Makcik cleaner

“Hasbunallah wanikmal wakil”, cukuplah Allah sebagai pelindung kami. Sebelum aku mula, nak bagitau cerita ni merupakan sambungan cerita yang aku tulis ” shift malam” terima kasih daun keladi admin. Yang belum baca boleh singgah dulu, sebab yang aku nak cerita ni ada kaitan sikit dengan cerita pertama. Terima kasih jugak kepada pembaca yang sudi luang masa baca cerita sekupang aku ni walaupun tak menarik manapun.

Kalau nak diikutkan hati, aku malas nak tulis cerita pasal ni sebab atas nasihat ustaz yang dah pulihkan semangat aku lepas 2 hari demam. Manakan tidak, asal nak tulis saja mesti terbayang wajah dia ni memang tak boleh lupa. Gangguan ni terjadi masa minggu ke-2 shift malam terakhir aku, masa tu kilang aku baru saja digemparkan dengan gangguan histeria bersekala besar. Dengar cerita supervisor plant baru, gangguan tu jadi sebab ada “foreign workers” kacau tempat sembahyang kaum India bawah pokok besar hujung penjuru pagar plant baru. Ada jugak yang Kata sebelum ni, benda tu kacau sebab marah depa buat “parking lot” kereta dengan tempat rehat sampai ganggu laluan dia.

Aku ada tanya kak Vietnam ni yang jadi mangsa histeria. Dia kata sebelum jadi tu, dia rasa panas dekat tapak kaki sebelum panas tu makin naik sikit-sikit sampai lah ke lutut. Sebab dia orang lama, dia dah biasa kena sebelum ni jadi dia cepat-cepat ubah tempat duduk. Lepas dia ubah saja tempat duduk, kawan sebelah dia terus melolong jerit macam orang hilang akal. Apa lagi tak sampai 5 minit terus merebak kena dekat operator lain, yang aku pelik tak sangka operator laki pun ramai jugak yang kena. (pembaca yang biasa kena histeria, minta tolong share pengalaman dekat komen teringin nak tau lagi terima kasih). Yang lawaknya kak Vietnam tu siap sempat lagi buka ayat rukyah dekat phone dia. Percaya jugak depa noh. Aku temubual mangsa pertama histeria orang indonesia dia kata sebelum jadi tu dia tengah sibuk buat kerja dekat production line sebelum dia toleh sebelah kanan bahu sebab ada suara tanya dia ” cu nak dak kerepek yang makcik jual ni” nampak saja muka makcik tu terus dia “blank” tak ingat apa dah. Dia cakap susunan mata, mulut hidung makcik yang seakan separuh abad tu tak normal. Mulut tengah, mata bawah, hidung ataih lebih kurang macam tu.

OK berbalik kepada cerita aku, masa kejadian tu hari selasa lebih kurang pukul 3 pagi. Waktu rehat operator, macam biasa aku “stop machine” aku bagi semua rehat sekali. Sebab project baru ni ditempatkan di plant lama, belum ada guard yang ditempatkan di pintu masuk. Jadi terpaksalah aku kunci pintu plant setiap kali waktu rehat. Aku tunggu semua operator keluar dulu, aku akan pastikan semua aircond tutup sebelum aku kunci pintu. Masa nak kunci pintu tu aku ada perasan baju biru cleaner kilang dekat dalam plant. ‘Aik masa bila dia masuk, tak perasan aku nasib aku tak kunci dia duduk dalam’. ‘Makcik minta maaf nah, kami nak keluar rehat ni, boleh dak makcik sambung geja satgi lepas kami masuk sebab saya kena kunci pintu’. Banyak kali aku jerit makcik’makcik dia buat taktau ja, berdiri macam kayu. Aku pun masuk la kedalam dok pikiaq ingat dia tak dengar aku panggil. Aku panggil makcik sebab dia pakai tudung, jenis style tudung orang dulu-dulu.

Masa aku jalan nak sampai dekat dia tu baru aku perasan, aku nampak tangan dia banyak kedut-kedut ada panau macam orang tua. Terus tiba-tiba meremang habis satu badan, apalagi aku terus lari tak jejak tanah rasa macam nak pitam saja masa tu sebab teringat cerita orang-orang lama yang cerita dekat aku. Aku lari sampai kantin, terus aku capai phone aku mesej kawan aku. Lepastu aku mesej manager aku bagitau nak balik awal. Dia tanya sebab apa, aku bagitau kata tak sihat. Kawan aku balas mesej Aku, dia kata gila la hang mana ada cleaner shift malam oiii..lagi satu dia cakap cleaner kilang kita ni bangla saja la oiii…Memang aku tak pijak dah plant lama tu, terus aku balik rumah.

Nasib aku dah tutup semua machine dengan aircond. Aku jumpa operator aku dekat kantin, aku bagitau depa tak payah masuk plant terus inform supervisor plant sebelah untuk support production depa yang tak cukup orang. Lepas setel semua tu terus aku pecut balik rumah, serius aircond kereta aku bukak full pun satu badan dok berpeluh lagi memang nak demam jadinya. Tak tenteram aku bawak kereta, asyik tengok cermin belakang saja. Nasib sampai rumah dengan selamat, mungkin sebab aku pasang ayat Quran kuat-kuat dekat phone aku.

Sampai rumah aku nak tidur pun tak boleh asyik teringat benda tadi saja. Tak tidur sampai pagi esok, mak aku tanya sebab apa balik awal aku diam seribu bahasa. Esok tu, sebab demam tak kebah aku cerita dekat mak aku terus bawak pergi berubat. Depa buat air penawar dengan bacaan yasin, bagi pulih semangat. Ustaz kata biasa la terkejut sampai demam. Dia bagi aku minyak wangi kasturi pakai masa tidur, aku calit sikit dekat tangan sebelum masuk tidur. Malam tu terjadi lah mimpi ngeri aku, aku kena tindih masa tidur. Satu badan tak boleh gerak, mata tak larat nak buka. Aku gagah jugak baca ayat Kursi tapi tak keluar dekat bibir hanya singgah dekat hati. Habis baca aku ada kekuatan sikit nak buka mata, buka saja mata sikit aku nampak susuk tubuh yang aku tak akan boleh lupa sampai lani. Nenek tua rambut beruban dengan lidah panjang sambil pegang dan jilat tangan tempat aku calit minyak wangi tadi. Kedua-dua tangan aku dia jilat habis, masa tu aku tak boleh nak buat apa dengan badan mengeras. Aku terus pejam mata, aku ucap Allah Allah Allah sebanyak mungkin sampai lah aku terlelap.

Esok aku terus bagun tidur aku terjah mak aku cerita benda semalam. Haritu jugak mak aku bawak jumpa perubatan syifa. Alhamdulillah, dengan izin Allah semangat aku pulih. Tak ada lagi gangguan waktu malam. Ustaz tu bagitau, benda dekat kilang aku tu lama sangat dia menetap dekat situ sampai dah sebati dengan tempat tu, dah tak boleh nak halau keluar.

Alhamdulillah, syukur aku dah tak kena masuk shift malam. Setakat lani tak ada lagi gangguan, harap2 kekal macamtulah. Aku nak ucap takziah siap-siap dekat bakal-bakal pekerja baru kilang aku ni. Banyak-banyak lah zikir dan setiap kali kaki langkah masuk plant bacalah “bismillahillazi’ dengan ayat Kursi. Moga Kita sentiasa dilindungi Allah. Ingat! “Hasbunallah wanikmal wakil”, cukuplah Allah sebagai pelindung kami.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Whenitrainsitpours

4 thoughts on “Makcik cleaner”

  1. bace kisah nie , teringat pulak dekt tmpt keje lame,nenek berbju merah dngn kain batik…pernah operator lain nmpk n kene histeria….meremang bile terigt balik hhaha….

    Reply
  2. pengalaman saya histeria.. sebelum nak kena tu mesti rasa satu perasaan yg lain, tiba2 mcm berdebar. mcm berat je rasa dlm dada ni. mata automatik tiba2 nak jadi besar. kadang2 boleh kawal bila terus zikir dan baca apa yg ustaz syifa ajar. kadang2 x boleh kawal akan terus menjerit macam nak terkeluar anak tekak. lepas tu start la merepek bukan2.

    ketika tubuh dikuasai tu saya sedar..setiap apa yg saya buat, apa saya cakap saya dengar tapi x mampu nak buat apa2.

    macam tu la kalau saya kena. saya dari kecil memang ada gangguan sehingga sekarang, tapi sekarang dah boleh kawal dan lawan sikit.

    Reply
  3. Mak aiiii…seram gila..dijilatnya minyak kasturi tu…ishh aku pn ade pakai oii masa nk tidur…aduhhh menyesal aku baca lah…😆😆😆😆

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.