Makcik Saga Aeroback

Intro seperti biasa, Assalamualaikum dan salam sejahtera terutama kepada admin yang menerima cerita ini untuk dipublishkan serta rakyat-rakyat pembaca setia Fiksyen Shasha. Saya medoakan kita semua mampu menghadapi PKPP ini dengan tenang dan jadilah manusia yang bijak serta bertauliah. Kes kita masih belum kosong ya tuan puan, jangan suka sangat nak berhuha sana sini tanpa sikap berjaga-jaga.

Kisah aku ni hanya keangkeran level low class yang misteri, tidak sesuai bagi mereka yang menanti-nantikan kisah horror extreme.

Kejadian ni berlaku lima tahun lepas, 2015. Aku tak ingat bulan berapa tapi tak silap aku dah nak hujung tahun mungkin bulan 10 ‪ke 11‬ sebab dah nak start cuti sekolah. Lepas habis belajar dulu aku kerja kat stesen minyak. Hampir 2 tahun jugak la sebelum jumpa kerja hakiki yang aku tengah dipertanggungjawbakan sekarang ni. Kerja stesen minyak ni biasa lah rasa semua jawatan… jaga forecourt (kawasan luar pam minyak yang ada pam, tempat kenderaan isi minyak tu nama dia forecourt), jadi tukang kebun, tukang cat, tukar cek minyak dalam tank (nama dia dipping), tukang kejar tenggiling (sebab tanah lapang sebelah stesen aku ni dibersihkan nak buat restoran… kau bayangkan dekat ‪pukul 12‬ tengah malam aku dengan boss duk kejar tenggiling kat forecourt tu takut dia terlanggar kereta ke apa. Esoknya jabatan perhilitan datang amik sebab boss buat report. Sementara tunggu nak kena kutip tu kitorang lepaskan dia kat laman rumah boss. Punya la suka dia berenang keluar masuk dalam kolam ikan, baru aku tahu tenggiling reti berenang). Kerja merestock barang kedai, jadi cashier, cuci jamban pun pernah. Pernah la aku nak cuci jamban lelaki, ada najis tu macam tersembur dari atas dinding ke bawah. Najis taik tau bukan kencing. Macam mana boleh berlaku sedemikian aku pun tak ada jawapan.

Aku ni diletak ke shift petang iaitu dari 3 petang sampai 12 malam. Stesen aku sampai 12 malam je bukan 24 jam. Kira shift pagi buat opening dan shift petang buat closing. Okay cerita dia macam ni… cerita baru nak bermula ye, panjang pulak intro.

Stesen minyak aku ni terletak dalam kawasan taman perumahan. Kebanyakan customer pun penduduk tempatan kat situ. Nak jadi cerita, ada sorang makcik ni baya umur macam awal 60-an jadi regular customer kat situ. Muka dia bersih, pakai cermin mata, ramah suka ajak berbual kadang-kadang dia cerita pasal kehidupan dia. Dia suka pakai baju kurung corak orang dulu-dulu mix matched dengan kain baju kurung lain, kira baju corak lain dan kain corak lain la. Pakai handbag belah tangan kanan tapi kadang dia pakai totebag. Memang tu la style dia sejak pertama kali aku jumpa dia… sampai sekarang aku masih nampak jelas rupa mak cik tu dalam kepala ni. Dalam seminggu ada la 2-3 kali dia datang isi minyak, cucuk duit, beli barang kedai dan lain-lain. Dia pakai kereta proton saga aeroback lama warna coklat cair. Memang tu je kereta dia yang aku nampak setiap kali dia datang.

Dia selalu datang sorang atau dengan anak perempuan dia nama Mimi umur bawah aku setahun tak silap sebab dia kawan sekolah dengan salah sorang cashier aku. Kadang dia datang masa kedai stesen dah tutup, tercegat lah dia depan kaunter cashier tu mintak tolong budak dalam ambilkan barang… selalunya roti dengan susu lah dia beli. Korang kalau datang stesen minyak tapi kedai dah tutup, boleh je beli barang-barang dalam kedai. Mintak tolong budak dalam kedai ambilkan. Stesen aku ‪pukul 10‬ malam dah tutup kedai sebab nak cleaning dan prepare untuk closing ‪pukul 12‬ nanti, tinggal pam minyak luar je beroperasi. Stesen aku ni pun jenis bukan sesak ramai orang sepanjang masa… takat campak cashier sorang-sorang kat kaunter pun dia boleh handle.

Ada satu hari ni makcik ni datang seperti biasa sorang je nak cucuk duit kat atm tapi kena beratur. Aku pun baru perasan makcik ni dah lama tak datang, lebih dua minggu aku tak nampak dia. Waktu tu jam lebih kurang ‪pukul 9‬ malam sebab aku baru lepas isyak. Aku macam biasa senyum kat dia, aku pun nampak dia bertegur sapa dengan orang yang beratur belakang dia. Aku kat kaunter dengan ada cashier lagi sorang. Nak sampai giliran dia selang lagi 2 orang kat atm tu, baru otak aku ni buat kerja. Tiba-tiba aku teringat…

Seminggu sebelum tu Mimi ada datang isi minyak naik myvi. Si Mimi ni pun peramah dia punya senyum lebar je. kebetulan cashier aku yang satu sekolah dengan dia tu ada kerja waktu tu, dia cakap dengan aku…
“baik je Mimi tu senyum tak lepas padahal mak dia baru meninggal”
aku macam “ehhh? Meninggal?”
“aah meninggal accident kat Jalan Inas sana minggu lepas. Mak dia bawak kereta sorang nak balik Kulai. Kereta saga yang mak dia selalu bawak tu total loss. Meninggal kat situ jugak”

Aku agak terkesima masa dapat berita tu sebab sekali gus mendapat peringatan bahawa m**i tu bila-bila masa je. Lepas je cashier aku bagi tahu kejadian tu ada masuk surat khabar dan ada jugak kat internet, aku search terus sebab ada pc kat situ. Sekali taip keywords je dah jumpa. Memang nampak jelas keadaan kereta dah remuk, kat cermin belah pemandu ada percikan d***h yang meleleh dari separuh tingkap ke bawah. Penerangan akhbar tu cakap hilang kawalan dan masuk gaung. Jalan Inas tu memang sempit sikit. Ngam-ngam muat dua lorong pastu kiri kanan gaung ladang. Bukan gaung sangat la… lebih kepada ladang sawit kat belah bawah. Kira jalan raya tu tinggi, kalau jatuh ke bawah memang tinggi. Aku pun jarang jalan kat situ sebab seram jalan dia kecik, kalau malam gelap gelita uiii takde lampu jalan. Tapi tu jalan shortcut ke banyak tempat. Siapa orang Kulai, Kluang ke tahu la jalan tu.

Ya tuan puan, otak aku baru teringat kisah tersebut. Makcik tu dah meninggal! Demmm! Aku dah jem. Aku slow-slow pergi rapat dekat cashier aku kat sebelah pastu aku bisik… “Mirul! Kau nampak tak makcik pakai baju kurung tu? makcik nombor 3?!” Mesin atm dekat dengan kaunter so memang nampak jelas siapa kat situ.

Mirul kata dia nampak. Aku sedikit bertenang dengar jawapan tu. Mungkin aku salah orang. Sebab keadaan stesen masih terang benderang, orang pun ada luar dan dalam kedai. Makcik tu pun cukup sifat, nyata dan jelas. Hati aku masih tak tenteram sebab dia je insan yang pakai baju mix matched dan muka dia memang sebijik makcik yang dah meninggal tu. Aku tinggalkan Mirul pergi nengok kat cctv kat sebelah kaunter. Takde! Makcik tu takde kat cctv tapi hanya ada ruang kosong antara orang depan dan orang belakang dia. Otak aku giat merembeskan sel-sel seram ke seluruh tubuh. Aku taip ni pun kepala aku dah rasa kebas.

Aku panggil Mirul suruh tengok sekali. Dia yang belum tahu apa-apa tanya kenapa? Aku cakap makcik tu takde dalam cctv. Dia dah meninggal haritu accident. Dua-dua kejung kat situ. Apa benda pulak kitorang nak kena hadap ni. Aku berdua je dengan Mirul malam tu. Kat forecourt mat bangla dua orang. Tiba-tiba ada orang panggil nak bayar minyak. Laju kitorang menapak sama-sama pergi kaunter balik. Kepala ni automatic terus pusing nengok makcik tu. Makcik tu tengah draw duit. Dia draw duit ye tuan puan kat mesin atm. Tak tahu nak rasa kagum ke macam mana. Setan ni magic dia lain macam… advance!

Sunyi sepi. Bunyi riuh radio je kat corong speaker. Aku dengan Mirul diam tak mampu nak cakap apa-apa. Dah habis keluarkan duit, makcik tu masukkan duit dalam beg pastu dia keluar kedai. Dari pintu kedai dia berjalan belok ke kiri rapat kat kedai… maksudnya lalu tepi kedai. Muka dia tak ada expression langsung. Jalan pandang depan straight takde toleh-toleh. Dia jalan sampai dia kat depan kaunter bahagian luar, aku dengan Mirul kejung lagi sekali tapi makcik tersebut tak toleh pun. Korang paham tak ni? Kaunter stesen minyak kan kalau belah luar berkaca, hulur duit kat tempat duit tu je. Kira makcik tu jalan dari pintu kedai straight sampai ke kaunter bahagian orang bayar minyak belah luar. Dia jalan terus sampai hujung pastu kitorang tak nampak dah sebab ada dinding. Kat belah kiri stesen tu memang tempat parking kereta agak luas. Ada tandas, surau, pam angin, paip, apa benda semua lah.

Aku pergi check cctv lagi… hilang, ghaib! Tak sampai 20 saat. Mana tahu dia masuk tandas ke apa kan, aku play balik cctv kat toilet dan tempat parking, takde. Aku cari lagi recording dari atm. Nothing. Pintu kedai terbukak sendiri. Malam tu aku panggil bangla sorang masuk teman aku buat cleaning kedai. Mirul jaga kaunter sorang-sorang. Seram. Haha. Bangla kat luar lagi sorang bising sebab dia kena bersihkan luar stesen sorang2. Aku pedulik apa… ada kejadian horror baru berlaku. Esoknya kecoh lepas aku dengan Mirul cerita dengan semua orang.

Lepas-lepas tu memang aku tak pernah nampak dah makcik tu datang lagi. Yang ada pun cuma Mimi sorang. Semoga makcik tu tenang di sana.

Dah habis? Nanti. Aku ada sambungan sikit. Kisah lain terjadi kat rumah aku.

Penduduk dalam rumah aku ni semua bekerja waktu siang. Kiranya petang baru dapat jumpa semua. Kerja-kerja rumah pun dilakukan waktu malam. Ceritanya malam tu aku duduk berdua je dengan mak aku sebab bapak aku belum balik. Alfatihah untuk arwah mak. Setahun dah pergi.

Kejadian ni pun berlaku lepas Isyak. Lepas solat baru masing-masing keluar bilik. Masa aku balik petang tu… aku dah masukkan baju kotor dalam mesin basuh. Bagi dia pusing. Selalunya macam tu lah rutin, nanti lepas Isyak pukul 9 ke lebih kurang baru aku jemur. Alkisah.. waktu aku tengah jemur baju kat bahagian belakang dapur… ampaian baju aku ada dua. Satu kat tepi rumah memang direct sunlight. Hari cuti je aku jemur baju kat tepi tu sebab kalau hujan ke apa aku boleh terus angkat. Lagi satu ampaian kat belakang dapur, kat situ kalau hujan ke ribut memang selamat la bajunya.

Masa aku tengah sidai baju tu tiba2 lampu tertutup. Aku terkejut lepastu aku terjerit spontan terus. Aku dengar suara mak aku cakap
“Mak ingat tak ada orang kat belakang sebab tu tutup lampu”
Lalu mak aku on balik lampu. Aku pun tanpa syak wasangka memang setuju la alasan mak aku tak perasan aku kat belakang sebab pintu dapur tu macam tertutup sikit. Malam tu sampai esok paginya berlalu begitu sahaja.

Esok paginya… masa sarapan mak aku cakap sebab kenapa dia tutup lampu. Malam tu dia nak ke dapur dan bilik aku ada kat laluan nak ke dapur tu. Bilik aku tu pulak tingkapnya menghadap tempat ampaian belakang dapur. Kira kalau aku bukak tingkap terus nampak ampaian belakang.

Masa mak aku lalu tu dia nampak lampu bilik aku terbukak. Dia nak panggil aku ajak pergi dapur tapi dia nampak aku tengah baring kat katil. Baring senyap je macam tidur. Pakai baju warna kuning dengan seluar tidur. Dia tak jadi panggil sebab ingatkan aku dah tertidur. Oleh sebab dia pergi dapur nampak lampu belakang rumah tu terbukak, dia tutup la. Bila aku terjerit tu dia terkedu, ehh anak dia ni ada kat belakang. Siapa yang dalam bilik tadi? Jeng jeng jeng…

Bila aku masuk ke dapur dari bahagian ampaian belakang tu mak aku nampak aku pakai baju sama dengan mambang yang dalam bilik tu. Baju kuning dengan seluar tidur. Hehehehe… siapa dalam bilik aku tu? Nasib baik la dia takde nak ketuk2 tingkap bilik tu masa aku tengah sidai baju.

Sekian.. terima kasih membaca. Semoga kita semua terpelihara dari pelbagai bencana dan penyakit, bersama-samalah kita berusaha untuk menamatkan ujian penyakit yang kita sedang hadapi. Assalamulaikum.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Delilah

3 thoughts on “Makcik Saga Aeroback”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.