Mana Satu Yang Asli

Assalamualaikum warga fiksyen Shasha. Saya Daniel, pembaca setia kisah-kisah seram di Fiksyen Shasha. Dah lama teringin nak kongsi kisah seram saya tapi tak berkesempatan disebabkan sibuk dengan hal duniawi ( hehehe).

Jadi, saya akan mula bercerita. Aku belajar di sebuah kolej nun jauh di utara sana. Aku tinggal di sebuah rumah sewa (more to asrama) berdekatan kolej aku. Asrama aku ni tiga tingkat. Aku duduk paling bawah. Asrama ni baru jaa operasi. Sebelum jadi asrama, bangunan ni buruk dan usang. Asrama kami ni bukan macam asrama sekolah tau yang ada pakgad semua bagai. Asrama kami bebas dan terbuka. Sepanjang aku duduk sini hampir tiga sem, takde apa-apa yang berlaku. Ada laa satu kes, budak tingkat atas kena histeria. Tapi tu tak seseram yang kawan aku, Zaim ni kena ganggu. Sebelum nak minta maaf lah kalau story aku ni pendek.

Macam biasa, cuti sem berkunjung tiba. Semua pakat balik kampunglah sebab cuti sem. Tinggal Adam seorang ja dekat asrama. Boleh bayangkan tak, satu bangunan tiga tingkat tu, adam seorang stay situ. Tapi tak hairanlah sebab Adam ni seorang yang kepala otak moden, tak pernah kisah sangat bab-bab mistik ni. Yang dia tahu, dengar lagu adam levine dia tu. Okay sambung. Dia terpaksa balik lambat sebab mak dia ada hal. So, dia kena balik esok. Dia boleh ja naik train, tapi dia malas.

So, kawan aku sorang ni, Zaim, dia tak duduk asrama. Rumah dia area kolej ja. Zaim tak sampai hati nak biar Adam tinggal sorang kat asrama. Jadi, dia pelawa diri nak teman Adam. Adam syok laa ada geng teman dia.

So, tibanya malam. Jeng jeng jeng (hahaha…acah). Jam dekat pukul 3 pagi. Adam gerak Zaim untuk ke tandas sebab dia nak terkucil katanya. Zaim biasalah dalam separa sedar bangun dan teman Adam ke toilet. Setia Zaim tunggu Adam kat luar. Tapi, Zaim tengok jam dia, dah pukul 3.30 tapi Adam tak keluar2 lagi.
Pastu Zaim pun tanyalah.

“Woi Adam. Awad hang lama sangat? Aku ngantuk wey!” Soal Zaim

Lama jugak Adam senyap, pastu baru dia jawab. “Sat Zaim, aku sakit perut” Jawab Adam.

Zaim mengeluh lah sebab dia ngantuk sangat. Tapi semangat setia kawan punya pasal, dia sanggup tunggu. Puas dia tunggu sambil main fon, dia tengok jam pukul 4.10 pagi dah. Dalam hati dia cakap “Amboi, lama sungguh dia berak ni.” Zaim rasa dia dah boleh balik ke bilik kot dan tinggal Adam sorang2.

” Wey Adam, aku masuk bilik dulu boleh dak? Aku ngantuk sangat ni” Soal Zaim.

Macam biasa Adam ambil masa yang lama untuk jawab. “Haa, hang masuklah dulu. ” Lembut suara adam.

Zaim pelik laa, sopan pulak Adam cakap. Selalunya tengking2. “Hang takpa ka dok sorang2, kalau hang nak aku teman, aku boleh teman lagi.” Soal Zaim lagi. Bagus laa Zaim ni.

“Haa, takpa. Masuklah.” Ujar Adam.

Zaim yang tak berasa apa-apa terus berjalan masuk bilik. Dia bukak pintu, tutup pintu balik dan terus melulu masuk menuju ke katil.

Tapi, tiba-tiba dia nampak Adam yang dia teman tadi, dok sedap tidur atas katil dia. Zaim mula cuak. Dia rasa lain. Habis tu siapa yang dia teman and borak kat tandas tadi? Kaa Adam masih kat tandas and siapa kat depan katil dia tengah tidur tu? Mana satu Adam ni? Macam2 benda muncul dalam kepala Zaim. Dia berasa ada sesuatu yang tak kena. Lantas dia mencapai selimut dan terus tidur menghadap dinding. Mata dia sukar untuk pejam. Tiba-tiba Zaim terdengar goncangan yang kuat dekat pintu. Ada sesuatu yang tengah mencuba untuk masuk. Tombol pintu dipulas dan pintu terus menerus diketuk. Zaim cuak. Sebab dia tak kunci pintu pun. Kalau Adam kat tandas tadi, sah-sah Adam boleh bukak pintu tu. Memang tak syak lagi, benda kat tandas yang Zaim teman tu bukan Adam! Yang Zaim geram, saat pintu digoncang dan diketuk kuat tu, Adam kat sebelah yang tidur tu macam takdak apa2 yang berlaku. Zaim buntu. Peluh jantan hanis keluar. Dia tahu Allah sedang uji dia. Macam2 dia baca. Telinganya ditutup dengan bantal dan dia tidur mengadap dinding. Zaim masih tidak boleh tidur kerana ketukan dan goncangan pintu masih belum habis. Namun, dengan izin Allah, gangguan-gangguan itu terhenti kerana azan mula-mula tu(orang panggil azan gerak orang bngun subuh kot) berkumandang. Zaim lega yang teramat. Barulah matanya boleh lelap.

Keesokan harinya Zaim bertanya Adam.
“Wey Adam, semalam hang ada ajak aku teman hang pi toilet dak? Soal Zaim

“Mana ada Zaim. Aku sedap layan mimpi aku malam tadi. Awad?” Jawab Adam.

Memang sah! Malam tadi dia teman and borak2 dengan hantu dekat toilet. Pengalaman seram pertama dalam hidup dia. Sejak kes tu, dia jarang mai lepak asrama kami.

Sekian~

hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Daniel Hakim

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

3 thoughts on “Mana Satu Yang Asli”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.