Live Penanggal Depan Mata

Assalammualaikum, nama saya Den (bukan nama sebenar), berasal dari Kota Belud Sabah dan saya perempuan ye. Disini saya ingin menceritakan pengalaman pertama saya dan bagaimana benda ini telah menganggu saya sepanjang childhood saya. Ada banyak bahagian ye, saya akan ceritakan sebanyak yang saya ingat.

Okay, pada awal tahun 2005 adalah pengalaman pertama saya diganggu oleh makhluk mistik ini. Waktu ni, umur aku baru nak masuk 6 tahun- bayangkan begitu traumatik bagi aku dan bayangan benda tu masih jelas di kepala sehingga sekarang.

Macam ni, pada malam tu kami sekeluarga duduk di ruang tamu. Tengah tengok TV sambil berborak, masa tu ada bapa and mama then ada aku, kakak aku, pakcik aku dan sepupu sepapat. Kira ramai lah waktu tu, pakcik aku ni pula tetiba cadangkan untuk tengok cerita seram (which is penanggal) so kami semua pun macam setujulah dengan cadangan pakcik kami tu. So semua dah berpakat untuk ambil segala perlindungan (blanket, bantal and even cushion).

Memang satu je aku menyesal tak buat waktu tu and that is to go to the toilet before watching the horror movie. Memang menyesal gila ah sebab pakcik aku ni jenis yang suka sakat orang, lagi-lagi yang penakut macam aku ni. Okay so fast forward, time ni movie tu dah habis lah. Phew, nasiblah dah habis, bisikku dalam hati. Aku pun berdirilah nak pergi guna tandas.

Oh lupa nak bagitau, so rumah aku duduk waktu tu rumah kayu and dua tingkat tapi dibawah tu terbuka luas (takde dinding atau apa, entah macammana nak explain), alah macam rumah kayu orang melayu juga ada bawah kolong. Back to the detail of the house, rumah kami sekeluarga dulu tu memang scary. Rumah tu dekat dengan tapak perkuburan dan juga ada sungai besar dan dikelilingi dengan hutan yang tebal.

Okay, continue the story. Aku pergilah dekat tandas sebab nak sangat kencing, aku bawa sepupu aku. Time tu, bulu roma memang dah naik sampai ke rambut, taktahulah sebabnya apa tapi aku ni jenis yang anggap benda remeh-temeh je. Yela, aku pun masih lagi budak so aku tak ambil port sampailah waktu aku tengah mencangkung, tengah syok ni melepaskan segala air yang aku tahan tetiba ada orang gelak. Gelak dia bukan gelak biasa tau, dia kira macam mengilai macam orang gila. Aku apa lagi, dah habis je aku buang air kecil and bersihkan, aku terus blah masuk dalam bilik parents. Cousin aku tu aku biarkan je sebab ramai cousin aku yang tidur kat ruang tamu so takpe. Aku je yang penakut and terus masuk bilik tidur parents aku.

Siapa je yang tak takut? Aku yang budak umur 6 tahun ni pun takut tau bila dengar something yang tak biasa didengar. Fast forward, malam tu semua orang dah tidur. Aku ada jenis penyakit yang kencing waktu aku tidur walaupun aku dah kencing sebelum tidur, aku tetap akan basahkan katil aku. And disebabkan penyakit ni, aku terbangun pada waktu malam.

Dengan keadaan mamai, aku buka seluar aku dengan baju aku. Tilam aku tu aku dah terbalikkan so aku pergilah almari untuk cari seluar. Tengah nak cari seluar tu, tetiba suara yang sama datang balik, kali ni suara dia betul-betul ada dekat sebelah aku. Aku kaku, takut tapi aku beranikan diri untuk pusing ke arah tingkap. Aku pun berjalanlah ke arah tingkap tu, aku pun tengoklah dekat luar through cermin kaca tingkap tu.

Aku nampak benda yang sepatutnya aku tak boleh nampak, aku nampak kepala terbang dekat luar ada lumuran darah dekat dia, macam usus bergantungan (of course korang dah tau ni makhluk apa). Dia jauh tapi ketawa dia kedengaran sangat dekat. Pergerakan dia sangat laju, sumpah laju tapi dia tak datang directly tau, dia buat zig-zag pattern. Aku apalagi, terus ketempat tidurku. Badan aku keras, tak boleh gerak. Bunyi ketawa tu dah hilang tapi aku tau dia masih ada keliling rumah kayu kami tu sebab dengar bunyi ayam mencakar dekat atas bumbung. Aku pun berusaha untuk pejam mata aku tapi tak dapat juga, berjam juga aku berusaha untuk gerakkan badan aku tapi malangnya nasib badan ni masih lagi tak dapat nak gerak sehinggalah bapa aku bangun untuk ke tandas. Baru lega sikit hati aku and dapatlah aku tidur dengan tenang.

For your information, parents aku tak bela ayam and atap rumah kami ni sangat tinggi untuk ayam naik di atas tu.

Sekian sahaja cerita saya, kalau nak cerita lebih macam ni. Boleh follow saya dekat twitter sebab saya ada banyak cerita untuk di share kan dekat korang semua. Cerita saya semua based on true story ya! Twitter: @psychoticanne_

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

psychoticanne
FOLLOW FB KAMI.

11 comments

  1. Aq penah la dengar orang cakap kalau kita dengar suara benda tu dekat, maknanya dia jauh dari kita. Tapi kalau kita dengar suara benda tu jauh… Maknanya dia dekat dengan kita…😥 Entah betul ntah tak…

  2. Apa ni? Mcm tu jew? Klu aku jumpa hantu tu mmg aku penampaq hantu tu. Jin dan hantu kt area pj mmg aku selalu sebat. True story

  3. First comment ke nih.. hahaha
    First.. ko baru tgk cerita penanggal.. lepas tu nampak penanggal.. means imaginasi kanak kanak kau yg buat kau nampak dan dengar.. seolah2 diulang tayang.. kalau kau tgk cerita pocong mungkin nampak pocong time tu..
    Tp pape pon best sis.. i like.. hehe

  4. my late grandma penah cerita sy dulu2 masa kecil. sbb sy ni suka btul becerita dgn grandma sy. slu p rumah dia sbb dia slu bagi maknan hahaha. Dia pernah cerita pasal ‘Balan-balan’ ni, dia cakap, kalau mahu sngt npk tu benda, pegi kota belud sbb sna mmg bnyk. masa tu sy xtahu kota belud tu dmna. yalah sbb masih kecil kan heheh. dan dia cakap, kalau mau tahu org tu pnanggal atau bukan, tengok leher dia, kalau ada garisan merah keliling leher dia, dan dia ada skarf ertinya org tu lah ‘balan2’ 😀

  5. Wow kampung aku ni. Ya memang betul banyak ‘B’ kuasa dua di sana. Namanya jangan disebut direct sebab kalau sebut direct, dia pandai datang. Tapi benda ni sebenarnya makhluk pertengahan, antara hidup dengan mati. Dia jadi pun pasal ilmu yang diturunkan tu tidak dapat diterima oleh pewaris, atau gagal dalam perguruan ilmu hitam. Jadi dorang jadi la itu benda.

    Kalau anak jati KB, benda tu sebenarnya dibuli oleh suku Tindal di sana. Bila mana ada kemunculan, budak semua akan ambil batu sungai kecil dan humban sambil mengejar.

    Penanggalan ni sebolehnya jangan beli ikan dengan dia sebat ikan tu memang ikan yang sudah expired atau sudah reput. Cuma pada pandangan manusia biasa, ikan tu bersih dan segar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.