Macam-Macam Ada

Assalamualaikum dan salam perpaduan. Nama pena saya Kay. Salam kenal buat semua dan tq FS jika menyiarkan kisah saya ini. Saya akan kongsikan beberapa kisah pada saya agak seram juga tetapi tidak tahulah kepada para pembaca.

Sebelum mendapat pekerjaan Tetap dalam sektor kerajaan, saya bekerja sebagai guru sandaran di kampung saya sendiri. Selama bekerja sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih, saya tidak pernah putus asa mengisi permohonan pekerjaan jika ada iklan. Akhirnya saya telah di panggilan temuduga bagi jawatan Pembantu makmal sekolah. Selang beberapa bulan, saya telah berjaya mendapat pekerjaan tersebut dan di tempatkan di sebuah sekolah menengah yang terletak di sebuah pulau di utara Sabah.

Saya ibu tunggal dan mempunyai 2 orang anak. Sorang perempuan dan sorang lelaki. Demi anak=anak, aku terima tawaran tersebut walaupun telah mendapat pelbagai gambaran buruk dari pelbagai pihak. Hari pertama saya lapor diri disambut dengan tangan terbuka oleh staff-staf bukan mengajar. Kemudian aku ditempatkan serumah dengan sorang guru.

Semasa di pulau inilah aku mendapat jodoh. Suami saya sorang guru yang setahun lebih muda dari saya. Dia merupakan guru Sandaran Tidak Terlatih sebelum diserap ke Kursus Dalam Cuti (KDC). Maknanya setiap masa cuti, dia akan pergi kursus dan saya pula terpaksa bekerja di pulau mengikut masa pejabat.

Kisah bermula, semasa tahun kedua perkahwinan saya. Ketika itu waktu cuti sekolah Pertengahan semester. Tahun tu adalah tahun pertama suami saya diserap ke dalam Kursus Dalam Cuti. Maka saya duduk di rumah bertemankan 2 orang anak saya. Ketika itu anak-anak saya baru berusia 4 dan 5 tahun. Pada malam satu malam, ketika itu saya sedang menyiapkan makan malam untuk anak-anak. Tiba-tiba, saya terhidu bau kemenyan. Dalam hati saya mungkin jiran sebelah perasap sesuatu. Mula-mula saya buat tidak tahu, tapi lama kelamaan, bau tersebut semakin kuat. Dalam samar-samar disebalik cermin tingkap pula, satu lembaga melintas pelan-pelan. Saya dah mula rasa lain dan mula risau akan anak-anak saya. Apa yang membuatkan saya pelik, lembaga tersebut ke hulu ke hilir tidak henti-henti.

saya cuba beranikan diri lalu membuka pintu dapur. Tersangat menghairankan. Tiada sesiapa pun di luar. Saya segera masuk dan tutup pintu serta menguncinya. Bila da masuk dalam, lembaga disebalik tingkap tersebut masih lagi ke hulu ke hilir. Tanpa membuang masa, saya segera sediakan makanan dengan harapan selepas makan boleh segera bawa anak-anak naik ke bilik. Bau kemenyan masih lagi menusuk hidung. Anak-anak saya tidak faham apa-apa tapi turut terhidu bau tersebut. Mereka kata wangi tapi bikin pening.

Selepas makan, saya bawa anak-anak naik ke bilik tidur. Alhamdulillah, bau kemenyan dah tiada semasa kami berada di dalam bilik. Malam tu dapatlah tidur dengan nyenyak walaupun pada mulanya dibayangi lembaga di sebalik tingkap dapur semasa memasak.

Kejadian kedua pula bermula selpas 3 hari dari kejadian pertama. Kejadian berlaku ketika saya sedang mengemas ruang tamu. Masa tu masih awal sekitar jam 8 malam. Sedang sibuk mengemas ruang tamu, saya terdengar bunyi tapak kaki berlari-lari. memang jelas sangat. Saya tak endahkan kerana ingatkan anak-anak saya sedang bermain-main. “Nong… Peng.. Jangan lari-lari nanti jatuh” aku mula melarang risau anak-anak jatuh. Tapi tiada apa-apa tindak balas dari anak-anak saya malah bunyi tapak kaki masih lagi kedengaran. Kemudian saya naik ke bilik dan anak-anak saya ketika itu sedang sibuk menonton TV.

“Nong, peng, Jangan lagi lari-lari di tangga, nanti jatuh.” Saya cuba ingatkan anak-anak saya. ” Mana ada kami lari-lari ni mak, kami duduk-duduk saja tengok tv” Kata anak perempuan saya sebagai anak sulung. Saya dah mula rasa pelik. Takkan apa yang saya dengar sebentar tadi tu hanya khayalan. Saya cuba desak anak-anak untuk mengaku bahawa mereka memang berkejar-kejar di tangga. Tapi mereka tetap menafikan. Saya turun semula ke bawah untuk selesaikan kerja saya.

Selepas mengemas, saya naik semula ke bilik untuk berehat. Semasa di dalam bilik, bunyi tapak kaki kedengaran lagi. Kali ni bunyi berlari dan kekadang menghentakkan kaki kuat-kuat. Saya buka pintu bilik untuk pastikan siapakah yang sedang berlari-lari namun tiada sesiapa. Saya mula membacakan beberapa ayat-ayat al-Quran yang saya tau. Anak-anak saya pulak seolah-olah tidak mendengar apa-apa kerana sibuk menonton TV. saya baca berulang-ulang apa yang saya tahu. Lama kelamaan, bunyi tapak kaki beransur hilang. Agaknya anak-anak hantu kot sedang bermain kejar-kejar. wallahu’alam.

Kisah seterusnya berlaku semasa cuti Akhir Tahun dan semasa suami saya menjalani Kursus dalam Cuti. Kejadian berlaku waktu malam sekitar jam 10 malam. Ketika itu, saya terdengar bunyi bising di luar rumah dan arah bunyi tersebut betul-betul di rumpunan pokok pisang di halaman rumah saya. Bila saya keluar menjengok, alangkah terkejutnya saya, satu lembaga perempuan berpakaian serba putih dan berambut sangat panjang berdiri membelakangi saya. Saya tak tahu dia sedang buat apa tapi nampak gayanya seperti memakan sesuatu. Mungkin bunyi bising tersebut adalah bunyi kunyahannya.

Untuk pengetahuan para pembaca, di halaman hadapan jalan masuk ke rumah, suami saya tanam pokok kelapa di kiri kanan jalan masuk. Kemudian saya pulak telah menanam pokok pisang di belakang pokok kelapa sebelah kiri. Kata orang, makhluk ghaib suka berteduh di bawah pokok pisang. tak tahulah betul ka tidak.

Saya segera masuk ke dalam rumah dan membawa anak-anak saya naik ke bilik. Saya berdoa semoga apa yang saya nampak tadi tidak akan menggangu kami pada malam tu. Semasa di dalam bilik, saya mengintai di sebalik tabir tingkap, dan terus memerhatikan perempuan tersebut. Agak-agak dalam 10 minit saya memerhatikan lembaga tersebut, klibatnya secara perlahan-lahan pudar dan samar-samar dan akhirnya hilang dari pandangan. Adakah ianya langsuir atau makhluk ghaib yang lain.?

Kejadian seterusnya dan terakhir pula berlaku semasa cuti sekolah Akhir Tahun pada tahun ke 4 saya berada di pulau tersebut. Seperti biasa, bila masa cuti sahaja, suami saya akan pergi berkursus. Ketika ini saya telah dilantik menjadi warden Asrama. Hal ini kerana sekolah tersebut kekurangan warden asrama, maka aku telah dilantik sebagai warden kerana sudah tiada pilihan lain. saya dan suami tinggal di bilik khas warden. Sebelum menjadi warden, saya dan suami telah dikurniakan sorang cahaya mata lelaki.

Kejadian berlaku antara jam 12 dan jam 1 malam. Oleh kerana masa tu, penghuni asrama hanya dikalangan pelajar-pelajar SPM sahaja, maka suasana asrama memang sunyi sangat. Semenjak ada anak kecil, saya tidak lagi keluar rumah pada lewat malam. anak-anak saya yang 2 orang pulak masa tu balik kampung tinggal bersama nenek dan atuk mereka.

Oleh kerana terlalu boring berada di dalam rumah disamping masih ada bunyi gurauan pelajar-pelajar SPM di salah satu dorm, maka saya ambil kesempatan untuk keluar rumah ronda-ronda asrama bersama anak kecil saya. Malam tu bulan terang dan saya rehat-rehat di pondok asrama untuk hilangkan boring. Selpas 20 minit menikmati keindahan alam malam, saya kembali ke rumah disamping ambil peluang ronda-ronda kawasan bahagian hadapan asrama untuk memastikan tiada perkara yang mencurigakan.

Besoknya, heboh satu asrama dan kampung-kampung sekitar bercerita tentang penampakan pontianak di asrama berjalan-jalan sambil mendukung anak kecil. Rupa-rupanya, beberapa orang pelajar Aspuri dan Aspura telah nampak saya berjalan pada malam tu. Mereka menyangkakan bahawa saya adalah pontianak.

Pada Malamnya, saya mengumpul semua pelajar asrama untuk menerangkan perkara yang sebenar. Saya tidak mahu mereka dihantui ketakutan kerana mereka sedang menghadapi Peperiksaan SPM. Selepas mendapat penjelasan dari saya, barulah mereka rasa lega dan tertawa lucu kerana apa yang mereka sangkakan pontianak adalah saya.

Sebenarnya ada beberapa kes yang agak pelik berlaku di asrama semasa saya menjadi warden. Antaranya terdapat beberapa tompokan-tompokan d***h bermula dari tandas sehinggalah ke pintu depan Aspuri (Asrama Puteri). Tompokan-tompokan d***h tersebut pula tiada kesan titisan-titisan. agak pelik kerana sekiranya ia adalah d***h binatang terluka, pasti ada titisan-titisan d***h. Selain itu, suara budak sedang menangis juga sering pelajar dengar di bahagian tandas tengah tingkat 2. Tandas tersebut kami palang dan tidak digunakan kerana masalah air.

Demikian dulu cerita dari saya. Kini saya bertugas di kampung saya sendiri dan tinggal di rumah sendiri. Manakal suami pula dapat berpindah dari pulau tapi ditempatkan di sebuah pedalaman. Dia hanya dapat balik rumah pada setiap hujung minggu.

Wassalam…. Wallahu’alam

2 thoughts on “Macam-Macam Ada”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.