#Lynn – Rumah Sewa, Pusat Komersial, Seksyen 7, Shah Alam.

Assalamualaikum wbt & salam sejahtera buat yang bukan muslim… First sekali, terima kasih kepada fiksyen shasha jika cerita saya ni di publish… Cerita yang saya nak kongsikan ni memang kisah benar daripada pengalaman saya sendiri… Maaf la kalau panjang & tak seram…

Cerita tersebut berlaku masa aku masih menuntut di UiTM. Seperti biasa, kolej (asrama) hanya disediakan untuk pelajar semester pertama, kelab2 tertentu & badan beruniform saja. So, bila masuk next semester, terpaksa la mencari rumah sewa. Saya dan kawan saya, cari la melalui mudah.com & dapat la satu rumah ni, kebetulan ada satu bilik kosong nak disewakan. Kami pon terus la book rumah tersebut & masuk. Rumah ni memang dah ada 5 orang (3 kat bilik master), (2 bilik biasa), tambah kami berdua jadi 7. Kami tak rapat sangat pun dengan budak rumah yang lain sebab kos lain2, masa pergi kelas lain2, kiranya tak pernah ada masa nak gather2 la.

Awal2 masuk, tak ada perkara pelik yang berlaku. Cumanya, saya pelik bila setiap kali bila saya tidur, baru nak lelap, saya rasa macam ada orang duduk tepi saya (rasa tilam cm tenggelam, macam ada orang duduk, boleh imagine kot). Untuk pengetahuan semua, masa baru masuk rumah, tuan rumah belikan tilam sorang satu yang baru, kiranya tilam tu tebal lagi la. Tapi tu semua saya abaikan saja, mungkin perasaan saja.

Sampai la satu hari ni, kami berdua dah terlena. Dalam pukul 3 pagi macam tu phone kawan saya (saya namakan dia ina) bunyi. Saya terkejut, tapi ignore saja kot2 si ina ni buat alarm nak study pagi buta. Tapi ina ni tak bangun pun. Tiba2 baru saya perasan alarm dia lagu lain, ni lagu lain. Tapi still abaikan sebab mana la tau kot dia tukar. Tiba2 dalam dok terfikir pasal lagu tu, tiba2 lagu bertukar, then bertukar lagi. Macam ada orang main playlist lagu tu. Nak kata tertekan, tu phone touch screen. Lagipun, phone tu atas meja study, tengah charge. Masuk dalam lagu ke 3 tu baru ina terjaga. Dia dalam mamai2 tu tutup.

So aku assume, betul la kot alarm. Baru aku nak terlelap sekali lagi playlist tu play balik. Kali ni ina bangun, tutup terus phone dia. Esok tu masa tengah study group dengan budak2 kelas yang lain, aku tiba2 teringat, aku sound la dia, set alarm, tapi tak bangun. Baru la dia cerita yang dia tak set alarm pon sebab tertidur awal semalam, and masa dia nak tutup tu, memang playlist yang play, bukan alarm. Kawan2 kat situ semua gelak, cakap ‘benda’ sekarang dah advance. Tapi gelak2 pon, kami takut la sebenarnya.

Cerita tak habis kat situ saja, time tengah bercerita tu, masa tu kat library, saya Nampak macam ada something atas bahu salah sorang kawan lelaki, rupa something tu tak jelas, dia macam satu benda yang lutsinar, tapi kita Nampak pelik. Macam ‘mirage’, bergerak2, tak tahu nak explain macam mana. Tiba2 budak tu cakap, “weyh, bahu aku sakit la, salah tidur kot.”. saya pon malas nak panjang cerita, buat2 tak dengar ja dia cakap. Berbalik kepada rumah sewa, masa tu tengah2 semester, hujung minggu tak salah. Rumah sunyi sepi, budak lain tak tahu pergi mana, ina keluar masa tu. Saya dah tak ada apa nak buat, pergi la kat belakang nak basuh baju. Mesin basuh masa tu sebelah bilik kami, berdepan dengan toilet. Saya pon tengah kusyuk asing2 baju, nak masukkan dalam mesin, tiba2 air dalam toilet dari paip yang selalu guna untuk ambil wuduk, terbuka sendiri.

Memang terkejut la, bayangkan, rumah sunyi sepi, krik krik, tiba2 bunyi air yang laju kena lantai, mengucap kejap, pergi tutup air tu, sambil2 tu tengok jugak kot2 rosak ke, tapi memang tak logic la kalau rosak. Then, sambung basuh baju. Baru nak tutup mesin tu, tiba2 air tu terbuka lagi. Still pergi tutup, takut kena bayar bil banyak kan, tapi lepas tu terus pergi masuk bilik, siap2 ala kadar, turun cari makan sebab takut duduk sorang. Niat nak memasak hujung minggu pun terbantut.

Cerita lain pasal rumah ni, banyak lagi, tapi yang lain tu sekadar gangguan bunyi2an. Hujung semester, baru kami berdua tahu rumah tu yang lain semua nak keluar, sebab dah habis study katanya. Tinggal kami berdua, cuba cari penyewa lain untuk elakkan kena bayar banyak, tapi tak Berjaya, last sekali kami berdua pun keluar. Kami terjumpa rumah lain yang berdekatan, Cuma blok lain, kami just grab rumah tu. Bermula la kisah horror baru di rumah ni.

Rumah baru yang kami dapat ni corner, kiranya besar dari sebelum ni. Kami dapat master bedroom, 3 orang satu bilik, kongsi dengan lagi sorang (baru kenal masa kat rumah tu). Macam biasa, awal2 semuanya indah. Cerita bermula bila si ina ni rajin balik rumah abang dia dekat KL sejak bawa motor. Roommate sorang lagi pulak rajin balik rumah mak cik dia. & budak2 rumah yang lain pon selalu lesap bila hujung minggu. Tapi surrounding rumah ni tak la takut sangat sebab kedai makan bawah rumah ni beroperasi sampai pukul 2 pagi lebih kurang. Kiranya kalau dok sorang pon, still dengar riuh kat bawah, rasa la berani sikit.

Nak dijadikan cerita, tiap2 malam saya dengar ada orang main guli di tingkat atas. Lepas tu alih2kan perabut. And lastly tumbuk sambal. Mula2 ingat benda tu benda normal. Tapi bila piker balik, macam tak logic. Kalau main guli tu, kot la rumah tingkat atas ada anak kecil dok main (tapi sebenarnya tahu semua kiri kanan atas bawah ni student ja, kalau bukan UiTM, mesti student UNISEL), tapi saja nak sedapkan hati. Tapi takkan la hari2 nak alihkan perabut, rajin beno nak deco rumah hari2. Lepastu, takkan hari2 tumbuk sambal pukul 3 pagi, tumbuk la awal sikit kan. *dulu2 tak tahu bunyi2 tu tanda ada yang menumpang.

Sekarang baru terdengar dekat segment ‘Tanyalah Ustaz’, baru terfikir pasal dulu. Berbalik kepada cerita tu, saya jenis buat tak tau ja. Sampai la satu hari, roommate yang sorang tu ada kat rumah hujung minggu. Sebab hujung minggu kan, tidur lambat la, then tetiba terdengar bunyi perabut tu, and orang tumbuk sambal tu. Roommate ni pergi tegur, dia cakap, dah berapa hari berturut2 dengar bunyi tu, hari2 makan sambal ke. Dia cakap lagi, nak alih2 perabut tu angkat la, jangat seret2, bising. Yang guli tu dia tak tegur la sebab bunyi dia macam tak mengganggu compare dengan dua lagi tu.

Bila dia dah tegur tu, tak ada apa2 yang jadi kat kami berdua, tapi esoknya, budak bilik sebelah cerita, malam tu dia tidur kat ruang tamu, sebab tengok tv. Pukul berapa tah, dia nampak salah sorang akak, budak hujung tengah keluar bilik, nak pergi toilet kat belakang. Rambut akak ni kerinting macam maggi & panjang, so boleh imagine la kalau bangun tidur macam mana serabut dia. Then dia teringat nak pulangkan barang akak tu. Dia panggil la akak tu, tapi akak tu diam ja, terus ja berjalan arah toilet. Dia fikir, mungkin akak tu mamai bangun tidur. Tapi takkan mamai sampai nak pergi toilet tak buka lampu. Lampu dapur pun tak buka, memang sangat gelap la. *Dari bilik hujung, nak ke toilet, kena lalu dapur, ampaian, baru toilet.

Dia ni takut akak tu tersadung ke apa, sebab banyak baldi2 kat belakang tu, follow akak ni niat nak tolong bukakan lampu la. Dia follow pergi dapur sambil panggil akak ni, akak ni jalan straight ja, sampai la dia buka lampu bahagian ampaian, tengok2 akak tu tak ada pun. Dia cuba2 jugak panggil, tolak pintu toilet, kosong. Baru dia sedar kena kacau, terus masuk bilik tidur. Esok tu tengah hari masa dia buka cerita, akak tu pelik, sebab akak tu cakap semalam dia tak balik rumah pun, tidur rumah mak cik dia.

Banyak lagi sebenarnya kisah2 kat rumah ni, tapi Alhamdulillah, saya Berjaya stay sampai habis belajar. Tapi kisah2 lainnya hanya bunyi2an, kelibat2 and usik2 manja gitu. InshaAllah, kalau entry ni disiarkan, banyak lagi kisah yang saya boleh kongsikan. Terima kasih & Assalamualaikum wbt…

.

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

16 comments

      1. Bagus, ceritanya sangat detail. N satu perkara tegur kat kawan awak ‘ina’ kalau nak tido jgn cas bateri phone kang …..

  1. Dik duduk blok mana dik? Abg dulu duduk blok yg belakang skali yg paling dkt dgn kuil hindu tu.. tp lama dah la.. 2009 – 2012.. x pernah plak dgr cite2 mistik ni masa tu.. alhamdulillah la x pernah ada gangguan.. kalau ikutkan dulu blok tu la paling sunyi.. tp xde la rasa seram2 tu walaupun selalu balik tgh2 mlm.. perasaan seram tu xde padahal penakut jugak sebenarnya kalau kat tmpt lain yg menyeramkan.. tu yg agak kehairanan sikit bila tetiba ada kisah kat pusat komersial ni plak.. haha.. skrg dah ada restoran murni.. meriah la sikit.. maybe kawasan ‘mereka’ (i-city) dah abis kena gondol kot, tu yg lari dok situ.. kikiki

  2. Kita permah duduk rumah atas kedai mamak ustad dekat dgn dobi dolphine. Kena kacau gitu tak pnh tp pernah kena kacau ada orang dtg ketuk pintu rumah dua tiga kali. Kita studiobase. Balik lewat tgh mlm baru sampai tiba2 org ketuk pintu. Dah lah rmh atas tu bangla duduk ?

    1. mak kau kirim salam kat kau..dia suruh aku bagitau kat kau yang dia malu sebab ada anak macam kau.. kalau x pcaya kau ss komen kau ni thn bgi kat mak kau tengok.. tu pun kalau mak kau still ada lagi la..kalau mak kau ngan kau ni jenis yang sama spesis aku redha je la..atau memaki tu da jadi lumrah dalam kehidupan keluarga korang sejak atok nenek kau ada lagi..

  3. Sy duk blok sebaris ngan kedai nasi lemak cinta syg tu. Hurm hampir kene la, mlm tu lepak tdo kat ruang tamu bertiga ngan kwn betol2 ngadap tingkap. Tuptup mlm tu sy mengigau, kwn yg ckp sbb dia brapa kali tersedar, kwn sorg tu kalo bab2 bnde halus dia ade kelebihan dpt rasa. N mlm tu dia tdo xlena sering trjaga dr tdo n mesti pandang ke tingkap. Tepat jam pukul 2 or 3 camtu sy ngigau siap gelak2 n ckp “hahahha abis la ko mlm ni”. Tros kwn xsdp ati n kejutkan sy. Bila trsedar sy tanye nape, dia ngan muke berkerut bgtau sy ngigau. Bru je nk lelap smbg tdo blk, dan2 bdk dpn bilik blok sblh menjerit histeria. Terperanjat mak aiii. Pastu lemah 1 bdn bila kwn cter ko ngigau ape td. Menggeletar menggigil pucat muka semua ade. Hanya byk istighfar jela. Naseb la xjd pape. 😅😅😅😅

  4. “Memang terkejut la, bayangkan, rumah sunyi sepi, krik krik, tiba2” part ni tah paseipa aku tgelak. sebab gigih betui nak buat sound efek krik krik utk critakan betapa sunyinya keadaan time tu. bahahaha. bila dah adanya krik krik tu takjadi le perihal sunyi sepi namenye nak oi. hahaha. sori le nak pakcik mudah terhibur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.