Malam Misteri

Salam sejahtera para pembaca tegar. Harap kalian masih waras di musim mco ni. Mana yang sel otak dah tak berhubung sebab masak tak jadi atau tak boleh balik kampung tu boleh lah bawak bertenang kejap. Memandangkan aku
pon tengah stranded kat negara orang ni, apa kata aku jawab satu soalan yang menarik pernah aku dapat dari seorang insan. Beliau bertanya sama ada aku boleh identify tak orang lain yang miliki kelebihan sama seperti aku. Kali ni aku akan ceritakan bagaimana aku pernah terkantoi dengan orang lain pasal kelebihan so called sumpahan ni. Kemudian trip aku diuji berpunca oleh satu kecuaian yang mengheret kami ke lembah kesusahan. Ambillah pengajaran sebanyak mungkin. Here we go. Be seated and ready for take off.

First of all, tak semua yang miliki bata batin boleh identify mata batin yang lain. Kalau kau tanya aku, aku tak boleh detect dengan sekali pandang. However aku boleh test sama ada kau boleh nampak ke tak. Easy. Aku nampak benda tu kat situ then aku tanya kau nampak tak benda yang sama. Kalau kau describe identity yang serupa, maka nampak lah. Selalu aku mendengar orang bercerita yang kononnya dia melihat sesuatu padahal auta je lebih. Pernah di satu masa aku ternampak sekumpulan manusia di kedai makan. Aku tengok sorang daripada mereka berkelakuan pelik such as makan dengan gelojoh, jilat tulang macam anjing dan minum macam kucing. Masa tu aku keluar dengan family dan secara kebetulan aku perasan anak buah aku pon sedang perhatikan tempat yang sama. So aku tanya dengan anak-anak buah aku. “Abang tengok kat sana, ada berapa orang?” Si abang cakap 4. Aku toleh kepada si adik pulak yang tiba-tiba mencelah memberi jawapan dari budak berusia 3 tahun. “Achu, kat sana ada 5 orang lah, satu orang tu kan, dia makan macam meow”. Yess, ini yang aku nak dengar. Terus aku alihkan perhatian dorang dengan mainan untuk menukar topic.

Okay kejadian ni berlaku masa aku dan beberapa rakan pergi camping di satu kawasan air terjun yang tak terkenal di lembah klang. Memandangkan ada di antara kami yang berasal dari sini dan bekerja di luar negara, jadi kami ambil keputusan untuk melancong dalam negara dan melabur kepada negeri yang selalu sangat ada masalah air ni. Bermulanya planning terjadi di suatu petang masa aku baru lepas kerja on ground di sebuah lapangan terbang di Temasik. Korang pon boleh teka airport mana. Aku pergi jalan-jalan usai habis tugasan. Biasanya aku bekerja di workshop. Cuma ada waktu tertentu memerlukan personnel untuk bekerja di hangar atau line bila ada aircraft on ground. So lepas habis kerja, aku dan beberapa rakan crew pusing satu airport just nak buang masa sementara tunggu shuttle datang ambik.

Ketika rakan aku yang lain asyik dengan shopping, aku lepak kejap kat jewel, air terjun tu ditemani secawan hot caramel latte. Lama jugak aku termenung melayan perasaan. Aku perlu menyediakan mental yang kuat untuk menempuh traffic barai di tambak johor kejap lagi. Lamunan tersentak membuatku tersedak dek sapaan seorang wanita. “Meng!! Masih sepet kau ya”, musuh lama, bekerja sebagai flight attendant untuk satu airlines timur tengah baru habis flight duty kebetulan pulang bercuti melalui negara ni menegurku. Sembang punya sembang mengheret ke satu pelawaan. “Meng, dari zaman sekolah aku jeles dengan adventure life kau. Why not kali ni kita set satu trip”. Dia plan nak camping tapi tak tau nak gi mana. Sebagai jiran yang owsem, aku suggest satu tempat ni sebab banyak review positive dari kawan-kawan. Cadangan ditutup. Hashtag kasi jadi.

Geng trip ni terdiri daripada 6 orang termasuk aku dan beliau. Aku namakan dia Muna. Crew lain terdiri daripada Tipah (jiran setaman kami mulut becok merangkap bff dan kawan sekerja Muna), Amad dan Osman (kawan Tipah) dan Lucas (kawan sekerja aku dari sweden, kaki camping jugak). Of course bukan nama sebenar, just nak memudahkan jalan cerita. Trip 3h2m ini dibawakan khas kepada anda oleh Ahmeng yang direncana dengan rapi dari segi perjalanan, penginapan dan makan minum ditanggung sepenuhnya oleh poket masing-masing menelan belanja cuma rm400 keseluruhan. Kalau tolak perjalanan cuma rm150 je. Tapak camp berharga rm30 untuk satu malam. Tapak luas boleh muat 10 khemah standard. Khemah disediakan just pasang sendiri. Ada toilet dua bijik. Dapur basic dan meja makan muat 8 orang. Aku prefer bawak tikar makan ramai-ramai kat bawah. Lokasi di tepi sungai yang jernih. Nak air terjun kena trekking sikit. Sebelum datang sini sila beli jajan banyak-banyak. Kedai jauh gila. Kenderaan haruslah spesis 4×4 sebab nak kena redah anak sungai sebelum sampai ke destinasi. Atau boleh park di area anak sungai dan menapak ke campsite sejauh 600 meter seperti kami lakukan. Rezeki kami pada minggu kejadian, cuma kami je yang menginap di situ.

Jumaat – Ahmeng, Muna, Tipah dan Lucas mulakan perjalanan dari selatan pada jam 0400hrs waktu tempatan. Perjalanan mengambil masa 5 jam. Setibanya di destinasi, Amad dan Osman menanti. Kami deal dengan tuan tanah berkenaan pakej yang dipersetujui dan buat bayaran. Tuan tanah meninggalkan kami dengan satu pesanan kepada aku, “HATI-HATI”. Kat sini je aku dah tak sedap hati. Segalanya bermula normal dari pasang khemah, prepare alat pemanggang dan sewaktu dengannya. Khemah kami minta satu je. Muat 5 orang. Kami ada bawak satu yang lebih selesa untuk Muna dan Tipah.

Makan tengahari di area kampung orang asli. Di sebelah petang, kitorang mandi sungai bersorak gembira sebab tak payah fikir kerja. Sambil tu aku dan Amad masak simple untuk makan malam. Menjelang malam. Kami solat magrib berjemaah kecuali Tipah. Lucas mengaji dengan bible dia. Then kitorang makan dan buat ice breaking sambil kenalkan kat Lucas apakah itu cencalok. Macam-macam translation ada. Marinated pickle shrimp lah, long kept smashed shrimp, dried shrimp added with salt water then blend until destroyed dan pelbagai lagi lah. Payah betul nak jelaskan cencalok kat omputeh ni. Kemudian kami bersembang santai, play games, poker, main gitar and luahkan stress masing-masing. Tak lama kemudian sorang demi sorang masuk tidur. Malam ni kena rehat. Esok nak bangun awal untuk trekking. Tinggal aku dan Osman. Sedang rancak kami berbual bergelak tawa. Aku perasan yang suara ketawa kami tidak seperti suara dari dua orang. Dengar macam ada empat atau lima orang termasuk suara budak. Aku terdiam. Meremang bulu roma. Baru aku nak tanya Osman, dia dah pandang aku dengan pandangan prejudis. Jelingan dia buat aku syak sesuatu kat dia. Takut punya pasal, aku blah masuk tido.

Sabtu – Hari yang panjang. Aku bangun jam 0500hrs. Keluar khemah aku nampak Lucas kat sungai. Kejadahnya dia mandi sungai pepagi buta aku tak tau lah. Rindu air salji agaknya. Waktu aku nak ke toilet, aku nampak si Osman berdiri tepi pokok sambil pandang ke depan seakan merenung pokok tu. Aku menghampiri. Seram sejuk bila Osman berpaling ke arah aku dengan senyuman sinis dalam masa yang sama bahu aku ditepuk oleh orang lain. Guess what? It’s Osman. Aku tercengang. Aku pandang kau, pastu kau tepuk aku dari belakang. Habis yang aku pandang tadi tu siapa? “Meng jom siap. Lepas subuh kita gerak”. Osman berikan arahan dengan muka tak bersalah. Sedangkan aku masih mamai ni mimpi ke apa. Aku lihat semula pada pokok tadi. Yang ada cumalah sebatang pokok. Tak jadi aku nak pegi toilet. Semua orang dah siap, kami mulakan trekking diketuai oleh Osman dan Amad.

Disebabkan aku risau ditegur klon Osman di belakang, aku dok tengah-tengah. Gila kau. Sekali jadi lagi macam tadi, murung aku. Perjalanan trekking memakan masa selama dua jam. Kami sampai di air terjun pada jam 8 lebih. Sampai je di sana kami hidang sarapan. Mihun goreng,roti dan sardin, air teh O panas. Lepas tu sorang demi sorang berkubang di air terjun. Tinggal aku dan Tipah di tebing menjaga bag. Tipah membuka bicara “eh tempat ni kau tak rasa something ke? Aku dengar kau mengaji macam 10 orang”. Ahh sudah mulut dia ni. Aku perasan jugak sebenarnya. Masa aku solat asar semalam aku macam dengar hentakan lutut beramai-ramai masa sujud. Aku buat tak endah je sebab tak pasti betul ke tak apa aku dengar. Masa gelak malam semalam pun satu hal jugak. Padahal aku gelak sopan je.

Aku mencari Osman bila melihat dia takde di air terjun. Aku pesan kat Tipah tolong stay kejap sementara aku cari Osman. Selang beberapa langkah, aku terlihat Osman sedang bercakap dengan Osman. Lemah jantung aku sekali lagi. Aku buat-buat tak perasan dan teruskan ‘cari’ Osman di tempat lain. Sampai je kat Tipah, aku nampak Osman kat air terjun. Kali ni aku betul-betul dah seram campur pening. Mana satu Osman yang betul. Amad naik untuk makan diikuti Lucas. Turn aku dan Tipah pulak main air terjun. Seronok rasanya dapat nikmati air terjun. Siap ada gelongsor batu lagi. Air terjun ni ada dua peringkat. Level atas ada gelongsor batu. Level bawah cuma air terjun tapi kolamnya dalam.

Lepas kami settle kat air terjun atas, kami ke bawah. Di sini tak ramai yang turun ke sungai. Lucas dan Amad tak pandai berenang jadi aku nasihatkan jangan buat hal. Mereka akur menjaga bag. Muna dan Tipah dah persis orang tak pernah jumpa sungai. Mulut murai Tipah dah cukup buat tempat tu macam kat karnival. Sekilas aku terpandang satu ruang di sebalik air terjun. Aku cuba mendekati kot kat situ ada gua terdapat harta karun ke. Memang ada ruang di sebalik air terjun tersebut. Sudahnya bukan harta yang aku nampak. Yes, si Osman. Dia mengajakku ke dalam. Aku hadirkan diri. Kat situ dia ada bertanya jika aku mengetahui sesuatu. Aku cuba berdalih berpura-pura tak faham apa yang dimaksudkan. Jeritan Tipah memanggil pulang menyelamatkanku. Kami pack semua barang dan trekking down.

Sejurus tiba di campsite, semua membungkang keletihan. Tinggal aku dan Muna duduk sembang sambil prepare dapur untuk masak dan setup BBQ. Magrib berlalu, unggun api dipasang, masa untuk BBQ. Tugas aku bakar ayam malam tu. Aku biarkan sekejap ayam di atas pemanggang, aku berwuduk di sungai seperti biasa. Kelihatan Lucas dan Tipah bersembang mesra di gigi air. Aku proceed menuju ke dalam khemah untuk solat magrib. Ketika solat, bahuku ditepuk menandakan penyertaan makmum. Habis baca al-fatihah, suara amin beramai-ramai kedengaran hingga mengganggu focus nak solat. Dalam ketar lutut aku teruskan sehingga habis. Masa baca doa, aku tak berani pandang belakang. Tapi aku dengar suara Amad mengaminkan. Habis doa aku pusing ke belakang. Aku lihat Amad. Tapi bukan sebagai makmum. Dia tengah smoking kat luar. Aku cuba tenangkan diri. Tapi tak boleh. Mata aku dah start buat hal. Macam-macam aku nampak. Ada makhluk sesat, ada yang sepintas terbang. Buat aku rasa menyesal datang ke sini. Keluar je dari khemah aku tengok Muna takde. Yang ada cuma Amad dan Osman. Belum sempat aku tanya mana yang lain, Muna dan Tipah munculkan diri dari arah toilet dengan muka ketakutan. Aku tak terfikir pulak mana Lucas.

Osman memandang aku lantas memberikan amaran dengan nada keras. “Kau elok bagitahu aku sejauh apa yang kau nampak?”. Muna dengan Tipah blurr. Masing-masing bertanya apa benda kitorang sembang ni. Aku pon tak tahu nak jelaskan macam mana. Amad kemudian bangun dan pergi ke arah Muna dan Tipah. Entah apa dijampinya tiba-tiba diorang menjerit. Jeritan yang sangat kuat seperti sedang melihat sesuatu di hadapan mereka. Dan akhirnya mereka rebah pengsan. Aku masih tercegat tak tau nak respon macam mana. Sekarang aku dah faham situasi. Soalan demi soalan diaju bertalu-talu. Aku buat tak tahu dan terus ke tempat aku membakar ayam tadi. Tiba di tempat simpanan ayam. Lagi sekali aku terkejut rasa nak melompat terjun sungai bila aku melihat satu lembaga seakan nenek tua sedang meratah ayam mentah yang kami bawa. Rakus dan selekeh. Rambutnya berjurai. Tangannya hitam berkedut. Habis satu plastik ayam tu dia bedal sorang.

Aku rasa adalah lebih baik aku berikan kerjasama kepada Osman. Kami duduk bertiga di atas tikar untuk berunding. Jantung aku laju sebenarnya masa tu tapi saje poyo acah-acah chill, benda boleh bincang. Osman bertanyakan lagi soalan yang sama. Kali ni aku mengaku apa yang aku saksikan. Amad cuba melakukan sesuatu kepada aku melalui makhluk yang mendampinginya. Aku cuba slow talk, “Mad, kalau kau buat kat aku, aku takkan selesai dengan Osman”. Amad undurkan wanita tua berambut kusut tak berwajah dari kami. Amad ni banyak pendamping. Lepas sekor tadi tu hilang, muncul pulak perempuan muka hodoh. Mata terbuntang, muka putih melepak. Lepas benda tu pulak hilang, muncul seorang wanita cantik. At least lagi cantik dari Muna. Tapi dalam keadaan macam tu kau tak terfikir pon nak usha cantik dia tu. Cantik lagi menakutkan ada lah. Aku teruskan perbincangan dengan Osman sehingga kami mencapai persetujuan. Maaf aku tak boleh huraikan hasil perbincangan dengan lebih terperinci. Perbincangan kami agak terganggu dengan suara mengilai dan nyanyian menyeramkan wanita cantik ni. Sampai sekarang aku masih ingat slow melody dan suara dia. M***bat betul lah. Kemudian tanpa aku sedar aku dah terlelap.

Ahad – Matahari yang terik membangkitkan aku dari lena. Aku terjaga di tengah-tengah laman bersama Muna dan Tipah. Osman dan Amad entah ke mana. Lucas pon tiada di situ. Aku perhatikan sekeliling. Bag Osman dengan Amad dah takde jadi aku fikir mereka dah tinggalkan kami. Aku baru teringat pasal Lucas. Kami berfikir mana Lucas ni pergi, kt mana nak cari mat saleh ni. Lama jugak kami brainstorming kat situ sehingga kami disapa oleh beberapa orang asli. Lucas ada bersama mereka. Kumpulan orang asli ni jumpa Lucas kat air terjun level bawah. Dia ditinggalkan. Aku syak ni mesti kerja Amad. Aku disoal oleh orang asli berkenaan trip kami. Orang asli tu ada terlihat Osman dan Amad awal pagi tadi. Mereka juga mendengar riuh dari campsite kami seakan ada puluhan orang. Found out cuma enam orang. Osman dan Amad memang dah chow tinggalkan kitorang. Orang asli pun beredar.

Selepas rehat kejap dan keadaan dah agak tenang, atas desakan Muna nak taknak aku terpaksa menceritakan apa yang berlaku semalam. Aku jelaskan semuanya pada Muna, Tipah dan Lucas ketika kami packing barang. Hasil pemeriksaan mendapati duit kami semua lesap. Barang kemas Muna pon hilang bersama sehelai seluar Tipah. Mujur semua wallet, phone dan kunci kereta masih ada. Pagi sabtu tu sebenarnya aku ada bermimpi diberikan petunjuk yang aku akan lalui kesukaran. Dalam mimpi tu jugak aku bertemu Yan (refer kisah Dimensi Hijab). Yan pesan ada dalam kalangan kami yang berniat tak baik. Dan ada yang tak jaga kebersihan. ‘Orang kampung’ tak suka. Tapi aku tak boleh nak tuduh sebarangan even aku dah syak Osman dan Amad.

Apa yang aku nampak dilakukan Osman pada pagi tersebut di tepi pokok adalah, Osman sedang menghirup tuala wanita. Tuala wanita ni pulak milik si Tipah. Dia tak cuci masa buang. Ni silap besar punca segala kejadian. Osman syok kat Tipah. Berkali-kali jugak dia pickup line dengan Tipah. Tapi sendu tak dilayan. Lucas pulak selalu ada dengan Tipah, jadi giliran Amad menyingkirkan Lucas dengan pukau. Lucas dipukau masa kat air terjun. Disebabkan dia pendiam, aku tak perasan pon dia takda masa trekking down. Plus, Lucas minum beer kat atas buang merata. Lagi memudahkan kerja Amad nak ‘padam’ Lucas ketika dia tengah high. Yang aku keliru sekarang ni, semalam aku nampak Lucas berbual dengan Tipah kat tepi sungai. Then Lucas kata dia kena tinggal kat air terjun sampai orang asli ni jumpa dia malam semalam. Dah tu Tipah borak dengan siapa? Tipah pulak cakap dia semalam ada dengan Muna. Tak ada pergi sungai. Dorang tak perasan pun Lucas tak ada. Macam-macam misteri aku tak boleh brain.

Muna dan Tipah hanya menyedari ketiadaan Lucas ketika dorang pergi toilet. Sejurus selepas tersedar, dorang segera ingin memberi khabar tersebut kepada aku lantas berlari dalam ketakutan semalam. Amad ada try nak gunakan Muna. Tapi aku selalu gagalkan. Aku selalu panggil Muna bila aku melihat Amad mendekati. Aku tau dia ada ilmu pukau. Dia dah kantoi sejak dari awal masa kami negotiate harga pakej campsite. Tujuan Osman menyoal aku adalah untuk mengajak aku menyertai mereka untuk gunakan Muna dan Tipah. Eh come on. Muna ni kawan aku lah. Kejadahnya aku nak gunakan dorang. Osman dan Amad pula sebenarnya bukan kawan rapat Tipah. Dorang just kenalan melalui satu group hiking. Kami beredar dari campsite pada petang tu. Drop Muna dengan Tipah kat rumah parents dorang dan teruskan perjalanan aku dan Lucas ke selatan tanah air tanpa singgah ke rumah parents aku. Kang nanti lewat balik pulak. Lucas sampai sekarang taubat nasuha taknak pegi camping dah.

Dari kejadian ni banyak yang aku belajar. First, aku tak tahu nak fight dengan pukau. The best thing i could do is prevent it from happen. Sebab tu masa kat airport Jakarta, aku tak mampu buat apa-apa pada lelaki yang dah dipukau tu. Bukan saja-saja aku tak ambik port. Besar kemungkinan dengan aku sekali kena pukau. Yang kakak tu aku sempat prevent. Orang pukau ni bila dia tau kau boleh kesan dia, lagi lah dia nak uji kau. At least dia boleh belajar cara nak lawan orang seperti kau. Maka bertambah kuatlah ilmu dia. Next, jagalah kebersihan. Ni paling utama. Osman mungkin tak bernafsu kat Tipah kalau Tipah jaga kebersihan diri dia. Tipah ni bukan lawa sangat pon. Apa motif seluar dia kena rembat pon aku tak tau. Boleh jadi untuk kegunaan sihir pengasih.

Macam aku pesan sebelum ni, jangan cuba-cuba baca ruqyah kalau takda asas yang kukuh. Nanti kau nak attack satu, sepuluh yang terasa panas. Semua serang kau. Waktu aku berbincang dengan Osman, nenek tua tu chill je mengaji baca ayat kursi. Tapi tak sempurna lah. Seram. Meremang bila teringat cara pendamping hodoh Amad pandang aku. Kejap kang dia dekatkan muka hodoh dia betul-betul kat tepi muka aku. Seinchi lagi aku nak dinodai. Mana tak menggigil satu badan dibuatnya. Mata terbuntang, bau busuk menusuk hidung, lidah terjelir panjang bercabang cukup sifat untuk buat kau lupa apa nak dibaca.

Aku sempat terdengar Tipah terbaca qunut masa Muna menjerit hahaha. Belajarlah asas dengan sempurna and be humble. Janganlah baru hafal satu ayat dah poyo acah fighter siap berani tepis fatwa. Satu lagi korang kena ingat, tempat-tempat macam ni biasanya dihuni makhluk lain. Kadang kau terhidu bau wangi di tengah malam. Solat tiba-tiba diaminkan ramai. Jangan dengar amin je terus korang lari. Solat tu wajib woii. Tapi sejujurnya, aku pon rasa nak lari hahaa. Kepada sesiapa yang memiliki mata macam ni, please keep it low key.

Okay sekian dari aku. Salam PKPB dan salam lebaran dari perantauan. Stay safe.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Ahmeng

11 thoughts on “Malam Misteri”

  1. Eee aku takleh betullah.. rasa nak jumpa je si ah meng ni ftf.. HAHAHAHAH bermint betul aku dgn dia ni😂 .. berminat nk kenal je..

    Reply
  2. Hahaha aku confused. Awalnya ingt ahmeng ni laki sbb Ahmad + meng. Pastu haritu ada org reply dgn username Kakak ahmeng. Aku mcm Ahmeng ni perempuan rupanya. SEKARANG NI CONFUSED BALIK, nampaknya Ahmeng ni laki. Ahmeng please bg pencerahan 😂 BTW,AWAT LAMBAT SGT UP STORY. Dulu hari2 kami search fs nama ahmeng, tp tkda update. Tetiba lepas berbulan2 letgo, baru perasan Ahmeng dah up story baru hehehe.

    Reply
  3. Dear username Fan Ahmeng,

    Hi friend.. Yang reply kau tu kakak aku. Kau tak menyesal ke guna nama ‘fan ahmeng’? Aku bukan hensem pon. Sewel sepanjang masa. Hahaa. Lately aku agak busy dengan kerja + study. Kalau ada masa aku buat another writing based on pengalaman aku yg lain. Khas untuk kau je. Thanks for supporting my luahan. Btw, ye aku lelaki tulen. Bukan spesis hybrid atau copy ori 😂 -Ahmeng

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.