Makhluk Berbulu dan bertanduk masuk ke dalam bilik. Kejadian benar di sebuah institusi di utara tanah air

Assalamualaikum Admin FS and pembaca. Nama saya emma, umur saya awal 20an. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana sudi baca dan publish cerita saya. Mungkin bagi orang lain cerita ini tidak berapa seram tetapi bagi saya ini merupakan pengalaman paling seram yang pernah saya alami sendiri.

Kisah berlaku semasa saya melanjutkan pelajaran di peringkat diploma setelah tamat SPM di sebuah institusi di utara tanah air pada tahun 2017. Saya merupakan pelajar semester 1 ketika itu, bilik saya adalah bilik untuk 4 orang dan boleh dikatakan biliknya agak besar lengkap dengan 4 meja belajar dan ruang ditengah untuk makan atau melepak.

Bilik kami juga ada 4 tingkap. Kejadian berlaku semasa saya datang bulan, masa itu saya baring dilantai untuk melegakan sakit belakang. Yang perempuan mesti faham kenapa. Saya baring dilantai sehingga hampir semua rakan sebilik saya tidur. Lampu sudah dipadam, jam menunjukkan hampir 1 pagi saya bangun untuk naik ke katil. Kalau dibawah sehingga subuh bimbang esok sakit badan pulak. Ada seorang lagi kawan saya yang tumpang tidur dengan kami sebab rakan sebiliknya balik ke kampung. Jadinya 2 katil digabung tidur 3 orang termasuk saya.

Selepas saya baring di atas katil dan cuba untuk melelapkan mata, saya rasa sangat tidak sedap hati, rasa seperti diperhatikan dan seperti sesuatu akan terjadi. Saya bangun semula dan duduk di atas katil, saya nampak kawan saya Ana yang katil berhadapan dengan kami masih belum tidur dan bermain dengan telefon miliknya. Segera saya panggil namanya “Ana? Ana?” panggilan saya disahut “haa kenapa Emma?” saya bertanya ” kenapa belum tidur?” jawabnya “kejap lagi nak tidur dah” perasaan saya sedikit lega ketika itu sebab saya tahu dalam bilik bukan saya seorang masih berjaga. Lantas saya pejamkan mata dan cuba untuk tidur tetapi jantung saya masih berdegup kencang entah kenapa.

Selang beberapa ketika saya anggarkan dalam 15minit mata saya sudah kuyu dan hampir terlena ketika inilah gangguan bermula. Dalam keadaan mamai saya terdengar suara perempuan “humming” lagu apa saya tidak tahu. Terus meremang bulu roma saya ketika itu. Suaranya lembut tetapi sangat jelas dan saya yakin suara itu datang dari dalam bilik.

Dalam hati saya bercakap “ya allah apa pulak ni” saya tutup mata saya makin rapat dan membaca ayat-ayat suci yang saya ingat didalam hati. Tiba-tiba saya rasakan badan saya tidak boleh bergerak and sangat berat di atas dada seperti dihempap sesuatu. Mata tak boleh dibuka, jari tak boleh bergerak dan badan saya sangat seram sejuk.

Saya teruskan membaca ayat suci di dalam hati. Tahulah saya pada Ketika itu ada makhluk lain di dalam bilik kami. Pada saat hati saya semakin meronta untuk bergerak saya berjaya bukakan mata. Alangkah terkejutnya saya pada ketika itu, saya nampak dengan jelas seekor makhluk besar, berbulu dan bertanduk 2 kecil di kiri dan kanan atas kepalanya.

Seluruh tubuhnya ditutupi bulu yang sangat tebal dan tidak terlihat rupa wajahnya akibat bulunya yang lebat.. Terus saya tutup semula mata dan terus membaca ayat suci di dalam hati. Mungkin tahu saya sudah nampak kewujuddanya, makhluk tadi seperti menghenjut-henjut di atas dada dan perut saya seperti inginkan perhatian. Saya terus menutup mata dan membaca segala ayat yang saya ingat di dalam hati. Tiba-tiba benda itu bersuara “ooh tak nak layan ya” suaranya garau dan garang. Selepas sahaja dia bersuara saya rasakan badan saya seperti diheret, dihempas dan terapung.

Seperti ikan dipasar yang dibaling-baling, saya rasa badan saya dihempas kedinding, lantai dan di balik-balikkan. Suasana riuh sangat dengan bunyi kaca pecah, meja kerus dicampak dan sebagainya. Memang dalam fikiran saya bilik tu dah bersepah sangat macam dilanda gempa bumi bising dan serabut dengan bunyi barang-barang jatuh dicampak. Saya boleh dengar bunyi katil besi saya digoncang dan dilaga-lagakan dengan dinding. Memang masatu saya takut yang teramat. Anggaran dalam 10 minit suasana tu saya tak tahu dari mana dapat kekuatan untuk menjerit kecil “ALLAHUAKBAR” dan berjaya saya bukakan mata.

Saya dapat rasakan ada angin lalu dari dalam bilik keluar melalui salah satu tingkap. Seperti saya katakan awal tadi, bilik kami ada 4 tingkap. Tetapi hanya 1 tingkap sahaja yang langsirnya terbuai angin seperti ada benda keluar melalui tingkap itu. Tingkap lain elok saja langsirnya. Waktu itu saya takut sangat dan saya lihat keadaan bilik seperti sedia kala dan kawan-kawan saya masih tidur seperti tiada apa terjadi. Saya nangis dan rapatkan diri dengan kawan saya.

Esok paginya, saya ceritakan apa terjadi dan tanya kalua mereka ada terdengar apa-apa malam tadi. Kesemuanya cakap tidak ada apa2 yang jadi kepada mereka malam tadi. Selepas kejadian itu seminggu lebih kami tidur dengan buka lampu. Mujur kejadian seperti itu tidak berulang sehingga saya semester akhir. Mungkin cuma menyapa supaya saya tahu kewujudannya. Sekian.

Leave a Comment