Main kerusi ke?

Main kerusi ke?

Hi semua pembaca FS sebelum ni penulisan aku tentang “Kerana Midnight Movie” telah pun dipublish dan alhamdulillah diterima baik walaupun ada sesetengah yang mempertikaikan dengan kata cerita aku menipu atau direka itu terpulang mungkin cara penulisan aku buat korang susah paham so aku minta maaf kelemahan dan kesalahan datang dari aku. dan buat pengetahuan korang Ti marah aku sebab aku call warden bagi tau dia kena rasuk sampai bergaduh terus tak bertegur sapa dan aku tak pasti kenapa Ti marah sangat kat aku masa tu. da tu nak suruh aku pulih kan keadaan dia yang macam tu? lagi dia nak terkam aku lagi ada. kalau korang nak biar? mesti la call warden mintak tolong kan? takpe la cerita da lepas.

Kali ni aku kembali nak cerita pasal pengalaman aku sendiri and noted real and bukan dibuat atau direka. Harap terhibur dan terima kasih FS sebab publish lagi penulisan aku ni .

Masa ni aku da Sem 4. So masa Sem 4 kitaorang da start praktikal untuk 10 weeks. Da la fisrt time praktikal dapat pulak tempat jauh fuh memang nak nangis wei. Sebab macam cerita lepas aku ada cakap or tak yg aku belajar kat KL aku tak sure so ni nak bagi tau lagi yes aku belajar kat KL and aku dapat praktikal dekat Kepala Batas, Penang. memang la tak jauh sangat KL dengan penang tapi jauh dari family aku sebab aku duduk Johor and masa aku start praktikal lagi 8 weeks nak puasa sebab aku ingat kitaorang puasa 2 weeks kat sana.

Budak yang dapat praktikal dengan aku ada 4 orang campur aku semuanya 5 orang and salah sorang tu budak Penang tapi dia duduk seberang pulau so jauh jugak la sebab nk kena naik feri kan. Yang tak best aku dapat praktikal dengan budak yang semua aku tak ngam. memang dalam kelas jenis tegur2 macam tu je. Sebab aku jenis suka buat hal sendiri sejak kes gadoh2 sama classmate dalam kelas hahahaha biasa la dunia kolej mesti ada macam ni kan?

So da tau praktikal kat mana kitaorang cari tiket sebab start keje hari Isnin so kena gerak sana paling lewat Ahad. Salah sorang kawan aku cakap gerak sabtu sebab jauh kata dia so ingat nak rehat sehari sebelum start praktikal Isnin tu. Lepas tu kawan aku cakap nak gerak naik KTM aku malas nak layan ikut je la pada hal boleh je naik bas tapi masing2 gedik katanya nak merasa naik KTM. Aku pun lantak korang la.

Kitaorang gerak Jumaat malam sebab naik KTM so sampai sana Sabtu pagi. Perjalanan berapa jam aku tak ingat tapi memang lama dekat 10 jam kot kalau tak salah sebab KTM banyak berhenti sebab tu masa panjang. samapi Butterworth (maaf kalau salah ejaan) dalam pukul 6 pagi. Kitaorang solat subuh then call abang yg in charge kitaorang ambil kitaorang dekat sana. berasak la jugak da la abang tu bawak Vios tak silap yg naik pulak semua berbeg2 macam nak pindah rumah memang mendak kereta abang tu.

Alamat yg kolej bagi untuk hostel salah kitaorang ingt taman yang besar tu tapi tak rupanya yang satu lagi. Taman ni kecik je kata abang Saiful yang in charge kitaorang tu dia cakap taman ni sebenarnya bersambung dengan taman yang depan tu. Tapi taman ni kecik betul ada la dalm 10 rumah je. dia cuma ada satu lorong. rumah jenis mengadap satu sama lain. Abang Saiful tu cakap last budak praktikal yang masuk rumah ni dlm 1 bulan lepas so rumah tu da sebulan kosong. Memang mana student praktikal yang dapat area Kepala Batas akan duduk rumah tu.

Rumah tu nampak kecik sikit berbanding rumah keliling dia. Ada semak yang bekas dipotong rumput nya dekat bahagian tepi. belah belakang rumah tu memang semak penuh rumput setinggi tingkap.Masuk rumah tu ada bau macam kepam. Ye la da tinggal 1bulan kan mestila bau sikit. Tambah pulak berhabuk kemain rumah tu macam tak pernah orang duduk. habuk pon kemain hitam. Rumah ni ada 3 bilik. 2 bilik air 1 dalam master bedroom satu lagi kat luar.

Disebabkan tak ngam dengan dorang so aku request nak bilik hujung sebab nak tido sorang. bilik tu tak la besar sangat tak kecik sangat tapi untuk sorang pada aku agak besar. Bilik tu ada almari laci dan penyangkut baju. Bilik tu berhabuk teruk dengan langsir dari putih jadi color hitam sebab takbertukar langsir. Masa aku masuk bilik tu katil die dekat tingkap. Disebab aku agak takut sebab senior ada cita rumah tu seram sikit so aku alihkan katil tu ke dinding sebab takut terpandang luar kalau malam dengan imaginasi aku yang pikir ada benda jengah kat tingkap bagai la so aku ubah katil. Aku kemas bilik tu semua lap habuk bagai da puas hati aku pergi mandi.

Malam tu sebab penat aku tertidur awal. Lena gila aku tidur tak sedar apa. Malam kedua tu susah betul mata aku nak lelap aku pusing kiri kanan tak mau jugak lelap. Aku phone dengan harapan boleh lelap. Tiba2 aku dengar macam benda orang buat keje kat dapur. bilik aku ni bersebelahn dengan dapur ruang makan berdepan dengan bilik nombor 2. bilik master pulak berdepan dengan ruang tamu. Aku dengar macam orang main plastik macam tu. so aku pikir positif maybe angin tiup then aku sumbat telinga aku dengan earphone pasang lagu kuat2 sampai pekak tak dengar pape and paksa mata aku lelap.

Esok tu start keje masa rehat tiba2 kawan aku Nad (nama panggilan) buka mulut. “Semalam korang ada dengaq papa dak” (sebab Nad ni orang kedah) kitaorang balas “dak pon” tapi aku je yang senyap and tumpu kan perhatian untuk next soalan Nad ni. “dak la aku dengaq malam tadi orang dok main tarik kerusi pastu hang ni Ika dok meracau” sambil tangan dia tepuk Ika(nama panggilan) “eh ye ke? Ika cakap apa?” “tah tak tau la hang dok mengarut pa tah takut aku tau dak?” kami semua senyam tak berbalas perbualan Nad terus sambung makan. Tiba2 Tjut (memang tu nama dia ye bukan rekaan) bersuara ” malam ni nak tidur baca doa dulu basuh kaki” kami angguk paham.

Malam tu aku rasa takut lain macam aku pergi bilik Nad dengan Ika, dorang ni duduk bilik no 2 sebelah master bedroom. “Wei boleh tak malam ni aku tidur dengan korang? seram pulak nak tidur sorang lepas dengar Nad cita macam tu. Boleh eh?” sengih2 aku depan bilik dorang. “Boleh tapi hang tidoq tengah” kata Nad sambil tepuk2 tilam. Aku terus terjun katil dorang hahaha ish tak malu dulu berlagak tak nak kongsi bilik kan da penankut sekarang ni hehe ye ye tau my bad.

malam tu Nad dengan Ika busy buat keje sampai aku tegur suruh berhenti. masing2 tak nak layan aku. sebab bosan aku tertidur. tiba2 aku sedar sebab sejukkkkk sangat rupa nya aku je yang tak berselimut yg lain da berselubung dalam hati kuang jaq nye dorang ni bukan nk kongsi sikit selimut dengan aku. Setiap bilik ada aircond so terpulang kat kitaorang nak pasang or tak sebab kalau bil api melambung or lebih limit kitaorang kena bayar sendiri tapi sebab panas sangat si Nad ni pergi pasang aircond lepas tu sejuk nak mampos sampai selimut pon tak bagi kat aku sikit hawau betul.

Aku try tarik selimut si Nad ni sikit tiba2 aku dengar aircond bilik tu termati “takkkk” bunyi dia macam orang tutup suis dia. Aku terus terdiam. Slowly aku letak kepala aku atas bantal tapi tiba2 bunyi pulak orang tarik kerusi meja makan wei. nyaring betul bunyi dia. Ya Allah pagi2 buta macam ni kau baru nak makan ke? breakfirst pagi jap lagi la. then bunyi lagi kerusi tu tapi kali ni macam orang seret kerusi tu depan bilik tu. Allahu perasaan aku time tu macam nak terkeluar jantung aku siap peluh berjurai jatuh dari dahi aku. aku terus lelap ingat nk kejut dorang tapi kesian so aku terus cuba tutup mata. baru nak tutup mata si Ika boleh tiba2 gelak wei. gelak yang macam mengilai korang tau? tapi mata dia pejam. dia pulak tidur membelakangkan aku. terus aku peluk di Nad. aku kecik Nad. tapi respond dia “awat? tidoq la esk nak keja” dalam mamai. aku bisik kat dia “aku takut Nad” dalam nada merayu. “tidoq tidoq” sambil tangan dia genggam tangan aku.

tiba2 si Ika bunyi lagi… dia gelak lagi ‘hihihihihihihi” tapi nada dia lemah lembut gemalai je. “takkk” suis aircond nyala balik. Ya Allah. sumpah takut gila dalam hati aku da baca macam2 da tapi sempat jugak la aku carut si Ika ni sebab dia punya gelak lain macam kot. mimpi pe kejadah wei smpai gelak gemalai mengilai tu seronok betul mimpi dia. aku cuba lelap tapi tak boleh kat luar bilik dok busy lagi dia mengemas alih2 kerusi. sampai azan subuh aku tak dapat tidur tapi cuba tutup mata. telinga ni macam2 benda dengar. aku tak berani buka mata sebab takut tiba2 “bende” tu dok muncul tak ke naya aku? mau pengsan wei.

pagi tu aku mamai je pergi praktikal. layan je mata sebab tak cukup tidur tapi sebab takutnk tidur dengan Ika aku gagah kan diri tidur sorang dalam bilik aku tapi telinga aku dengan earphone pasang surah kuat2 sampai aku tidur. takde lagu da hahaha

tapi bukan aku sorang je kena si Nanad (satu bilik dengan Tjut ) pon kena tapi dengar orang tarik kerusi je.

lepas seminggu macam tu sepupu Nanad datang katanya nak tumpang tidur rumah tu semalam sebab esok pagi dia ada project ape kejadah tah dekat area situ. kalau ikutkan orang luar tak boleh masuk rumah tu just student kolej kitaorang tapi sebab kawan2 punya hal so pandai2 sendiri la cover.

malam tu Nanad tak tidur bilik dia tidur luar dengan sepupu dia Ila nama dia. malam tu Nanad cakap dia tidur lambat (penah pulak perempuan tu tidur awal) dengan sepupu dia borak sampai ke tengah malam last2 dua-dua tak sedar da tertidur. lebih kurang pukul 3 pagi Nanad cakap dia tersedar. Dia tengok sekeliling da gelap yang ada cuma lampu dapur je buka dan terang lagi. masa dia nak sambung tidur balik dia terdengar bunyi derapan kaki dari arah dapur “tap tap tap” Si Nanad ni da seram sejuk da. “masa tu aku diam je kau gila takkan aku nk pi tengok.” cerita Nanad. makin lama bunyi tu makin dekat makin dekat.

Dekat ruang tamu ada satu cermin besar lebih kurang setinggi kepala ke lutut macam tu. Masa bunyi tapak kaki tu makin dekat dia nampak macam ada benda mengadap ke cermin tu. sebab takut Nanad terus lari masuk bilik “aku rasa macam ada orang duk berdiri depan cermin tu. Kau rasa aku nak p jengah ka cermin tu tengok sapa? terus aku lari tinggai ja si Ila tu tidoq sorang.”

berapa hari lepas tu kitaorang cuti untuk hujung minggu so decide nak kemas rumah sapu la rumah tu lap2 habuk. dekat laman pun kitaorang sapu tiba-tiba satu jiran sebelah rumah ni tegur “sewa sini ke” tanya mak cik tu dari dialek dia macam bukan orang Penang. “Ye cik kolej yang bagi kitaorang duduk je” jawab Tjut. “owh dulu ada satu lelaki sewa kat sini keja dekat hospital tu lepas tu dia meninggal sebab kena langgar lori masa on the way balik dari kerja” cerita mak cik tu “Dia la yang taman pokok2 ni semua” sambil tangan die menunjuk kearah pokok kunyit yang tertanam depan rumah. kami dengar terus terdiam “owh ye ke. takpa la mak cik kitaorang masuk dulu nak asar jap.” balas aku. masing da pandang sama sendiri.

benda tu tak stop kat situ je. hari2 mesti ada antara kami yang kena kacau. ala bab kata orang macam nak berkenalan tapi yang pelik nya tak cukup2 lagi sesi perkenalan dia samp 4 weeks jugak la kena tahan dari kena usik macam tu. sampai la senior dari course lain datang dorang kena duduk rumah tu jugak so yang tinggal dalam rumah tu jadi 10 orang time tu da kurang da kena kacau tambah pulak bulan puasa terus tak kena apa-apa da Alhamdulillah la.

.

ChanChennie
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.