Makhluk Halus Jangan Dekat!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pada semua peminat setia Fiksyen Shasha. Terima kasih kepada admin seandainya kisah ini disiarkan. Saya amat berharap agar kisah ini disiarkan kerana ada seorang hamba Allah yang amat memerlukan bantuan daripada korang semua yang baik hati ni.

So, dekat sini aku gelarkan ‘aku’ jelah ye walaupun realitinya aku memang tak menggunakan perkataan ‘aku’ dan ‘kau’. Ni pun untuk korang selesa baca jugak kan. Hihi. Sedikit intro, nama aku Qis (bukan nama sebenar). Seorang remaja perempuan yang masih bersekolah di sebuah sekolah menegah di selatan tanah air. Anak sulung daripada tiga orang adik-beradik. Okey cukup. Nanti korang marah pulak. Sorry kalau cerita ni tak best ataupun gaya penulisan tunggang-langgang. Korang boleh kecam sebab aku hati boleh tahan kering jugak. Kering-kering pun penakut jugak. Hahaha.

Ni first story dari aku. Cerita ni pasal mak cik aku, iaitu adik bongsu kepada ibu aku. AMARAN! Nama dalam cerita ni bukan nama sebenar. Meh aku kenalkan dulu siapa mak cik aku ni. Nama dia Ros. Umur lingkungan 30-an (30-an tapi masih lawa babe). Seorang janda. Dia ni walaupun badan agak berisi, lelaki beratur tau nak dekat dia. Keturunan kitorang memang ada kacukan. So, muka dia memang perfect lah. Hehe… Apa kisah dia ni ek?

SAKA? SIHIR?

Yup. Satu kisah yang amat berat bagi aku. Apa yang aku akan cerita kejap lagi adalah pasal benda yang orang anggap dah tak relevan lagi sedangkan perkara ni masih lagi terjadi. Story ni panjang tau. Mohon bertabah ye kawan-kawanku. Sesiapa yang rasa kenal kitorang aku mohon diam aje. Please guys…

2014
Sedang aku duduk melepak dengan adik aku, Pak Usu, Mak Usu dan Mak Lang aku di restoran mamak yang terletak bersebelahan dengan bus stop, aku terlihat kelibat seseorang yang amat aku kenali. Ya, aku amat rindukan dia. “ Pak Usu, tu Ucu (nama panggilan untuk makcik aku) dah sampai” kata aku sambil menunjuk kepada Ucu aku yang berjalan menghampiri kami. Setibanya dia di meja kami, aku dan adik aku segera bersalaman dengan Ucu.

“Uncle, roti kosong enam,” laung Pak Usu ku kepada pekerja restoran mamak itu. “ Okey, okey. Siap!”

Kami berbual-bual sebentar sambil menunggu makanan kami sampai. Ada sesuatu yang aku rasa pelik tapi aku diamkan saja. Al maklumlah, masa tu baru darjah tiga. Nanti orang kata menyibuk pulak. Tidak lama selepas itu, makanan pun sampai. Kami makan dengan penuh berselera kerana masing-masing penat menunggu Ucu aku.

Selesai makan, aku ingin pergi mencuci tangan. Ketika itu, Mak Lang dan Ucu aku berada di sinki itu juga. Aku menyelit untuk mencuci tangan sekali. Sedang aku leka mencuci tangan, aku terdengar perbualan mereka yang sengaja dibicarakan dengan suara yang perlahan. Ini dialognya :

Mak Lang : Azman tahu tak yang kau balik sini?
Ucu : ( hanya menggeleng kepala )

Azman itu adalah suami kepada Ucu aku. Aku perasan riak wajah Ucu aku ketika menjawab pertanyaan itu seakan-akan ingin menangis namun ditahannya. Aku pada waktu itu seakan sudah mengerti apa yang terjadi. Segala persoalan ku telah terjawab apabila aku tidak melihat kelibat suaminya sekali. Pada saat itu, aku tahu yang perkahwinan mereka sudah sampai ke penghujungnya. ( Yang ni korang jangan tanya macam mana budak umur 9 tahun macam aku waktu tu boleh faham hal-hal macam ni. Aku pun tak tahu. Yang aku tahu ramai orang cakap yang aku ni nampak lebih matang berbanding rakan sebaya aku padahal perangai aku macam apa.. Ni bukan puji diri sendiri cuma macam tak percaya… hahaha )

2008
Suasana sungguh meriah di perkarangan rumah Mak Lah ( nenek aku )… Kelihatan sepasang pengantin sedang tersenyum bahagia di atas pelamin yang tersergam indah itu. Azman dan Ros melayan tetamu dengan penuh mesra. Mereka tidak sedar bahawa ada seseorang yang sedang nelihat mereka dengan penuh kebencian di hatinya.

Seminggu selepas itu, Ros dan Azman pulang ke Sarawak atas tuntutan kerja Azman. Sangka mereka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Secara tiba-tiba, Ros mengalami sakit sengugut yang amat kuat. Azman amat risau melihat keadaan isterinya itu. Azman terpaksa menelefon ambulans kerana Ros tidak mampu untuk berdiri. Ros ditahan di wad untuk pemeriksaan doktor. Setelah keluar daripada wad, mereka menjalani kehidupan mereka seperti biasa. Ros meneruskan perniagaan ‘online’ nya sementara Azman bekerja di luar. Namun apabila setiap kali datang bulan, sakit sengugut Ros pasti akan datang. Sakitnya bukan kepalang.

Keadaan bertambah parah apabila pada suatu hari, sedang Ros berbaring di atas katil, dengan tidak semena-menanya ada jarum di sisi Ros. Dia amat hairan kerana dia sudah memastikan bahawa katil itu bersih. Dia hanya mengabaikan dan menganggap mungkin dia terlepas pandang. Namun, apabila dibuang jarum itu pasti akan muncul lagi jarum yang lain. Dia menceritakan hal itu kepada suaaminya. Mereka membuat keputusan untuk berjumpa dengan ustaz.

Ustaz : Isteri kamu ni terkena sihir ni.
Ros dan Azman : Haaa.. ( riak muka terkejut )
Azman : Habis macam mana sekarang ni ustaz?
Ustaz : takpe, kita usaha dulu mana yang mampu.

Sungguh mereka tidak percaya akan apa yang baru sahaja dikatakan oleh ustaz tersebut. Namun begitu, mereka masih meneruskan rawatan. Tetapi, telah berpuluh-puluh tempat mereka pergi, semuanya tak mampu untuk menghalang sihir terserbut. Katanya sihir ini terlalu kuat kerana orang itu menggunakan khidmat bomoh siam dan bomoh orang asli ( ni tak sure sebab ni apa yang mak cik aku cakap ). Tapi, ada juga yang mengatakan bahawa ianya adalah saka. Kadang-kadang mereka pun keliru. Sudahlah penawarnya masih belum dijumpai, hubungan mereka suami isteri pula semakin keruh seakan-akan sudah tidak mampu diselamatkan lagi.

2012-2014 ( ni tak ingat tahun bila )
Sedang aku leka bermain handphone di sofa rumah nenekku, aku terdengar nenekku memanggil Cik Boy ( panggilan untuk pak cik aku ). Rupa-rupanya nenek aku memanggil Cik Boy kerana Ucu aku sakit kepala yang amat kuat. Aku perasan yang riak wajah Cik Boy aku seakan-akan tidak senang. Ya, aku perasan. Aku hanya mampu mengekori mereka dengan ekor mata sahaja. Kemudian, aku ke bilik untuk melihat Ucu aku. Mungkin mereka kelihatan mesra dan okey sahaja di hadapan orang lain, tapi bukan bagi aku.

Kembali ke tahun 2014
Ucu sedang duduk menenangkan fikirannya di sofa lalu membuka cermin matanya. Dia kelihatan sungguh sugul semenjak pulang dari Mahkamah Syariah sebentar tadi. Ya, dia dan suaminya telah bercerai. Mereka terpaksa mengalah hanya kerana dendam kesumat seseorang. Aku terdengar Ucu aku cakap dekat nenek aku “ Boy tadi pakai spec hitam. Orang nampak yang dia nangis dalam kereta ” . waktu tu mata mak cik aku merah. Siapa tak sedih bila hubungan yang dibina selama bertahun-tahun musnah disebabkan dendam orang ketiga.
KINI
Di saat aku menulis kisah ini, mak cik aku mengalami sengugut yang kuat. Setiap bulan dia akan mengalami sakit sengugut yang kuat itu. Baru-baru ini ada satu kejadian yang terjadi.

Sekitar beberapa bulan lepas, ketika itu aku berada di bilik ibu aku menonton televisyen. Aku terdengar ibu aku sedang berbual dengan Mak Lang aku di telefon. Alu dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Setelah ibuku meletakkan telefon aku segera bertanya apa yang dibualkan sebentar tadi.
Aku : Umi, siapa call tadi?
Ibu : Mak Lang yang call.
Aku : Oh… Kenapa Mak Lang call?
Ibu : Tadi, dia kata yang Ucu tiba-tiba mata terbeliak tengok atas. Lama pulak tu.
Aku : Haa?? Habis tu dah ok belum?
Ibu : Dah. Tapi, esok Mak Lang suruh panggil ustaz.

Ibu terus berlalu pergi. Aku termenung memikirkan nasib mak cik aku. Keesokan harinya, semasa ibuku mengambil aku pulang dari sekolah, aku terlihat yang muka ibu aku seperti sedang resah memikirkan sesuatu. Kemudian, dia call seseorang. Aku dapat tahu yang dia call Mak Lang aku. Selepas tamat perbualan aku bertanya kepada ibu aku ( Nampak tak penyibuk.. hahaha )
Aku : Kenapa Mak Lang call tadi?
Ibu : tadi pagi Mak Lang call minta cari ustaz cepat sebab suara Ucu dah lain. Dah bukan suara dia dah. Tadi umi call sebab nak tanyalah. Dia sampai sepak Mak ( aku panggil nenek aku mak ).

Aku apa lagi terkejutlah. Lepas tu, ibu aku kata yang nanti dia kena hantar ustaz tu balik. Sebenarnya, orang tu bukan ustaz sangat pun. Dia guard tempat kerja ibu aku. Cuma dia tahu serba sedikit tentang hal-hal macam ni, ibu aku terpaksa panggil dia sebab keadaan masa tu kira dah teruk. Aku setip kali balik sekolah memang akan balik rumah nenek aku. Bila aku sampai depan rumah nenek aku tu, aku nampak ayah aku ada dekat sana. Dia tak bagi aku turun ( mak aku kata aku lemah semangat. Aku kekadang macam tak percaya. Bila aku Tanya UCu aku dia kata mungkinlah sebab aku penakut. Hahaha ). Time tu memang aku dah pasti yang mak cik aku tengah kerasukan. Macam mana aku tahu? Sebabnya aku turun jugak pasal malas nak tunggu dekat kereta tapi tak masuk dalamlah. Ayah aku pun tak masuk. Aku tunggu dekat tempat parking kereta. Tiba-tiba aku terdengar bunyi macam orang menangis. Sayu je… Mula-mula aku ingat adik aku ( padahal time tu aku dah tahu dah yang tu mak cik aku ) tapi lepastu dia kata “ sakit… sakit…” memang bunyi macam merintih lah dia.

Aku ni walaupun penakut, tapi bila berhadapan dengan benda-benda macam ni aku jadi marah. Time tu, memang aku rasa nak mengamuk je. Nasib baik aku boleh kawal. Kitorang terus balik lepastu. Aku tetap balik rumah nenek aku bila pulang dari sekolah. Esok atau lusa selepas kejadian tu, aku tanyalah dekat mak cik aku apa yang dia Nampak sampai mata terbeliak tu. Dia kata dia nampak yang bomoh tu buat dia. Dia merayu supaya berhenti tapi bomoh tu kata “ Tak boleh. Ni kerja aku ”. Ucu aku bagitahu lah dekat nenek aku yang masa tu tiba-tiba masuk bilik Ucu aku. Tapi, nenek aku dia tak nak percaya. Memang selama ni dia tak percaya pun. Bila mak cik aku berubah suara lepastu sepak dia haritu baru dia percaya. Sekarang ni dia masih lagi sakit. Aku nak minta tolong korang sesiapa yang tahu tempat berubat di area Muar dan Batu Pahat dekat Johor tolong comment dekat bawah. Okay??? Dah panjang sangat ni. Dah 9 pages words ni. Huhu…

InshaAllah nanti aku akan sambung dengan cerita yang lain (confirm REAL). Jumpa lagi.

QIS
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

54 comments

  1. kalau dh habis cara boleh bwk jumpa Bomoh siam kat Kelantan ni…ikhtiar..bukan tok sami ye..tpi org siam kelantan..

    1. 😂Haha… Tq utk feedback ni.. InshaAllah sye akn perbaikinya di masa hadapan. Yg hahaha tu mmg dh terbiasa tls utk release tension.. Aamiin.. Tq again😊

  2. Prgi kt darul syifa kt skudai sis..sy ad kenal sorg tu..ustz azri,skudai..nnti Sy pm nombr nya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.