Makhluk Halus Benci Saya – KISAH 8 – RIANG RIA ZAMAN SEKOLAH

Selamat pagi dan selamat sejahtera. Nama aku M. Lelaki 30 tahun. Ini pengalaman aku penampakan makhluk halus. Dalam family kitorang panggil makhluk halus ni “menatang @ natang”. Aku ada submit tujuh (7) kisah sebelum ni so siapa yang tak baca dari awal susah nak faham apa yang berlaku. Aku penulis cerita-cerita pendek berkisahkan hidup aku dari zaman 6 tahun umur sampai la ke 30 tahun umur. Tapi macam yang aku expect ramai tak suka cara penulisan aku teruk, Bahasa pasar.

Tak faham. Tak macam writer yang lain macam buku sastera form 4. Tak reti la. Aku orang Matematik. Bahasa Penulisan aku sangat teruk so yang kata tak faham tu maaf la ye. Anyway hari ni aku replacement leave, Cindy kerja, Noah aku dah hantar rumah Nenek dia. So aku banyak masa free boleh menaip lepas Solat Jumaat. Kisah kali ni confirm tak seram sebab aku nak try cerita pasal Natang dari perspektif berbeza, bukan as agen menakutkan orang seeperti biasa.

Nak cuba korang anggap Natang ni sebagai “Rakan Hidupan Manusia” sama macam haiwan lain juga. Berjaya atau tak eksperimen penulisan aku, terpulang anda menilainya. Tajuk hari ni tak ada watak baru so tak yah intro panjang-panjang la eh. So..

AKU NI KALAU NAMPAK AKU JADI PENAKUT. JANGAN BAYANGKAN AKU HERO DALAM INI CERITA.

KISAH 8 – Riang-Ria Zaman Sekolah. Pasrah!
Sebelum start, aku nak bagitahu yang aku ngan Sepul sangat rapat sebab kami satu sekolah dari darjah 1 sampai form 3. Masa form 3, budak perempuan sebaya kitorang even gelar kami ni ‘gay’. Makan sama-sama, gi sekolah sama-sama, balik sama-sama. Tapi, semua tahu aku ada Cindy, Sepul ni GF sebulan satu. Haih… So habis intro. Kisah ni ada persoalan yg sinonim. Macam mana ANDA Nampak Makhluk Halus tapi tak boleh lari? Ni kisah-kisah pendek aku ngan Sepul cantum-cantum jadi la panjang sikit

Ok aku start masa kami darjah 3. Masa ni time cuti sekolah. Kitorang berdua Sunat time ni. Kalau Bahasa proper is Berkhatan. Aku duduk la kampung ngan Sepul. So ada satu ketika tu, Atok ngan Opah gi rumah orang kahwin. So kitorang berdua je la tinggal. Masa ni jalan pun kena pegang kain. Baru 3 hari macam tu Sunat. Harap faham la situasi kami. So lepak la tengok TV, main game SEGA dan sebagainya. So pada hari berlaku tu hujan agak lebat.

Atok Opah kalau orang kahwin mesti balik lepas Maghrib sebab terus sampai ke malam lepak ngan ahli kawan-kawan diorang. Atok geng main dam haji, Opah geng ratu kebaya masa muda-muda. So hujan kilat sabung-menyabung. Time tu petang so Nampak la sikit-sikit. Tetiba black-out. So kami dua jalan la dengan kengkang-kengkang gi dapur cari lilin. Sepul cari mancis. Dah dapat masing-masing patah balik gi bilik TV. Tangan sebelah pegang lilin sebelah pegang kain. Seksa weh masa tu. So dah pasang lilin baring la balik. Masa tu dah baring, tetiba Sepul jerit “babah, babah”. Panggil bapak dia yang kat KL. Macam budak kecik.

Rupanya kat penjuru atas bilik ada Natang tengah sengih-sengih. Belakang pintu pun ada sekor. Dua-dua perempuan. Bayangkan, ko baru Sunat, tak boleh lari tak boleh amik payung pukul ke ko putus asa. Aku ingat lagi Sepul cakap kat Natang, nak cekik dia, cekik la tapi jangan pegang ‘anu’ dia. Sakit jahit belum kering katanya. And Natang mengilai lepas tu bunyi macam dalam TV tu. Aku takut, ambil selimut tutup muka, tertidur, sedar je Atok dah balik. Lepas tu Opah kata nyenyaknya cucu Opah tidur. Penat ye? Rindu Arwah Atok Opah.

Situasi kedua darjah 4. Masa ni dah habis exam tapi kakak aku PMR. Malam tu, aku ngan Sepul main game sampai pagi. 3 pagi camtu tiba-tiba ‘gedegang’ kat dapur and kitorang Nampak ada Natang dalam rumah atas cabinet dapur. So macam biasa aku ngan Sepul lari gi bilik Ayah aku, dia turun halau Natang tu. Ayah aku kata tu Natang tak kacau. Dia singgah kejap je nanti dia pergi, kata ayahku pada diriku ini. Lepas tu Ayah naik atas tidur balik. Kitorang main game “Gran Tourismo” mana boleh save game dalam endurance mode.

Nak tutup sayang, nanti kena main dari awal. So kitorang main sambal Natang tu tengok kitorang dari dapur. Kitorang pasang kaset bacaan Quran pun takde effect (dah besar ni baru tau kalau ko pasang mp3 ke CD kuat mana pun Natang tak dengar dalam dunia dia, melainkan manusia yang baca secara live baru dia rasa panas). Selain tu, kitorang main game senyap je tak bercakap. Ok dah habis main, tutup terus masuk bilik, tidur. So esoknya bangun pun dah pukul 3 petang. Sepul pun baru mandi, nak tengok Dash Yonkuro.

Tu favourite kartun di Malaysia sebelum wujudnya Naruto. Tapi masa tu hujan lebat. Kakak aku da gi tuisyen ulangkaji PMR kononnya. Tengah tunggu kartun start, Natang semalam datang lagi kat tempat yang sama. Masa ni takut la, Ayah tak ada. Siapa nak back-up. Tapi kali ni dia sengih-sengih macam nak datang dekat, macam dia pun minat Dash Yonkuro kot. Nak lari naik basikal, kartun dah nak start, hari pulak hujan. So kami kanak-kanak berani ni, pakai baju hujan, pegang payung, duduk luar dalam hujan. Tapi TV volume kuat, pintu rumah biar terbuka luas. Kami tengok kartun dari luar rumah, dalam hujan. Asalkan tak nmpak natang tu kat dapur and aku boleh tengok kartun. Malam tu pulak, Sepul dah balik rumah dia. Aku main game sorang-sorang.

Nasib la natang dah takde. Tapi dalam 1 pagi macam tu, aku sakit perut nak terbuang air besar. Tapi nak gi toilet takut Nampak. Tapi sakit perut. So jalan mudah dia, amik helmet Ayah ada visor gelap, amik Cyberpet Tamagotchi, gi toilet. So siapa takut hantu sangat kat toilet rumah rumah korang malam-malam tu, bolehlah tiru aku; berak pakai helmet visor gelap sambil main Cyberpet. So tak nampak and tak sedar ada hantu. Oh by the way, aku ada Shooting Star ngan Burning Sun enjin hitam. Siapa nak race?

Situasi ketiga masa form 3. Aku masa ni pengakap ngan Sepul. Cindy pulak Kadet Remaja Sekolah. Tapi Cindy tak masuk dalam cerita kali ni. Saja je bagi Kak Yulie rindu dia. Ok sambung. Kitorang masa ni ada orientasi budak form 1. Pengakap tugas dia abseiling. Siapa tak tahu boleh Google. Aku tugas as ‘stopper’ atau jaga brake tak bagi budak jatuh la. Sepul kat tingkat 3 jaga tali ngan pasang harness. Masa tu da 6 petang dah nak dekat pukul 7.

Matahari memancar yang cahaya oren tu. Masa ni seram juga la. Ada sorang budak perempuan ni turun. Let say nama dia Siti. Aku tak tau pun nama dia tapi hentam je. Dia baru turun dalam tingkat 2. Tiba-tiba bunyi mengilai. Sangat kuat dan sangat dekat. Rupanya ada Natang kat hujung blok tempat kitorang berada. Budak-budak Nampak sebab ni jenis yang menonjolkan diri. Semua Nampak semua jerit, semua lari. Semua urusetia lelaki pun lari. Cikgu pengakap pun lari, maklum la cikgu perempuan. So yang tinggal aku, Siti ngan Sepul. Kalau aku ngan Sepul lari, jatuh berdebab la Siti tu. Siti panic, dia meronta-ronta dan lepaskan tali.

Aku kat bawah la nak m**i tangan aku nak tercabut Tarik brake sebab Siti dah lepaskan tali dia. Macam aku tampung berat Siti dengan seutas tali je. Sepul tak boleh buat apa sebab dia kat tingkat 3. Nak pulak lepas tu Siti pengsan sambil terjuntai. Makin sakit tangan aku. Tetiba tau-tau je Natang tu sebelah aku. Dia gelak-gelak mengilai. Aku tak boleh buat apa-apa. Nak lepaskan tali pun tak boleh. Nak lari jatuh si Siti tu. Sampai la Sepul baling barang dari tingkat 3, kat Natang baru Natang terbang tinggalkan kitorang sambil gelak mengilai. Konon konon dia nak kata Yes, padan muka kau M. Bila Sepul turun tingkat 2 pakai tangga, amik Siti yang dah pengsan baru aku boleh lepaskan tali. Tu agak takut juga la, hampir menyebabkan seorang budak perempuan tergolek. By the way, aku Pengakap dulu sampai lencana Maju. Hebat tak?

Oo lagi satu ni tips taknak bagi hantu masuk rumah. Pak Lang ajar. Yang pertama, basic. Solat jangan tinggal. Yang kedua, perempuan yang uzur, benda yang ada ‘wing’ tu dah pakai, balut surat khabar, masuk plastic, jangan buang gitu je. Natang suka.

Yang ketiga bela kucing. Tak kisah la colour hitam ke, putih ke, coklat ke, tompok ke, biru ke, belang ke. Asalkan kucing. Kalau elok jantan dan betina. So kucing jantan boleh halau Natang jantan, kucing betina boleh halau Natang betina. Tapi jaga diorang elok-elok. Kalau korang jahat ngan kucing, silap-silap dia yang jemput Natang masuk. Ok ni tips dari aku pula. Kalau tiba-tiba korang rasa ada Natang, apa patut korang buat?

Jawapannya korang mesti toleh ke arah tempat yang korang rasa ada Natang tu sepantas kilat Sebab dia memang ada tapi korang je tak Nampak. Macam mana pulak kalau nampak? Senang je. Korang pandang mata dia tapi jangan muka takut. Sebab dia tau korang takut lagi dia suka. Korang buat muka garang. Bengis. Kalau boleh jangan kelip mata. Nescaya dia akan pergi dengan sendiri.

Sekian tu saja. Harap korang dapat amalkan dua tips terakhir tu. Assalamualaikum. Bye bye

M

47 thoughts on “Makhluk Halus Benci Saya – KISAH 8 – RIANG RIA ZAMAN SEKOLAH”

  1. M kau ni buat akak susah tidur malam la. Tapi, cerita kau akak tunggu-tunggu episod baru. Tak pernah kecewakan akak

    Reply
  2. “duduk luar dalam hujan. Tapi TV volume kuat, pintu rumah biar terbuka luas. Kami tengok kartun dari luar rumah”

    Akk x penah tau wujud manusia gigih mcm korg yg bersungguh punye strategic planning semata2 nk tgk karton…
    Adeehhh pening pening…
    Comel jer pe’el ekk, ghase nk pijak pon ade…

    “pandang mata dia tapi jangan muka takut. Sebab dia tau korang takut lagi dia suka. Korang buat muka garang. Bengis.”

    Akk x tau ni cara nk confront natang tu…
    Tp inilah yg akk sllu buat setiap kali akk ghase ade something wrong somewhere, hehehehehe…
    Sbb dh terbiase buat cmni ble jln sensorg pastu ade manusia idong belang yg mencurigakan…

    Lastly…
    Ko mmg kejam kan M…
    Ko jeles akk ckp Miss U Cindy aritu, dan dan jer watak Cindy ko freezekan kali ni…
    Oh dunia, lihatlaaaahhhh…

    Reply
  3. Bukan main lagi tips Mr. M bagi.. pandang tak berkelip dgn muka bengis..tp boleh ke buat cmtu kalau kena waktu realiti.. dah tak terpikir dek akal den… alhamdulillah..

    Reply
  4. Bukan main lagi tips Mr. M bagi.. pandang tak berkelip dgn muka bengis..tp boleh ke buat cmtu kalau kena waktu realiti.. dah tak terpikir dek akal den… alhamdulillah..tak pnh lagi kena dan hadapi situasi mcmni

    Reply
  5. M ! dorang tak tahu apa rasanya bila Nampak Natang depan mata.. mata memang takkan berkelip kalau ada Natang .. mana sempat nak fikir kalau natang depan mata..kehkehkeh. nice tips. mata memang tak berkedip tapi muka yang berkedut ketakutan. haha..
    salah kenal M , saya #Fizi . kisah awak saya follow dari 1 sampai sekarang. sila sambung sebab saya nantikan episod seterusnya

    Reply
  6. mujoq aku bela kucing banyak kt rumah. luaq and dlm rumah ada..haha..kadang2 seram juga tetiba kucing pandang satu tempat, fokus, tak berkelip..bila kita pandang, kosong. buat dunno ja

    Reply
  7. Hahaha…kdng2 pernah juga buat mcm Mr. M buat masa tengok kartun tu. Tapi time kecik2 dulu lah. Gila kartun . Masa tu parent takda kat rumah. Syg nak tinggal kartun punya psl, sanggup duk kat luar padahal tv ngan pintu utama jauh kut. Terpaksa kecik2 kan mata nak tngk tv. Huhu…

    Reply
  8. lepas bace cite M mesti nak test tips tu..tapi tengok tak berkedip tu mampu ke..huhu lepas bace entry ni tetibe jadi cepat terkejut..bukak pintu pun sendiri terkejut..adeh..

    Reply
  9. M dgn Sepul boleh jadi mcm Sam dgn Dean, Supernatural. Aku rasa story korg kalo pi hollywood, entah brp season boleh smpai, mmg meletop habis…
    Yg pasti theme song mesti ada lyric ni,
    ‘AKU NI KALAU NAMPAK AKU JADI PENAKUT. JANGAN BAYANGKAN AKU HERO DALAM INI CERITA.’

    serious bro best giler story ko, details habis, nmpak sgt natural, terbaik bro, kipidap…

    Reply
  10. Dulu masa tgh hot jin kat dlm fb tu, aku pun rajin sembang ngan dia..mula2 chat english..pastu terus masuk bahasa negara yg aku duduk ni..one day dia tanya aku nak tak if dia dtg kat tingkap..hahaha..vavi betul..mmg aku xreply la

    Reply
  11. “Kitorang pasang kaset bacaan Quran pun takde effect (dah besar ni baru tau kalau ko pasang mp3 ke CD kuat mana pun Natang tak dengar dalam dunia dia, melainkan manusia yang baca secara live baru dia rasa panas). ”

    Part ni memang haru sikit. Berapa banyak orang yg harapkan audio bila bab membaca Quran ni? Nak2 surah panjang macam Al-Baqarah. Adoi. Sama jugak sini. Takpa, sekarang nak kena lebih gigih berusaha.

    Reply
  12. Wow.. Memang hero betul masa pengakap tuh.. Kalau org lain kat tempat ko mau dah lari lintang pukang.. Taktau apa nasib budak yg tgh bergayut tu.. Salute bro

    Reply
  13. Yang ni best, siap tips. Natang btul la , dah la aku duduk sowang kat bngunan tinggi yg dlu prnah jdi project trbengkalai …
    Tpi skrg da siap wooo…dgn shopping mall lagi kat bwah nya…

    Tpi apa2 pun truskan usaha. Usaha tngga jaya kata ckgu ai dlu…

    Reply
  14. Wah wah wah wahhhhh tips sudah keluar!!!
    Nampak gayanya kenalah aku mencari seekor lagi kucing betina.
    By the way, aku tgh membayangkan muka Noah, for sure emsem giler ah.
    Aku rasa, belum sempat aku tenung, aku dah cabut lari dulu ler M.
    Citer ko mmg terbaikkkkk.
    Skala 10, aku bagi 8 1/2.
    Coz ko budak Mathkan, aku kena ulang 2 kali for a certain sentences.
    But you’re the best!!!!!!
    P/S : Sampaikan salam pada Cindy.

    Reply
  15. I luv it ^_^ .. Truskn usaha mu bak kata atok usaha tanggaaa kejayaan !!! ( bersemngtkn gaya atok Ar tu)

    Reply
  16. x tau nape aku leh terbayangkan scene korang pakai baju hujan dan berpayung tgk tv kat luar sebab ada natang tu dlm rumah…klu rekod masuk american funniest home video mesti menang kan..
    sama jugak la ko berak pakai helmet visor gelap tu

    Reply
  17. Seriously part ni mmg buat sy ktawa sampai kluar air mata..dah lah tgh wat keja mesti org igt sy giler…x ada yg best..suma best..

    Reply
  18. Hek eleh M ..ko nak bagi tips supaya x takut dgn natang tu tapi ko pun sebenarnya penakut ( tapi dulu la kan ko penakut sekarang dah tak dahh😝🤭😂) by the way thanks for the tips. And aku xboleh nampak tapi boleh rasakan kehadiran benda tu.. teruskan menulis M pengalaman hidup anda

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.