Malam Terakhir Di Hulu Selangor

Assalamualaikum pembaca FS. Malam terakhir. Kisah ini berlaku semasa aku dan rakan2 10 orang kena menjalani kursus praktikal di area Hulu Selangor. Tak perlu aku details kampung dan kawasan mana demi menjaga sensitiviti masyarakat sekeliling. Kami 10 orang perlu melakukan aktiviti arkeologi berhampiran dengan makam Sultan Selangor. Kami hanya melakukan kerja-kerja cari gali pada waktu siang saja, tidak melarat ke waktu asar dan ke atas. Sebulan kami perlu menghabiskan kursus ini. Kami diberikan 2 rumah, satu rumah utk pelajar lelaki dan 1 rumah utk pelajar perempuan. 2 rumah ni sebenarnya terletak berdepan sahaja bagi memudahkan kami ulang-alik ke lapangan. Rumah ni di kawasan kampung. Area situ juga ada rumah lain, cuma tak ramai lagi masa tu. Kalau malam memang sunyi tambahan pula tanah perkuburan tidak jauh dari kawasan rumah kami. Jenguk sikit dah nampak.

Aku dan Abu (bukan nama sebenar) memang suka main game bola sampai subuh. Orang lain semua dah tidur, tingggalkan kami berdua tengah ralik main game lagi. Tambah pulak abu ni jenis tak boleh kalah, mesti ajak repeat. Repeat punya repeat membawa ke subuh. Malam tu lebih kurang jam 3 pagi, tiba2 ada orang ketuk pintu belakang rumah kitorang. Abu yang tengah syok dapat gol tiba2 terdiam. Dengan aku pun terdiam. Siapa pulak mengetuk pintu ni pukul 3 pagi ni. Ke jiran marah sebab kami bising. Ye lah main game kot, takkan nak senyap2. Ketukan tu lebih kurang 3 kali tak silap kami. Aku dan abu ni boleh tahan berani jugak walaupun kadang2 penakut. Kami decide utk pergi bersama-sama. Abu suruh aku bukakkan pintu. Hampeh betul, ingat aku berani sangat ke. Aku pegang perlahan-lahan tombol pintu. Aku buka perlahan-lahan. Eh, tak ada apa pulak. Siapa pulak yang mengetuk tadi. Belum sempat aku tutup pintu, tiba2 pintu di depan pulak di ketuk. Aduhh. Kalau aku dapat siapa yang main2 ni, memang nak kena ni. Aku tutup pintu belakang, dan kami bergerak ke pintu depan. Kali ni aku suruh Abu pulak bukakkan. Banyak cantik aku je yg kena. Aku nampak Abu memegang tombol pintu sambil menelan air liur. And perkara sama terjadi. Tiada apa2. Kami bengang jugaklah bila kena ‘game’ macam tu. Orang tengah syok main game kot. Haihh. Baru saja aku dan Abu nak duduk, tiba-tiba Kedua-dua pintu depan dan belakang di ketuk sebanyak 3 kali. Damnn!! Kali ni aku dan Abu dua2 terus tutup laptop selubung badan dengan selimut. Aku yakin benda ni tengah kacau kami.

5 minit selepas kejadian tu, aku tengok Abu dah berkeroh dah. Mamat ni jenis senang tertidur. Aku pulak yang tak boleh tidur. Keadaan dalam rumah boleh tahan gelap masa ni. Semua dah tidur, kecuali aku! Siot betul lah. Siapa pulak main guli atas bumbung rumah ni. Dah lah atap zink, memang kuatlah bunyi dia. Aku memang tak berani nak buka mata ni, aku tutup telinga dan mata aku. Nasib baik tak terkencing je masa ni. Nasib tak hilang kemachoan aku. Aku tak tahu bila masa aku tertidur. Tahu2 dah siang. Pagi tu aku dan Abu diam je tak ceritakan kepada member2 yang lain pasal kejadian malam tadi. Dan, kejadian itu bukan yg terakhir. Kami macam biasa main game sampai subuh. Dan boleh dikatakan hampir tiap2 malam kami akan diganggu. Tapi kami dah tak layan, buat tak dengar je. Orang kata makin kita layan, makin menjadi-jadi.

Sampailah malam terakhir kami di situ. Geng2 perempuan dan seorang member lelaki kitorang dah balik hari jumaat, so tinggallah kami lelaki berlima sahaja malam itu. Kami dah minta izin dari tuan rumah untuk benarkan kami tinggal sampai hari sabtu. Sebab kami nak pergi kenduri member dekat area2 situ jugak. Kebetulan hari jumaat tu kami kena ke Shah Alam dulu utk berkumpul semua. Selesai majlis, aku minta kawan2 aku lg 4 orang ni balik ke rumah sewa dulu. Aku balik sendiri nanti sebab nak dating dulu. Kami dah decide untuk pindah ke rumah sewa perempuan sebelum ni, sebab rumah tu cantik sikit compare dgn rumah sewa lelaki tu. Geng2 perempuan pun dah balik semuanya. So before dorang balik ke rumah sewa, dorang ada pesan yang dorang akan pindah ke rumah sewa perempuan. Aku pun iyakan je lah.

Habis dating semua aku balik ke rumah sewa lebih kurang jam 12.30 malam. Agak jauh juga dari shah alam ke rumah sewa. Lebih kurang sejam juga. Sampai saja aku di rumah sewa, aku ketuk pintu rumah. Seorang pun tak bangun. Tidur mati ke woi. Boleh pulak line slow sangat malam tu. Takkan aku nak tidur dekat luar ni. Dengan nyamuknya. Puas aku fikir nak buat macam mana ni. Aku ketuk lagi pintu, tak ada orang bangun pun. Hampeh betul member2 ni. Then, aku decide utk balik ke rumah sewa lama kitorang. Sebab aku yakin kain baju aku masih ada di sana. Yelah, takkan nak tidur dengan seluar jeans bagai. Tak selesalah.

Aku jalan kaki menuju ke rumah sewa lama. Aku pegang saja tombol pintu tiba2 aku meremang satu badan. Tepi pintu tu ada tingkap, so bolehlah intai ke dalam. Masa ni member2 aku semua tidur di rumah sewa baru yg aku bagitahu tadi, kiranya kosonglah rumah ni. Aku tak sedap hati. Aku patah balik, ketuk lagi rumah yang baru ni. Ketuk punya ketuk tak ada orang bukak lagi. Aduh member2 aku ni. Takkan nak biarkan aku tidur kat luar. Then sekali lagi aku decide utk balik ke rumah sewa lama nak ambil baju dan seluar. Perkara yang sama terjadi, habis meremang satu badan aku bila aku pegang tombol pintu. Aku tak sedap hati. Entah2 member aku tidur dalam ni, tapi siang tadi kata nak pindah. Emm. Aku pun beranikan diri untuk intai dari celah2 lubang tingkap tu. Ehh, apasal pulak gelap gelita dalam rumah ni, dulu masa kitorang duduk sini tak ada lah gelap macam ni. Emm. Aku makin tak sedap hati. Aku on torch light phone aku suluh ke dalam. Alangkah terkejutnya aku. Aku nampak satu lembaga yang menyerupai seorang lelaki tua, berjalan masuk ke dalam salah satu bilik dan menutup pintu dengan begitu kuat.

Masa ni aku dah betul2 nak terkucil, nasib baik aku mampu tahan lagi. Aku berlari macam tak cukup tanah ke rumah sewa yang member2 aku tengah stay tu. Masa ni aku tak fikir apa dah. Aku risau dia ikut aku je. Aku ketuk pintu rumah sekuat hati. Kiri kanan rumah aku ketuk. Dan Alhamdulillah, member aku seorang sedar dan bukakkan pintu. Aku masuk terus baring dan tertidur. Menggigil jugaklah, nasib baik tak demam.

Keesokan harinya, aku marah member2 aku. Asal dorang tak bukakkan pintu dari awal. Aku cerita apa yang terjadi dan apa yg aku nampak malam tu. Semua senyap. Memang aku marah gila masa tu. Tiba2 Abu bersuara. Sebenarnya malam tu, kami semua dah kena kacau! Haaa? Jerit aku. Abu cerita lagi, malam tu dorang balik ke rumah lama untuk ambil barang, and benda tu start kacau dorang. Pintu tiba2 tertutup dengan sendirinya walaupun tak ada angin. Barang2 dorang berselerak. Air paip di bilik air terbuka sendiri beberapa kali. Dan yang paling seram, masa dorang nak ambil barang di dapur, tiba2 dorang rasa macam ada benda memerhati dorang dari bilik belakang. Dan bukan itu sahaja, dorang dengar suara orang, seperi orang tua. Bercakap pekat bahasa jawa. Tapi tak ada sesiapa kat situ.

Selepas kena macam2 tu, dorang tak jadi ambil semua barang, dorang just ambil barang penting je. Siang esok baru ambil barang lagi. Tak cukup sampai situ, bila dorang dan pindah rumah sewa perempuan tu, rumah dorang diketuk macam benda tu marah dorang duduk situ. Disebabkan takut punya pasal, dorang tidur awal malam tu. Patutlah, pelik jugak aku. Biasanya dorang tidur lambat. Plus, malam tu malam terakhir takkan tidur awal. So, masa aku balik tu sebenarnya waktu dorang baru lepas kena kacau teruk. Aku yang tadi marah gila, terus rasa seramlah pulak.

Aku tak boleh bayangkan apa yang akan terjadi jika malam tu aku masuk sorang2 dalam rumah sewa lama tu. Dengan lembaga yang aku nampak, aku tak dapat bayangkan nasib aku jika aku benar2 masuk rumah tu.

Yang kami pelik, kenapa malam terakhir tu dia kacau kami teruk macam ni. Apa salah kami, mungkin kerana kami akan keluar. Jadi, dia nak bagi kenangan yang tidak dapat kami lupakan sampai bila2. Emm. Siapa orang tua tu, dan apa kaitan dia dengan rumah tu. Emm…. Sekian..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

3 thoughts on “Malam Terakhir Di Hulu Selangor”

  1. My dad cakap kalau orang ketuk pintu but tak bagi salam/ hello jangan bukak . It invite that thing to masuk dalam rumah kita. Just untuk peringatan

    Reply

Leave a Comment