LIYA

Assalammualaikum. Mula-mula sekali terima kasih dekat Fiksyen Shasha kalau di-post cerita ni. Kalau tak pun terima kasih sebab sudi baca. aku ni bukanlah pengemar cerita-cerita seram ni sebab beberapa pengalaman yang aku pernah kena sendiri buat aku rasa, aku tak perlu nak takut diri baca cerita seram. Tapi aku ada terbaca pasal kenangan ketika belajar part 1 and part 2 dan membuatkan aku rasa nak share cerita aku pula.

Sebelum tu biar aku perkenalkan diri aku, korang boleh panggil aku Kaka. Siapa yang pernah baca cerita “Kenangan Ketika Belajar” tu, ye aku Kaka yang dalam cerita tu dan cerita yang Bulan cerita pasal aku tu betul-betul berlaku.

Tapi bukan cerita tu yang aku nak ceritakan. Aku nak cerita pasal sorang lagi housemates kitaorang yang aku perkenalkan as Liya. Liya ni jenis yang cepat jatuh sakit, so kitaorang housemates memang take care si liya ni betul-betul. Lagi-lagi kak Bulan, sebab dia ketua rumah.

Aku dengan Liya ni satu kelas. Masa tengah kecoh pasal histeria tu ada budak jumpa si Liya ni pengsan dekat lorong nak ke kelas. Dan aku memang tak berapa suka and memang tak suka langsung! Kalau terpaksa lalu dekat lorong tu sorang-sorang rasa jauh betul kelas tu padahal dekat je. Liya ni selalu sangat jatuh sakit dan pengsan masa minggu histeria tu semua housemates memang amik turn jaga dia.

Bayangkanlah penatnya jaga housemates yang kena histeria tambah lagi kena jaga dia.
Aku tak ingat sem berapa mungkin sem 3. Si Liya ni dah berminggu-minggu tak datang kelas dan tak balik langsung dekat asrama masa tu segala kejadian yang kak bulan cerita tu dah berlaku ( kecuali kisah Si Wawa ) and reda sikit sampai aku rasa mungkin everything dah okay sampailah hari si liya ni balik semula kat hostel.

Malam liya balik tu, dia catch up study dengan housemates yang satu kelas dengan kitaorang dan aku dengan dua kawan aku sorang Ira dengan Annah ( kawan aku budak outsider ) dah plan nak keluar pergi dinner masa tu baru pukul 8 malam macam tu.

Si Liya yang mula-mula okay gelak gelak semua, tiba-tiba bangun masuk bilik. Semua housemates buat hal dalam bilik masing-masing sampai kitaorang terdengar bunyi kedegebup! Rupanya si Liya ni terjatuh betul-betul depan toilet. Aku dengan housemates aku yang badan agak besar cuba angkat dia berdua and guess what? Aku dengan dia tak larat nak angkat. Padahal si Liya ni kecik je orangnya. Dan sebelum ni kalau dia pengsan memang kitaorang berdua je yang tolong angkat dia, disebabkan tak boleh nak angkat dia so terpaksa angkat ramai-ramai letak dekat ruang tamu.

Kak Bulan cuba rawat dia tengok mungkin ada luka ke apa, cuba kejutkan dia. Si liya ni tetiba bangun, lepas tu menangis-nangis peluk kak Bulan. Aku duduk sebelah dorang je. Tengah-tengah menangis dia slow slow gelak aku pandang kak Bulan. Kak Bulan pandang aku and si Liya tu dah macam orang tak betul, kejap nangis, kejap gelak.

Kak Bulan panggil beberapa housemates yang still duduk dalam bilik depan. Mungkin dia dah tak sedap hati.

Kak Bulan pasang ayat al-Quran and beberapa surah. Housemates semua ikut sekali baca sampai Liya ni menjerit, lepas tu pengsan. Sebab tak sedap hati plus cuak gila, kitaorang pun call warden and parents si Liya ni. Warden pula tak ada dekat asrama masa tu. Best sangat kitaorang housemates 11 orang kena handle benda tu.

Aku tanya kak Bulan, kita nak buat apa ni? Kak Bulan cakap parents dia suruh panggil nama penuh dia non-stop, macam nak suruh dia sedar.
Liya tu kena rasuk sampai tiga kali pengsan. Mula-mula dia asyik menangis-nangis. Kedua, dia meronta-ronta sambil menangis. Kak Bulan cuba tenangkan.

Oh, ya! Aku lupa… setiap kali Liya ni sedar, Kak Bulan mesti akan tanya “ni (nama penuh Liya) ke?” Dan dua kali yang dia sedar tu dia geleng kepala. Habis kalau bukan Liya, siapa ?

Sumpah and jujur masa tu aku takut gila, tapi sebab tengok kak Bulan pun cuba untuk tak takut, aku pun tabahkanlah diri. Tapi yang paling cuak yang ketiga ni…

Dia tetiba bangun dalam posisi duduk, peluk dua-dua kaki dia, bila kak Bulan tanya ‘itu Liya ke’, dia diam. Tak menyahut langsung. Aku pula tanya, masih sama tak menyahut. Sampi dua, tiga orang lagi housemates aku tanya, masih sama jugak. Kitorang dah takut, dia ni okay tak? Sampailah kawan aku, si Lisa ni cuba hilangkan rasa takut, tanya dia soalan, lepas tu boleh buat lawak sampai semua housemates tergelak.

“Arrrrrrgggggghhhhhhhhhhhhhhh!”

Tiba-tiba si Liya ni menjerit. And dia punya jerit tu bukan biasa biasa ye. Si Liya ni jenis yang tak pernah bercakap kuat-kuat. Tapi dia punya jerit tu tak macam dia jerit sebelum dia pengsan. Dia punya jerit kali ni sampai kawan aku Si Annah yang duduk luar rumah tu pun boleh dengar dengan jelas. Bayangkan aku dengan kak Bulan yang duduk sebelah dia. Berdesing weh telinga! Pekak kejap aku rasa sampai semua orang terkedu pandang muka masing-masing.

Kitorang call parents dia lagi suruh datang secepat yang boleh, sebab kitorang memang tak tahu nak buat apa dah. Lepas Liya tu menjerit, dia terus pengsan balik. Ye, dia memang kejap bangun, lepas tu pengsan. Last sekali dia bangun, perangai dia sebijik macam budak kecik! Ini mesti mengingatkan korang pasal case aku kena rasuk makan ayam tu kan? Aku pun tak sure benda yang sama ke tak.

Kak Bulan tanya soalan yang sama mula-mula and jawapan masih sama, bukan Liya. Aku tak tahu mana aku dapat keberanian aku cuba tanya budak tu, ” kenal Liya tak ?”

Benda tu mengangguk. Kak Bulan pandang aku. lepas tu dia tanya, “nampak Liya tak ?”

Benda tu mengangguk lagi.

“Kalau kenal, panggil Liya balik sini.”

Lepas tu si Liya tu pengsan balik. The last dia bangun, dia menangis teresak-esak ketakutan, lepas tu kak Bulan tanya, “ni Liya ke?” Dia angguk.

Sbav aku nakkan kepastian, aku tanya dia apa nama penuh dia. Baru dia jawab and baru aku lega. Si Liya tu, lepas benda tu berlaku, badan dia memang lemah habislah. Tak larat langsung nak bangun bila parents dia datang. Malam tu parents dia bawa dia balik.

Disebabkan kejadian tu, ramai housemates tak boleh tidur. So, kitaorang pun apa lagi, tidur berjemaahlah dekat ruang tamu. Benda yang berlaku dekat rumah tu memang betul-betul terjadi walaupun ada senior and pelajar lain rasa kitaorang buat-buat benda tu. Percayalah, tak lawak nak main main kena rasuk. Banyak lagi benda lain kitaorang nak buat, contohnya assignment. Dan aku sendiri rasa hampir semua housemates kena kacau, cuma dorang takut nak cerita. Aku pula kalau rasa lain macam sikit, aku senyap. Tapi mostly aku cerita dekat kak Bulan, sebab dia pun kena benda yang sama (aku sebilik dengan kak Bulan ).

Terima kasih sebab sudi baca cerita aku ni. Kalau nak percaya, silakan. Kalau taknak percaya pun aku tak kisah. Kalau korang rasa nak dengar lagi cerita pasal pengalaman aku yang lain, mungkin aku akan ceritakan lagi. Atau kak Bulan boleh ceritakan bagi pihak aku..

Kaka
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

9 comments

  1. Nice Kaka! Kalau korang nak kiteorang menaip lagi tentang cerita-cerita yang pernah terjadi ketika kiteorang belajar dulu bagitahu ye.

  2. kesian liya…org mcm liya ni mmg patut kena bantu agr tak berterusan diganggu… moga keluarga liya bwk liya berubat…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.