan yang mampu capai pintu bilik.
Aku ketuk pintu bilik sekuat hati mengharapkan ayah aku yang masih menonton tv di ruang tamu dapat mendengar.Harapan aku hampa bila tiada tanda yang ayah aku mendengar ketukkan, aku lihat lipan itu semakin menghampiri…aku sudah berlinang air mata sebab terlalu takut dan ayat suci apa pon tidak mampu aku baca.
Pada waktu itu lembaga yang sedang duduk membatu tadi bangun,Ah,sudah..belum habis dengan lipan kini aku kena berhadapan dengan lembaga tadi. Lembaga itu berjalan menuju ke arah lipan tadi dan terus ghaib, aku perhatikan lipan turut ghaib dan tiba-tiba pintu bilikku dibuka..aku berasa lega kerana kelibat ayah aku membuka pintu lalu bertanya apa yang terjadi sebab dia melihat aku yang berpeluh-peluh seakan baru habis marathon.
Aku ceritakan kejadian yang terjadi pada mak, ayah dan kakak sulung, kakak aku berpesan kepada mak supaya jangan biarkan aku tidur sendirian kerana perempuan yang dalam pantang badan masih lemah.
Sejak itu tidur aku ditemani, tetapi selepas kejadian aku masih fikir siapa atau apa tujuan lembaga itu berada dalam bilik aku kerana aku tidak merasa takut dengan lembaga tersebut, yang aku takutkan adalah lipan dan lipan itu lenyap selepas lembaga tersebut bangun seolah-olah menghalau lipan itu.
Untuk pengetahuan pembaca ayah aku mempunyai kemahiran untuk berubat dan dijaga oleh bidan lanjut. Tetapi ayah aku bukan menuntut, kemahiran yang ada adalah warisan arwah atuk aku. Mugkinkan lembaga tadi bidan lanjut? Aku pon x pasti dan berdoa agar aku dan keluarga dilindungi daripada iblis yang menyesatkan….Tamat.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Bidan lanjut tu apa? nama orang ke?
selalu sy dgr. klo ada org lama2 menyembang sebut “bidan lanjut”.. apa maksudnya???