Cuaca agak mendung hari ini. Tetapi tak semendung rasa dalam hati aku ini. Perasaan bolak-balik ini dari semalam bermain di dalam benak ini. Aahh kenapa aku ni. Sentiasa bermonolog dengan perasaan aku sendiri. Aku tak dapat fokus dengan kelas drawing Encik R. Aku rasa kosong. Aku berkalih dari tempat duduk sambil mencapai buku The Art of Geisha. Kawan-kawan aku yang lain penuh kosentrasi dengan ilham dan luahan masing-masing yang di visualkan ke atas canvas besar itu. Ralit aku melihat mereka.
“oi Mok..ko belum mula lagi ke? Selalu ko cepat je.” Suara lunak Effey mengganggu lamunan aku sambil duduk di sebelah aku hanya diam tanpa reaksi
“Wei ko okay tak gemok!”Jerit Effey perlahan.
“Oi pondan aku okay la. Buat je la kerja ko tu.” Balas aku acuh tak acuh.
Pondan ni memang kalu tak kaco aku sehari tak sah. Gumam aku. Hari ni Mona a.k.a Mami Jarum Penang tak datang, demam katanya. Kalau tak sama je mesti duk melalak sama dalam kelas. Jangan nyanyi Jangan Tinggal Daku sudah.
“Mokkk..tolong org jap, lukis tangan neh jap…susah la.”
Nour menghulurkan canvasnya.
Aku capai pensel.secara spontan aku melakar dengan teliti.beberapa minit kemudian satu lakaran imej terhasil.dah menjadi kebiasaan aku pasti akan menolong kawan-kawan sekelas aku.
Aku tersenyum melihat hasilnya, lama aku perhatikan canvas tersebut.
“Nah dah siap…hehe” Aku bagi balik canvas kepada Nour.
Aku tersenyum. Cepat-cepat aku mencapai canvas aku, putih dan masih kosong. Aku seakan mendapat satu ilham, terbayang satu wajah mulus tapi sedih. Laju tangan ni menari-nari melakar ruang canvas. Setengah jam kemudian terhasil satu imej wajah seorang perempuan yang sangat ayu namun riak wajahnya sedih. Aku merenung seketika wajah itu, terngiang-ngiang lagu Jangan Tinggal Daku di benak aku. Anak mata wajah itu seakan melirik, aku terkejut sehingga aku tersentak dan berganjak dari tempat duduk. What the f….aku menyumpah.
Kawan-kawan aku yang lain sedang tekun menyiapkan catan masing-masing. Hanya aku termangu-mangu sendirian. Masih terkejut dengan kejadian kecil tadi. Aku tarik nafas kemudian hembus perlahan-lahan. Aku buat tak tahu saja lalu menyambung kerja aku.
Kelas Encik R tamat setelah 5 jam berlalu.
“Mak lapar nok. Let’s kita gi makan.”
Suara Effey memecah sunyi kelas. Kalau vocal tak high note tak sah. Aku dan yang lain-lain sibuk mengemas barang-barang dan menyusun easel ke tempat asal.
Sebelum beredar aku kena pastikan semua suis di tutup dan kelas dalam keadaan kemas. Aku lah orang terakhir yang aku keluar dari kelas, dah nasib ketua kelas. Sebaik sahaja aku mengangkat canvas aku tiba-tiba terasa angin menerpa pipi gemuk aku. Dingin dan lembut. Aku hanya terdiam sambil berkawan ke arah pintu. Sempat aku mengalihkan pandangan ke arah mannequins yang terletak bertentangan. Padiaaa pulak ni, jerit aku dalam hati. Takkan lagi sekali. Aku cepat beredar mengikut kawan-kawan aku naik ke foyer.
Hampir nak masuk waktu maghrib aku sampai ke rumah sewa. Aku memegang canvas tadi masuk ke dalam lift. Kebetulan jiran yang tinggal selevel dengan aku pun ada. Dia sempat melihat canvas aku pegang.
“Lawalah.” Kata dia sepatah. Aku senyum lalu ucap terima kasih. Jiran aku mengeluarkan telefonnya lalu snap gambar.
“Lawa sangat. Tang mata tu nampak real. Kalau jual boleh ke nak beli.”
“Terima kasih bang. Belum siap lagi ni. Kalau ada yang nak beli nak juga jual. Tapi lepas lecturer bagi markah lah.” Balas aku.
“Ooo ok ok.” Balas jiran aku sambil mengangguk-angguk. Pintu lift terbuka, aku minta diri untuk keluar dahulu. Aku terus menuju ke pintu rumah sewa aku. Laluan gelap, aku pelik selalunya lampu dah buka time macam ni. Tapi aku malas nak fikir yang bukan-bukan.
Malam tu aku masuk tidur awal sikit. Penat mungkin. Canvas aku tadi aku letak di ruang tamu. Dalam setengah jam aku baring tiba-tiba aku terdengar housemate aku menjerit sekejap macam menangis pula. Aku pelik. Aku keluar dari bilik aku. Aku tengok housemate aku berdiri depan canvas aku. Aku bertambah hairan.
“Ko kenapa wei”
“Tuuu..tuuu bakpo tuu mato dio tubik air mato itey.” Housemate aku tunjuk ke arah canvas aku.
“Wei ko biar betik. Aku tengok ok je. Ko jangan macam2”
“Mu tohok canvas ni, mu keno tohok. Ado bendo kat lukise mu.”
Aku diam. Aku tengok ke arah canvas aku. Aku tengok ok je.
“My tohok…mu tokleh sipey lukise nih.” Jerit housemate aku. Dia macam nak meracau. Aku terus goncang-goncangkan bahunya.
“Mengucap beb. Insha ALLAH takde apa-apanya.”
Aku cuba kawal racau housemate aku. Alhamdulillah dia tersedar. Kemudian kami ambil wuduk dan baca Yassin dan ayat Kursi. Sebelum tidur aku balut canvas dengan kain supaya wajah itu tak terlihat. Alhamdulillah kami dapat tidur dengan lena tanpa ada gangguan.
Esoknya jiran aku ternampak aku di lobi terus memanggil aku.
“Dik, kejap. Abg nak tunjuk ni.” Dia menghulur telefonnya. Gambar yang dia snap semalam. Wajah perempuan menangis air mata hitam, sama macam housemate aku cakap malam tu. Aku terkejut.
“Semalam abang dengar macam orang menangis…sayu je. Abg buat tatau je. Abang baca ayat Kursi pastu bunyi tu tak dengar dah. Tapi seram gak la. Abang nak bagitau tu je. Oklah abg gerak dulu.”
Aku hanya anggukkan kepala dan diam. Aku tak tahu apa perasaan aku masa tu.
…
Lepas assessment aku decide nak tinggalkan canvas aku di studio. Tapi aku tak sedap hati lalu aku tinggalkan canvas aku di tepi tong sampah besar di luar studio aku. Sebelum gerak aku tengok sekilas wajah tu. Sayu…sedih dan seram.
Ni kisah kedua aku untuk FS. Terima kaseh sudi baca pengalaman misteri aku ni. Mungkin kalau pembaca-pembaca FS baca tak seram sangat aku minta maaf. Mok.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Best giler ahh dapat penghormatan untuk comment first huhuhu…nice and seram story
2nd..wkwkwk
Kau lambat 3 minit je dari aku hahahaha
ala tak aci. tgh taip ni takde lagi org masuk. hahaha ok la kau first
Tu la lain kali cepat sikit type tu jangan lembap macam siput
Terima kaseh
FIRST!
yeay. lukisan memang macam tu. lagi-lagi kalau dapat ilham. dia ada semangat lain. go go go writer
Terima kaseh
anda silap..anda no 2..ahhahah
Mok, sumpah ni seram. Memang dah banyak baca kisah seram berkait dengan lukisan. Aku suka benda2 yg luar dari bidang aku, mcm bidang melukis kau ni. And cerita kau lagi aku suka. Kalau ada tulis lagi weh.
Terima kaseh…Insha ALLAH kalau ada kelapangan aku kongsi lagi.
Seram. kenapa ye selalu gambar potret yang seram.ada benda tumpang ke di gambar tu.kan best kalau penulis boleh tepek gambo tu sekali.9/10.
Terima kaseh. Lukisan tu lepas letak kat tong sampah dah tatau gi mana. Hilang or org amik.
wow seram..boleh plak main mata yer lukisan tu
Fakulti tu mmg tempat dia… mungkin la ada yg menumpang..
nsib baik xjadi ap2..dia xkacau terukkn??nnti ad kelapangan cerita lah lagi kisah seram yg jdi kat korg @ fakulti tu…
Seram
Terima kaseh 😊
Mok ada link citer 1? Tq mok. Cerita bersahaja tp tetap seram
Terima kaseh…ada ni link dia
https://fiksyenshasha.com/?s=Jangan+tinggal+daku
yay..ad jgak link…thx mok
Sama2 tq sudi nk baca
Brother yg snap lukisan ko tu masih simpan gmbr lukisan ko x..? nk jgk aku tngok.. sbb aku pun melukis jgk.. ala skecth ngn pencil jer pun..
Dah lama kisah ni…tatau la lukisan dia x menakutkan…riak sedih tapi ada air mata…
Ok…. cite awk ni creepy dah ler bace lampu saye tutup huhuhu
Terima kaseh 😊
Ni betul2 jd kat awk ke??mmg seram laa jgk…nasib baik ler bnde tu xde menjelma,sekadar nangis kt potret tu je..lagi2..
Aha masa study dulu…feel sgt lukis kot. Studio lak mmg keras…
Best
Terima kaseh
I like it 😍 seram
Terima kaseh
wow…seram2…sampai camtu sekali lukisan tu leyh menangis
Aha maybe mood masa berkarya tu sedih so jd sedih hehhe mungkin la
Mana ko study ni?….fine art? Drawing?…
Aku study Shah Alam… textile bkn fine art 😁
seram cerita mok .
teruskan berkarya, selamat berjaya !
Terima kaseh 😊 Insha ALLAH…
lukisan tue jadi misteri..mujur tak de bnde serius jadi.
wah seram jugak camni…
uihhh..serraamm nihh..
Peh seram seram seram
Ape jadi pada lukisan tu.. di buang ke. Markah dpt berapa.. hihihi
kenapa x bakar jaa. ntah ada orang lain ambek.
Lukisan sebuah kehidupan
lukisan[bittersweet]
Seram ngattt
ni ala2 drama, buang kat tong sampah tp buang gtu je tanpa ‘rosakkan’ atau musnahkan.
tup2 lukisan tu ade org ambik… then ade kejadian mistik blaku.
7/10💕 Sampai situ je eh ending dia? By the way, creepy!!
Siapa dia sebenarnye??? Aiseymennnn.. suspen tau
Apa jadi kat lukisan tu?
Done komen
Seram weiii
7/10
* Apa yg sebenarnya ada pada lukisan tu
* Apa jadi pada lukisan tu. Dibuang atau ada org yg ambil
4/10
Apa yang ade kat lukisan tu sebenarnya?? Knpa bole jdi mcm tuu ade crita yang dipotong ke atau memang tu je??
Ni rekaan ke kisah sbnr?
nak tahu apa yg terjadi di sebalik lukisan tu